RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH KOD & NAMA KURSUS
DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR AZREEN BINTI RAMLI NO. ID D20112053717 NO. TELEFON 019-5040566
Isi Kandungan Penghargaan Abstrak 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu Isu Keperihatinan Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Kajian Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi Lampiran
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid prasekolah khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran menulis dan membaca.
Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar SK. Perlok, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran menulis dan membaca
Wassalam.
Oleh Nor Azreen Binti Ramli Sk. Perlok, 35600 Sungkai, Perak
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menulis huruf dengan cara yang betul dikalangan murid-murid Prasekolah Sk.Perlok. Hanya seorang murid dan seorang guru penyelidik yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, latihan bertulis dan ujia pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid terbabit kurang mahir dalam mengecam dan menulis huruf dengan cara yang betul. Suatu perancangan tindakan telah dibuat dan dijalankan yang dinamakan kaedah Lembaran MMM bagi meningkatkan dan menambahbaik kemahiran menulis dengan cara yang betul. Sesi bimbingan dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh seminggu. Maklumat daripada pemerhatian dan temubual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam aktiviti menulis. Setelah kajian tindakan dilaksanakan keputusan menunjukkan peningkatan prestasi murid berlaku. Secara keseluruhannya, kajian tindakan pengajaran dan pembelajaran dalam tunjang Bahasa Dan Komunikasi Prasekolah ini dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Prasekolah Sk.Perlok sejak tahun 2005 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis . Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid prasekolah yang belum menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Beberapa orang bekas murid prasekolah yang kini berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran menulis. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Antara masalah yang sering mereka hadapi adalah seperti 1. Huruf besar dan huruf kecil bercampur 2. Tidak ada jarak antara satu-satu perkataan 3. Murid tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil semasa menyalin atau menulis ayat atau perkataan (huruf tertentu sahaja) 4. Tertinggal huruf 5. Tertinggal perkataan 6. Menulis terbalik sama ada huruf, perkataan atau ayat Di atas kesedaran tersebut, saya akan terus berusaha agar murid prasekolah yang ada sekarang ini dapat menguasai kemahiran menulis dengan sebaik mungkin. Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .
Pendidikan prasekolah semakin dititikberatkan. Masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid prasekolah ialah lemah dalam menguasai kemahiran menulis. Kelemahan lain yang dihadapi ialah mengeja dan membaca. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Masalah yang sering dihadapi murid prasekolah pada peringkat awal ialah mengenal dan menulis huruf dengan betul. Murid prasekolah yang kurang daya pengecaman akan menghadapi masalah mengenal huruf. Kajian ini berfokus kepada murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal dan menulis huruf dengan betul. Masalah yang dihadapi oleh guru mungkin kaedah pengajaran kurang berkesan. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah (KSPK) yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat mengenal huruf A-Z sebagai asas utama dalam mata pelajaran Bahasa Malasyia. Pada peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk mengenal bentuk dan bunyi setiap huruf serta dapat menyusun huruf-huruf tersebut menjadi suku kata. Namun demikian, tahap penguasaan setiap murid adalah berbeza menyebabkan ada murid yang tidak dapat mengenalpasti bentuk dan huruf dengan betul, apatah lagi menghasilkan satu bentuk suku kata. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya masalah seumpama ini. Selain daripada kemampuan menguasai P&P dengan baik, masalah ini juga berkaitan dengan disleksia. Menurut Drake (1989), masalah disleksia dirujuk kepada ciri, antaranya : kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), dan tumpuan yang terhad (pengamatan visual). Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu Mohd Ashrull menulis huruf dengan betul. Kajian ini menggunakan teknik Lembaran MMM dan telah diuji sesuai dengan tahap penguasaan murid tersebut.
Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk menggalakkan murid prasekolah mengecam huruf dengan lebih baik dan seterusnya boleh menulis huruf dengan betul.
Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran menulis huruf dalam kalangan murid prasekolah.
Objektif Khusus i. Murid dapat menulis huruf dengan teknik yang betul dan dapat mengecam bentuk huruf dengan cepat. ii. Menarik minat murid dalam proses P&P melalui aktiviti nyanyian.
Sasaran kajian saya ialah seorang murid yang mempunyai masalah menulis huruf secara terbalik. Murid tersebut merupakan murid di Prasekolah Perlok, Sekolah Kebangsaan Perlok, Sungkai, Perak.
5.0 PELAKSANAAN
METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK PENYELIDIKAN Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan (Model Kemmis dan Taggard, 1992) Seperti gambar rajah berikut:
Mengenal pasti keupayaaan murid serta masalah yang dihadapi dalam P&P
Saya telah membuat tinjauan awal masalah murid melalui tiga kaedah: i) Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu dengan menyemak buku dan lembaran kerja murid.
ii)
Temubual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temubual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid kumpulan sasaran saya. Temubual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis huruf dengan cara yang betul.
iii)
Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran menyalin semula perkataan berdasarkan gambar. Ujian pra diberi dalam bentuk lembaran kerja. Murid diberi masa 10 minit untuk menjawab soalan.
i)
Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa menyemak lembaran kerja murid, didapati murid ini membuat kesalahan menulis huruf dengan cara yang betul.
ii)
Temubual Hasil temubual daripada kumpulan sasaran, saya dapati murid tersebut mudah jemu untuk menulis dan sering lupa arah menulis huruf yang betul.
iii)
Ujian Pra Keputusan yang saya dapat daripada menjalankan ujian pra ini, seramai 24 orang menguasai kemahiran menyalin perkataan dengan betul kecuali seorang murid iaitu kumpulan sasaran saya yang masih lemah dan kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut. Walaupun jumlah murid yang lemah hanya ada seorang namun masalah ini dianggap serius dan perlu diambil tindakan segera.
Instrumen Kajian a. b. c. d. Carta Garisan Ria Pensel Lembaran MMM Kad Tetingkap
Pelaksanaan tindakan adalah seperti berikut: - Menyediakan format khas bagi membantu Mohd Ashrull menulis huruf dengan betul berdasarkan teknik Lembaran MMM iaitu: a. Saya menunjukkan carta Garisan Ria dan mengajar murid menyanyi lagu Garisan Ria. b. c. d. Saya membimbing murid menulis Garisan Ria di udara sambil menyanyi. Saya mengaitkan bentuk simbol dengan bentuk huruf. Saya memilih satu huruf dan menunjukkan cara menulis huruf tersebut melalui cantuman Garisan Ria sambil menyanyi lagu. e. Saya menunjukkan huruf yang telah siap dicantumkan menggunakan Garisan Ria melalui kad tetingkap. f. Saya membimbing murid menulis huruf dengan betul menggunakan lembaran MMM. g. Semua langkah di atas diulangi dalam mengenal dan menulis huruf-huruf yang terdapat di dalam kad perkataan.
1. Menjalankan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid untuk menulis semula huruf seperti yang terdapat dalam kad perkataan. 2. Guru berinteraksi dengan murid untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang murid.
ANALISIS UJIAN PASCA Berdasarkan ujian pasca yang dijalankan, didapati Mohd Ashrull telah berjaya menulis huruf dengan cara yang betul. Ujian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dilakukan sebanyak empat kali. Keempat-empat ini menunjukkan hasil yang sama dan Mohd Ashrull telah dapat menyalin semula ayat perkataan dengan cara yang betul.
ANALISIS SOAL JAWAB Semasa saya menjalankan sesi ujian pasca, saya turut menjalankan sesi soal jawab bagi merangsang daya ingatan Mohd Ashrull terhadap ujian yang telah dijalankan. Berikut adalah petikan dialog semasa sesi soal jawab berlangsung: Guru : Ashrull, tolong salin semula perkataan di dalam kad perkataan ini. Macam mana caranya nak menulis huruf b? Mohd Ashrull : Nak tulis huruf b mcm ni cikgu.( Selepas itu, Mohd Ashrull meneruskan penulisannya sehingga selesai).
Berdasarkan soal jawab bersama Mohd Ashrull tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ashrull sudah memahami konsep menulis huruf dengan cara yang betul. Saya juga sentiasa menjelaskan perbezaan huruf yang ditulis dengan betul dan juga yang terbalik.
INTERPRETASI DATA Hasil daripada ujian pasca dan ujian pra yang dijalankan , didapati terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini menunjukkan hasil yang amat memuaskan di mana murid dapat menulis huruf dengan betul walaupun pada awalnya dia mengalami masalah tidak boleh mengecam huruf mengikut arah yang betul. Berdasarkan teknik yang diperkenalkan ini, didapati Mohd Ashrull dapat mengingat dan memahami serta dapat mengaplikasikan pengetahuannya dengan lebih tepat dan berkesan. Kini, Mohd Ashrull tidak lagi menghadapi masalah untuk menulis huruf dengan cara yang betul.
5.5 REFLEKSI
Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid saya meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan cara yang betul. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid serta menimbulkan minat dalam penguasaan kemahiran menulis. Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditangani. Antaranya adalah berkaitan kekangan masa untuk menjalankan ujian pra dan pasca. Hal ini kerana saya perlu menumpukan pehatian terhadap P&P serta memberikan bimbingan kepada murid-murid lain juga. Namun demikian sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan banyak mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Justeru atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang saya dengan rendah hatinya mengharapkan agar teknik ini akan dapat digunakan sebagai salah satu wadah untuk membantu murid-murid lain yang mempunyai masalah yang serupa dengan Mohd Ashrull. Hakikatnya, walaupun teknik ini banyak kelemahan dan kekurangan, namun saya percaya boleh diberikan penambahbaikan agar dapat memberi manfaat kepada insan lain yang mempunyai masalah seumpama ini.
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk mengajar kemahiran menulis. Pendedahan awal adalah perlu supaya mereka tidak menghadapi masalah bila di tahap satu.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman, Abdul Majid Khan. (2008) Guru Sebagai Penyelidik. Terbitan PTS Professional publishing Sdn. Bhd. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/80541502/Manual-Kajian-Tindakan-EPRD
LAMPIRAN
Keputusan Selepas Kajian Tindakan dijalankan- Murid sudah dapat menyalin perkataan dengan betul.