Anda di halaman 1dari 13

Profesionalisme boleh ditafsirkan sebagai tingkah laku mengikut peradaban ketika menjalankan serta melaksanakan hak-hak tanggungjawab dalam

setiap situasi. Profesionalisme ini juga boleh diertikan sebagai mengumpul dan melaksanakan tanggungjawab secara rela hati dalam setiap keadaan dan bukannya cuba untuk mengelakkan diri daripada tanggungjawab yang diberi. Dalam konteks profession keguruan, untuk menjadi sorang guru yang professional, sesorang guru itu perlulah mengamalkan ciri-ciri yang boleh menjadikan diri mereka sebagai guru yang cemerlang. Sistem pendidikan hari ini telah banyak berubah dan maju ke hadapan. Dengan meletakkan aspirasi Negara untuk mencapai Negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai transformasi di dalam sistem pendidikan Negara telah pun berlaku. Untuk menrealisaikan aspirasi ini, guru haruslah memainkan peranan penting mereka sebgai penggerak bangsa dengan mengamalkan ciri-ciri professional keguruan sepanjang masa. Pencarian ilmu perlulah sentiasa berlaku supaya guru tidak ketinggalan dengan peredaran masa.. Dengan pencarian ilmu ini, guru mampu untuk meninggkatkan tanggapan masyarakat terhadap mereka dan seterusnya

meningkatkan profesionalisme keguruan ini. Konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat perkara dalam suatu profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkahlaku serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Berdasarkan perkara-perkara di atas, seorang guru yang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam. Sebagai contoh seorang guru perlulah mengtahui ilmu yang meluas dan mendalam mengenai ilmu pedagogi. Sudah menjadi tanggungjawab guru itu untuk memperkemas kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah serta teknik pengajaran dari semasa ke semasa. Menurut Rohani Abdul Hamid (1998), guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap

perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Justeru, guru perlulah

mempertingkatkan profesionalime mereka supaya dapat menjadikan profesion perguruan ini menjadi profesion yang lebih profesional. Oleh itu, sebagai guru, kita perlulah mengamalkan ciri-ciri guru yang professional untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri yang professional. Seseorang guru itu perlulah berilmu, berkemahiran serta berketerampilan dalam ilmu pengetahuan terutamanya ilmu pedagogi. Terdapat perlbagai amalan boleh diamalkan untuk menjadi seorang guru yang professional, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengamalkannya atau tidak.

Amalan pertama : Pembelajaran Berlaku Sepanjang Hayat Untuk menjadi seorang guru yang professional, seorang guru itu perlulah mempunyai limu yang tinggi di dalam bidangnya. Seorang guru perlulah sentiasa tidak jemu untuk mencari ilmu kerana guru perlu berpegang kepada amalan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, untuk mengamalkan prinsip ini, seorang guru itu perlu mempunyai pelan pembelajaran peribadi. Pelan pembelajaran peribadi mempunyai beberapa pelan. Pelan yang terlibat ialah pembelajaran di

rumah,pendidikan dewasa, pendidikan berterusan, pengetahuan pekerja, dan persekitaran pembelajaran kendiri. Kepentingan pelan pembelajaran peribadi ini ialah guru dapat memperkayakan akademik dan ilmu mereka sepanjang masa. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada guru untuk penambahbaikan secara individu. Melalui pelan ini juga, guru dapat memaksimumkan kekuatan individu dan menggalakkan penggunaan potensi secara menyeluruh. Bukan itu sahaja, yang paling penting ialah untuk memastikan

semua guru dicabar sewajarnya untuk terus belajar dan mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri dan pertumbuhan peribadi untuk menjadi lebih professional. Pembelajaran di rumah adalah satu bentuk pembelajaran yang berlaku apabila murid tidak berada di sekolah dan merupakan satu bentuk pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran di rumah kebiasaanya melibatkan keluarga terutamanya ibu bapa atau tutor. Walaupun pembelajaran ini berlaku di rumah, tetapi kandungan kurikulum yang dipelajari adalah sama seperti di sekolah. Selain itu, pembelajaran di rumah juga telah berubah menggikut zaman. Zaman teknologi kini telah membuka lembaran baru dalam sistem pendidikan. Teknologi yang canggih telah mencipta satu pendekatan pembelajaran atas talian atau lebih dikenali sebagai online learning. Melalui pendekatan ini, pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja tidak kira jauh atau dekat. Semua boleh berinteraksi di salam satu masa. Guru, murid, pensyarah boleh meneruskan pembelajaran tanpa bersemuka. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak menuntut ilmu pada masa kini. Pelan yang kedua ialah, pendidikan dewasa. Pelan pendidikan dewasa merupakan satu proses pembelajaran lanjutan atau kursus yang di lalui oleh orang dewasa seperti guru. Untuk menjadi seorang yang professional, seseorang itu perlu mempunyai pelan pembelajaran peribadi tersendiri. Dalam pendidikan dewasa ini, sesorang boleh mencari ilmu di tempat kerja mereka. Golongan dewasa juga masih boleh meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka melalui pelbagai jenis pembelajaran lanjutan. Dalam konteks profesion perguruan, pendidikan dewasa ini merupakan satu pelan di mana guru sentiasa meningkatkan profesionalisme perguruan mereka dengan menghadiri pelbagai kursus yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah satu program yang disediakan ialah Latihan Pembangunan Staf. Program ini dilaksanakan bagi meningktkan kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya guru. Melalui pelan ini, guru akan sentiasa belajar untuk meningkatkan profesionalisme dan akhirnya menjadi seorang yang professional. Pelan pembelajaran peribadi yang seterusnya ialah pendidikan berterusan. Untuk menjadi seorang guru yang professional, seseorang itu perlulah sentiasa

berwawasan di dalam kerjannya. Oleh itu, pendidikan berterusan amat sesuai dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Pendidikan berterusan merupakan satu langkah untuk mencapai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada pendidikan dewasa. Pendidikan ini lebih tertumpu kepada usaha guru itu untuk menyambung pelajarannya di kolej, universiti untuk mendapatkan diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Pelan pembelajaran kendiri yang seterusnya ialah pengetahuan kerja. Dalam amalan pelan pembelajaran kendiri ini, seorang guru itu perlulah mempunyai pengetahuan pekerjaan yang luas supaya dapat meningktkan profesionalisme perguruan dan sebagai latihan kerja. Seorang guru yang profesional seharusnya meneroka dan mengkaji bidang tugas mereka. Guru ini perlu berpengetahuan tinggi mengenai pedagogi, kandungan mata pelajaran, psikologi murid serta semua perkara yang melibatkan bilik darjah. Oleh yang demikian, pengetahuan pekerja yang dimiliki ini mampu untuk membantu seorang guru itu berkembang menjadi seorang guru yang profesional. Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru itu mestilah mempunyai pelan pembelajaran kendiri dan sentiasa pergepang kerpaada prinsip pembelajaran sepangjang hayat. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, pengetahuan yang tinggi mengenai bidang yang diceburi terutama bidang pedagogi, guru itu mestilah sentiasa mencari ilmu. Pencarian ilmu tidak akan terhenti di sini. Jika seorang guru itu berpengetahuan tinggi di dalam bidangnya, sudah pasti dia akn menjadi tempat rujukan guru-guru lain. Bukan itu sahaja, dengan adanya latihan atau kursus yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua guru dalam setiap tahun semua guru di Malaysia ini akan sentiasa memperoleh ilmu mengenai dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Untuk meningkatkan profesionalime kendiri, seorang guru itu mestilah mempunyai pelan pembelajaran kendiri agar sentiasa berwawasan. Amalan Kedua : Amalan Refleksi/Amalan Berfikir

Pemikiran Reflektif

Pemikiran kritis dan kreatif

Renungan kembali refleksi (Pemikiran Metakognitif)

Perkaitan dengan pengalaman sedia ada

Penyelesaian

Refleksi kendiri bertujuan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam diri kita. Jadi, sebagai seorang guru yang mahu maju dalam profesionnya, dia mestilah sentiasa mendekatkan diri dengan amalan refleksi agar diri lebih maju ke arah yang positif. Menurut Schon (1993), amalan reflektif ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk mendapat perspektif baru bagi memperbaharui perkembangan dan meningkatkan inkuiri sehingga menjadi suatu himpunan. Melalui berfikir secara reflektif ini, guruakan sedar dan kritis terhadap amalan yang dilakukan dan dapat membantu untuk meningkatkan amalan kendiri. Refleksi merupakan proses mengingat kembali pengalaman seterusnya yang telah dilalui, penilaian

memikirkannnya,membuat

pertimbangan

dan

membuat

terhadap pengalaman tersebut. Menurut Hanipah (1999) pula refleksi ialah satu proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Oleh itu, seorang guru yang professional amalan yang perlu diamalkan ialah amalan refleksi. Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memeknakan

pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri. Menurut Shulman (1987) - Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya. Pada pandangan saya , amalan refleksi ini bukan sahaja digunakan untuk menilai kaedah pengajaran dan pembelajaran tetapi ia juga digunakan untuk menilai sikap diri sendiri dan kesannya terhadap amalan yang dilakukan. Menurut Willhelm (1996), kursus-kursus profesionalisme yang dihadiri oleh guru itu bukan hanya untuk mendorong guru unutk menerung kembali cara pengajaran mereka tetapi untuk menerangkan kepada guru supaya mereka dapat mereflek alasan bagi setiap tindakan yang telah mereka ambil. Seorang guru itu boleh melakukan amalan reflektif dalam bebrapa cara. Cara yang pertama ialah amalan semasa tindakan. Amalan reflektif semasa tindakan ini dilakukan ketika sedang mencuba suatu tindakan. Guru akan cuba mereflek sama ada tindakan itu akan mendatangkan kesan yang tidak dijangka dan bukan sebahagaian daripada tindakan yang dirancang. Melalui cara ini, guru akan cuba untuk menilai, berfikir dan menstruktur semula strategi dan menghasilkan kefahaman baru serta cara baru untuk selesaikan masalah. Cara yang kedua dalam amalan refleksi ini, guru boleh melakukan amalan reflektif ke atas tindakan. Amalan ini dilakukan setelah suatu tindakan itu diambil. Guru boleh melakukannya secara lisan atau bukan lisan. Melalui amalan ini, guru akan cepat sedar akan peristiwa yang berlaku (peka). Oleh itu, amalan reflektif ini satau amalan yang dapat membantu menjadikan guru itu seorang yang professional. Cara yang ketiga dalam melakukan refleksi ialah amalan reflektif untuk tindakan. Amalan ini

dilakukan selepas sesuatu tindakan diambil. Cara ini dapat membantu guru dalam melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari pelbagai pengetahuan baru serta dapat membina teori baru. Dengan mengaplikasikan amalan refleksi, saya berpendpat bahawa guru akan dapat membuat penambahbaikan dalam setiap apa yang akan lakukan atau akan dilakukan. Ini akan membuatkan setiap hasil kerja guru itu menjadi semakin baik dan berkualiti. Selain itu dengan mengamalkan amalan refleksi juga membuatkan

semua guru sentiasa sedar dengan apa yang saya lakukan sama ada ia sesuatu yang positif atau negatif. Ini akan menyebabkan segala sikap,tingkahlaku atau tindakan yang diambil akan menjadi semakin baik dari masa ke semasa. Untuk melaksanakan amalan refleksi ini, saya akan cuba untuk menyediakan jurnal reflektif atau portfolio peribadi. Jurnal reflektif ialah koleksi maklumat tentang refleksi pemikiran dan perasaan, catatan ilmu yang dipelajari dan idea yang cuba dilaksanakan yang kemudian dapat membantu guru untuk meperkembangkan profesionalisme mereka. Jurnal guru ini merupakan satu bentuk ruangan peribadi bagi guru untuk menulis apa sahaja yang dimahukan. Penulisan jurnal reflektif ini akan dapat digunakan sebagai panduan untuk menulis refleksi pengajaran dan panduan untuk menambah baik amalan pengajaran kita. Melalui cara ini guru akan lebih bersedia untuk meningkatkan profesionnya kerana setelah amalan ini sentiasa dilakukan guru akan dapat melihat perkembangan dan perubahan yang dialami melalui penulisan jurnal reflektif ini. Guru akan sentiasa membuat penilaian dan penambahbaikan terhadap pengajaran dan tindakan mereka. Oleh yang demikian, amalan yang akan diamalkan secara berterusn untuk menjadi guru yang professional ialah amalan refleksi atau amalan berfikir. Selain daripada menyediakan jurnal reflektif, guru juga boleh menyediakan portfolio peribadi sebagai satu amalan reflektif. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reektif tentang apa yang mereka lakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengimbas balik pengalamanpengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memikirkan jalan penyelesaiannya.

Membina portfolio merupakan satu medium bagi guru untuk mengenalpasti lalu memilih pengalaman dan menilai semula pengalaman itu dan menjadikanya satu amalan. Portfolio ini membolehkan guru untuk mendokumentasikan dan

menerangkan tindakan mereka serta menjadi bahan bukti kerjaya mereka. . Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajarannya sendiri, sudah tentu amalan penelitian itu membantu terhadap penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Oleh itu, jika seorang guru itu mengamalkan amalan reflektif ini, guru itu akan sentiasa peka kepada masalahnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru ini akan cuba mencari kekuatan dan kelemahan dirinya. Jika mengamalkan amalan reflektif, guru ini akan mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai perkembangan proses pengajarannya serta mendokumentasikan agar

perkembangan itu dapat dinilai keberkesanannya dengan lebih jelas. Tidak kiralah bagaimana jenis reflektif yang ingin dilakukan, tetapi hasilnya tetap akan sama iaitu mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Berdasarkan motif dan sebab inilah saya merasakan jika seorang guru itu ingin menjadi seorang guru yang profesional, maka guru itu perlulah mengamalkan amalan reflektif atau amalan berfikir.

Peringkat-Peringkat Pemikiran Reflektif


Masalah
Proses pemikiran reflektif bermula

Membaca dan mentafsir maklumat


Memahami masalahmelalui pemikiran kognitif

Menentu dan menyusun maklumat


Memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis

Mencadang hipotesis
Penggunaan pemikiran kritis dan kreatif

Mencari hubungan
Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan masalah

Membukti hipotesis
Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian

Menilai penyelesaian
Penggunaan pemikiran refleksi (metakognisi) untuk membuat keputusan atau menetap tindakan

Amalan ketiga : Mengamalkan budaya menyelidik. Untuk menjadi seorang yang professional saya akan mengamalkan budaya menyelidik. Sebagai seorang guru, kita kebiasaanya akan merancang, melaksana dan menilai pembelajaran yang telh dilakukan. Sedar atau tidak sebenarnya guru sentiasa berada dalam lingkungan penyelidikan. Guru akan merangka dan melaksanakan pelan tindakan, membuat pemerhatian dan menganalisis hasilnya, serta akan cuba melakukan satu perubahan pada perancangan dengan tujuan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Penyelidikan yang sinonim dengan profesion keguruan ialah penyelidikan tindakan. Proses menyelidik ialah satu proses yang memerlukan pemikiran tinggi sehingga ke peringkat menganalisis. Melalui proses penyelidikan ini, guru kan dapat melatih diri untuk lebih peka dan mempunyai pemikiran yang kritis. Menurut Elliot (1981), penyelidikan tindakan melibatkan kajian tentang situasi sosial yang bertujuan menambahbaik kualiti dan meningkatkan keberkesanan sesuatu tindakan. Oleh itu, jika guru mengamalkan budaya menyelidik ini, guru dapat membantu

