Anda di halaman 1dari 9

1.

PENGENALAN

Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinan lah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993). Menurut Amir Hasan Dawi (2006:217)., kepimpinan merupakan satu aktiviti yang kompleks, didefinisikan pelbagai cara, bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepimpinan juga adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Malah, kepimpinan merupakan suatu proses bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi. Untuk menjadi seorang guru, pastinya pelbagai cabaran yang bakal ditempuh. Guru seharusnya bijak dalam menangani cabaran ini dengan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai dengan cabaran dan situasi yang dihadapi. Melalui tugasan subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru ini saya dikehendaki untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh Guru Besar, tindakan yang dilakukan oleh Guru Besar tersebut terhadap isu dan amalan yang diamalkan oleh guru besar. Selain itu, saya dikehendaki menghubung kait tindakan dan amalan Guru Besar dan mengenal pasti jenis gaya kepimpinannya. Seterusnya, menjelaskan perkembangan profesionalisme terhadap diri saya sendiri dari segi budaya membaca, budaya menyelidik, budaya berfikir, budaya musyawarah, budaya kolaborasi dan latihan dalam perkhidmatan.

2.0

GURU BESAR DEMOKRASI 2.1 Tindakan Guru Besar

Pengalaman dari praktikum yang lepas, saya telah mengenal pasti beberapa isu yang terdapat di sekolah tersebut. Isu yang pertama yang dikenal pasti ialah kesukaran bagi para pentadbir dan guru-guru menyampaikan

pengumuman, peringatan dan laporan. Malah, pengumuman yang disampaikan dari mulut mahupun melalui notis belum tentu dapat disampaikan kepada semua guru untuk mengambil tahu akan hal yang telah dan akan berlaku. Ini kerana, terdapat guru yang mengikuti kursus atau terlibat dengan sebarang aktiviti luar. Oleh demikian, guru-guru tidak mengetahui sama ada mereka terlibat atau tidak terhadap sebarang aktiviti yang akan berlangsung. Perkara ini lebih menyukarkan pihak pentadbir sekiranya terdapat pihak atasan yang ingin membuat pemantauan terhadap sekolah. Apabila maklumat tidak disampaikan kepada guru-guru, maka persediaan yang kurang rapi pastinya akan menjejaskan prestasi sekolah. Justeru itu, Guru Besar mengambil langkah mengatasi isu ini dengan mengadakan perjumpaan pagi selepas perhimpunan pada setiap hari Isnin. Perjumpaan ini akan terus diadakan sebaik sahaja perhimpunan tamat dan murid-murid masuk ke kelas. Perjumpaan diadakan di tapak perhimpunan. Para guru berdiri dalam bentuk bulatan dan saling menghadap antara satu sama lain. Perjumpaan ini diadakan bagi para pentadbir dan guru-guru menyampaikan pengumuman perihal aktiviti yang akan berlangsung sepanjang minggu tersebut, pesanan dan laporan aktiviti minggu lepas. Guru Besar memberi hak bersuara. Menyampaikan pengumuman, pesanan dan teguran. Semua guru diberi peluang. 2.0 Amalan Guru Besar

Selain itu, sepanjang berpraktikum di sekolah ini, saya dapati telah menjadi kebiasaan Guru Besar untuk datang ke bilik guru untuk bertanya pendapat tentang hal sekolah, rumah tangga dan lain-lain. Sekiranya Guru Besar tidak datang ke bilik guru sekalipun, beliau akan sering berbincang dan bertegur sapa dengan semua guru dengan menggunakan WhatsApp dan WeChat. Ini

merupakan satu-satunya Guru Besar yang pernah saya jumpa, yakni mengikuti perkembangan semasa dengan berkomunikasi melalui perisian-perisian teknologi terkini. Hasil daripada pemerhatian, Guru Besar tidak mempunyai batasan tertentu dalam menjalinkan interaksi dengan guru-guru dan kakitangannya. Beliau dapat mengenali semua subordinat dan pada keadaan-keadaan tertentu beliau kelihatan begitu mesra dengan pekerja bawahannya. Apa yang dapat dilihat ialah boleh dikatakan guru-guru, kakitangan pejabat, murid-murid mudah berurusan dengan Guru Besar. Mereka akan datang menemui Guru Besar dan begitu juga Guru Besar akan menemui guru-guru atau kakitangannya jika memerlukan sesuatu penjelasan, menyampaikan pandangan atau memberi pendapat. 2.3 Gaya Kepimpinan

Berdasarkan hal yang tersebut, saya mendapati Guru Besar di sekolah ini mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi. Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orangorang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah. 2.4 Kualiti Kepimpinan a) Mempunyai Hubungan Manusia Yang Baik Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan

individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketuaketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia

semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai

perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya. b) Mampu Mewujudkan Persekitaran Dinamik

c) Membuat Keputusan Berdasarkan Keputusan bersama Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk memberikan pandangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memajukan persatuan. Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan

bersama, bukannya keputusan ketua secara individu, tetapi majoriti. Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas. Pemimpin yang demokratik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan

bersama. Dia selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha mencapai tujuan persatuan.

Dengan mengamalkan corak kepimpinan yang sedemikian maka pemimpin tersebut akan sentiasa berunding dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orang bawahan dalam

pengurusan organisasi.

