Anda di halaman 1dari 22

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

TAJUK 7

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Set Induksi

SINOPSIS Dalam tajuk ini terdapat lima sub topik ia itu proses pengajaran mikro, dan empat komponen kemahiran set induksi. Komponen kemahiran sei induksi yang pertama ialah menarik perhatian diikuti mewujudkan motivasi dan mengstruktur.Setiap komponen tersebut tidak wujud berasingan dalam satu contoh terdapat pelbagai teknik untuk memulakan pengajaran. set induksi dan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SET INDUKSI -menarik perhatian


KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO PROSES

-mewujudkan motivasi -membuat perkaitan -menstruktur

KANDUNGAN ISI 7.0 Pengajaran Mikro 7.1 7.2 Proses Pengajaran Mikro Set Induksi 7.2.1 Menarik Perhatian 7.2.2 Memotivasi 7.2.3 Membuat Perkaitan 7.2.4 Menstruktur

103

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti a. Tuliskan satu hasil pembelajaran untuk set induksi / fasa orientasi anda. Rujuk aktiviti dalam bab 6, pilih jika ia sesuai . b. Adakah orientasi anda satu peristiwa berselisih dan bagaimana anda memotivasikan pelajar, menarik minat serta mengaitkan dengan kandungan pelajaran anda hari tersebut c. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan orientasi anda. fasa

7.0

Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro adalah aktiviti bersemuka antara pensyarah dan guru pelatih dalam satu kelas. Ia adalah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran dalam satu kumpulan guru pelatih antara lima hingga sepuluh orang sahaja. Dalam pengajaran sains kemahiran pengajaran mikro terdiri dari set induksi, teknik penyoalan, perbincangan hasil eksperimen, variasi rangsangan, penerangan, peneguhan, bahan bantu mengajar dan penutup.

Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi terkawal untuk satu-satu kemahiran dengan teknik simulasi iaitu guru pelatih berperanan sebagai guru dan murid. pengajaran mikro adalah seperti berikut : a. Situasi terkawal untuk latihan pengajaran mikro di kalangan guru pelatih sendiri dan bukan dalam situasi sebenar iaitu di sekolah. Ianya berlaku di kelas bersama guru pelatih yang lain dan pensyarah dalam suasana terancang dan dipermudahkan. b. Saiz kelas, isi kandungan dan masa semuanya kurang dari pengajaran sebenar. c. Berfokus kepada tugasan yang spesifik seperti kemahiran memberi arahan atau membincangkan hasil eksperimen. Saranan untuk amalan

104

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG d. Pengulangan adalah perlu untuk membentuk kemahiran serta memperbaiki kesilapan selepas berbincang bersama kawan-kawan dan pensyarah atau

refleksi sendiri selepas menonton video yang telah dirakam.

7.1

Proses Pengajaran Mikro

Model pengajaran mikro yang asal ialah merancang mengajar mengulas merancang semula mengajar semula - mengulas semula. Dalam model ini guru pelatih dikehendaki mengulang setiap kemahiran pengajaran mikro sehingga menguasai kemahiran tersebut. Model lain proses pengajaran mikro terbahagi kepada empat peringkat iaitu pengenalan, perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Urutan pelaksanaan proses tersebut bagi guru pelatih adalah seperti :, a. Memahami konsep pengajaran mikro dan kemahiranya dari modul , bahan bacaan dan pensyarah. b. Meneliti borang senarai semak kemahiran pengajaran mikro supaya guru pelatih mengetahui kriteria untuk dikuasai dan mengatasi kelemahan. c. Melihat rakaman video tentang satu kemahiran pengajaran mikro dan berbincang tentang kelemahan dan kekuatan. d. Rancang satu sessi pengajaran mikro lengkap dengan objektif, bahan, cara pengendalian dan penilaian pencapaian objektif. e. Laksanakan pengajaran dan buat rakaman video. Pada permulaan pengajaran mikro seharusnya dinyatakan objektif pengajaran supaya guru pelatih lain lebih jelas.Diikuti oleh persembahan pengajaran mengikut urutan, sedikit jenaka mungkin dan penutup akhirnya. f. Terima maklumbalas dari pensyarah dan rakan serta teliti borang senarai semak untukmelihat kelemahan dan kekuatan.

