Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

1.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada system pendidikan di Malaysia Malaysia Rukunegara, sejak dan 1988. FPK telah distruktur berdasarkan yang

Perlembagaan menerapkan

berlandaskan Ekonomi

ideologi Baru dan

kebangsaan Dasar

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan (Choong, 2008). "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan jumlah dana hampir empat kali ganda bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa kokurikulum merupakan aktiviti yang amat relevan bagi melahirkan pelajar yang terampil. Che Aziz Jaafar, 2002 berpandangan bahawa penambahan dana ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari aspek intelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan jasmani melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Selain itu, sekolah juga merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Justeru, setiap individu di sekolah memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, dan Guru Bilik Darjah. 2.1 Peranan Guru Besar Sistem pengurusan SK Sungai Sam telah diterajui oleh guru besarnya En. Idris bin Muhamed dan dibantu oleh GPK1, GPK HEM dan GPK Kokurikulum. Mereka sangat komited dalam usaha merialisasikan FPK dari semasa ke semasa. Bagi memastikan murid-murid di SJKS Yak Chee cemerlang dari segi intelek, beliau telah menetapkan setiap murid tahun 6 perlu mengambil 9 kali ujian penilaian dalaman sebelum menduduki UPSR. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan setiap murid darjah 6 sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi

UPSR selain dapat mengesan murid-murid yang perlu diberikan perhatian dalam pelajaran sekali gus dapat memastikan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Pihak pentadbir juga memastikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berjalan dengan baik. Dalam merealisasikan FPK dari aspek jasmani, beliau juga sangat memberi penekanan dalam aspek kokurikum. Sebagai contoh, semua murid wajib hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu. Aktiviti kokurikulum termasuklah persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Selain itu, beliau turut menekankan kecemerlangan emosi murid-murid. Beliau melantik beberapa orang guru untuk memantau keceriaan dan kebersihan dalam persekitaran dan juga di dalam bilik darjah. Kelas yang tercantik dan terbersiah akan memperoleh piala pusingan pada setiap minggu. Langkah ini sangat berkesan bagi memastikan murid-murid sentiasa menjaga suasana tempat belajar dan sekali gus dapat belajar dengan baik. Aspek rohani juga sangat ditekankan di sekolah ini. Buktinya, pihak pentadbiran telah menganjurkan Kem Bestari Solat, Majlis Solat Hajat dan Sambutan Maulidur Rasul. Program-program ini telah berjaya memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan aspek rohani untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. 2.2 Peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum merupakan antara orang terpenting di sekolah. Beliau menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK HEM. Beliau juga bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum. Beliau sentiasa membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah. Selain itu, beliau merupakan orang yang menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah. Bagi merialisasikan hasrat FPK, beliau telah merancang kegiatan persatuan dan kelab, unit beruniform dan permainan di dalam dan di luar sekolah. Beliau

memastikan semua murid terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya murid-murid enggan mengambil bahagian dalam program yang telah diatur oleh pihak sekolah. Tindakan beliau jelas menunjukkan beliau mengambil berat dan bersungguh sungguh untuk merialisasikan hasrat FPK. 2.3 Peranan Guru Bilik Darjah Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui temu bual dengan seorang guru kelas darjah 5A, En. Lim, beliau mengatakan guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan ibu atau bapa ketika murid-murid di sekolah. Beliau perlu mengetahui setiap masalah pelajar supaya sesi pembelajaran tidak terganggu. Beliau juga mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah. Kadang-kadang, beliau pergi ke rumah murid yang tidak datang untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Beliau juga bertanggungjawab untuk membantu murid menghias kelas kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh beliau. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, beliau juga sentiasa memberi bimbingan dan sokongan kepada muridmurid mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Beliau juga sering memberikan nasihat yang dapat membina keyakinan muridmurid mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus dapat merialisasikan FPK. 2.4 Peranan Organisasi Kokurikulum Organisasi Kokurikulum di sekolah sangat berperanan dalam merialisasikan hasrat FPK. Justeru, semua guru memainkan peranan dalam memastikan

kegiatan kokurikulum di sekolah menjadi aktif. Guru-guru perlu menunjukkan semangat untuk memberi latihan kepada murid-murid dalam aktiviti kokurikulum yang telah dirancangkan. Seterusnya, guru-guru perlulah sentiasa membimbing dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid-murid semasa latihan aktiviti kokurikulum dan di luar waktu latihan. Dengan kata lain, guru-guru perlu menjadi role model kepada murid-murid. Selain itu, organisasi kokurikulum bertanggungjawab melaksanakan semua aktiviti dan program kokurikulum yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan penuh semangat. Guru-guru juga sepatutnya sentiasa memberikan motivasi kepada murid-murid untuk menyertai program yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Seterusnya, organisasi kokurikulum berperanan menganjurkan dan mengadakan kursus kepada murid-murid untuk meningkatkan nilai kepimpinan serta memberi peluang kepada murid untuk memperlihatkan bakat dan kebolehan mereka. Dengan kursus yang dijalankan ini, murid-murid juga mendapat peluang untuk bersosialisasi dan meningkatkan komunikasi mereka. 3.0 PRASARANA DI SEKOLAH Prasarana sekolah yang baik dan sempurna akan membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Prasarana yang baik dan sempurna juga amat penting agar proses P&P murid-murid tidak akan terganggu malah membantu murid-murid untuk memperkembangkan lagi diri mereka. Antara kemudahan yang terdapat di SJKC Yak chee dalam membina perkembangan fizikal ialah gelanggang dan padang. Padang di sekolah ini agak besar dan mencukupi untuk digunakan oleh semua warga SJKC Yak Chee. Pelbagai aktiviti kokurikulum dilaksanakan di padang ini seperti Hari Sukan, pertandingan bola sepak, bola baling, bola jaring, olahraga dan sebagainya. Murid-murid perlu mematuhi peraturan penggunaan padang yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah seperti memakai kasut, memakai baju sukan, tidak membuang sampah dan lain-lain ketika berada di padang.Tuntasnya,

kemudahan-kemudahan yang disediakan ini banyak membantu murid dalam memperkembangkan fizikal mereka selaras dengan aspirasi FPK. Aspek keselamatan alatan di sekolah ini juga diberikan penekanan yang serius. Tanggungjawab ini melibatkan seluruh warga sekolah dalam menjaga prasarana dan persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga membuat penyelenggaraan kepada peralatan yang telah rosak. Keselamatan alatan sangat penting bagi membolehkan murid menggunakannya secara optimum dalam menjalanakan proses pembelajaran. Penekanan terhadap keceriaan sekolah yang SJKC ceria, Yak Chee dan juga amat

dititikberatkan. Suasana

kondusif

merangsang

pembelajaran adalah sangat penting untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Salah satu aspek keceriaan yang diberi penekanan ialah keceriaan di setor alatan. Setor alatan sentiasa dibersihakan dan alatan-alatan permainan disusun mengikut label yang telah disediakan. Keceriaan setor alatan ini mampu memupuk nilai estetika.

4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI Kokurikulum merupakan antara agenda utama di SJKC Yak Chee bagi merialisasikan FPK. Terdapat tiga jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini iaitu persatuan, kelab dan permainan dan unit beruniform. Aktiviti sukan dan permainan yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah ini telah menyumbang kepada perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid berdasarkan kebolehan individu. Antara aktiviti sukan dan permainan yang terdapat di sekolah ini adalah Hari Sukan 2013 dan larian merentas desa. Antara objektif aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menyeimbangkan antara perkembangan intelek dengan jasmani, sosial, emosi dan jasmani pelajar dan pengukuhan interaksi dan intergrasi dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, penubuhan kelab permainan seperti kelab badminton, kelab ping pong, kelab bola jarin, kelab catur dan sebagainya dapat mengasah bakat murid dan menerapkan ciri kepimpinan kepada murid-murid. Pihak pentadbir sekolah sentiasa memastikan program sukan dan permainan berjalan mengikut takwim yang telah dirancang bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai sekaligus dapat merialisasikan hasrat FPK. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan sukan dan permainan amatlah penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat FPK. 5.0 RUMUSAN/CADANGAN Daripada pemerhatian yang telah saya buat di sekolah ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan di sekolah ini dalam mencapai hasrat FPK. Pertama, pihak pentadbiran terutamanya Guru Besar perlu sentiasa memantau dan menilai pengajaran guru serta memantau kemajuan murid. Guru Besar juga boleh memberi sedikit ganjaran untuk guru supaya guru-guru di sekolah ini lebih bersemangat untuk mengajar. Selain itu, Guru besar juga hendaklah

menyediakan insentif untuk murid supaya timbul rasa minat dalam kalangan

murid untuk terus bersaing secara sihat antara satu sama lain. Sekiranya perkara ini dilakukan, saya pasti FPK akan tercapai dengan jayanya kera na guru-guru dan murid-murid mendapat suntikan semangat melalui insentif dan ganjaran yang diberikan oleh Guru Besar. Kedua, Guru Besar perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Ketiga, pihak sekolah berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, peranan sekolah

menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat murid dan guru guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan muridmurid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Dari aspek rohani, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan agama Islam, kelab Tarannum dan banyak lagi di sekolah untuk mewujudkan keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan kehendak FPK. Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini. Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek pihak pentadbiran, prasarana, aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam

merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. 1.0 PENGENALAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek

perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock ( 2008 ), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat

percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulnya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu berlaku, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Sebagai contohnya, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan objek. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Ia biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh itu, perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

10

Secara terperincinya, aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian, iaitu fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Merujuk kepada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak,

perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca.

11

1.1 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), perkembangan memberi erti perihal( proses dsb) berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas dsb, pertumbuhan ataupun kemajuan. Dalam Dictionary of Psychology (1972), dijelaskan bahawa perkembangan adalah tahap-tahap perubahan yang progresif yang terjadi dalam kehidupan manusia dan organisme lainnya, tanpa membezakan aspek-aspek yang terdapat dalam diri seseorang tersebut. . Selanjutnya dinyatakan bahawa perkembangan merupakan perubahan-perubahan yang dialami individu atau organisme menuju ke tingkat kedewasaannya atau kematangannya

(maturation) berlangsung secara sistematik, progresif, dan berkesinambungan baik pada aspek jasmaniah mahupun rohaniah. Perkembangan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.Sesetengah pihak menggunakan perkataan pertumbuhan untuk menerangkan konsep perkembangan. Ini juga dapat dilihat sendiri jika dicarikan ertinya didalam Kamus Dewan Edisi Baru(1993) yang bermaksud perihal tumbuh atau perkembangan. Realitinya, makna kedua-dua perkataan ini adalah berbeza namun tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

12

Pertumbuhan Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi,perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh. Pertumbuhan bererti perubahan kuantitatif yang berkaitan dengan jumlah, besar dan luas yang bersifat konkrit. Woolfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan pada saiz dan kematangan. Ciri-ciri Pertumbuhan Terdapat banyak ciri-ciri yang dapat dilihat untuk mengetahui pertumbuhan seseorang. Antaranya adalah dari segi : 1. ketinggian seseorang individu dimana setiap individu mempunyai ketinggian dan kadar ketinggian yang berbeza. 2. Selain itu, saiz dan struktur badan yang lain juga mengalami pertumbuhan seperti ukur lilit pinggang, saiz kepala, dan juga dada yang kelihatan lebih besar dari yang sebelumnya. 3. Berat seseorang individu yang semakin bertambah juga menunjukkan bahawa seseorang itu sedang mengalami pertumbuhan. 4. Selain itu, saiz otak dan organ dalaman juga betambah. Pertumbahan ini memberi keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. 5. Oleh itu, pertumbuhan ini melibatkan aspek kognitif dan fizikal. 6. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan juga tidak dapat dinafikan dipengaruhi oleh faktor persekitaran individu tersebut.

13

2.0 TUGASAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BIODATA MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2 Tahap 1 (Darjah 3)

\ Nama : Wilson Pang Wee Ming Bil.Adik beradik : 3 Pekerjaan Bapa : Polis Pekerjaan ibu : Pejabat Cita-cita : Polis Kelas : 3E

14

Tahap 2 (Darjah 5)

Nama : Shivendran A/L Velvanathan Pekerjaan Bapa : Doktor Pekerjaan Ibu : Jururawat Bil. Adik Beradik : 3 ( Anak ke-3 ) Cita-cita : Guru Kelas : 5 M

15

Tahap 2 (Darjah 6)

Nama : Lee Sook Jin Pekerjaan Bapa : Peniaga Pekerjaan Ibu : Guru Bil. Adik Beradik : 2 ( Anak ke-2 ) Cita-cita : Doktor Kelas : 6 M

16

2.1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh prosesproses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008).Secara ringkas,

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut iaitu peringkat bayi (0-2 tahun). Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa,kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun). Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun). Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan. Peringkat awal remaja (12-15 tahun). Sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. Peringkat remaja. Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari. Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun) Pada peringkat ini Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat. Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira).Selain itu, kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli). Kemahiran-kemahiran (kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain. Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti bola sepak . Namun, hanya peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal sahaja yang akan dihuraikan dalam tugasan ini. Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun). Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap pra operasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula

17

belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsepkonsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Selain itu, peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas). Pada peringkat operasi formal ini kanak-kanak telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Mereka juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

18

2.1.1 ASPEK KOGNITIF DAN BAHASA Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal, membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan

perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut. 2.1.2 TEORI-TEORI BERKAITAN ASPEK BAHASA Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk menerima sesuatau bahasa. Walaubagaimanapun, pemerolehana bahasa ini bergantung pada tahap kecerdasan kanak-kanak tersebut. Terdapat tiga teori yang membincangkan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Teori-teori tentang cara-cara bahasa bertindak dalam akal manusia cuba menjelaskan kaedah seseorang mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat)

19

bahasa, dan cara menggunakan sintaksis, cara menyusun perkataan-perkataan untuk menghasil dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". Berikutnya, mengaitkan bunyi dengan maksud; tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap sebagai bidang antara komunikasi haiwan dan manusia yang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa persamaan.

Sebaliknya, sintaksis adalah penuh dengan perbalahan dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut: Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk memperoleh sintaksis adalah "terbina" di dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh, ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial. (Rekursi umpamanya, termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-bahagian ayat yang awal - "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan

tatabahasa yang menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu, kanak-kanak yang membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa dengan teliti antara tatabahasa- tatabahasa manusia yang mungkin, dan secara logik memilih bahasa yang dituturkan dalam komuniti penuturnya. Sintaksis ini, menurut sudut pandangan kedua, adalah yang mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentukbentuk komunikasi haiwan yang paling canggih. TEORI PERKEMBANGAN BAHASA NAOM CHOMSKY Noam Chomsky ialah ahli psikolinguistik dari Amerika Syarikat. Chomsky berpendapat bahawak anak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali sebagai LAD (LanguageAcquisition Devise). Menurut beliau, secara semula jadi, sewaktu dalam lingkungan umur tigatahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasigeneratif (iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) tidak dipelajarinya secara formal. Kebolehan itu dipelajari kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa.

20

Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Chomsky telah membezakan antara kebolehan bahasa dengan pengetahuan bahasa. Menurutnya, kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang didengar dalam bahasa yang digunakannya. Pengetahuan tersebut tidak diajar secara formal tetapi ditiru, dipelajari dan difahami iaitu dengan mendengar dan bertutur. Menurut Chomsky, sungguhpun kanak-kanak memang tidak dapat menerangkan rumus-rumus tatabahasa yang telah diserapinya, dia bagaimanapun dapat menggunakannya dengan betul. Dengan kata lain, daripada perlakuan bahasa kanak-kanak, kita boleh menilai sejauh mana dia telah memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang dituturnya. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan semula jadi untuk menyerap pengetahuan tersebut, termasuk pengetahuan tentang tatabahasa bahasa yang didengar atau dituturnya. Alat pemerolehan bahasa atau LAD yang dikatakan oleh Chomsky itu dipercayai berada didalam otak manusia. Alat dan kebolehan semulajadi untuk mempelajari dan memahami bahasa itu dinamakan language universals, yang terdapat pada semua manusia dan boleh digunakan untuk mempelajari semua bahasa di dunia. Misalnya, semua bahasa memerlukan subjek dan predikat dalam sebaris ayat. Bentuk ayat itu mungkin berbeza. Ada yang berbentuk biasa dan ada yang berbentuk songsang. Ada kata adjektif yang terletak sebelum kata nama dan ada yang terletak selepas kata nama. Sungguhpun demikian, manusia boleh mempelajari pelbagai bahasa, dan ini boleh berlaku pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan dan belajar secara formal. Maka oleh itu, Chomsky pernah mengatakan bahawa Grammar is caught and not taught. Maksudnya, aspek tatabahasa itu diserap oleh kanak-kanak dan tidak diajarkan kepada mereka secara formal.

21

Ciri-ciri teori ialah Penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan, Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa, Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan, Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental, Bahasa bersifat sejagat dan kreatif, Penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi. Kesimpulannya, teori Chomsky yang tergolong dalam kumpulan mentalis cuba menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Chomsky telah

mengaitkan pemerolehan bahasa itu dengan alat pemerolehan bahasa semulajadi (LAD). Teori Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teorinya menekankan sifat semulajadi atau keaslian yang terdapat hanya dalam diri manusia. Sifat asli itu ialah potensi berbahasa yang secara semulajadinya sudah pun wujud apabila kanak-kanak dilahirkan dan pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran formal yang terdapat di sekolah. 2.1.3 Perbincangan ( Hasil Soalan Temu Duga) Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dan kajian serta soal jawab bersama pelajar yang dikaji, dapat di nilaikan menggunakan teori Jean Piaget bagi teori perkembangan kognitif (tahap 2) dan Naom Chomsky bagi teori perkembangan bahasa kanak-kanak (tahap 1). Pemerhatian dan kajian yang dijalankan dapat

dinilai seperti dan dijelaskan sama ada teori tersebut berkesan ataupun tidak. Di dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah dua orang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohd Shariff yang berbeza tahap bagi menghuraikan Perkembangan Kanak-kanak pada peringkat umur 6-12 tahun dari aspek Kognitif dan Bahasa. Berdasarkan hasil perbualan dan hasil jawapan dari borang soal selidik yang telah diberikan kepada mereka, ini adalah huraian yang dapat saya jelaskan. Tahap 1 ( perkembangan Bahasa Naom Chomsky ) Subjek : Wilson Pang ( kelas 3E ) Berdasarkan subjek yang dikaji iaitu Wilson Pang Wee Ming kelas 3E, dapat diperhatikan bahawa teori perkembangan bahasa kanak-kanak oleh Naom Chomsky

22

dapat dipraktikkan. Melalui kaedah soal jawab, beliau tidak dapat menjawab dengan baik kerana faktor perbezaan individu. Beliau dapat ditafsirkan lemah dari aspek sebutan, intonasi dan gaya bahasa yang betul. Apabila soalan diajukan kepada beliau, beliau masih teragak-agak untuk menjawab dan masih dalam keadaan kurang daya ingatan yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau yakin sesuatu yang telah dia lakukan. Selain itu, pelajar ini juga memahami soalan yang diajukan tetapi mengalami masalah ejaan dan cara untuk menyampaikan semula jawapan dengan aspek bahasa yang betul. Ini mungkin disebabkan faktor kurangnya latihan dan kurangnya perhatian di dalam kelas. Pelajar ini lebih banyak termenung dan pemalu. Ini mungkin merupakan antara faktor beliau kurangnya penguasaan bahasa yang cekap pada peringkat umur ini kerana beliau masih lagi dalam proses pembelajaran. Disamping itu, pertuturan beliau dapat dinilai sebagai lancar bagi tahap umur beliau. Apabila diajukan soalan dan mneggunakan teknik dan bahan ransangan seperti surat khabar dan buku cerita kanak-kanak, beliau dapat membaca dengan lancar dan tidak gugup meskipun kosa kata yang susah. Beliau juga dapat menceritakan semula pengalaman beliau berdasarkan cerita yang dibaca dan dapat menceritakan semula apa yang dibaca. Aspek lain yang dapat dilihat juga seperti beliau masih lagi mempunyai masalah untuk mengolah idea dan menjawab soalan yang diajukan walaupun beliau dapat membaca dengan baik. Faktor ini mungkin disebabkan beliau tidak dapat mengolah ayat yang lengkap berdasarkan pertanyaan yang diajukan. Soalan yang diajukan mencakupi aspek diri, keluarga, pelajaran dan persekitaran. Pelajar ini mungkin banyak membaca dan mendapat bimbingan daripada ibubapa serta guru tetapi masih mempunyai masalah untuk mengahsilkan ayat yang lengkap. Lain-lain aspek yang dapat dtafsirkan pula ialah, penggunaan dialek sosial Kedah. Berdasarkan soalan yang diajukan dan borang soal selidak serta pertuturan dua hala, beliau masih menjawab menggunakan dialek sosial masyarakat di sekelilingnya. Penggunaan dialek sosial ketika percakapan sedikit sebanyak membawa kesan kepada jawapan dan tidak menggunakan bahasa yang betul ketika menjawab soalan. Contohnya ketika ditanya dimanakah rumah nenek kamu? Beliau

23

akan menjawab di Mabo. Muar, Johor dalam Bahasa Cina disebut sebagai Ma po. Selain itu, ketika pembacaan di akhbar juga beliau terbawa-bawa dialek sosial tersebut. Masalah ini dapat dilihat sebagai masalah perbezaan individu dan ini bersesuaian dengantahap umur beliau kerana menurut Naom Chomsky, kanakkanak tidak diajar untuk membentuk ayat secara formal, apabila mereka mencapai kematangan, mereka boleh menguasai kemahiran berbahasa dengan cara tersendiri.

Tahap 2 ( Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget ) Subjek : Shivendran A/L Velvanathan ( kelas 5M ) dan Lee Sook Jin ( kelas 6M) Berdasarkan pelajar yang dikaji iaitu Shivendran A/L Velvanathan dari kelas 5M dan Lee Sook Jin dari kelas 6M, saya dapat kaitkan dengan teori Perkembangan kognitif oleh Jean Piaget. Setelah membuat perbincangan bersama mentor di sekolah, saya telah memilih murid darjah 5M dan darjah 6M iaitu kelas pertama. Setelah membuat penelitian, saya membuat keputusan untuk menjalankan kajian ke atas mereka. Saya telah meminta izin daripada guru kelasnya untuk membuat pemerhatian terhadap murid ini dalam sesi P&P yang dijalankan. Semasa proses P&P, kedua-dua murid ini berani bertanya dan melibatkan diri dalam sesi soal jawab bersama guru dan selalu bertanya guru untuk mengetahui sesuatu. Dalam proses pemerhatian itu juga saya mendapati Shivendran merupakan seorang yang mudah mesra dan tidak kekok untuk berinteraksi di dalam kelas. Manakala Sook Jin merupakan seorang murid yang rajin dan beriniasiatif kerana dia sebagai ketua darjah kelas sentiasa melibatkan diri dalam sesi soal jawab guru dan mematuhi segala arahan guru. Selain itu, dalam sesi temu bual pula, saya telah menyediakan beberapa bentuk soalan mengenai kognitif dan bahasa. Tahap kedua ini adalah peringkat operasi formal dimana Shivendran telah berusia 11 tahun dan Sook Jin yang telah memasuki usia 12 tahun. Penilaian dibuat mengenai bagaimana aspek kognitif mereka berkembang apabila soalan yang diajukan dan bagaimana cara jawapan diberikan.

24

Daripada aspek kognitif, Jean Piaget menyatakan kanak-kanak pada usia ini adalah megikut peringkat operasi formal di mana kanak-kanak ini boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan dan andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat dengan bahan-bahan konkrit. Mereka

sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya membuat soalan mengenai membuat hipotesis dan mencabar pemikiran beliau dengan bertanyakan soalan mengenai isu-isu semasa. Ini dapat memperlihatkan beliau merupakan pelajar yang sentiasa berusaha dan peka kepada keadaan.

