Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Kelas 2. Tarikh / Hari 3. Masa 4. Mata Pelajaran 5. Tajuk 7. Bilangan Murid

: 2 Gemilang : 21 Mei 2013 (Selasa) : 8.00 pagi 9.00 pagi : Pendidikan Moral : Sayangi Keluarga Kita : 28 Orang

8. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui rentak lagu 1 2 3 Sayang Semuanya dan mengetahui membaca dan menulis. 9. Standard Kandungan : 7.1 Menyayangi ahli keluarga

10. Standard Pembelajaran : 7.1.1 Menceritakan cara menyayangi ahli keluarga 7.1.2 Menyenaraikan kepentingan menyayangi ahli keluarga 7.1.4 Menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga 11. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat : i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara menyayangi ahli keluarga dengan betul secara lisan. ii) Menyatakan sekurang-kurangnya dua kepentingan menyayangi ahli keluarga dengan betul dan tepat secara bertulis. iii) Menunjukkan satu cara kasih sayang kepada keluarga dengan menghasilkan satu kad ucapan yang kemas dan menarik. 12. Penerapan Nilai 13. KBKK 14. Pendekatan 15. Strategi : bersemangat, kerajinan, kasih sayang : menghubungkait, membanding beza, mengenal pasti : Pemupukan Nilai : Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan berpusatkan bahan 14. Bahan Bantu Belajar : tayangan video, slaid popwerpoint, gambar keluarga, manila kad, petikan mudah, lembaran kerja, pensel warna, gunting,

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video 123 Sayang Semuanya 1 (2x) saya sayang ibu 2 (2x) saya sayang ayah 3 (3x) sayang adik kakak 1 2 3 sayang semuanya

1) Guru menunjukkan tayangan video, 123 Sayang Semuanya kepada muridmurid. 2) Murid menonton dan menyanyi bersama-sama dengan guru. 3) Guru bertanya soalan kepada murid. 4) Murid memberi respon. 5) Murid perlu menulis nama bapa dan ibu di atas sehelai

Nilai : Kasih Sayang

BBM : Tayangan video 123 Sayang Semuanya

KMD: Verbal,linguistik, muzik dan kinestetik.

Soalan : Siapa yang terdapat dalam video? Siapa nama ibu? Siapa nama ayah? Berapa bilangan adik beradik? Siapa sayang mereka?

kertas. 6) Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk yang akan dipelajari. KBKK : Menghubungkait

Langkah 1 (20 minit)

Ini Keluarga Saya

1) Guru mengeluarkan gambar mengenai cara menyayangi keluarga. 2) Guru menerangkan berkenaan gambar yang dipaparkan kepada murid 3) Murid mendengar penerangan guru berkaitan dengan gambar yang ditayangkan 3) Murid memberi pendapat tentang cara menyayangi ahli

Nilai : Kasih Sayang, Keyakinan

BBB : Kad Gambar

keluarga secara individu. 4) Guru menampal penerangan bersebelahan dengan gambar yang LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PDP CATATAN

5) Guru menerangkan cara menyayangi ahli keluarga. 6) Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 7) Murid dikehendaki melaksanakan main peranan berdasarkan gambar yang dipaparkan oleh guru mengenai cara menyayangi keluarga. 8) Wakil kumpulan tampil kehadapan untuk melaksanakan aktiviti main peranan berdasarkan gambar yang telah disediakan. 9) Murid-murid menyaksikan hasil main peranan yang dipersembahkan. 10) Guru membimbing murid dan memberi sokongan.

Langkah 2 (15 minit)

Kepentingan Kasih Sayang Kepada Keluarga KEPENTINGAN KASIH SAYANG KEPADA KELUARGA

1) Guru menayangkan hamparan elektronik slaid kepada murid-murid mengenai kepentingan kasih sayang kepada keluarga. 2) Murid perlu membaca kuat. 3) Guru menerangkan

KBKK : Mengenalpasti

BBB : Slaid Kepentingan Kasih Sayang

1. Mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia.

kepentingan kasih sayang kepada manusia.

kepada Keluarga

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PDP

CATATAN

2. Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain.

3. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Dapat menunjukkan rasa kegembiraan kepada ahli keluarga.

Langkah 3 (10 minit)

Pengukuhan dan Penilaian (Rujuk Lampiran 1)

1) Guru memberikan lembaran kerja berkaitan kasih sayang terhadap keluarga kepada murid. 2) Guru menerangkan

Nilai :

BBB : Lembaran kerja

kehendak soalan kepada murid-murid. 3) Murid-murid diminta menjawab soalan latihan yang diberikan dengan menandakan (/) pada ruang yang betul.

Penutup (5 minit)

Rumusan Pengajaran

1) Guru menyoal murid tentang apa yang telah dipelajari hari ini. 2) Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. 3) Guru memberikan pujian

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PDP atas penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan dan memberikan pengajaran supaya mengamalkan nilai murni yang baik.

CATATAN

7. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran: i. Guru dan murid membincangkan beberapa bacaan doa yang boleh digunakan oleh murid bersama-sama keluarga. ii. Murid membacakan doa yang selalu mereka gunakan bersama keluarga. iii. Murid mencipta bacaan doa sendiri. iv. Bacaan doa yang dicipta akan di tulis di atas templet penanda buku yang diberikan guru. v. Murid menceritakan hasil mereka. vi. Guru dan murid membuat kesimpulan tajuk pembelajaran. vii. 8.EMK: i. Kreativiti menjana idea

9.Bahan Bantu Belajar:

Contoh penanda buku, kertas warna, pensel warna, gam dan gunting

10. Penilaian P dan P: i. Penanda buku yang dihasilkan oleh murid bagi yang mempunyai doa kepada keluarga. 111.Refleksi/ Impak ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________