Anda di halaman 1dari 32

Kelab Remaja ISMA

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Proposal

Page 1

Kelab Remaja ISMA

Isi Kandungan:

1. Profil Rasmi KRIM 2. Mukadimah 3. Modul Program 4. Tentatif Program 5. Profil Facilitator 6. Anggaran Perbelanjaan 7. Penutup

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 2

Kelab Remaja ISMA

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 3

Kelab Remaja ISMA Kelab Remaja ISMA (KRIM) Gombak berpengalaman dalam menganjurkan program-program seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kem Remaja Muslim Seminar Kerjaya peringkat daerah Gombak dengan kerjasama PPD Gombak Seminar Belajar Power di sekolah-sekolah Khemah Ibadah Bengkel Kecemerlangan SPM Program anak angkat Kursus Kepimpinan Sekolah Program penghayatan Qiyamullail Kursus lonjakan Sahsiah & emosi Program Sukan dan riadhah Kembara

Dan banyak lagi. Aspirasi kami di KRIM Gombak adalah untuk terus memacu agenda pembangunan Remaja. Untuk maklumat lanjut sila layari: Krimgombak.wordpress.com Remajaisma.wordpress.com Krimgombak/facebook.com

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 4

Kelab Remaja ISMA

Mukadimah
Menyedari bahawa remaja hari ini adalah bakal pemimpin negara pada masa akan datang, oleh itu menjadi matlamat utama KRIM untuk membangunkan potensi yang ada pada mereka dengan aspirasi pembangunan insan seperti yang telah digariskan oleh Islam. KRIM juga meyakini bahawa hanya dengan pendidikan dan pembentukan seimbang dari sudut jasadi, akaliah dan ruhi sahaja yang mampu membawa para remaja ke landasan yang betul. Dengan kefahaman dan aspirasi inilah KRIM tampil menganjurkan program KEM JATIDIRI REMAJA 2010 (KEJAR) untuk memberi peluang kepada para remaja, memupuk semangat dan jati diri unggul kalangan peserta. melalui program dan aktiviti yang disediakan. Di samping itu program ini di harap dapat membuka ruang perkenalan dan merapatkan ukhwwah DI

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 5

Kelab Remaja ISMA

OBJEKTIF PROGRAM
Melahirkan generasi Remaja yang berperibadi unggul bertunjangkan iltizam, motivasi dan jatidiri mantap Membangkitkan kesedaran untuk melakukan perubahan positif dalam hidup. Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial. Melahirkan peserta yang berakhlak mulia pada diri, ibu bapa, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat. Meningkatkan kecerdasan minda (IQ), kestabilan emosi (EQ), ketenangan rohani (SQ) dan kecergasan fizikal.

SASARAN
Remaja sekolah menengah.

TEMPOH & TEMPAT PROGRAM


3 hari 2 malam. Tempat yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang berkaitan.Dicadangkan untuk diadakan samada di UIAM Gombak ataupun di Hawa Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 6

Kelab Remaja ISMA

MODUL-MODUL
KRIM Gombak menggunakan pendekatan modul kolektif yang merangkumi 3 elemen ke arah menjadi Remaja Berperibadi Unggul

Motivasi

Iltizam
Remaja
Berperibadi unggul

Jatidiri

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 7

Kelab Remaja ISMA


Dalam menggarap ketiga-tiga elemen di atas, Kami menggunakan pendekatan modul-modul berikut:

Pengisian Rohani Motivasi& Jatidiri Teambuilding


Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Cinta Allah dan Rasul Apa erti saya hidup di dunia ini? Sesi muhasabah (Detik-detik kematian)

Menerobos potensi diri Bengkel membina keyakinan diri Mega Challenge Saya Remaja Unggul Resolusi dan bacaan ikrar

Ice breaking yang menarik Pelbagai aktiviti teambuilding (indoor & outdoor)