105

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Rancang

Pendapat Penyelia Mengajar Semula

Nyatakan Objektif dan Mengajar

Maklumbalas dari penyelia & rakan Rancang Semula

Rajah : Proses Pengajaran Mikro Latihan 1 : Pengajaran mikro

Sebagai seorang guru berpengalaman rancang satu pengajaran mikro seperti berikut, praktikkan dalam kelas anda dan buat satu refleksi kendiri sebagai persediaan untuk sessi pengajaran mikro di Institut. : Objektif Fokus Permulaan Tugasan Major Aktiviti Arahan Sumber Pengajaran Penilaian

7.2

Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan 106 Ianya juga membantu membentuk

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG kerangka alternatif dan kognitif set dalam minda pelajar. Empat teknik yang biasa

digunakan termasuklah peristiwa berselisih, perbincangan lisan, penyampaian masalah dan konflik pendapat.

Penyediaan aktiviti set induksi mestilah memenuhi prinsip-prinsip berikut: 1. Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur pelajar. 2. Hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. 3. Hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada. 4. Menarik perhatian pelajar terhadap topik berkenaan. 5. Sesuai dengan masa dan objektif tercapai. 6. Bermakna sesuai dengan kebolehan, pengetahuan sedia ada dan minat pelajar

7.2.1 Menarik Perhatian

Menarik pelajar supaya memberi fokus kepada guru diawal kelas boleh dilakukan dengan senyap atau guru bercakap dengan nada perlahan atau guru menggunakan nada suara yang pelbagai. Guru boleh juga menggunakan alat bantu mengajar, menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

Aktiviti luar biasa bagi pelajar boleh disesuaikan dengan peristiwa berselisih iaitu suatu demonstrasi yang bersalahan dengan struktur mental dan skema kognitif sedia ada pelajar. Sebagai contoh semasa mengajar topik tolakan dan tarikan magnet, boleh ditujukkan atau didemonstrasikan magnet itu terapung antara bingkai kayu seperti rajah 1, sebelum diterangkan seperti rajah 2 .

107

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Rajah 1

Rajah 2

Pengetahuan sedia ada pelajar adalah besi yang mengandungi magnet itu sepatutnya jatuh kebawah atau melekat pada magnet pada bingkai kayu. Peristiwa berselisih disini ialah besi itu terapung kerana keseimbangan antara daya tarikan graviti dan daya tarikan magnet.

7.2.2 Memotivasi

Set induksi boleh mewujudkan motivasi dengan membangkitkan rasa ingin tahu, menggunakan teknik bercerita, menunjukkan aktiviti berguna dan menggunakan soalan mencabar. Memberi motivasi kepada pelajar memerlukan kreativiti seperti demonstrasi model, tekaan , peristiwa berselisih, model, gambar atau soalan yang meransang . 108

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Contoh, guru menunjukkan gambar dan meminta pelajar meneka apakah perbezaan antara isipadu paru-paru seorang budak dibandingkan dengan se ekor king kong dengan menunjukkan gambar berikut : Pelajar bermotivasi untuk membuat hipotesis dan membandingkan adakah saiz badan mempengaruhi saiz paru-paru dan

mekanisma tarik dan hembus nafas.

7.2.3 Membuat Perkaitan

Komponen membuat perkaitan termasuklah mengaitkan pengetahuan lepas pelajar, peristiwa semasa, minat pelajar dan pengalaman pelajar.dengan isi pelajaran baru.

Contoh perkaitan antara laju ( v ) gerakan kelawar dengan getaran (hz) dan arah gerakan kelawar.

109

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Rajah 1 : Kelawar dan Arah Gerakan

7.2.4 Menstruktur

Menstruktur termasuklah menyatakan had tugas yang akan dijalankan, menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara melaksanakan tugas dan menyatakan aktiviti, tugas atau projek.

110

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG Satu contoh set induksi bagi pengajaran tajuk sifat mikroorganisma. Pengajaran dimulai dengan guru menunjukkan video atau gambar jenis-jenis mikroorganisma selama lima hingga tujuh minit. Pelajar mencatat jenis mikroorganisma yang terdapat serta sifatnya dalam dua kolum dalam lembaran kerja yang disediakan oleh guru iaitu jenis mikrob dan sifatnya .Guru merumuskan bahawa tajuk hari ini ialah sifat mikroorganisma.

Latihan 2 : Berdasarkan gambar dibawah sediakan satu set induksi yang memenuhi 4 komponen di atas, anda boleh menyemak sanarai semak atau masukkan dalam senarai semak dibawah.

Rajah 1

Set Induksi Menyediakan rangka kerja atau struktur bagi sesuatu pembelajaran. Guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid yang terbaik apabila mereka dimaklumkan dahulu tentang apa yang telah guru tersebut jangka daripada mereka (memaklumkan mengenai tujuan pembelajaran dan perkara yang boleh dilakukan oleh kelas apabila ia berakhir).

Nama : Topik : Isi Kandungan :

Komponen set induksi Penarikan Perhatian ( perkara yang luar daripada kebiasaan) Ransangan motivasi 111

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Perkaitan kognitif

Ketetapan struktur

Tugasan :

Soalan :

Pernyataan aktiviti :

JENIS AKTIVITI SET INDUKSI ______________________________________ Nama Pengajar Unit Tarikh Kategori KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO (SET INDUKSI) : : : Pemerhatian( ) Sekali Banyak Tiada Kali Ulasan

Teknik Khusus 1. Peristiwa berselisih 2. Perbincangan secara Lisan 3. Penyampaian Masalah 112

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

4. Konflik Pendapat Cara Dan Objektif 1. Menggunakan suara, gerak isyarat, kontak mata. 2. Menggunakan Sumber Pengajaran & Pembelajaran 3. Meningkatkan minat & sifat ingin tahun di kalangan murid 4. Memperkenalkan tujuan pelajaran dengan jelas 5. Memberi arahan dan tugasan dengan jelas 6. Mengenal pasti idea murid yang sedia ada. Lain-lain 1.

2. Pemerhati : .. T. T

113

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

TAJUK 8

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Penyoalan

SINOPSIS Tajuk ini menerangkan jenis-jenis soalan, soalan yang berkesan dan bagaimana meningkatkan kemahiran penyoalan .

HASIL PEMBELAJARAN a. Mengenalpasti ciri-ciri soalan yang baik. b. Merancang soalan yang berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Ciri Soalan Yang Baik Penyoalan


Jenis-jenis Soalan

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti a. Kenalpasti ciri-ciri soalan yang baik. Rujuk HSP pilih satu topik dan tuliskan satu set soalan. b. Apakah bentuk soalan anda dan dimanakah dalam fasa manakah dalam RPH anda ia hendak digunakan. c. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan fasa teknik penyoalan anda serta bagaimana anda memperbaiki mutu soalan anda.

114

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

KANDUNGAN ISI Dalam kehidupan umumnya dan sebagai guru sains khasnya anda telah melontarkan beribu soalan. Penyoalan dalam pengajaran sains umumnya untuk mengalakkan inkuiri.

Antara Objektif Penyoalan a. Menguji pengetahuan dankefahaman pelajar. b. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. c. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri kearah menyelesaikan masalah. d. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. e. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. f. Membantu pelajar mengulang kaji pelajaran.

Komponen Kemahiran Penyoalan.

a. Pembentukan soalan, jelas, tepat dan ringkas. b. Soalan konvergen berfokus kepada satu idea. c. Soalan divergen ditumpukan lebih daripada sati idea. d. Soalan hendaklah disebarkan keseluruh kelas. e. Hentian memberi masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan. f. Hendaklan melayani jawapan pelajar dengan memberi pujian, melengkap dan membaiki jawapan. g. Jika pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat hendaklah memberi petua atau petunjuk untuk membantu pelajar. h. Satu siri soalan perlu diberikan untuk mencungkil fikiran pelajar.

115

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG Ciri Soalan Yang Baik a. Aras soalan sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. b. Perancangan penyoalan hendaklah dibuat sebelum pengajaran dan soalan hendaklah pelbagai jenis. c. Perkataan dalam soalan hendaklah mudah dan difahami oleh pelajar. d. Soalan meransang minat pelajar kepada tajuk yang diajar. e. Penyoalan meransang kemahiran berfikir.

Latihan 1 : Berdasarkan penyataan dalam jadual penyoalan untuk merancang satu penyiasatan.

dibawah lengkapkan

Soalan Saya

Berapakah

bilangan

ayunan

bandul

ringkas dalam masa 30 saat ? Apakah ubah ? 1. Bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat. 2. Kelajuan ayunan bandul 1. Masa ( 30 saat ) 2. Jisim ladung Jadual Benang, kaki retot, ladung, pembaris, gunting dan jam randik. yang akan saya Panjang bandul

Latihan 2 : Bina enam soalan dalam tajuk yang anda pilih berdasarkan Taksonomi Bloom.

116

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

Topik : Peringkat Taksonomi Bloom Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Soalan

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO (TEKNIK PENYOALAAN) Nama Pengajar Unit Tarikh Kategori : : : Pemerhatian( ) Sekali Banyak Tiada Kali Ulasan

Aras Soalan 1. TR- Mengingat dan mengenali masalah 2. TT- Menunjukkan Pemahaman

3. CR- Berfikir secara kritis

4. CT- Berfikir secara kritis & menilai Teknik Menanya Soalan 1. Guru tanya soalan yang jelas, tepatdan fokus pada satu idea 2 Guru mengubah suai semula mengikut kebolehan murid. 3. Guru meningkatkan peningkatan penglibatan yang lebih ramai. 4. Guru gunakan masa 117

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG hentian selepas menyoal & murid menjawab. 5. Guru terus mencungkil idea murid selepas murid menjawab 6. Guru menggalakkan murid menanya soalan yang berkaitan. Lain-lain 1.

2.

TAJUK 9a

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Perbincangan Hasil Eksperimen

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.

HASIL PEMBELAJARAN Peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pemprosesan Data Perbincangan Hasil Eksperimen


Membuktikan Hipotesis

118

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti a. Kenalpasti apakah yang guru perlu bincangkan selepas sesuatu eksperimen . Rujuk HSP pilih satu set data berdasarkan satu eksperimen. b. Bagaimanakah pelajar anda mempersembahkan data. Adakah ia berkait dengan kemahiran proses sains seperti hipotesis dan variable. c. Bagaimana anda membuat rumusan dan kesimpulan eksperimen bersama pelajar anda. d Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan hasil eksperimen anda.

KANDUNGAN ISI Selepas pelajar menjalankan eksperimen dan mengumpul data hipotesis perlu dibuktikan sebelum membuat kesimpulan. Data tersebut perlu diproses,

diorganisasi, dianalisi dan dilapor. Dua perkara yang perlu dalam perbincangan hasil eksperimen ialah :

a. Pemprosesan Data i. ii. iii. iv. v. Membuat pengiraan data yang telah dikumpul. Mempersembahkan data dalampelbagai format seperti carta dan graf. Menterjemahkan graf dan carta. Mengenalpasti paten data dan hubungan. Mengelaskan data.

b. Teknik melaporkan maklumat dari eksperimen dan perkara yang perlu dibincangkan. i. ii. iii. iv. Kaitkan dan huraikan keputusan, hipotesisdan ramalan. Perbincangan keputusan. Membuat laporan amali samada secara lisan atau penulisan. Cadangan cara untuk memperbaiki eksperimen

119

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG v. Pastikan setiap pelajar mempunyai data yang betul dan mengambil

bahagian aktif dalam perbincangan.

