Anda di halaman 1dari 9

TERUS

ASKAR / TENTERA

SEMULAJADI

PSIKOLOGI

AJUKHAFAZ

KHUSUS

LINGUISTIK

ORAL- AURAL

MAIN PERANAN PERMAINAN BAHASA

SIMULASI

LATIH TUBI SOAL JAWAB

PERBINCANGAN SUMBANGSARAN

BERCERITA DRAMA

INKUIRI KUIZ
PERBAHASAN

KEMAHIRAN BERBAHASA

KAEDAH

TEKNIK

PENDEKATAN

PANDANG SEBUT ABJAD TERUS ORAL-AURAL

PERBINCANGAN SOAL JAWAB

KONTEKSTUAL
DEDUKTIF KOMUNIKATIF

PERMAINAN BAHASA

HURAIAN LENGKAP
Berdasarkan RPH yang dibina, objektif yang saya pilih adalah berkaitan lisan dan bacaan. Bagi objektif pertama iaitu kemahiran lisan, murid diharapkan dapat menyebut dan mengeja perkataan bersuku kata terbuka dan tertutup berkaitan anggota badan dan bukan anggota badan. Contohnya menyebut suku kata terbuka bagi anggota badan seperti mata, dahi, kaki, muka, jari dan gigi. Manakala suku kata tertutup pula adalah perut, leher, mulut, tangan, hidung, badan dan suku kata tertutup bukan anggota badan ialah sikat, berus dan sabun. Objektif ini dapat dicapai kerana semua murid mengetahui bahagian anggota badan masing-masing dan selalu menggunakan alat kebersihan diri pada setiap hari. Objektif kedua adalah melibatkan kemahiran membaca iaitu membaca perkataan yang dibina daripada cantuman dua suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan anggota badan dan alat kebersihan diri. Ketepatan objektif ini dapat dilihat melalui langkah 1 yang mana murid akan membunyikan suku kata yang dipaparkan satu demi satu. Kemudian mereka akan membaca secara individu, kumpulan dan kelas perkataan yang terbina berdasarkan gambar dan suku kata. Melalui RPH yang saya bina ini, saya telah menggunakan teknik perbincangan, teknik soal jawab, teknik permainan bahasa dan pemerhatian. Manakala kaedah yang digunakan adalah kaedah abjad, kaedah bunyi dan kaedah pandang sebut. Sementara pendekatan pula adalah pendekatan secara kontekstual. : NYANYIAN LAGU BERSIHKAN DIRI : KONTEKSTUAL : PANDANG SEBUT : BERBINCANG DAN BERSOAL JAWAB

AKTIVITI 1 PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Guru memaparkan seni kata lagu sambil mendengarkan muzik Guru dan murid menyanyi bersama-sama mengikut lirik lagu dan iringan muzik. Guru bersoal jawab cara menjaga kebersihan anggota badan dan kaitan dengan tajuk yang diajar.

Melalui rentak lagu yang diperdengarkan ia mampu menarik minat murid untuk menyanyi bersama dan seterusnya dapat mempelajari isi pelajaran secara keseluruhan . Guru juga dapat melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama yang betul.

Pendekatan

Kontekstual isi

yang

digunakan dengan

membolehkan seharian

murid mereka.

mengaitkannya

pelajaran

aktiviti

Pengalaman sedia ada murid seperti bangun pagi, gosok gigi, mandi guna sabun, syampu rambut, potong kuku dan sebagainya, semua aktiviti ini membolehkan murid lebih memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam..

AKTIVITI 2 PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

: MENAMAKAN ANGGOTA BADAN : DEDUKTIF : ABJAD : BERSOAL JAWAB

Guru menunjukkan gambar dan suku kata terbuka dan tertutup dan meminta murid menyebut suku kata tersebut berdasarkan gambar yang dipaparkan. Kemudian guru menunujukkan contoh-contoh perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan kad gambar anggota badan Murid membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

Bahan Bantu menarik adalah mestilah mempunyai warna yang terang, menarik dan jelas. Bahan Bantu yang saya sediakan ini mempunyai ciriciri yang mampu menarik perhatian murid iaitu, warna yang menarik, jelas, dan boleh disentuh. Contohnya kad gambar, kad suku kata, bahan maujud seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya. Bahan Bantu yang disediakan ini dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada murid dan ia akan kekal lebih lama di dalam ingatan murid.

Kaedah abjad yang digunakan juga membolehkan murid mengeja perkataan-perkataan dan ia merupakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.

Seterusnya kaedah ini memberikan keyakinan kepada murid dan dapat mengelakkan kekeliruan murid.

AKTIVITI 3 PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

: PERMAINAN BAHASA : KOMUNIKATIF : TERUS & ORAL-AURAL : BERBINCANG, SOAL JAWAB DAN PERMAINAN BAHASA

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan. Murid diminta untuk mencari pasangan yang betul dalam kumpulan untuk menjadi perkataan bermakna berdasarkan gambar anggota badan. Guru dan murid berbincang tentang suku kata yang terdapat dalam perkataan tersebut. Guru dan murid bersoal jawab tentang suku kata yang terdapat dalam perkataan dan wakil kumpulan akan mengeja dan membaca perkataan yang dicantum bersama gambar. Pendekatan komunikatif dimasukkan dalam aktiviti ini kerana ia banyak melibatkan interaksi dan komunikasi antara rakan sekumpulan dan guru. Contohnya perbincangan semasa mencari pasangan bagi

mencantumkan suku kata untuk membentuk perkataan bermakna. Kaedah Oral-Aural amat sesuai dimasukkan dalam RPH ini kerana ia melibatkan pendengaran dan pertuturan yang melibatkan dialog, latih tubi dan memberi penekanan kepada sebutan yang betul. Contohnya mengeja suku kata muka, gigi, hidung dan menyebut perkataan tersebut dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai