Anda di halaman 1dari 3

AHMAD AMALLUDIN DINAMIK Malaysia (LOCAL) UHAS 1172

(1SBEC)

1. Mengapakah pada pendapat anda orang asli telah didesak supaya tinggal di kawasan pedalaman Tanah Melayu apabila mereka bertembung dengan orang Melayu.

Pada pendapat saya, orang asli didesak supaya tinggal di kawasan pedalaman tanah melayu apabila mereka bertembung dengan orang Melayu kerana kehidupan mereka sememangnya berbeza dari semua aspek. Dalam aspek cara hidup, kehidupan orang asli yang berlaku dengan orang melayu juga menjadi sebab mengapa mereka didesak tinggal di pedalaman. Kehidupan social mereka boleh dikatakan berkelompok antara mereka dan tidak berkembang seperti masyarakat melayu. Di samping organisasi sosial mereka juga tidak teratur seperti masyarakat melayu yang tersusun mengikut peranan yang khusus. Selain itu, terdapat pelbagai suku dalam kalangan orang asli. Contohnya, Kintak, Semai, Jakun dan Temusu. Suku ini mempunyai kehidupan sisoal yang berbeza dengan masyarakat melayu. Selain itu, perbezaan antara orang melayu dengan orang asli juga menjadi factor orang asli tinggal di kawasan pedalaman. Kepercayaan atau agama orang asli berkonsep alam sekitar. Mereka percaya alam sekitar seperti pokok dan batu-batu mempunyai roh atau semangat yang perlu mereka sembah. Di samping itu, agama mereka diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu lagi. Contohnya ialah kepercayaan animism. Namun terdapat yang orang asli yang beragama islam. Hal ini disebabkan usaha yang dilakukan oleh pihak Jakim. Dari segi kebudaan pula, orang asli lebih mengutamakan kebudayaan atau adat istiadat yang juga menjadi sebab mereka didesak tinggal di kawasan pedalaman. Adat istiadat yang diamalkan mereka bertentangan dengan orang melayu dan dianggap sesuatu yang kuno. Terdapat tiga kumpulan utama orang asli iaitu Negrito, Senoi dan Proto-melayu dan terdapat pelbagai suku dalam setiap kumpulan yang mempunyai pelbagai budaya. Selain itu, ekonomi mereka juga berbeza dengan orang melayu . masyarakat orang asli lebih bergantung sepenuhnya pada alam sekitar seperti memungut hasil hutan dan memburu. Ekonomi mereka juga lebih kepada konsep sara diri dan keluarga tidak seperti orang melayu yang sentiasa mengembangkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, orang asli amat bergantung kepada hasil hutan seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Selain daripada mengumpul hasil hutan seperti rotan dan herba tradisional. Akhir sekali, orang asli juga sukar menerima kemajuan menjadi penyebab mereka tinggal di kawasan pedalaman. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Melayu dari segi ekonomi dan teknologi tidak dapat diikuti oleh masyarakat orang asli. Hal ini menjadi punca masyarakat orang asli tidak menyesuaikan diri dalam kelompak masyarakat Melayu. Contohnya kemajuan system komunikasi seperti telefon dan internet.

2) Huraikan beberapa catatan orang Cina (pelayar & pedagang) mengenai Tanah melayu amnya dan Melaka khususnya di masa-masa lalu.

Zaman kegemilangan pemerintahan maharaja di China telah memperlihatkan begitu banyak catatan mengenai Tanah Melayu dan Melaka. Bagi Tanah Melayu, salah satu catatan yang terkenal ialah catatan pelayaran Zheng He, menjelaskan terdapat jalur maritim antara China dengan Indian dan jalur tersebut adalah di pantan semenanjung tanah melayu. Ini terbukti dengan penemuan arkeologi berupa pecahan seramik di Lembah sungai Johor. Zaman Empayar Wu, terdapat ramai utusan dihantar ke Tamtatam (sekitar kota bahru, kelantan), Pu Luo Zhong (sekitar Johor), Pan Pan (utara Tanah Melayu). Zheng Hi juga ada mencatatkan pembinaan sebuah tokong bernama Tokong Sam Po Kong, terletak di kampong Jeram di pantai sungai Nerus, Terengganu yang penghuninya ialah orang Melayu. Di atas tokong tersebut ditulis dalam 3 bahasa iaitu melayu, cina dan arab yang bermaksud Sampohong Keramat Cheng Ho. Dalam buku Dao Yi Zha yang dituis oleh Cheng Yuanjing pada abad ke-13 telah mencatatkan bahawa di empayar Fo Luo An (Kuala Dungun, Terengganu) telah ada orang cina yang menetap di situ. Mereka disebut sebagai Tanglang yang bermaksud orang Tang iaitu yag berkaitan dengan Dinasti Tang. Catatan Fei Xin pula tentang Pahang menjelaskan bagaimana penduduknya mengerjakan sawah ladang yang luas. Rakyat Pahang berdagang wangi-wangian, emas, perak, kain Jawa dan alat-alat besi. Fei Xing menyatakan wanita-wanita di Pahang yang kaya memakai 4-5 gegelung emas dan manik di rambut mereka. Pedagang Fei Xing juga merekodkan Pulau Aur yang terletak di timur Johor sebagai Dong Xi Zhu. Penduduknya menghasilkan garam air laut dan arak dari santan. Di Melaka pula, catatan yang terkenal ialah daripada Ma Huan dan Fei Xing yang menyatakan bahawa:
Bahagian tenggara Melaka menghadapi laut, manakala yang di sebelah barat laut itu adalah pergunungan. Hawanya panas dan malamnya sejuk. Tanahnya berpasir dan bergaram. Sawah ladangnya gersang, tidak menghsilkan banyak tanaman. Sedikit orang bercucuk tanam (kerana ramai yang terlibat dengan berdagang). Di atas jambatan dibangun pula lebih daripada 20 buah balai ruang tempat orang berjual beli.

Selain daripada menjalankan aktiviti perniagaan, orang-orang di Melaka juga bekerja sebagai nelayan. Mereka menangkap ikan di laut kano. Terdapat banyak hasil hutan yang dikutip seperti kayu hitam, damar dan pelbagai kayu wangi-wangian. Di kawasan berbukit dan bergunung pula terdapat banyak pohon sagu. Kulit sagu diproses hingga kering untuk dijadikan beras sagu yang dimasak seperti nasi. Dicatatkan juga bahawa orang di Melaka beragama Islam. Kaum lelaki di Melaka menutup kepala dengan sapu tangan bersegi empat. Adat istiadat di Melaka adalah baik dan sederhana dan lebih kurang sama seperti di Jawa. Catatan Fei Xing ada menyatakan bahawa orang di Melaka berkulit kehitam-hitaman dan terdapat orang yang berkulit kuning langsat iaitu orang Cina.