Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SRI PERLING


JOHOR BAHRU

MEROKOK
LEARNING TO SAY NO

GURU PENASIHAT
CIK NORFADZILAH BTE HJ SHAFIEE
2009
****************************************************************************************

TINGKATAN : 1 BELIBIS 2

AHLI KUMPULAN PROJEK :

1.BRIAN ONG 2. CHIN SOON YUAN 3. CHEW CHIA SENG

1
KANDUNGAN
Muka Halaman 1

Kandungan 2

Pengenalan 3
Punca-punca merokok 4-5
Rakan Sebaya
Diri sendiri & Peranan Ibu bapa
Penggaruh Iklan
Kesan-kesan merokok 6-8
Langkah-langkah atasi masalah merokok di kalangan remaja 9-10

Kajian Kes 11-15


Kesimpulan 16

Lampiran 17-24
Utusan Malaysia
Berita Harian
Institute Penyelidikan Perubatan

2
PENGENALA
N

Tebakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara
menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barah yang beragama
Kristian, dan ianya belum pernah dikenalpasti di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Di kalangan masyarakat beratus tahun dahulu, tembakau dihisap bukan sahaja
untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan
keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana
terpenggaruhkepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam
masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang
membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah
terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media
massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan seta keunggulan
yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan
menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak
kaum Muslimin di zaman ini.

3
PUNCA-PUNCA
MEROKOK
RAKAN SEBAYA
Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Al Haji Mohamad (1994) mengatakan
bahawa rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan para remaja
yang memberi sokongan moral kepada muda-mudi dalam mencari identiti diri dan
pembentukan imej mereka. Rakan sebaya memberi peluang untuk mengikut
standard kumpulan itu daripada aspek-aspek pakaian, pergaulan, pertuturan,
orientasi kepada muzik, tarian dan lain-lain. Masalah timbul apabila pendedahan
selama ini hanya merangkumi nilai-nilai yang buruk dan bukan yang baik yang
seterusnya membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.

DIRI SENDIRI / PERANAN IBU BAPA


Selain dari itu, Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dengan anak
menyumbang ke arah pembentukan disiplin yang baik. Tanpa hubungan yang baik
anak-anak akan merasa diri mereka diberi perhatian, tidak diperlukan dan tidak
disayangi. Justeru itu, anak-anak ini kemungkinan akan melibatkan diri dalam
masalah disiplin. Selain itu, daripada kajian ini juga mendapati bahawa ibu bapa
perlu memberikan perhatian yang lebih dan mengambil berat dari aspek
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak memperoleh kasih sayang daripada
ibu bapa beerti anak-anak kemungkinan besar kurang melibatkan diri dalam
perkara-perkara yang tidak diingini dan kurang masalah disiplin di kalangan
mereka (Siti Nor Yaacob, Abdullah Al Hadi Haji Mohamed et. al 1994).

Bukti ini bertepatan dengan pendapat Hassan Mohd Ali (1997) yang menyatakan
bahawa peranan ibu bapa seringkali dikaitkan dengan pembentukan tingkah laku,
sahsiah, dan moral anak-anak. Ibu bapa adalah modal terbaik untuk anak-anak.
Mereka juga adalah “role model” yang terdekat dengan anak-anak untuk dicontohi.
Segala tindak tanduk sama ada yang baik atau buruk akan diperhatikan dan diikuti

4
oleh anak-anak. Malangnya anak-anak akan cepat terikut dengan contoh yang
buruk daripada yang baik.

PENGARUH IKLAN
Pengaruh iklan merupakan faktor persekitaran yang mampu menarik minat
seseorang itu untuk merokok. Ini disokong oleh Rusli Hashim (2005:46) pengaruh
iklan rokok suatu ketika dahulu seperti Dunhill mendapat tajaan bola sepak di
bawah Liga Dunhill, Marlboro memaparkan imej “Koboi” dan Salem memaparkan
percutian kumpulan muda-mudi di kawasan pergunungan yang dingin. Setiap
jenama ini membawa mesej bukan sahaja tentang keenakkan merokok, bahkan ada
juga yang menyematkan gambaran kejayaan, kemewahan, keunggulan dan
berbagai-bagai lagi. Pengaruh iklan-iklan seumpama ini begitu mendalam,
sehingga ramai di kalangan masyarakat cuai akan aspek yang kurang sihat ini.

5
KESAN-KESAN MEROKOK
KE ATAS TUBUH BADAN
~PEROKOK~
Otak  Pembebasan gas karbon monoksida dan
pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak
dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Telinga  Mengurangkan kadr pengairan darah boleh


menyebabkan pekak.

Mata  Mata berair, radang mata yang boleh menggangu


daya penglihatan.

Mulut  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada


bibir, lidah dan tekak.
 Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
 Gigi menjadi kuning.
 Menyebabkan batuk yang teruk.

Hidung  Mengurangkan deria bau.

Kulit  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat


berkedut.

Paru-paru  Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan


tenaga untuk bersukan.

Jantung  Membebankan jantung

6
KESAN ASAP ROKOK
~ KEPADA SI PEROKOK DAN
ORANG DISEKELILING ~

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya,
akan dimasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru.
Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu disepanjang perjalanan
di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-
paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan
merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronchitis, penyakit di bahagian paru-
paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan
menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang baru mati di asbak mengandungi tiga kali lipat bahan pemicu
kanser di udara dan 50 kali mengandungi bahan pengeiritasi mata dan pernafasan.
Semakin pendek rokok semakin tinggi kadar racun yang siap melayang ke udara.
Suatu tempat yang dipenuhi polusi asap rokok adalah tempat yang lebih berbahaya
daripada polusi di jalan raya.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki system saluran darah dan
dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan,
malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan
dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simpton kebas pada kaki,
jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan oto kaki, serangan penyakit
jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan
melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil
penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam
air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

7
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan.
Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan
enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu
ubat itu.

8
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI
MASALAH MEROKOK
DI KALANGAN REMAJA

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menolong para perokok
untuk berhenti merokok. Antaranya ialah kaunseling dan terapi di klinik, bantuan
dan sokongan ahli keluarga dan sahabat handai, azam dan semangat untuk
berhenti,menggunakan diari untuk merekodkan hari-hari yang tidak merokok,
akupuntur, serta rawatan menggunakan ubatan seperti Nicotine Replacement
Therapy dan Bupropion HCL.

Sebagai panduan, langkah -langkah untuk berhenti merokok adalah:

1. Memberi Motivasi untuk membuat keputusan. Tetapkan masa untuk berhenti


merokok, contohnya dalam masa 1 minggu akan datang.

2. Beritahu ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja yang anda ingin berhenti
merokok.

3. Buang atau hindari segala benda yang dapat mengingatkan anda untuk
merokok seperti kotak rokok, lighter, bekas abu rokok dan sebagainya.

4. Berhenti merokok secara total pada tarikh yang telah ditetapkan.

5. Gunakan pengalaman berhenti merokok yang lalu (walaupun tidak berjaya!)


sebagai panduan untuk mengenalpasati strategi yang patut diambil atau
diperbaiki untuk cubaan berhenti merokok yang seterusnya.

6. Kenalpasti punca-punca yang boleh menyebabkan keinginan untuk merokok


seperti berehat selepas makan, bergaul dengan orang sahabat atau ahli
keluarga yang merokok dan stress.

7. Elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi-situasi yang boleh


menyebabkan anda ingin merokok (seperti diatas); jika tidak dapat
dielakkan, gunakan strategi yang berkesan seperti beredar dari tempat yang
ramai perokok, meminta perokok disebelah anda untuk berhenti, elakkan

9
berbaring atau bermalasan selepas makan, ubah cara hidup dan sebaginya.

8. Sibukkan diri anda dengan bersukan dan sebagainya untuk mengelakkan


keinginan merokok.

9. Minum air suam dengan kerap dan makan banyak buah-buahan. Ini kerana
air dan serat dalam buah-buahan akan menyebabkan anda berasa kenyang @
"full" dan mungkin dapat mengatasi keinginan untuk merokok. Elakkan
minuman bergula, kopi dan teh, serta makanan berat kerana karbohidrat dan
kafein berpotensi untuk membuatkan anda ingin merokok semula.

10. Selain daripada langkah-langkah diatas,pada masa yang sama gunakan


produk Nicotine Replacement Therapy seperti skin patch, buble gum dan
sebagainya atas nasihat doktor untuk membantu anda berhenti dengan lebih
berkesan.

11. Pada mereka yang beragama Islam, banyakkan solat, membaca al-Quran,
berpuasa serta berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berhenti
merokok.

Sebagai kesimpulannya, merokok merupakan suatu ketagihan yang serius, kesan


daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau. Para perokok yang ingin berhenti
merokok perlu berazam, berusaha sedaya upaya, meminta bantuan ahli keluarga
dan sahabat handai, menggunakan Nicotine Replacement Therapy serta bersedia
menghadapi proses withdrawal yang akan berakhir beberapa minggu dari tarikh
berhenti merokok.

