Anda di halaman 1dari 2

MELAKA 1511 EMPAYAR MELAYU TERAKHIR Durasi - 42:57

Tanggal 8 Ogos, 1511 adalah tarikh kejatuhan empayar Melaka, sebuah kerajaan Melayu lama yang terakhir selepas hampir satu abad menjadi tumpuan dunia melalui kepesatan pelabuhan antarabangsanya. Banyak faktor yang membawa kepada keruntuhan ini. Sultan Mansur Shah yang memerintah ketika itu masih begitu muda untuk mentadbir sebuah kerajaan besar dan hanya menjadi boneka kepada beberapa pembesar yang berkepentingan. Faktor peribadi baginda dan ketidakadilan dalam pemerintahannya menjurus kepada keadaan politik yang tidak stabil sehingga ia hancur diserang kuasa Portugis. Sultan Mahmud Shah menaiki takhta pada 1488 menggantikan Sultan Alaudin Riayat Shah, namun akibat kemewahan yang dikecapi Melaka ketika itu, baginda leka dan gagal meneruskan kegemilangan pemerintahan kesultanan Melayu. Pentadbiran baginda dibantu oleh Bendahara Tun Mutakhir yang cekap dan berpengaruh. Ini terbukti dengan kedatangan ramai pedagang asing terutama orang Gujerat ke Melaka yang membawa kemakmuran kepada ekonomi Melaka. Perkara ini tidak disenangi oleh Sultan Mahmud ditambah, Tun Mutakhir telah mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan orang lain dan baginda menaruh dendam terhadapnya. Melaka asalnya hanya perkampungan nelayan pada awal abad ke 14 yang dibuka oleh seorang anak raja bernama Parameswara. Baginda diangkat menjadi raja negeri itu dengan gelaran Sultan Iskandar Shah, sekaligus memajukan pentadbiran negeri sehingga ia menjadi tumpuan pedagang dan Melaka berubah menjadi pelabuhan penting dunia. Sultan Muzafar Shah meneruskan legasi ini dan melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bijaksana dan disayangi rakyat. Dibawah kepimpinan beliau, Melaka melalui tempoh kegemilangannya sebagai sebuah empayar ditambah kelahiran pahlawan Melayu terulung iaitu Laksmana Hang Tuah dan sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hangk Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang membantu dalam hal ehwal pertahanan negeri sehingga dicemburui oleh kerajaan lain. Pada tahun 1456, kerajaan Ayuthya pernah cuba menyerang Melaka namun gagal. Melaka juga telah mengadakan hubungan erat dengan kerajaan China. Venice di utara Itali adalah saingan utama pelabuhan Melaka. Pedagang Arab yang memperdagangkan hasil barangan dari Melaka mula menyebarkan tentang kehebatan pelabuhan baru itu dan ia didengari oleh para pedagang Portugis. Pada tahun 1509, Raja Portugal telah menghantar Diego Lopez de Sequeira ke Melaka bagi mengintai peluang yang wujud. Kemakmuran Melaka berterusan sewaktu pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah, namun tempohnya tidak lama apabila baginda mangkat kerana penyakit misteri. Puteranya, Sultan Mahmud Shah

mengambil alih pemerintahan dan pada awalnya, baginda menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya mengembangkan empayar Melaka sehingga ke utara di Kedah dan Pattani. Namun tidak lama, ia mula merosot akibat pengaruh negatif pembesar istana bagi menaikkan cukai kepada pedagang asing yang menyebabkan mereka beralih ke Aceh, Johor dan Betawi. Akibat kemewahan dan kegemilangan yang dikecapi, Sultan Mahmud mula lalai kepada pentadbiran dan bersikap beraja di mata dan bersultan di hati dengan bertindak mengikut kehendak sendiri tanpa memikirkan akibat terhadap pihak lain. Baginda amat murka apabila mengetahui Tun Mutakhir mempunyai seorang anak bernama Tun Fatimah yang dikahwinkan dengan Tun Ali, bukan dengan dirinya. Ini menyebabkan baginda kecewa dan berdendam. Konflik ini berterusan sehingga Sultan Mahmud mengambil keputusan melaksanakan hukuman bunuh terhadap Tun Mutakhir sekeluarga kecuali Tun Fatimah, selepas terpengaruh dengan fitnah Raja Mendeliar dan si Kitul. Ramai menganggap ketiadaan Tun Mutakhir antara penyebab kejatuhan Melaka kerana beliau adalah bendahara yang cekap dan berpengaruh. Perpaduan rakyat menjadi kucar-kacir dan ekonomi semakin merosot. Sultan Mahmud mula menyesali perbuatannya namun sudah terlewat. Rombongan Portugis mula mengatur strategi menakluk Melaka dengan matlamat ekonomi dan menjatuhkan kerajaan Islam bagi mengimbangi kerajaan Uthmaniyah yang telah menakluk Constantinople. Portugis yang dibenarkan mendarat di Melaka langsung tidak menghormati adat budaya tempatan lalu Sultan Mahmud menyerang mereka. Ini dijadikan alasan oleh Portugis untuk menyerang Melaka pada Jun 1511 bersama 18 kapal perang dan 1400 tentera diketuai Alfonso de Albuquerque. Melaka langsung tidak bersedia ketika itu kerana amat kurang tentera terlatih menyebabkan mereka dengan mudah tewas. Tun Fatimah turut berjuang dalam perang ini namun tidak mampu bertahan lama. Tun Fatimah dan Sultan Mahmud akhirnya terpaksa berundur ke Tanjung Batu, Pagoh, Pahang, Kota Tinggi dan pada masa sama melancarkan serang terhadap Portugis di Melaka. Namun dengan kewujudan kota A Famosa yang didirikan oleh Portugis, semua serangan ini gagal. Akhirnya, mereka berundur ke Kampar, Riau dan mangkat di sana. Dua putera mereka iaitu Raja Ali yang memerintah Johor pada tahun 1928 dan Sultan Muzafar Shah 2 di Perak pada 1929 bagi menjaga dan meneruskan kedudukan kerajaan dan kesultanan Melayu. Kedaulatan kesultanan Melayu inilah yang diwarisi oleh raja-raja Melayu sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai