Anda di halaman 1dari 39

KEMATIAN MASYARAKAT INDIA PENGENALAN

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian

dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Upacara Vaaikkarisi Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Pengebumian Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti

pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

Selepas Kematian Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.

Membersihkan Rumah Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Berkabung Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan

meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu. Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

http://pemakaianbm.blogspot.com/2010/08/kematian-masyarakat-india.html

KEMATIAN MASYARAKAT CINA Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Pengenalan Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Penghormatan terakhir kepada si mati Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan. Penghormatan terakhir Mayat diarak ke jirat Ahli keluarga berarak ke jirat Keranda dibawa dengan van Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. Semasa Pengebumian Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan

bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Upacara pengebumian Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Upacara pengebumian Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia. Selepas Kematian Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

http://pemakaianbm.blogspot.com/2010/08/kematian-masyarakat-cina.html

Pengenalan Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah. Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat

perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. http://malaysiana.pnm.my/01/01010301mel_kematian.htm

MASYARAKAT INDIA-207294

pengenalan Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut hanyamemaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sejarah Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat. Perkahwinan masyarakat India Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri . Kematian. Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan. Upacara menanggalkan thaali. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia. Upacara vaikkarasi Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk .Kollic

catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Perayaan bagi kaum india Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosadosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindumelakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugandan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagiponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-india.html

ADAT KEMATIAN KAUM INDIA

Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian : Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

Upacara Menanggalkan Thaali : Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.

Upacara Vaaikkarisi : Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.

Kollic Catti : Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.

Selepas Kematian : Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.

http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-kematian-kaum-india.html

Kematian menurut perspektif agama Hindu Agama Hindu percaya bahawa penjelmaan dan kematian adalah sebagai pandangan jiwa beralih daripada satu badan ke satu laluan untuk mencapai Nirwana, iaitu syurga. Kematian adalah satu peristiwa yang menyedihkan. Manakala sami-sami Hindu menekankan pengebumian adalah satu penghormatan dan tanda peringatan kepada si mati. Masyarakat Hindu membakar mayat mereka, percaya bahawa pembakaran satu mayat menandakan pembebasan semangat dan api adalah mewakili shiva, iaitu dewa pemusnah. Ahli-ahli keluarga akan berdoa di sekeliling badan secepat mungkin selepas kematian. Orang akan cuba mengelak daripada menyentuh mayat. Hal ini, kerana ia adalah dianggap sebagai lambang memalukan si mayat tersebut. Mayat biasanya dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian putih, adalah salah satu pakaian tradisional orang India. Jika si isteri mati sebelum suaminya, dia dipakaikan pakaian pengantin. Manakala seorang janda akan dipakaikan sari yang berwarna putih atau berwarna pucat. Badan dihiasi dengan cendana, bunga-bunga dan kalungan-kalungan bunga. Selepas itu, Vedas atau Bhagavad Gita ataupun sivapuranam, iaitu Kitab suci Hindu akan dibaca . Orang yang berkabung diketuai olah anak sulung lelaki ataupun anak lelaki bongsu, akan menerangi beberapa umpan api dengan mengelilingi mayat, demi mendoakan pemergian jiwa. Selepas pembakaran mayat, keluarga akan dihidangkan dan bersembahyang dalam rumah mereka. Orang yang berkabung akan mandi dengan sepenuhnya sebelum memasuki rumah selepas pengebumian. Seorang sami akan melawat dan melakukan upacara sembayang untuk si mati pada hari ke 16 sebagai tujuan mententeramkan si mati.

Biasanya, satu kalungan dijemur atau bunga-bunga diletakkan pada gambar si mati adalah menunjukkan tanda penghormatan bagi mengingati mereka. 'Shradh' adalah upacara sembahayang setahun selepas kematian orang. Ini diadakan setahun sekali bagi memperingati mereka. Sami juga berpesan kepada ahli keluarga bahawa pemberian makanan kepada masyarakat miskin adalah satu tanda ingatan kepada si mati.

Berikut adalah turutan upacara pengebumian

http://kematian-hindu.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/17486353/Adat-Resam-Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia kematian masyarakat Malaysia

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Semasa Kematian Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak ataukaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air

paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. Upacara Menanggalkan Thaali Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah. Upacara Vaaikkarisi Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic Catti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi

mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri. http://malaysiana.pnm.my/01/01030301ind_kematian.htm

Menghadapi kematian (Bahagian 1)

29 OKT Mengapa mayat kaum India dibakar dan bukan ditanam? Adakah mayat itu dimandikan dan disembahyangkan? Antara perkara yang sering ditanya kepada saya oleh rakan-rakan pelbagai kaum adalah berkaitan upacara menyempurnakan mayat mengikut budaya India; khususnya agama Hindu. Pertanyaan seperti ini tidaklah bermaksud menghina atau mempersoalkan amalan dan budaya kaum India. Sebaliknya menunjukkan bahawa individu yang bertanya tadi berminat untuk mengetahui, memahami dan menghormati amalan dan budaya kaum India.

Beberapa barangan perlu disediakan bagi menjalankan upacara menyempurnakan jenazah. Malah, sering juga timbul masalah dalam kalangan kaum India sendiri untuk memberi penjelasan mengenai upacara menyempurnakan mayat. Maka, saya melakukan sedikit kerja mengumpul bahan dan maklumat umum berkaitan upacara menyempurnakan mayat dalam kalangan masyarakat India beragama Hindu. Perlu dijelaskan bahawa penerangan yang saya berikan adalah secara umum. Mungkin sahaja ada kelompok tertentu yang mempunyai amalan yang berbeza sedikit berbanding kelompok lain. Namun, asasnya adalah hampir sama. Tambahan pula, tujuan saya adalah untuk memberikan penjelasan umum; bukan penerangan terperinci mewakili kelompok tertentu. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang mahu terlibat sama dalam upacara menyempurnakan mayat adalah bertenang. Demikian nasihat pertama yang diberikan oleh salah seorang warga emas yang saya temui untuk mendapatkan panduan

dan pandangan apabila saya mahu menulis sebuah makalah bagi majalah Sarina (Oktober dan November 2004). Peringatan ini amat penting kerana sering kali timbul pelbagai masalah, pergeseran dan pergaduhan kecil apabila ada kematian dalam masyarakat India. Masing-masing perlu bertenang dan berfikir secara rasional tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan upacara berjalan lancar. Jenazah biasanya akan diletak di ruang tamu. Sebaik sahaja individu berkenaan menghembus nafas terakhir, sesudu air akan disuap ke mulut. Penggunaan perkataan mayat (ponem) akan dielakkan kerana dirasakan kurang manis dan seperti tidak menghormati si mati. Sebaliknya, istilah predham (jenazah) akan digunakan. (Walaupun pasti akan ada puak yang mempertikaikan penggunaan istilah jenazah bagi orang Tidak Islam.) Jenazah diletakkan di atas tikar dengan posisi kepala mengarah ke selatan. Namun, kini, ramai yang hanya berpegang pada konsep kaki mengarah ke pintu masuk; seperti budaya Cina. Anak lelaki si mati atau salah seorang warga emas dalam keluarga berkenaan akan mengulang mantera Narayana, Govinda atau Nama Shivaya sebanyak tiga kali ke cuping telinga si mati. Mata dan mulut si mati perlu dipastikan tertutup. Ibu jari kaki akan dirapatkan dan diikat menggunakan tali. Manakala kedua-dua tangan akan ditemukan pada paras dada dalam posisi seperti mengucapkan vanakam mengikut budaya India. Sekali lagi, ibu jari diikat bagi memastikan kedudukan itu kekal. Sekiranya si mati adalah lelaki atau pun seorang balu, maka sehelai kain putih akan digunakan untuk menutup jenazah dari hujung kaki hingga ke leher. Bagi wanita yang belum berkahwin atau wanita yang suaminya masih hidup, kain warna jingga, kuning atau merah harus digunakan. Pucuk dan daun tulasi akan diletak berhampiran telinga kanan jenazah. Lampu minyak bersumbu tunggal dipasang dan diletakkan berhampiran kepala jenazah. Ada juga yang turut meletakkan foto dewa atau dewi kegemaran si mati di sebelah lampu itu. Setanggi berbau harum turut dipasang dan diletakkan di sana. Kaum keluarga yang berada di sisi biasanya akan menyanyikan Sivapuranam iaitu teks suci karya Manikavasagar yang menceritakan bagaimana manusia lahir di bumi dan akhirnya bersatu dengan Pencipta. Rangkap 12 hingga 30 dari Bab 2 kitab Bhagavid Gita juga boleh dibaca jika mahu. Apa pun bentuk nyanyian atau mantera yang dibaca, syarat utama adalah bahawa semua orang harus mampu mengawal emosi dan tidak meratapi pemergian si mati. Mengikut kepercayaan budaya India, apabila seseorang meninggal dunia, roh berkenaan belum sepenuhnya meninggalkan jasad. Maka, roh itu masih berada di sekitar jenazah. Dengan itu, lagu-lagu suci yang dinyanyikan itu masih boleh didengar oleh roh si mati. Apabila mendengar lagu-lagu suci ini, kononnya, dosa si mati akan berkurangan. Lagu-lagu yang memuja Tuhan juga membantu roh si mati mencari jalan mudah untuk kembali kepada Pencipta. Sementara itu, di luar rumah pula, kayu, arang dan kapur barus dibakar dalam sebuah belanga tanah liat bermulut besar. Api dalam belanga ini perlu dipastikan tidak padam sehingga jenazah dibawa ke tempat pembakaran mayat.

Bagi memastikan upacara menyempurnakan jenazah berjalan lancar, beberapa bahan perlu dipastikan tersedia dan mudah diperoleh. Antaranya adalah sebiji belanga kecil dan sebiji lagi bersaiz besar sedikit. Turut diperlukan satu kilogram beras, kain putih/kuning/jingga merah sepanjang 2.5 meter, kapur barus, setanggi, mancis, lampu minyak, sirih dan pinang. Bunga, daun tulasi, kayu kering, arang, serbuk kunyit, kunkumam, tirunur, serbuk cendana, susu serta duit syiling juga diperlukan. Seperti disebutkan sejak awal, bahan-bahan ini adalah bahan am dan mungkin ada tokok-tambah mengikut keturunan dan kelompok masyarakat. Bagi menyempurnakan upacara memandikan jenazah, air biasanya dibawa dari rumah jiran. Sementara itu, kaum-kerabat akan menyapu minyak dan serbuk sintok (siakai) pada dahi si mati. Kemudian barulah dimandikan oleh beberapa orang yang berpengalaman serta rapat dengan si mati. Jenazah sepatutnya dimandikan dua atau tiga jam sebelum dijadual dibawa ke krematorium di mana jenazah akan dibakar nanti. Proses memandikan jenazah harus dilakukan secara senyap dan tenang. Tempat jenazah dimandikan biasanya akan ditutup dengan kain putih di sekelilingnya. Kumpulan yang menguruskan jenazah untuk dimandikan perlu berhati-hati agar jenazah tetap berada dalam keadaan sempurna. Setiap individu yang memandikan jenazah juga perlu terlebih dahulu menuang air atas tubuh mereka dan kekal basah sepanjang memandikan jenazah. Selepas jenazah dimandikan, maka akan dipakaikan pakaian baru atau pakaian kegemaran mendiang semasa hayatnya. Kemudian, jenazah ditempatkan di dalam keranda dan diletak di ruang tamu untuk dilihat oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Bersambung http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/menghadapi-kematian-bahagian-1/

Menghadapi kematian (Bahagian 2)

5 NOV Dahi jenazah lelaki dan balu akan disapu serbuk cendana atau tirunur iaitu serbuk putih yang biasa disapu pada dahi orang India-Hindu. Bagi wanita yang belum berkahwin atau bagi wanita yang suaminya masih hidup, wajah disapu serbuk kunyit dan dahi dihiasi kunkumam iaitu titik merah yang biasa dipakai wanita India-Hindu. Jenazah harus diletakkan dalam keadaan sederhana tanpa terlalu banyak dihiasi dengan barang-barang kemas dan perhiasan lain. Sirih dan pinang harus diletakkan di dalam keranda; di sisi kanan jenazah. Ada juga yang meletakkan wang, buah-buahan dan bunga. Jika si mati adalan kanak-kanak atau bayi, biasanya satu pek plastik berisi susu segar akan diletakkan di sisi jenazah. Masa yang sesuai untuk membawa jenazah ke krematorium untuk dibakar akan ditetapkan lebih awal dengan merujuk kepada sami di kuil. Sejurus sebelum jenazah dibawa keluar, golongan wanita akan diminta menyempurnakan upacara terakhir. Golongan wanita akan mengelilingi keranda dan meletakkan sedikit beras berhampiran mulut jenazah. Duit syiling juga akan diletakkan di dalam keranda. Selepas semua wanita dalam keluarga terdekat

mendiang sudah selesai melakukan upacara itu, barulah kaum-kerabat dan sahabat-handai dijemput untuk melakukan upacara yang sama.

