Anda di halaman 1dari 2

Tajuk 7 Penilaian Hasil Kerja : Kefahaman aspek seni dan rekaan, Eksplorasi konsep Bahasa Visual, Persembahan

Menurut Eisner (1985) ,hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis, panduan memperbaiki kurikulum berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program untuk mengukur pencapaian pelajar mengukur tahap-tahap perkembangan kemahiran psikomotor, afektif dan kognitif Panduan mengendali penilaian Menurut Clement (1986) : Perlu ada framework yang fleksibel sebagai panduan kepada guru-guru bagi mengendali penilaian pendidikan seni. Penilaian juga perlu mengambil kira latar belakang pelajar dan persekitarannya yang dibawa bersamanya ke dalam bilik darjah Membekalkan maklumat yang terkini Ditumpukan kepada kedua-dua kategori iaitu penilaian untuk proses dan produk seni.

Mengikut Barnes (1987): untuk pelajar sekolah rendah-lima katogeri perlu dinilai. Setiap kategori itu mempunyai kriterianya 1. Proses kerja 2. Pengendalian bahan 3. Penggunaan media 4. Kemahiran kritikal 5. Peringkat-peringkat perkembangan peribadi. proses menghasilkan kerja-kerja seni terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artistik ketika menghasilkan kerja-kerja seni seperti perkembangan idea, mengubah-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu dalam proses penghasilan kerja atau produk akhir seni. - tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan seseuatu produk seni. - tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya atau bagaimana keupayaan pelajar menggunakan gunting untuk menggunting satu motif. - mengenalpasti sejauh manakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkah pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya.

Proses kerja

Pengendalian bahan

Penggunaan media

Kemahiran mengkritik

-Kategori ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain.

-perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah Peringkat perkembangan sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu peribadi pelajar sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah ciri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembangan yang sepatutnya Untuk menilai hasil kerja murid kita perlu mengambil kira beberapa Elemen dan Prinsip Seni Reka dalam penilaian kita. Cantik merupakan suatu perkara yang sangat subjektif. Oleh itu pemarkahan boleh diambil kira dengan menganalisa elemen-elemen dan prinsip seni berikut : Elemen-elemen Seni 1. Garisan - kita melihat hasil kerja itu dengan penggunaan garisan. Ada beberapa jenis garisan yang perlu kita ketahui seperti garisan tebal, nipis, bergigi, putus-putus dan sebagainya. 2. Warna - Terdapat berbagai jenis warna. Terdapat warna panas dan warna sejuk (warm to cool).Warna asas, warna sekunder, tertier. Warna juga boleh jadi dari sudut monokromatik dan akromatik. Penggunaan warna yang sesuai akan mewujudkan keharmonian,kontra dan dramatik dalam sesebuah hasil kerja. 3. Rupa - Bermula dari satu titik dan berakhir dengan titik mula akan menghasilkan rupa. Perlu diingat rupa bukan bentuk. 4. Bentuk - Boleh di lihat dari sudut 2D dan 3D.Penggunaan ton akan mewujudkan bentuk. 5.Tona- Iaitu satu kesan tampak yang diwujudkan oleh kesan cahaya.Contoh gelap ke terang. Elemen ini perlu ditekanan dalam pengajaran PSV tahap 1.Penilaian sebaik-baiknya harus berteraskan kepada aplikasi elemen ini dalam setiap hasil kerja murid.