Berdasarkan jawapan yang diberi amat memuaskan. Hal ini menunjukkan, pemikirannya bukan lagi terikat dengan bahan-bahan konkrit tetapi juga boleh berfikir kesan dan akibat sesuatu yang akan datang. Soalan yang mencabar diajukan dapat dijawab. (Rujuk Lampiran). Hipotesis yang diberikan adalah

berdasarkan pemikiran induktif iaitu berfikir aspek yang khusus kepada generalisasi yang lebih luas. Pada pandangan saya, jika aspek ini ditekankan dalam

pembelajaran, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dapat diperluaskan. Murid tidak hanya menggunakan skema yang sedia ada tetapi menukar skema yang sedia ada itu dengan skema-skema yang baru dengan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang bahasa, matematik, sains dan sebagainya. Pada pandangan saya, mereka merupakan seorang yang rajin berusaha dan rajin melakukan sesuatu yang disuruh oleh guru dan sentiasa melakukannya dengan secepat mungkin bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini mungkin disebabkan faktor keluarga dan persekitaran dan keluarga yang berpelajaran dan menitik beratkan pembelajaran anak-anak. Aspek kogniti beliau dapat dilihat dengan jelas berkembang dengan cergas pada peringkat ini. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu, saya dapat melihat bagaimana beliau berinteraksi dengan situasi formal. Beliau juga bijak mencari ideaidea dan mengeluarkan idea-idea bernas dalam menjawan soalan derta

memperkukuhkan lagi jawapan dengan sokongan dan contoh-contoh.

25

Berdasarkan subjek yang saya kaji, mereka semakin memperbaharui kosa kata dan kesalahan ejaan dengan mengulang kaji pelajaran di rumah serta mengikuti kelas tamabahan. Selain itu, ketika soalan diajukan juga, dialek sosial masyarakat sekitar sudah tidak lagi digunakan dan telah menggunakan cara percakapan formal. Ketika pemerhatian dijalankan juga, terdapat pertandingan bersajak dan bercerita, dapat dilihat kebolehan mereka kerana masing-masing menyertai keduadua pertandingan tersebut untuk pemilihan wakil sekolah. Beliau dapat

mempamerkan kematangan dalam percakapan dan seorang pelajar yang boleh dibawa berbincang mengenai aktiviti pelajaran mahupun perkara-perkara lain. Saya juga menjalankan kajian dengan memberi soalan pengelasan pengangkutan samada pengangkutan air mahupun darat untuk menguji kebolehan mental mereka berfungsi dengan baik. ( rujuk lampiran ) Oleh yang demikian, dapat saya simpulkan disini ialah perkembangan kognitif dan bahasa mengikut pemerhatian saya berdasarkan murid tahap dua ini adalah berkaitan dengan teori yang dipilih iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Perkembangan kogniitf dan bahasa amat berkait rapat, jika seseorang pelajar tersebut telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik nescaya kemahiran kognitif mereka berada di tahap yang memuaskan.

26

27

2.1.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Ujikaji Perkembangan Kognitif Saya telah membuat kajian terhadap perkembangan kognitif dengan berasaskan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Saya telah membuat kajian ini dengan mengumpulkan biodata mereka bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif yang berbeza antara dua murid tersebut. Aspek yang telah saya kaji terhadap kanak- kanak yang dipilih ialah penguasaan konsep pemuliharaan, proses pengkelasan dan proses menyusun secara bersiri. Aspek Kajian Perkembangan Kognitif a) Penguasaan Konsep Pemuliharaan 1. Dua helai kertas yang sama panjang disusun dalam dua baris. 2. Kemudian, sehelai kertas itu dipotong kepada beberapa bahagian. 3. Soalan : Adakah kertas yang telah dipotong mempunyai panjang yang sama dengan kertas yang tidak dipotong apabila panjang setiap kertas yang dipotong dicampurkan?

28

29

2.1.5 Hasil Kajian Bagi uji kaji yang pertama, didapati Wilson Pang, dari darjah 3 tidak menjawab dengan betul. Keadaan ini boleh dikatakan bahawa pelajar ini belum lagi menguasai konse pemuliharaan bagi peringkatnya. Manakala, Shivendran dan Lee Sook Jing berjaya menjawab dengan tepat dalam uji kaji ini menguasai konsep pemuliharaan yang memenuhi prinsip identiti, compensation (ganti rugi) dan prinsip keterbalikan. Mereka faham bahawa kepanjangan kertas adalah sama walaupun bentuknya

berubah serta mengenali perubahan akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Tambahan, mereka berupaya untuk mengulangi proses yang telah berlaku kepada keadaan semula secara mental manakala, Wilson Pang pula gagal melakukannya. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa penguasaan konsep pemulihan dalam teori Jean Piaget memang berkembang dalam peringkat Operasi Konkrit ini.

30