menambahbaik kualiti serta keberkesanan pengajarannya. Terdapat banya faktor mengapa budaya menyelidik ini perlu diamalkan oleh guru supaya menjadi guru profesional.. Sebagai guru, kita kan mengenalpasti isu yang timbul semasa menjalankan proses P&P. Isu yang timbul ini akan dikaji. Melalui cara ini, guru akan cuba merancang penambahbaikan bagi mengatasi isu yang timbul ini. Oleh itu, penyelidikan dapat membantu guru untuk menambahbaik pengajaran dan seterusnya menjadikan seorang guru itu guru yang profesional. Bukan itu sahaja, melalui penyelidikan guru akan dapat berkolaborasi bersama pihak lain. Untuk menyelesaikan satu masalah yang timbul, guru tidak boleh bekerja berseorangan tetapi, bantuan daripada pihak lain diperlukan untuk meringakan beban. Penyelidikan ini akan menggalakan kita dan rakan-rakan untuk berfikir secara kritis dan saling berkongsi idea. Hasil penyelesaian masalah yang timbul daripada penyelidikan itu pula dapat dikongsi dengan rakan-rakan sejawat yang lain tidak kira sesiapa pun. Hasil penyelidikan kolaboratif ini dapat membantu meingkatkan kefahaman masing-masing dalam dunia pendidikan.

Menurut Elliot (dalam Kemmmis & McTaggarrt, 1990) menegaskan kepentingan komunikasi dan kolaborasi dalam kalangan semua peserta kajian tindakan. Oleh sebab kajian tindakan meninjau masalah daripada sudut pandangan peserta maka adalah sesuai peserta digunakan untuk mengesahkan data. Pada masa yang sama, dialog dalam kalangan peserta juga digalakkan bagi meransang maklum balas peserta. Oleh yang demikian, kolaborasi dari pelbagai pihak akan dapat dijalankan jika guru itu mengamalkan budaya menyelidik dan dapat memperoleh pelbagai idea seterusnya meningkatkan profesionalisme perguruan. Guru sebagai seorang guru yang profesional, guru itu tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi akan cuba untuk merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah dalam P&P yang

dihadapinya. Guru yang professional akan cuba untuk menjalankan kajian atas kesedaran kendiri bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses

pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri. Pada pendapat saya apabila seorang guru itu mengamalkan budaya, beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum sesuatu penyelidikan dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itu juga turut meningkat. Oleh yang demikian, memang benarlah bahawa melalui penyelidikan, profesionalisme seseorang guru tidak dapat dipertikaikan kerana dapat membantu mempertingkatkan dan memperkembangkan potensi seorang guru itu untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Bukan itu sahaja, guru dapat menjalankan penyelidikan tindakan. Melalui penyelidikan tidakan, guru akan sentiasa mengamalkan budaya reflektif. Budaya ini akan dapat mendorong guru untuk berfikir di luar kotak, menerima kelemahan diridan sentiasa berusaha untuk mengubah kelemahan serta menambah baik amalan kendiri. Dalam penyelidikan tidakan, guru akan sentiasa menganlpasti focus, merancang tindakan, mengumpul dan menganalisis data dan menjelaskan dapatan

kepada orang lain bagi tujuan perkongsian ilmu. Oleh itu, budaya peyelidikan ini akan sentiasa mengingatkan guru untuk berfikir secara kritis di dalam

menyelesaikan sesuatu isu. Unruk menjadi guru yang profesional, amalan menyelidik dapat membantu dalam perkembangan profesional guru ini. Melalui penyelidikan tindakan yang dilakukan, guru boleh menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Melalui penyelidikan ini, guru akan dapat menemui pendekatan dan strategi pengajaran yang terkini. Kelemahan yang dilakukan sebelum ini boleh diperbaiki dengan menggunakan ilmu baru yang telah diterokai semasa menjalankan penyelidikan. Sebagai contoh setelah menyelidik, guru ini mendapati murid-muridnya amat meminati bahan interaktif. Melalui penyelidikan , guru ini telah mempelajari teknik pengajaran yang berbentuk interaktif supaya murid-muridnya dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai