Anda di halaman 1dari 3

MELAKA TAKHTA YANG HILANG Episod - 1 Durasi - 46:19

Berasaskan Hikayat Sejarah Melayu yang ditulis Tun Seri Lanang, kisah kerajaan Melayu Melaka yang dicatatkan ini adalah untuk menjadi panduan kepada generasi baru dan mengambil faedah daripada kegemilangan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang diiktiraf sebagai satu kuasa pemerintahan Melayu di nusantara. Pada 1396 seorang putera raja bernama Parameswara telah berburu di sebuah tempat dan mengalami peristiwa aneh di mana seekor pelanduk putih menendang anjing buruan baginda lalu dinamakan tempat itu Melaka. Baginda mengasaskan negeri Melaka yang berasal dari perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan dagang yang sibuk dan sebuah empayar kerjaan yang disegani. Terbukti apabila Maharaja China menghantar utusan bagi mengadakan hubungan dagang dan diplomatic dengan kerajaan Melaka pada 1403. Empayar Melaka amat unik berbanding kerajaan Melayu lain kerana ia bermula sebagai perkampungan kecil sahaja. Batu asasnya didirikan oleh Parameswara pada 1396 dan kebijaksanaan baginda memilih lokasi strategic Melaka sebagai pusat pentadbiran telah menyebabkan ia berkembang dengan pantas. Kemodenan dan kemajuan bandaraya Kuala Lumpur adalah limpahan daripada legasi empayar Melaka berusia 500 tahun lalu yang begitu gemilang sebelum jatuh ke tangan Portugis. Parameswara adalah putera raja berbangsa Melayu yang enggan bernaung di bawah kuasa asing, seorang yang kuat semangat dalam mencapai impian. Ketika itu, kerajaan Melayu lain yang kuat adalah Sriwijaya yang dipengaruhi Hindu, namun apabila Melaka muncul sebagai pelabuhan destinasi perdagangan dunia, ia mula lemah. Kejayaan ekonomi ini telah membantu kemunculan Melaka sebagai satu kuasa empayar Melayu yang baru. Kedudukan geografi Melaka di titik tengah Selat Melaka yang menghubungkan China dan India serta hampir kepada dunia timur amat strategic sebagai laluan maritime. Ia menjadi pusat pengumpulan dan perdagangan barangan komersil dan menarik pedagang asing berbilang bangsa untuk bertukar-tukar barangan. Tiupan arah angin turut membantu pedagang ke sini di mana angin monsoon membawa pedagang China, India dan Arab ke Melaka. Ini menyebabkan Melaka sibuk sepanjang tahun dan operasinya adalah sistematik dan menjadi pelabuhan moden ketika itu sehingga mendapat gelaran Emporium of the East dan Little Venice. Bandaraya Melaka menjadi semakin pesat dan dalam tempoh 50 tahun, ia menjadi bandaraya antarabangsa yang kaya-raya dengan jumlah penduduk lebih 50 ribu orang.

Selain itu, ia turut menjadi pelabuhan rempah yang menghubungkan dunia barat dan timur. Oleh kerana kepelbagaian pedagang yang berurusniaga di sini, hampir 84 bahasa dipertuturkan oleh mereka dan ini menggambarkan pentingnya Melaka sebagai pelabuhan dunia. Kemuncak empayar Melaka adalah sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Syah. Seorang pengembara Portugis bernama Barbossa menulis, sesiapa yang menguasai Melaka, ia turut berkuasa kepada Venice. Berpunca daripada faktor ini, Melaka telah diserang dan ditawan oleh Portugis seterusnya kuasa penjajah yang lain selama 500 tahun. Empayar Melaka yang mencapai puncak kegemilangan dalam tempoh 80 tahun sejak penubuhannya mula lesu pada 20 tahun terakhir sebelum dijajah sepenuhnya oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang menaiki takhta pada 1488 menggantikan ayahandanya Sultan Alaudin Riayat Syah. Dalam usia yang muda, baginda hanya menjadi boneka dan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara dan Laksamana. Di awal pemerintahannya, banyak teladan yang tidak baik mempengaruhi baginda oleh pembesar negeri dan ini terbawa-bawa sehingga pemerintahan sebenar baginda. Peristiwa paling besar dalam pentadbiran baginda adalah penghukuman terhadap Tun Mutakhir yang dibunuh bersama seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah, sehingga menimbulkan persoalan rakyat tentang keadilan Sultan Mahmud. Penghujung abad ke 15, kuasa colonial barat mula mencari tanah jajahan baru yang memiliki nilai ekonomi bagi mengimbangi kuasa empayar Uthmaniah yang menguasai Constantinople dan mereka terpaksa mencari rangkaian perdagangan baru. Dalam Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mencatatkan serangan Portugis ke atas Melaka sewaktu Sultan Mahmud Syah dan anaknya Sultan Ahmad. Pada 8 Ogos, 1511, Alfonso de Albuqurque yang mengetuai tentera Portugis dengan senjata moden berjaya menewaskan pahlawan Melaka seterusnya menakluk negeri dan pelabuhan Melaka. Perang selama tiga minggu ini berjaya selepas Portugis turut mendapat bantuan tentera Jawa selain pedagang China dan India yang member maklumat strategic. Sultan Ahmad terpaksa berundur ke Ulu Muar sementara Sultan Mahmud ke Batu Hampar. Portugis terus memburu mereka sehingga ke Pagoh lalu ke Pahang. Mereka berpindah randah sehingga ke Bentan. Di sana, strategi dibuat di mana Hang Nadim membuat kacau bilau kepada Portugis sehingga mengganggu ekonomi Portugis. Portugis sebenarnya bimbang dan terpaksa menghabiskan banyak sumber bagi memburu Sultan Mahmud dan tentera baginda. Pada 1526, Portugis menyerang secara besar-besaran kedudukan Sultan Mahmud di Bentan menyebabkan baginda berundur di Kampar, Riau lalu menubuhkan kerajaan terakhir baginda di situ sehingga mangkat.

MELAKA TAKHTA YANG HILANG Episod 2 Durasi 44:55


Sultan Mahmud Syah menghadapi segala cabaran sewaktu memimpin rakyatnya dalam usaha menghalau Portugis keluar dari Melaka. Perjuangan baginda sehingga ke akhir hayat walaupun tidak berjaya, namun ia dianggap amat mempengaruhi kewujudan bangsa Melayu kerana memastikan tradisi kerajaan Melayu terus kekal. Walaupun kesultanan Melaka jatuh akibat penaklukan Portugis, tradisi kesultanan Melayu itu diwarisi oleh sultan-sultan Melayu sehingga kini sebagai pemimpin agama Islam dan kerajaan Melayu. Kesultanan Melayu terakhir di Melaka menjadi perintis kepada penentangan kuasa barat terdiri daripada Portugis, Belanda dan British. Liku-liku perjuangan yang dimulakan oleh Sultan Mahmud Shah dan anaknya Sultan Ahmad telah menjadi pembakar semangat kepada nasionalis Melayu lain yang bangkit menentang penjajahan sehingga Tanah Melayu merdeka. Sejarah Melayu mencatatkan baginda melalui perjalanan yang jauh bagi mengelak serangan Portugis iaitu melalui Ulu Muar, Pahang, Bentan dan terakhir di Kampar, Riau. Bermula 1516 sehingga 1519, baginda membuat sekatan ekonomi ke atas Portugis di Melaka dengan meletak angkatan lautnya di Ulu Muar. Portugis terpaksa mendapatkan bantuan daripada Burma untuk menyerang baginda yang memaksa baginda berundur ke Kampar sehingga mangkat pada 1528. Diganti oleh Raja Ali atau Sultan Alaudin Riayat Shah 2

Anda mungkin juga menyukai