Page 8

Kelab Remaja ISMA


Modul Ice Breaking Objektif Satu pendekatan mesra untuk membolehkan para peserta dan Fasilitator mengenali antara satu dan lain. Pembahagian Kumpulan Introduce diri lukis objek yang melambangkan diri (binatang, kereta etc). Masing-masing menceritakan tentang objek tersebut. Masakan Abi (untuk bahagikan kumpulan) masing-masing mendapat kertas yang ada tertulis kumpulan masing-masing. Teambuilding 1 Identiti kumpulan. o Nama kumpulan o Cipta logo o War cry o Bendera Motivasi: 1. Menerobos Potensi Diri 2. Membina Keyakinan Diri 3. Carta kehidupan saya 4. Ciri-ciri Remaja unggul Mencungkil potensi sebenar para peserta melalui gabungan ceramah motivasi, aktiviti teambuilding (indoor dan outdoor) Menanam Keyakinan diri yang tinggi dalam diri peserta akan kemampuan kendiri untuk melakukan anjakan paradigm dalam kehidupan Menerangkan tentang cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh semua peserta untuk menjadi Remaja unggul Mega Challenge Satu perlumbaan berkumpulan dalam menyelesaikan satu cabaran yang akan diberikan. Aktiviti ini akan menguji semua aspek berikut: 1. Kerjasama kumpulan 2. Kreativiti 3. Semangat berpasukan 4. Toleransi sesame ahli kumpulan 5. Fokus dan bermatlamat Mencungkil bakat terpendam para peserta Meningkatkan keyakinan diri para peserta Menguji daya kreativiti para peserta Page 9

Malam Keseniaan

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Kelab Remaja ISMA


Sesi hati ke hati bersama Fasilitator Menyelami permasalahan sebenar para peserta yang merencatkan perubahan kendiri dalaman dan luaran Menititberatkan aspek pembangunan rohaniah Memberi kesedaran kepada para peserta akan kepentingan untuk melakukan anjakan paradigm dalam diri sendiri Perkongsian pengalaman para fasilitator dalam menghadapi liku-liku kehidupan Menitikberatkan soal pembangunan rohani dengan member penekanan kepada perkara berikut: 1. Cinta Rasulullah 2. Kasih ibu bapa Melatih para peserta dengan aspek-aspek bekerja dalam kumpulan Mengenali pencipta melalui alam Menyedari bahawa kita insan kerdil dibandingkan dengan keagungan pencipta Memupuk rasa kehambaan Menguji kekuatan fizikal melalui aktiviti kembara hutan Para peserta beriltizam dengan segala keyakinan diri yang diperolehi demi melakukan anjakan paradigm dalam kehidupan Para peserta menulis warkah iltizam diri kepada ibubapa

Pengisian Rohani

Teambuilding Indoor Teambuilding Outdoor Belajar dari Alam

Resolusi & Warkah buat ibubapa

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 10

Kelab Remaja ISMA

TENAGA PENGAJAR & FASILITATOR


Tn Hj Aminuddin B Yahya, Setiausaha Agung ISMA, Pakar Motivasi

Mejar Nazri B Musman Perunding Aman Palestin Bhd Pakar Motivasi

Bro Bukhari Pakar Motivasi Remaja

Ustaz Ahmad Alaudin B Kamal Ustaz / Pensyarah Darul Quran


Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010 Page 11

Kelab Remaja ISMA

Dibantu oleh Fasilitator KRIM berpengalaman: Mohd Hafizan B Abdul Wahab M Faizal Uzairi Lufti Abbas B Bidin Khairil Anuar M Nor M Afiq B Ibrahim Idris Mohamad

Norjamaliah Bt Abdul Wahab Norfhadilina Fudzi Syaidatul Nazdrah Nawi Maznah Mohamad Aishah Ruslan Noorshahida