Maka dengan ini orang bawahan akan Mungkin orang bawahan akan

dapat mengutarakan buah fikiran.

dapat memberikan buah fikiran yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan pendapat

yang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik untuk sesuatu masalah. dipertimbangkan. Setiap pendapat yang lain mesti

3.0

GURU BESAR INTRAKSIONAL 3.1 Tindakan Guru Besar

Ganjaran merupakan balasan kepada perkhidmatan yang telah diberikan (Martocchi 2006) dan bukan dalam bentuk material sahaja. Penghargaan diri adalah lebih penting kepada individu apabila keperluan asas telah dipenuhi dan ini selaras dengan teori Maslow. Guru akan merasa dihargai sekiranya mereka diberikan anugerah, kenaikan pangkat, sijil dan hadiah. Namun, hasil kajian ini menunjukkan penghargaan yang dikehendaki oleh guru bukan dalam bentuk material semata-mata. Oleh itu, di sekolah ini, Guru Besar amat peka dengan kehendak guru-gurunya dengan memberi penghargaan dan pengiktirafan. Didapati, kesan memberi pengiktirafan terhadap kebolehan mereka seperti ini memberi kesan yang lebih mendalam. Guru Besar sekolah ini yang menghargai guru-guru dengan pelbagai kaedah telah meningkatkan komitmen dan motivasi para guru. Jalinan hubungan dan menghargai guru untuk menawan hati mereka telah

meningkatkan komitmen guru-guru. Saya mendapati guru-guru lebih suka jika

sumbangan mereka dihargai oleh pengetua berbanding penghargaan dalam bentuk material. Penghargaan ini meningkatkan self-esteem guru terutama apabila Guru Besar mendapatkan pandangan mereka dan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan bidang atau kepakaran mereka. Kajian lepas menunjukkan organisasi yang berjaya mengamalkan budaya menghargai pekerja dengan merangsang, mengaplikasikan dan menggunakan idea-idea, kreativiti dan keupayaan mereka (Skyrme, 2003) mampu melestarikan kecemerlangan yang sedia ada dengan perubahan semasa dan berdaya saing (Stavrou-Costea, 2004). 3.2 Amalan Guru Besar

Berdasarkan sesi temu bual dengan guru di sekolah, didapati bahawa Guru Besar tiba di sekolah tidak lewat dari pukul 7.00 pagi pada setiap hari. Menurut mereka, Guru Besar menamatkan tugas rasmi tidak tentu masa. Biasanya, beliau akan pulang ke rumah pada pukul 5.00 petang.

Guru Besar adalah tegas dalam menjalankan tugas. Tambahan pula, beliau memiliki perancangan yang kemas dalam urusan tugas seharian. Beliau menggunakan buku rekod sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menggunakan sistem diari untuk memastikan tarikhtarikh penting dan waktu-waktu untuk menghadiri mesyuarat, pemantauan dan urusan-urusan rasmi yang lain. Selain daripada itu, Guru Besar juga sentiasa mencatatkan perkara-perkara yang penting atau yang perlu dilaksanakan di atas papan notis dan sentiasa memantau serta menyemak hasil-hasil kerja guru-guru di bawah jagaannya. Catatan-catatan juga turut sentiasa dikemas kini oleh beliau. 3.3 Gaya Kepimpinan perkara di atas, ia menunjukkan bahawa Guru Besar

Berdasarkan

mengamalkan gaya kepimpinan Instruksional.

Kepimpinan Instruksional

berteraskan pemimpin yang mengambil tahu terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya akan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu

kecemerlangan sekolah. Blas (1989) menyatakan kepimpinan intruksional adalah penyeliaan pembangunan staf untuk perkembangan kurikulum. 3.4 Kualiti Kepimpinan a) Mempunyai visi yang jelas Berdasarkan tindakan dan amalan beliau, saya melihat beliau seorang yang mahir dan jelas akan hala tuju serta berani merencana tindakan untuk merealisasikannya. Hal ini baik dalam mesyuarat, arahan, percakapan dan sikapnya ialah ke arah untuk mencapai misi dan visi sekolah. Kepada organisasi dan kakitangan beliau meletakkan harapan yang tinggi mencapai hasrat yang dibina bersama. ini disokong oleh Dr.Robiah Sadin (1998.ms 49) dalam bukunya Asas Pentadbiran, pemimpin berkesan adalah ketua kumpulan, pemandu, menyelaras kegiatan, pemimpin membuat tindakan dengan mengerakkan struktur berasaskan interaksi

pelbagai bahagian, mempengaruhi kegiatan setiap bahagian untuk mencapai keberkesanan organisasi.

b) Menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional Guru Besar sebagai pemimpin instruksional semestinya

melaksanakan pemantauan pengajaran dan pembelajaran dan ini merupakan satu teknik membantu guru memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan pengendalian pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Kajian Faridah et al. (2005) mendapati penyeliaan Guru Besar meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini mendapati Guru Besar telah merancang tugas, jadual pelaksanaan panduan pencerapan, bagi proses

pengagihan

menyediakan

pemantauan dan tatacara pelaksanaan merujuk kepada standard. Ini menunjukkan kualiti yang Guru Besar menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional dengan telah merancang pencerapan pengajaran & pembelajaran dengan baik bersama pasukan

pengurusan sekolah yang lain. Malah, proses penyeliaan dan pemantauan juga

merupakan satu bentuk motivasi kepada guru-guru kerana mereka dapat merasai kehadiran Guru Besar. Pemantauan atau

pencerapan memastikan proses belajar berlaku secara berterusan dan guru-guru cuba meningkatkan prestasi serta memaparkan yang terbaik. c) Menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional

Anda mungkin juga menyukai