10
KES KAJIAN

Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health


And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja
berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara
berasingan prevalen perokok di kalangan remaja lelaki ialah 30 % dan remaja
perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian
Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000,
menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18
%. Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun
1995 kepada 18 % pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen
perokok di kalangan remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %.

Menurut Julie Rosnani (2003, 37) terdapat kesan buruk yang diperoleh oleh
perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru,
barah, mandul dan yang jelas sekali merokok membazirkan wang ringgit.
Sebenarnya perokok - perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang
akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada
kebaikan sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan
membahayakan diri serta orang lain.

Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen “Anti Merokok Tak Nak” (2004)
telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya
ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser
mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohn’s disease, penyakit jantung
iskemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan
pneumonia. Selain dari itu, merokok juga mempercepatkan proses penuaan dan
memendekkan usia seseorang.

Selain itu, menurut Ahmad (2004) pihak kerajaan juga telah melaksanakan kempen
anti merokok dengan lebih hebat di setiap jabatan, daerah, kampung dan
sebagainya. Menariknya dalam kempen tersebut ialah golongan yang menjadi
sasaran utama ialah remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Ini kerana
kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah di kalangan remaja.

11
Majalah Dewan Masyarakat (11 Julai 1990) melaporkan seorang rakyat
Semenanjung Malaysia puratanya membelanjakan sebanyak RM 1.50 sehari.
Jumlah perbelanjaan membeli rokok bagi Semenanjung Malaysia ialah RM 4.6 juta
sehari atau RM 1.69 bilion setahun. Jumlah ini adalah hampir dengan perbelanjaan
pertanian dan pembangunan luar bandar iaitu sebanyak RM 1,693,000,000. Malah
perbelanjaan untuk membeli rokok melebihi sebanyak RM 4,000,000. Kerajaan
mengutip RM 337.6 juta hasil duti import dan cukai eksais ke atas tembakau,
rokok dan cerut. Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah paru-paru; 90
peratus daripadanya perokok.

Bagi membendung permasalahan ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Peraturan


8 A Kawalan Hasil Tembakau (1997) adalah menjadi satu kesalahan bagi remaja
yang berumur 18 tahun ke bawah untuk merokok, membeli atau memiliki sebarang
hasil tembakau. Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah peraturan ini,
boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1000.00.

Di samping itu juga, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai kawalan dan
akta berkaitan dengan iklan rokok bagi mengatasi masalah merokok di kalangan
remaja amnya. Di mana iklan dan tajaan rokok tidak lagi dibenarkan bermula dari
23 September 2004. Hanya tajaan bola sepak dan perlumbaan Formula 1
dibenarkan buat sementara waktu. Tajaan bola sepak dibenarkan sehingga akhir
tahun 2004, manakala Formula 1 pula sehingga akhir tahun 2005. Di bawah akta
yang baru, iklan rokok tidak lagi dibenarkan di tempat-tempat jualan rokok seperti
kedai runcit, kedai kopi dan pasar raya. Akta tersebut juga melarang penjualan
rokok dengan kotak yang telah dibuka atau secara sebatang dua. Ia hanya boleh
dijual di dalam kotak yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang (Rusli
Hashim, 2005).

Masalah sosial yang terjadi kebelakangan ini juga adalah akibat kegagalan semua
pihak sama ada remaja, ibu bapa dan masyarakat terutamanya yang beragama
Islam dalam menghayati ajaran Islam dengan sebenarnya (Dakwah, Mac 1997).

RAMAI berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti
menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun
tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru
dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak
mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.
Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau
mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok.
12
Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah
kesihatan dan penyakit kronik.
Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya
kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita.
Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan
gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!
Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada
masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi
manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.
Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat
terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki
dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi,
didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak
mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).Bagaimana
ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur
darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan
strok dan kemerosotan daya ingatan.
COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini
ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok
seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami
kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh
dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas
oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita
sememangnya dikelilingi oksigen percuma!
Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah
merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda
berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.
Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di
mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan
asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh
mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.Penyelidik
Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk
mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok
mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi
badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan
dengan berhenti merokok.

13
Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah
ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50
peratus) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16
peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan
risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.
Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh
meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30
kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi
dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan
minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.Asap rokok
boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin.
Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju; yang
secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi
boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok,
mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur
dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan
tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok. Prestasi di bilik tidur
memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti
merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang
merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60 peratus
mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok. Secara keseluruhan 15
peratus perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12 peratus lelaki tidak
merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi
Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat. Mati pucuk bukan sekadar
masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada
pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan
anda bertambah buruk.
Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat
kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat
penuaan. Lebih 25 peratus kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada
kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan
risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.
Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah
mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden

14
mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.
Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan
perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat
kesannya. Lebih 24 peratus perokok tidur berdengkur berbanding 20 peratus
kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14 peratus bagi golongan tidak
pernah merokok.
Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok)
juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20 peratus individu yang menghidu
asap rokok di rumah berdengkur.
Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau
sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh
yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser
payudara.Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok
sekunder ialah 30 peratus dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana
jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah
antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.
Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai
yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak
kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar
sayangkan anak, berhentilah merokok.

15
KESIMPULAN
Jadi dapat disimpulkan bahawa merokok merupakan kegiatan bodoh yang
dilakukan manusia yang mengorbankan wang, kesihatan, kehidupan social, pahala,
persepsi positif, dan lain sebagainya. Maka bersyukurlah anda jika belum
merokok, kerana anda adalah orang yang pandai.

Sebahagian perokok biasanya akan mengajak orang lain yang belum merokok
untuk merokok agar merasakan penderitaan yang sama dengannya, iaitu terjebak
dalam ketagihan asap rokok yang jahat. Sebahagian perokok juga ada yang secara
sengaja merokok di tempat umum agar asap rokok yang dihembuskan dapat
terhirup orang lain, sehingga orang lain akan terkena penyakit kanser. Jadi, ketika
seseorang menawarkan rokok maka tolak dengan baik. Merasa kesihanlah pada
mereka yang merokok. Jangan dengarkan mereka yang menggangap anda lebih
rendah dari mereka jika tidak merokok kerana dalam hati dan fikiran mereka yang
waras mereka ingin berhenti merokok.

~TERIMA KASIH~

16
BERITA KESIHATAN - NOVEMBER 2000

Klinik percuma di USM jika mahu berhenti merokok


Utusan Malaysia, Rabu - 30 November 2000

Pulau Pinang (Malaysia) - Pusat Racun Negara (PRN) akan menganjurkan Klinik Berhenti Merokok
pada 7 dan 14 Disember ini. Sesiapa yang berhasrat berhenti merokok boleh datang ke klinik ini yang
akan bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di PRN pada 7 atau 14 Disember.
Klinik pertama anjuran PRN ini juga diharapkan dapat membantu perokok lama dan baru membuang
tabiat buruk itu. Bagi sesiapa yang tidak dapat menghadiri klinik ini boleh juga mendapat khidmat
nasihat, galakan dan kaunseling melalui talian bebas tol 1800-88-8099.

Perak tubuh klinik bantu henti tabiat merokok


Berita Harian, Isnin - 20 November 2000

Ipoh, Perak (Malaysia) - Jabatan Kesihatan Perak mengorak langkah proaktif dengan menubuhkan
Klinik Quit, bagi membantu perokok menghentikan tabiat merokok. Beberapa klinik Quit sudah beroperasi
di hospital kerajaan termasuk di Taiping, Sri Manjung, Pantai Remis dan Hospital Ipoh (HI). Di HI, perokok
diberi tempoh enam hingga tujuh minggu untuk berhenti merokok sepenuhnya. Peratus pesakit yang
sembuh melalui rawatan dan kaunseling ialah 23 peratus, manakala 90 peratus didapati sudah
mengurangkan jumlah rokok.

Kementerian rangka strategi kawal iklan rokok


Berita Harian, Khamis - 16 November 2000

Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) - Kementerian Kesihatan sedang merangka rancangan terperinci
untuk mengawal kegiatan pengiklanan rokok menerusi media massa di negara ini. Menurut Pakar
Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Beban Impak
Tembakau Terhadap Masyarakat" dalam seminar sehari anjuran Jabatan Kesihatan dan Pusat Racun
Negara di Dewan Kembara, USM, usaha ini masih lagi di peringkat perbincangan. Selain itu, rawatan
untuk individu yang mengalami ketagihan akibat merokok turut disediakan di 150 klinik dan hospital
kerajaan di seluruh negara.

17
Ramadan dipilih bulan tanpa tembakau
Utusan Malaysia, Khamis - 16 November 2000

Georgetown (Pulau Pinang) - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memilih Ramadan sebagai bulan tanpa
tembakau. Pegawai Epidemiologi Jabatan ini ketika membentangkan kertas kerjanya "Strategi
Menghadapi Ramadan" pada Seminar Kesan Ketagihan Nikotina - Racun Pembunuh Utama Umat Islam
Masa Kini anjuran Pusat Racun Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri berkata, sepanjang bulan
Ramadan, kebanyakan perokok beragama Islam akan menahan rasa gian merokok lebih 10 jam dan
kesempatan itu patut digunakan mereka untuk berhenti merokok.

Negeri berkuasa haram merokok


Berita Harian, Khamis - 14 November 2000

Georgetown, Pulau Pinang (Malaysia) - Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995, mengenai
hukum haram bagi tabiat merokok perlu mendapat sokongan kerajaan negeri, sebelum diwarta dan
dikuatkuasakan di seluruh negara. Menurut Mufti Kerajaan Pulau Pinang ketika ditemui selepas
merasmikan Seminar Kesan Ketagihan Nikotina - Racun Pembunuh Utama Umat Islam Masa Kini
berkata, kerajaan negeri ini juga masih dalam proses mengetengahkan isu berkenaan. Seminar sehari itu
dihadiri hampir 200 guru agama di sekitar negeri ini. Di majlis berkenaan, akhbar New Straits Times
(NST) turut diumumkan sebagai akhbar mesra kesihatan untuk tempoh tiga bulan mulai Mei dan Ogos
kerana didapati paling kurang menyiarkan iklan rokok.

Guru denda murid hisap curut


Berita Harian, Selasa - 14 November 2000

Segamat, Johor (Malaysia) - Lima murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Mensudut Pindah,
mukim Gemas mendakwa mereka dipaksa menghisap rokok dan cerut selama hampir dua jam oleh dua
orang guru mereka sebagai hukuman selepas ditangkap menghisap rokok daun nipah. Guru terbabit juga
turut didakwa mengarahkan mereka menelan semua asap rokok yang dihisap dan menjolok perut murid
berkenaan dengan batang rotan. Akibat hukuman itu, beberapa murid mendakwa kemabukan, pening
dan muntah-muntah dan ada antara mereka terpaksa dihantar untuk rawatan di Pusat Kesihatan.

10,000 maut akibat merokok


Berita Harian, Rabu - 8 November 2000

Sitiawan, Perak (Malaysia) - Kira-kira 8,000 hingga 10,000 orang maut setiap tahun di negara ini akibat
tabiat merokok. Jumlah ini adalah satu angka yang besar dan membimbangkan, khususnya dalam usaha
kerajaan membentuk sebuah negara sihat dan bebas dari rokok. Pengerusi Persatuan Merokok Malaysia
(PAMA), ketika merasmikan Larian Kesihatan anjuran PAMA berkata, anggaran kematian itu
menunjukkan tindakan segera perlu diambil bagi mengurangkan kematian akibat rokok di negara ini.
Larian Kesihatan itu juga bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan
dan hidup sihat tanpa rokok.

18
'Polis kesihatan' pantau perokok - Berita Harian 4 NOV 2008
Palladium on Wed 05 Nov 2008, 7:41 am

'Polis kesihatan' pantau perokok

MENTERI Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai minggu lalu mengumumkan semua kaki lima
kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis
sebagai kawasan larangan merokok.

Pengisytiharan itu adalah sebagai tambahan kepada zon


larangan merokok sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang bagi
mengawal berkaitan penggunaan hasilan tembakau seperti rokok, cerut dan
tembakau sedut ialah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PKHT).

Pemakaian PKHT adalah berasaskan kepada induknya iaitu Akta


Makanan 1983. Di dalam Seksyen 36 Akta Makanan 1983, ada peruntukan
untuk perluasan pemakaian akta ini meliputi Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau.

Pengisytiharan zon larangan merokok itu adalah


selaras dengan peruntukan Seksyen 34, Akta Makanan 1983 yang memberikan
kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk menetapkan peraturan.

Masyarakat umum sebenarnya tidak mengetahui siapakah


sebenarnya penguat kuasa berkaitan larangan merokok seperti ini.
Memandangkan PKHT tertakluk kepada Akta Makanan 1983, maka Pegawai
Berkuasa (penguat kuasa) untuk PKHT adalah sama seperti yang dinyatakan
dalam Akta Makanan 1983.

Akta Makanan 1983 menyatakan Penolong Pegawai Kesihatan


Persekitaran (PPKP) dari Kementerian Kesihatan atau pihak berkuasa
tempatan (PBT) sebagai penguatkuasanya. Selain menguatkuasakan PKHT,
antara tugas rutin lain PPKP ialah apa saja berkaitan dengan kesihatan
awam termasuk keselamatan dan kualiti makanan.

Selain itu kawalan mutu air minum; bekalan air dan kebersihan alam
sekeliling; kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit; rancangan
kawalan penyakit bawaan vektor dan promosi kesihatan.

19
Masyarakat umum mungkin selama ini tidak menyedari kewujudan
PPKP yang suatu ketika dikenali Inspektor Kesihatan sebelum diubah
kepada nama sekarang. PPKP tidak ditempatkan di hospital tetapi di
Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri di bawah Unit
Inspektorat.

Jika polis adalah agensi yang bertanggungjawab dalam aspek


ketenteraman dan keselamatan awam, PPKP adalah 'polis' dalam memastikan
aspek kesihatan awam terjamin.

Seseorang PPKP perlu menjalani latihan selama tiga tahun


meliputi akademik dan amali sebelum layak dilantik. Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh adalah institusi utama yang
melahirkan PPKP di Semenanjung, manakala Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Kuching bagi Sabah dan Sarawak.

Masyarakat tidak seharusnya meragui keupayaan Kementerian Kesihatan


dalam menguatkuasakan larangan merokok ini. Selama ini PPKP menjalankan
tugas mereka cuma kehadiran mereka hanya tidak disedari.

Selepas ini perokok yang menganggap tabiat merokok di


kawasan larangan sebagai perkara biasa perlu lebih berwaspada. PPKP
pastinya menyambut baik pengisytiharan zon larangan merokok terbaru ini
dan akan sentiasa membayangi perokok di zon larangan.

ASRUL AFFANDY MOHD SHUKRI,


Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh,
Selangor.

20
Penyampai : DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tajuk : MAJLIS PEMBUKAAN "BENGKEL MEROKOK ATAU KESIHATAN"
Lokasi : INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN
Tarikh : 09-10-1983

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pihak penganjur bengkel ini
menjemput saya untuk berucap pada pagi ini. Sebagai seorang yang telah mendapat latihan dan
pernah pula berkhidmat dalam bidang kesihatan, saya merasa amat sukacita dan berbesar hati, kerana
mendapat kesempatan berada bersama- sama para doktor dan tuan-tuan serta puan- puan, yang
sedang berusaha untuk membina masyarakat yang sihat dan bahagia.

2. Tabiat merokok telah dicap sebagai suatu malapetaka terhadap kehidupan manusia. Smoking has
been termed "one of the greatest curse ever to have befallen Man". Para peserta yang menghadiri
"World Conference on Smoking and Health" yang kelima, sebulat suara berpendapat bahawa "Smoking
is the single most preventable man-made epidemic in the world". Saya rasa, tiada siapa pun yang
berfikiran waras yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana sesungguhnyalah, merokok adalah
suatu penyakit menular yang amat merbahaya, yang dicipta oleh manusia sendiri.

3. Kerajaan sendiri telah menyatakan pendirian yang tegas terhadap tabiat merokok. Syarat, supaya
para pengusaha rokok mencetak ungkapan 'Merokok membahayakan kesihatan/ Smoking is hazardous
to health' pada setiap bungkus rokok, adalah bukti pengesahan rasmi Kerajaan, bahawa merokok
adalah perbuatan yang sangat merbahaya. Di samping itu, pegawai-pegawai Kerajaan telah diarahkan
supaya tidak merokok di dalam pejabat dan di dalam bilik-bilik mesyuarat. Adalah menjadi tugas kita
semua, untuk memberikan sokongan yang positif, supaya kedua-dua langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan ini akan membawa hasil yang diharapkan. Kerajaan juga cukup sedar akan hubungan yang
erat antara merokok dengan ketagihan dadah. Pihak PEMADAM telah mencapai kesimpulan, bahawa
ketagihan dadah di kalangan anak-anak muda adalah bermula dari menghisap rokok.

4. Saya difahamkan bengkel pada hari ini bertujuan untuk merumuskan garis-garis panduan bagi
melaksanakan kegiatan ke arah mewujudkan masyarakat yang tidak merokok. Garis-garis panduan ini
bertujuan untuk mengurangkan bilangan orang dari mengamalkan tabiat yang menagih dan bahaya
ini, khasnya golongan berumur 15-25 tahun; melengkapkan golongan yang tidak merokok dengan hak-
hak yang melindung mereka dalam masyarakat dan akhirnya, menggalakkan golongan yang merokok
"long-term" memberhentikan tabiat yang "expensive" dan "not-so-cool" ini.

5. Saudara-saudara sekalian tentu sedia maklum, anak-anak kita yang masih muda dan mentah
mudah sekali dipengaruhi oleh berbagai tabiat yang baik dan juga yang tidak baik. Kepercayaan
bahawa merokok adalah suatu nikmat, merokok menggambarkan kedewasaan, merokok menjadikan
orang lebih bergaya, merokok boleh menimbulkan apa yang disebut sebagai "macho appearance",
adalah antara kepercayaan dan gambaran palsu yang mendorong dan merangsang anak-anak remaja
kita menghisap rokok. Gambaran dan kepercayaan palsu dan karut ini mestilah dihapuskan.

6. Oleh itu, cita-cita dan usaha untuk mewujudkan "masyarakat yang tidak merokok", terutama sekali
perlulah ditujukan kepada generasi muda. Dalam hal ini, saya rasa usaha untuk menerangkan kepada
mereka bahawa setiap batang rokok mengandungi "tar" dan "nicotine" yang cukup tinggi dan
membahayakan jantung dan paru-paru, adalah kerja yang mudah. Mereka boleh faham.

21
7. Kajian-kajian telah menunjukkan, sekiranya kita dapat menahan anak-anak dan para belia kita dari
merokok sehingga mencapai umur antara 25-27 tahun, maka akan kuranglah kemungkinan mereka
akan menjadi mangsa rokok, mangsa racun bahaya yang akan membinasakan hidup kita secara
beransur-ansur tanpa kita sedari.

8. Memberi fahaman, penerangan dan kawalan kepada generasi muda tidak mencukupi. Sebaliknya,
untuk memberikan kesan yang positif, ibubapa dan guru-guru perlu memberikan pengajaran dan
asuhan anti-merokok menerusi teladan dari perbuatan sendiri. Perbuatan bukan saja dapat dilihat
dengan nyata, tetapi juga - perbuatan ibu-bapa dan guru-guru terutamanya - sangat mudah menjadi
ikutan anak-anak kita. Oleh itu, jika ibu-bapa dan guru-guru tidak ingin melihat anak-anak kita
merokok, maka ibu-bapa dan guru-guru sendiri, setidak-tidaknya, elakkanlah dari merokok di hadapan
mereka.

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

9. Selain daripada ibubapa dan guru-guru berusaha memandu generasi muda, "civic programmes"
untuk mengajar murid-murid, golongan belasan tahun dan belia perlu di atur oleh Kementerian
Kesihatan, PEMADAM, badan belia, persatuan pengguna, sekolah-sekolah, kesatuan sekerja, dan amat
pent- ing sekali, oleh media massa yang kuat mempengaruhi pembaca-pembacanya.

10. Beberapa tahun dahulu, saya terbaca dalam surat khabar mengenai kebanggaan seorang ibu atas
kejayaan anak kecilnya berumur kurang daripada 7 tahun menghisap entah berapa batang rokok
sehari. Berita ini disiarkan pula dengan gambar 'johan' kecil ini. Perbuatan ibu itu harus dikutuk. Saya
bukan sahaja berasa geram dan marah kepada ibu yang tidak bertanggungjawab itu, tetapi juga
kepada surat khabar yang menyiarkan berita dan gambar yang tidak akan mendatangkan faedah
sedikitpun kepada orang ramai.

11. Saya percaya wakil-wakil agensi dan badan-badan yang saya sebutkan tadi telahpun atau akan
mengaturkan rancangan sivik. Kita semua adalah bertanggungjawab kepada masyarakat. Oleh itu
gunakanlah saluran- saluran yang ada untuk mempengaruhi golongan-golongan sasaran (target
groups) ini dengan secara positif dan menanamkan amalan baik di kalangan mereka. Do something
constructive and start the ball rolling when you return to your respective offices. Let this event, Ladies
and Gentlemen, be an encouragement for other bodies to organise more campaigns of a similar na-
ture.

12. Kumpulan yang kedua ialah orang-orang yang tidak merokok, dengan tujuan untuk menyedarkan
mereka bahawa orang-orang yang tidak merokok mempunyai hak untuk menjaga diri masing-masing,
supaya tidak mendapat penyakit yang diakibatkan oleh orang-orang yang merokok. Kita perlulah
menyedarkan orang-orang yang tidak merokok, bahawa mereka juga akan mendapat bahaya kiranya
mereka berdampingan atau sering berada bersama-sama dengan orang yang merokok.

13. Kajian telah menunjukkan bahawa "passive smokers" diserang oleh masalah kesihatan yang serupa

22
dengan yang didapati oleh orang-orang merokok: penyakit-penyakit seperti bronchitis, athma, dan
artheroslcerosis juga menyerang mereka yagn terpaksa menyedut asap rokok yang tebal di sekeliling
mereka. Sungguhpun dalam masyarakat kita, jumlah orang yang tidak merokok jauh lebih ramai dari
yang merokok, tetapi kehadiran sebilangan kecil penagih rokok adalah cukup untuk membahayakan
kesihatan semua orang.

14. Kumpulan yang ketiga, iaitu kumpulan yang paling sukar hendak dihadapi iaitu orang-orang yang
menjadikan merokok sebagai suatu tabiat atau suatu kemestian dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Untuk meminta golongan ini berhenti dari merokok amatlah sulit. Ada saja alasan yang mereka
berikan, walaupun alasan-alasan itu tidak munasabah atau tidak benar. Masih ada di antara golongan
yang sudah ditawan oleh rokok ini, yang tidak begitu percaya bahawa merokok adalah merbahaya
kepada kesihatan manusia.

15. Saya amat risau dan kesal atas bilangan ibu-ibu dan wanita yang merokok. Ada sebilangan besar
yang sedar bahayanya merokok dan telah cuba melawan tabiat ini dengan mengurangkan dan akhirnya
memberhentikan merokok. Sebahagiannya masih lagi mempertahankan dengan bersungguh-sungguh
bahawa merokok tidak membahayakan kesihatan mereka dan kandungan mereka, biarpun bertahun-
tahun merokok.

16. Kumpulan sasaran yang ketiga ini perlulah kita hadapi dengan sungguh-sungguh dan bijaksana,
kerana merekalah yang membawa dan yang mengembangkan tabiat yang buruk dan merbahaya ini.

17. Mungkin kita perlu berkempen supaya orang-orang yang menagih dan menghisap rokok, merokok
di tempat yang "pri- vate". Semua kawasan am sepatutnya dijadikan kawasan larangan merokok dan
undang-undang diadakan untuk mengenakan denda atas sesiapa yang melanggar undang-undang itu.
Banyak lagi "decentives" boleh dikenakan supaya orang ramai sedar bahawa merokok pada akhirnya
merugikan mereka sendiri.

18. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Action On Smoking Or Health
yang telah mengambil dayausaha menyelenggarakan bengkel ini. Ucapan tahniah dan terima kasih
juga kepada Environment Protection Society of Malaysia, Federation of Malaysian Consumers Asso-
ciation, Public Health Society, National Cancer Society, Adventist Health Education Service dan National
Heart Asso- ciation yang ikut sama menjayakan bengkel yang penting ini.

19. Saya benar-benar berharap, "Bengkel Merokok atau Kesihatan" ini, akan merupakan satu lagi titik
permulaan ke arah tindakan yang lebih teratur, terancang dan berterusan. Cita-cita "ke arah
masyarakat yang tidak merokok" tidak seharusnya menjadi tema bengkel ini saja; tetapi ia perlu
menjadi matlamat dan komitmen kepada seluruh angggota masyarat yang tidak merokok. Kita mesti
bergerak dan bekerja terus menerus. Kita mesti menarik lebih banyak persatuan dan institusi sosial
untuk bergerak bersama-sama kita, demi untuk kesejahteraan kita bersama. Usaha menyedarkan
masyarakat bahawa merokok adalah merbahaya, dan usaha menghalang anak-anak kita supaya tidak
terjerumus kepada perbuatan yang merbahaya ini, mestilah berjalan bukan untuk satu jam, satu hari,
satu minggu, satu bulan atau satu tahun sahaja, tetapi untuk sepanjang masa.

23
20. Kita perlulah berusaha menanam sikap supaya orang ramai benci kepada rokok. Dan usaha ini
perlulah bermula dari rumahtangga kita sendiri, bermula dari tempat kerja kita sendiri, dengan
menjadikan perbuatan tidak merokok suatu amalan yang mulia dan membanggakan. Usaha ini
memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan juga keberanian hati untuk menegur dan menasihati
rakan-rakan sejawat, rakan-rakan sosial dan keluarga sendiri. Kerapkali kerana ingin berbahasa dan
tidak mahu mengecilkan hati orang, kita membiarkan atau sanggup berkata "tidak mengapa merokok"
sungguhpun kita benci merokok dan tidak mahu asap rokok itu dekat kepada kita.

21. Usaha-usaha mencegah masyarakat merokok amat sulit dan sukar. Tetapi jika kita semua ikut
memainkan peranan masing-masing, Insya-Allah peratus orang yang menghisap rokok akan
bertambah kurang dari semasa kesemasa.

22. Bagi mengakhiri ucapan ini, saya doakan semoga bengkel ini berjaya merumuskan garis-garis
panduan, yang sesuai digunakan oleh semua pihak, dalam usaha mewujudkan masyarakat yang tidak
merokok, iaitu masyarakat yang sihat dan bahagia. Dengan doa ini saya dengan sukacitanya
merasmikan pembukaan "Bengkel Merokok atau Kesihatan" ini.

Terima kasih.

24