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 12

Kelab Remaja ISMA

TENTATIF PROGRAM

TARIKH HARI PERTAMA JUMAAT

WAKTU 1700-1800 1800-1900 1900-2030

AKTIVITI Bertolak Dari Kuala Lumpur ke Janda Baik Tiba Di Hawa Resport & Hemat Diri Makan Malam & Solat Maghrib & Solat Isya

2100-2300

Ice Breaking Kembara mimpi

HARI KEDUA SABTU

0530-0700 0730-0830 0830 - 1030

Solat Subuh & Tazkirah Subuh Makan Pagi & Hemat diri Slot Motivasi : Menerobos Potensi Diri & Bengkel

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 13

Kelab Remaja ISMA


1030-1100 1100-1230 1230-1400 1400-1630 1630-1700 1715-1830 1900-2000 2000-2100 2100-2230 2300-0000 Membina Keyakinan Diri Minum pagi Aktiviti Teambuilding Indoor: Makan tengahari & Solat Zohor Slot Outdoor: Mega Challenge Solat Asar & Minum Petang Aktiviti Teambuilding Air Solat Maghrib & Tazkirah (Modul: Cinta Rasulullah) BBQ Malam Keseniaan Sesi Hati ke hati bersama Facies

HARI KETIGA Ahad

0530-0630

solat subuh dan tazkirah subuh : Modul Sayang ibubapa

0700 - 0730

Sarapan pagi & Hemah Diri

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 14

Kelab Remaja ISMA


0730-1000 1000-1030 1100-1230 1230-1400 1400-1500 1500-1530 1630 Jungle Trekking Minum pagi & Hemat Diri Slot Motivasi & Bengkel: Saya Remaja Unggul Resolusi & Bacaan Ikrar Makan tengahari & solat zohor Majlis Penutup Bersurai

* Tentatif di atas adalah cadangan semata-mata, tertakluk pada perubahan dan perbincangan berdasarkan objektif yang ingin dicapai

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 15

Kelab Remaja ISMA

Anggaran Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan ini adalah berdasarkan kapasiti 50 orang peserta untuk 2 senario tempat berlainan Perkara Tempat Program 1. Penginapan 2. Makanan (6 x) 3. Dewan program UIAM, Gombak, Kuala Lumpur RM 120/ peserta (2 malam beserta 6x makan/day) Tempahan Fasiliti University RM 120 x 2 x 50 = RM 12000 Dewan Seminar = RM 750/day RM 7500

Hawa Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang RM 120/day (termasuk 6X makan & BBQ, Aktiviti Jungle trekking, Aktiviti merempuh halangan, dan kemudahan resort yang lain)

UIAM tidak mempunyai kemudahan untuk aktiviti Jungle trekking, BBQ & Merempuh halangan RM 800 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur RM200 RM 5/peserta

Pengangkutan RM500

Logistik & Peralatan Sekretariat 1. Alat Tulis

RM 200 RM 5/peserta

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 16

Kelab Remaja ISMA


2. Fail Peserta 3. Tagnama Cenderamata 1. Sijil & Photo 2. T-shirt peserta 3. T-shirt secretariat Honorarium Tenaga Pakar JUMLAH BESAR RM250 Sijil & Photo = RM 10/peserta T-shirt = RM 20/peserta RM 1800 RM 2000 RM 12000 RM 250 Sijil & Photo = RM 10/peserta T-shirt = RM 20/peserta RM 1800 RM 2000 RM 16000

Pihak kami amat menitikberatkan soal keselamatan para peserta dan fasilitator sepanjang program dijalankan. Oleh itu, semua peserta dan fasilitator akan didaftarkan untuk insurans dan takaful berkelompok.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 17

Kelab Remaja ISMA

Appendix: Pengalaman Kami


KEM LEPASAN SPM 2011 KEM KEPIMPINAN PRS DAERAH GOMBAK 2011 JAMBORI REMAJA MUSLIM 2010 (PERINGKAT KEBANGSAAN) KEM REMAJA MUSLIM 2010 (KERIS) KEM BINA SAHSIAH 2010 KLOSE (KEM LONJAKAN SAHSIAH DAN EMOSI) 2010

DAN PELBAGAI LAGI PROGRAM REMAJA BERBENTUK MENDIDIK DAN MEMBINA PERIBADI DAN JATIDIRI

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 18

Kelab Remaja ISMA

KEM LEPASAN SPM 2011

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 19

Kelab Remaja ISMA

KEM PRS ANJURAN KRIM GOMBAK DAN PPD LAHIRKAN PELAJAR UNGGUL

Serdang, 1 Julai 2011 138 pelajar dari 34 buah sekolah di sekitar daerah Gombak yang terdiri daripada pimpinan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah masing-masing menghadiri Kurus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (KKPRS) anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak dengan kerjasama Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Gombak bermula 29 Jun 2011 hingga 1 Julai 2011.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 20

Kelab Remaja ISMA


Kursus tiga hari dua malam yang diadakan di Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tersebut antara lain berobjektifkan melahirkan generasi remaja yang unggul dari sudut rohani, jasmani, minda dan emosi di samping mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kursus tersebut termasuk pengisian dalam bentuk ceramah-ceramah motivasi berkisarkan membina keyakinan diri serta ciri-ciri pemimpin unggul, di samping aktiviti luar seperti Amazing Race dan Mega Challenge. Turut dimuatkan acara debat antara kumpulan yang mencabar para peserta membina idea berdasarkan tajuk debat yang diberi dalam masa yang terhad selain menguji keyakinan peserta untuk bercakap dan mempertahankan idea di khalayak ramai.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 21

Kelab Remaja ISMA

Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya tersebut berakhir dengan para peserta membawa resolusi ke sekolah masing-masing untuk menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang bukan sahaja membantu rakan-rakan pelajar dari sudut perlakuan, emosi dan peribadi malah turut menjadi individu terkehadapan dari sudut kemahiran berinteraksi, penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah di samping kecermelangan akademik dan disiplin.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 22

Kelab Remaja ISMA

JIRIM 2010 tarik penyertaan lebih 600 remaja dari seluruh negara

ULU YAM, 26 Disember Lebih 600 remaja dari seluruh pelusuk negara menyertai Jambori Remaja Muslim Nasional (JIRIM) kali ke-2 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang telah berlangsung di Kem Nur Laman Bestari Ulu Yam. Majlis perasmian penutupan JIRIM ke-2 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ISMA, Encik Abdul Rahman bin Md Dali dan Penasihat KRIM, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran. Jambori yang diadakan selama tiga hari dua malam ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti lasak yang bukan sekadar menguji ketahanan fizikal, malah kemampuan minda berfikir dengan soalan-soalan yang menguji kefahaman peserta tentang Islam dan al-Quran.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 23

Kelab Remaja ISMA

Kita disogokkan dengan pelbagai isu semasa yang kebanyakannya adalah negatif dari pelbagai arah. Hal ini kian meruncing dengan bertambahnya gejala-gejala sosial termasuk keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita. Atas sebab itu, KRIM terpanggil untuk bersama menggembleng tenaga memancarkan gelombang positif kepada masyarakat terutamanya golongan muda seperti remaja. Salah satu usaha KRIM adalah dengan penganjuran JIRIM yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh Malaysia, jelas Mohd Soufi bin Anual, Pengarah JIRIM 2 berkenaan objektif KRIM menganjurkan program ini. Beliau turut menekankan bahawa, penganjuran JIRIM hanya merupakan permulaan kepada kebangkitan agenda membangun ummah. Jumlah penyertaan daripada peserta perempuan juga tidak kurang hebat. Timbalan Pengarah JIRIM 2, Saudari Nurul Fariena bt. Asli menyatakan bahawa peserta perempuan hebat, bagus dan mempunyai sasaran sendiri untuk menyertai JIRIM 2. Mereka turut membuktikan semangat dengan menyertai semua aktiviti walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, termasuklah hujan lebat yang melanda kawasan kem tersebut.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 24

Kelab Remaja ISMA

Para peserta apabila ditanya respon masing-masing amat mengharapkan kepada penganjuran Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-3 dan menyatakan bahawa pengalaman yang mereka lalui sepanjang JIRIM 2 ini benar-benar berharga dan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee, salah seorang peserta mengucapkan rasa syukur menyertai JIRIM 2 ini dan merasakan ia banyak memberi impak kepada setiap individu. Beliau turut merasakan bahawa kem ini lebih istimewa dan lain daripada kem-kem lain kerana ia menerapkan nilai iman dan Islam dalam setiap individu seperti menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, penerapan Islam dalam setiap aktiviti, dan merapatkan silaturrahim sesama peserta daripada pelbagai negeri.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 25

Kelab Remaja ISMA

Kem Remaja Muslim 2010


Kepong, 13 Mac Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak telah mengadakan Kem Remaja Muslim 2010 bertempat di Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Kepong. Bertemakan revitalise body, reenergise spirit, rekindle iman, kem ini telah disertai oleh 32 orang pelajar dari sekitar kawasan Gombak. Kem perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai program kerohanian, kecergasan fizikal dan minda berteraskan nilai nilai Islam yang syumul.

Taklimat oleh Kem Komandan, saudara Fahmi Kem perkhemahan ini dimulakan dengan sesi taklimat dan suai kenal bagi membolehkan para peserta berkenalan dan bermesra dimana akhirnya mereka dibahagikan kepada kumpulan masing masing. Biarpun melalui tempoh perkenalan yang agak singkat, rata rata peserta telah menunjukkan iltizam dan jatidiri yang tinggi untuk melaksanakan dan menjayakan setiap tugasan yang telah diberikan dalam aktiviti berpasukan seperti explore race dan team building.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 26

Kelab Remaja ISMA

Peserta perempuan semasa aktiviti Team Building

Aktiviti Team Building lelaki

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 27

Kelab Remaja ISMA

Explorace.. "Tepuk sekali, tepuk dua kali.. tepuk amai-amai..."

Peserta perempuan tidak kurang hebat dalam menguji kekuatan fizikal Pada sebelah malam satu tayangan video berkisar tentang anak derhaka telah ditayangkan dan sedikit sebanyak telah menyentuh hati para peserta. Bakat bakat peserta terserlah pada sesi Malam Kesenian Islam yang berlangsung sejurus selepas tayangan video. Keesokan harinya, aktiviti meredah hutan yang menjadi cabaran utama kepada peserta telah benar-benar menguji kekuatan fizikal mereka . Kem ini telah diakhiri dengan bacaan ikrar oleh para peserta dan penyampaian sijil beserta hadiah.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 28

Kelab Remaja ISMA

Meraih kerehatan dalam solat

Aktiviti Jungle trekking KRIM Gombak, selaku penganjur menganggap program seumpama ini amat bermanfaat bagi para peserta yang baru memulakan cuti persekolahan mereka dimana kem ini merupakan salah satu daripada siri pembangunan remaja yang diolah bersesuaian dengan remaja masakini untuk tujuan penerapan nilai nilai Islam yang relevan sepanjang zaman. Melalui kem ini, para peserta telah didedahkan dengan latihan latihan praktikal kepimpinan disamping aspek disiplin dan kerjasama berpasukan. Program seumpama akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang sebagai wadah KRIM dalam menjayakan aktivisme remaja untuk bersama-sama tampil di t

