Anda di halaman 1dari 17

KURSUS : GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK TUGASAN: Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah

Pembelajaran

DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD

DISEDIAKAN OLEH : MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144) FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483) NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

1.0

Pendahuluan

Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan organisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan dan teknik. Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan dunia teknologi sangat penting dalam pendidikan. Hal ini dapat menyokong kata-kata yang disampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi Tecnology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh Wiston Churcil, beliau menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di gubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah mengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Hal ini bersesuaian dengan dunia sekarang iaitu dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari. Pelajar perlu menerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara. Tidak ketinggalan, golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu dan bantuan dalam bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Banyak takrifan yang diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaran ini. Secara umumnya, masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingati atau menyampaikan maklumat.

2.0

Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan

Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian sistem, teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitu dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan

masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya. Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberi kesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi. Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih

mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan

komunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama. Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.

3.0

Keburukan teknologi dalam pendidikan Teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan alat bagi menyampaikan

maklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat seperti televisyen, projektor, komputer dan sebagainya. Dengan perkataan lain, teknologi dalam pendidikan ialah segala sesuatu tentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-dengar. Terdapat pelbagai kelebihan jika pendidik mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam keasyikan kita menggunakan teknologi khususnya dalam sistem pendidikan, terdapat juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang tidak dapat dielakkkan. Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yang telah dicapai tersebut membawa impak positif. Diantara kemajuan yang telah dicapai tersebut ternyata dapat membawa impak negatif bagi manusia. Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia dari awal menerima perubahan ini dengan fikiran yang terbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang masalah yang bakal timbul. Di antara halangan-halangannya ialah mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran dari luar. Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagi menjadi produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa ada kelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Kadangkala, keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.

Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepada pelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah, mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalaman mereka di sekeliling. Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepada pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guruguru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui batas umur mereka. Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam internet dan juga laman youtube. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan yang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah. Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan

yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar. Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka copy-paste maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjana idea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan copy and paste, semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka. Dewasa kini, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

4.0

Bahan-bahan teknologi

4.1 Kedudukan dan posisi Setiap insan yang lahir inginkan kesempurnaan. Namun, tiada siapa yang tahu hikmah disebalik kejadian-Nya. Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan normal beruntung kerana tidak memerlukan alat bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupan seharian berbanding dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasib baik. Golongan orang kurang upaya dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu bermasalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Dalam kategori masalah pembelajaran, terdapat pelbagai jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal, cerebral palsi, hiperaktif, masalah fizikal, disleksia dan sebagainya. Ada diantara mereka memerlukan bantuan untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka. Menurut American National Standards Institute (INSI), orang cacat adalah yang mempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yang spesifik. Ada di antara mereka tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk, mereka langsung tidak boleh bergerak. Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalam penghasilan peralatan mobility. Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yang terhad kepada lebih luas. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidak mampu bergerak apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda. Bagi golongan sedemikian, alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan mereka untuk meneruskan hidup. Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kaki palsu, tongkat, Rex dan sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripada perkembangan teknologi yang semakin rancak. Perkembangan teknologi ini jelas tidak mengetepikan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi mereka, peralatan ini sangat bermakna untuk diri dan kehidupan mereka. Walaupun alatan ini banyak menggunakan teknologi, individu yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penggunaannya. Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatan yang di hasilkan mempunyai kaedah penggunaan tertentu. Memiliki kemahiran

penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada berlakunnya kemalangan. Individu yang mengalami masalah fizikal, serebral palsi, lumpuh, dan sebagainya amat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda. Terdapat pelbagai jenis kerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan individu-individu tersebut. Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua golongan OKU diatas, tetapi aspek-aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang individu terlebih dahulu dinilai untuk penggunaan kerusi roda. Teknologi telah menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Walaubagaimana pun, secara umumnya kerusi roda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di tolak sendiri atau seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan hanya menekan atau mengawal suiznya sahaja. Untuk penambahan ilmu teknologi terhadap kerusi roda tersebut, ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untuk memudahkan pelajar menulis, belajar, makan dan sebagainya. Selain daripada kerusi roda, Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologi yang dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan OKU terutamanya golongan Serebral Palsi. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai oleh sesetengah individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. Brace biasanya diperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit atau campuran bahan-bahan tersebut. Fngsi brace adalah untuk menstabilkan anggota badan termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot-otot, mengelakkan atau mengurangkan masalah system rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal dan meningkatkan fungsi sesuatu badan. Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada golongan berkeperluan khas. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan sempurna menggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Terdapat pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-Foot Orthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses. Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing.

Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dan kerangka gentian karbon bermotor atau diberi nama Rex telah mengubah keupayaan seseorang individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda sematamata dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orang normal. Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggang ke bahagian bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu, seseorang individu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan kaki robot tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapat membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkembangan teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU dan bekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Tidak semua golongan itu akan memakai lampin atau pampers untuk membuang air. Ada di antara mereka yang mampu ke tandas. Namun begitu,tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidak bersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandas mesra OKU perlu dibina untuk kemudahan OKU. Untuk memudahkan golongan ini membuang air,satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini. Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk mereka. Bentuk dan saiz yang sesuai memudahkan mereka. Disamping itu,selepas penggunaan bekas tersebut, ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja. Dengan adanya teknologi ini, golong berkeperluan khas dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik. Ia juga member peluang yang baik kepada mereka untuk belajar, mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Dengan bantuan alat berteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Selain itu, bidang teknologi juga menampakkan kemesraan atas alat ciptaan yang dihasilkan.

4.2 Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajar termasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh alat yang diberi nama

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak membantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan berkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991). Kajian Okolo et al. (1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan berteknologi rendah, seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer. Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pencapaian akademik murid. Menggabungjalin komunikasi pertuturan serta bukan pertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih berkesan jika dimulakan seawal usia kanak-kanak. Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar, foto,garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan,Pictures Exchange Communication System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakan bahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapat membantu muridmenjalani tugas seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum, terdapat beberapakategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran, seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak. Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yang menghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991) yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh pelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormmick & Shane, 1990 ). Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya. Teknik ini termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka. Manakala teknik berbantukan

alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol. AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanakkanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan mereka hanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin, dengan demikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka, penyampai hanya perlu taip perkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka faham akan apa yang ingin dituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat bahawa komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak tersebut mengalami masalah bahasa dan komunikasi. 4.3 Bahan teknologi buku eletronik E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma.. Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untuk memudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas. E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan dating kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet. E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban yang berat. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk dengan menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan juga sesetengah buku teks.

Selain itu juga, penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakan satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk mendapatkan maklumat. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa aliran atau kaedah baru dalan cara pembacaan. Penggunaan buku elektronik yang mempunyai aplikasi buku digital, kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar yang menarik untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal pembelajaran. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat (Gandhi 2001). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalam buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan system tertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku elektronik tersebut. 4.4 Contoh-contoh bahan teknologi: I. Kedudukan dan posisi

II.

Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

III. Bahan Teknologi Bahan Elektronik

5.0

Rujukan

Rujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
Rujukan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348

Anda mungkin juga menyukai