BORANG ANALISIS KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO 3 PERBINCANGAN HASIL EKSPERIMEN Pengajar : Penilai : Unit : PEMERHATIAN - Tiada - Sekali - Banyak Kali ULASAN -Tiada Berkesan - Berkesan -Sangat Berkesan

Tarikh:

KATEGORI Teknik Memproses Maklumat 1. Membuat kiraan berasakan data yang dikumpul 2. Mewakili data dalam bentuk yang berlainan, seperti jadual 3. Menggunakan graf dan carta

4. Mentafsir graf dan carta 5. 5. Mencari pola atau perhubungan yang terdapat dalam data. 6. Mengelas Data

Teknik Melapor maklumat 1. Mentafsir perhubungan antara keputusan, Hipotesis & Ramalan 2. 3. Memberi Penjelasan kepada keputusan eksperimen 4. 5. Membuat Laporan secara Lisan atau bertulis 120

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG 6. 7. Memberi cadangan untuk membaiki atau melanjutkan eksperimen. Lain-lain

TAJUK 9b

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Variasi Rangsangan.

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan pelbagai rangsangan yang perlu dimasukkan dalam pengajaran. Enam komponen variasi rangsangan akan dinyatakan dalam modul ini.

HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan enam jenis variasi rangsangan yang digunakan dalam Pengajaran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Guru

Variasi Rangsangan

Pelajar

Bahan

121

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG KANDUNGAN ISI

Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah -ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

9.1 i. ii.

Perubahan Pergerakan Langkah Guru Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Pergerakan perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

9.2 i.

Perubahan Pergerakan Anggota Guru Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.

ii.

Penggunaan anggota badan secara bergilir-gilir mampu manarik minat pelajar dan memudahkan mereka memahami penerangan yang diberikan oleh guru.

9.3 i.

Perubahan Nada Suara Guru Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.

ii.

Guru boleh menggunakan nada suara penegasan terhadap sesuatu perkara.

yang lantang bagi memberi

iii.

Nada suara yang boleh digunakan semasa mengajar ialah rendah, tinggi, lantang, mendatar dan sebagainya.

122

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

9.4 i.

Perubahan Fokus Deria Pelajar Ianya merupakan saluran kemasukan maklumat pelajar seperti mendengar, menonton, melihat dan merasa.

ii.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.

iii.

Penggunaan ABM yang sesuai perlu diambil kira agar fokus pelajar dapat dikekalkan semasa sedang mengajar.

9.5 i. ii.

Perubahan Bentuk Lisan Pelajar Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. Perubahan bentuk lisan pelajar seperti menyoal, menjawab, membaca, bercerita, interaksi dengan guru dan lain-lain.

9.6 i.

Perubahan Bentuk Fizikal Pelajar Perubahan fizikal pelajar seperti menulis, duduk, berdiri, berlari, membuat eksperimen dan lain-lain.

ii.

Ianya termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

9.7

Interaksi DenganBahan Pengajaran

Variasi rangsangan interaksi dengan bahan pengajaran termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

Kemahiran Pelbagai Ransangan


Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..

123

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG Tarikh; masa : Bulatkan nombor yang paling jelas sekali menyatakan pandangan anda tentang prestasi guru dalam Kemahiran Pelbagai Situasi Ransangan. Bil 1. 2 3 4 5 6 7 Aspek Kepelbagaian Gerakerja/pergerakan guru Gerakisyarat/Pergerakan anggota guru Suara/corak pertuturan Guru Hentian Pemusatan lisan/bukan lisan Saluran Deria/perubahan focus deria Pola Interaksi (a) Guru dengan kumpulan (b) Guru dengan individu (c) Murid dengan guru

1 1 1 1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3 3 3

4 4 4 4 4 4 4 4 4

5 5 5 5 5 5 5 5 5

Catatan / Ulasan : . Tarikh: Nama Pemerhati .

Latihan Berdasarkan senarai semak pelbagai ransangan di atas, minta kawan anda membuat pemerhatian setiap 30 saat perlakuan anda semasa menyampaikan pengajaran . Bincangkan bagaimana anda memperbaiki kemahiran komunikasi anda.

124