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 29

Kelab Remaja ISMA

Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja 2010

Majlis Perasmian Penutup oleh YB Datuk Hj Ghazale Bin Muhamad Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka SUNGAI UDANG, 7 9 Mei 2010 Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka melakar sejarah apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dalam penganjuran Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Bertemakan Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah, kem 3 hari 2 malam anjuran Keraj aan Negeri Melaka ini berjaya mengumpulkan seramai 92 orang pelajar tingkatan 4 daripada lebih 20 buah sekolah menengah harian terpilih di seluruh Melaka. Para peserta yang hadir ini terdiri daripada barisan kepimpinan di sekolah masing-masing. Program dimulakan dengan sesi taklimat pada jam lima petang oleh pihak urusetia JAIM. Usai makan malam dan solat Isyak berjemaah, para peserta berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh En Sulaiman bin Abd Rahman. Para peserta k elihatan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik bagi meleraikan perasaan segan dan malu meskipun baru pertama kali berjumpa. Selesai slot Ice Breaking, program diteruskan dengan slot Mengenali Diri dan Potensi Diri oleh Encik Muhammad Aizat bin Rasli. Melalui slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk personaliti seorang pemimpin yang dapat membantu mereka menggalas tugas sebagai pemimpin kelak.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 30

Kelab Remaja ISMA

Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti Qiamulail pada jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, para peserta menuju ke dewan untuk mengikuti Slot Sharing Is Caring. Dalam slot ini, para peserta ditayangkan video berkisarkan tentang remaja perempuan contoh bernama Siti Fatimah yang m erupakan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2006 dengan keputusan 18A. Video tersebut memberikan sumber inspirasi kepada para peserta untuk mencontohi watak Siti Fatimah yang merupakan watak remaja zaman ini yang sangat hampir usianya dengan peserta. Kemudiannya, peserta melakukan aktiviti senaman pagi sebelum menikmati sarapan pagi dan hemat diri. Slot yang kedua bertajuk Remaja Muslim Dari Mana Nak Ke Mana disampaikan oleh En Mursyidi bin Mohammad. Pelajar diterapkan tentang motivasi dan kesedaran untuk bangkit menjadi remaja Muslim cemerlang, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah dalam aspek ibadah, akhlak, ilmu pengetahuan dan juga penjagaan kesihatan tubuh badan. Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan slot Eksplorasi Alam oleh Cikgu Abdul Razak bin Kassim. Slot ini sedikit sebanyak membuka minda para peserta akan keluasan dan kehebatan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang tiada tandingannya. Gaya penyampaian penceramah seakan-akan membawa peserta menjelajah kehebatan dan rahsia alam semesta yang terbentang luas. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi LDK dan aktiviti Team Building. Keseronokan jelas terpancar di wajah peserta ketika menjalani aktiviti Teambuilding yang ternyata banyak menguji ketangkasan dan semangat kerjasama sesama mereka.

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 31

Kelab Remaja ISMA

Untuk sesi malam, peserta disajikan pula dengan aktiviti Jejak Si buta dan Sebelum Mata Terlena. Pelbagai r agam dan aksi ditonjolkan oleh peserta untuk melepasi halangan sewaktu aktiviti Jejak Si Buta. Manakala, slot Sebelum Mata Terlena pula berjaya memberikan kesedaran k epada peserta akan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah sejak dari kecil. Suasana berubah menjadi sayu dan air mata penyesalan tidak dapat ditahan daripada mengalir. Hari terakhir kem dimulakan dengan ceramah bertajuk Towards A Brighter Future yang disampaikan oleh Ustaz Zaidi bin Abd Jal il. Di dalam slot ini, kehebatan peribadi Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi intipati utama penyampaian agar para peserta dapat mencontohi ciri-ciri hebat seorang pemuda yang ada pada tokoh agung ini. Dengan berakhirnya slot tersebut, Kem Bina Sahsiah dan Jatidiri Remaja semakin menghampiri ke kemuncaknya. Ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ghazale bin Muhamad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka yang mana dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan penerimaan baik terhadap jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Melaka dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). krim MELAKA

Proposal: Kem Jatidiri Remaja (KEJAR) 2010

Page 32