Kaum keluarga sebenarnya tidak digalakkan meratapi pemergian orang yang disayangi. Sepanjang upacara ini, lagu-lagu Thevaramiaitu lagu-lagu suci agama Hindu akan dinyanyikan secara beramai-ramai dengan suara yang perlahan. Tujuannya sudah diterangkan sebelum ini. Sebenarnya, selain ditujukan kepada roh si mati, nyanyian ini bagi membantu menenangkan jiwa dan emosi orang ramai yang berada di situ. Jenazah sudah pun bersedia untuk meninggalkan rumah menuju ke krematorium di mana jenazah akan dibakar mengikut budaya India dan agama Hindu. Keranda akan ditutup dan diangkat keluar dari rumah. Perlu dipastikan bahawa jenazah dibawa dengan kedudukan kaki keluar dahulu dari perkarangan rumah. Kaum wanita tidak dibenarkan keluar dari perkarangan rumah pada waktu ini. Keranda akan diletakkan di atas tanah atau di atas bangku yang disediakan. Cucu-cucu lelaki mendiang (jika ada) akan diminta memegang unggun kecil yang dibuat menggunakan kulit pokok pisang yang diikat cebisan kain yang disapu minyak sapi. Mereka akan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali. Selepas itu barulah keranda dimasukkan ke dalam kereta jenazah. Keranda yang dibawa menggunakan kereta jenazah akan diiringi dua orang. Orang pertama ialah anak lelaki si mati yang akan melakukan upacara membakar jenazah. Seorang lagi biasanya warga emas dalam keluarga si mati. Sepanjang perjalanan kereta jenazah ke krematorium, anak lelaki si mati akan memegang belanga berisi arang yang dibakar sebaik sahaja mendiang meninggal dunia. Api inilah yang nanti akan digunakan untuk membakar mayat. Warga emas yang turut berada di dalam kereta jenazah biasanya akan membuang duit syiling sepanjang perjalanan ke krematorium. Perbuatan ini sebenarnya adalah tindakan simbolik untuk menyatakan bahawa walau apapun harta dan kekayaan dimiliki oleh si mati, semuanya sudah ditinggalkan selepas meninggal dunia. Selepas kereta jenazah pergi, golongan wanita serta sesiapa yang berada di rumah perlu segera membersihkan rumah. Apa-apa perkakas seperti tikar yang digunakan untuk menempatkan jenazah perlu dibuang segera. Mereka juga perlu membasuh pakaian yang dipakai tadi serta mandi dengan menuang air di atas kepala.

Perlu dinyatakan bahawa golongan wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium untuk menyertai upacara membakar jenazah. Dalam kepercayaan masyarakat India, dharma atau kebajikan yang dilakukan oleh golongan wanita adalah terhadap keluarga (suami dan anak-anak) di rumah. Sewaktu jenazah dibakar, khabarnya hanya anak-anak lelaki mendiang yang boleh berdoa dan memohon dosa si mati diampunkan oleh Tuhan. Sebab itulah golongan wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium. Salah seorang warga emas yang saya temui dalam proses menulis makalah ini mengatakan bahawa ada sebab lain mengapa wanita tidak dibenarkan pergi ke krematorium. Katanya, kaum lelaki biasanya tidak mahu menunjukkan emosi sedih di hadapan wanita. Jadi, kaum lelaki biasanya tidak menangis di rumah si mati. Sebaliknya, apabila berada di krematorium, hanya golongan lelaki yang berada di situ. Maka, mereka boleh meluahkan rasa sedih dengan cara menangis tanpa perlu takut dilihat oleh kaum wanita! Apabila kereta jenazah tiba di tapak krematorium, keranda perlu bawa keluar dengan kedudukan kaki jenazah menghala ke arah selatan. Selepas itu, keranda diusung menuju ke pelantar tempat pembakaran mayat dalam posisi kaki jenazah menghala ke pelantar berkenaan. Setelah sampai di pelantar pembakaran, keranda akan diletakkan dalam kedudukan stabil. Penutup keranda akan dibuka supaya orang ramai boleh melihat jenazah si mati. Anak lelaki si mati yang bakal melakukan upacara membakar jenazah akan diarah berjalan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali melawan arah pusingan jam. Sedikit beras, duit syiling atau bunga akan diletakkan di dalam keranda. Perkara sama akan dilakukan oleh golongan lelaki yang hadir di tapak krematorium. Bagaimanapun, mereka hanya mengelilingi keranda sekali. Mantera serta lagu-lagu suci akan dinyanyikan. Lirik lagu-lagu dan mantera ini selalunya bertema peringatan kepada umat manusia bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan roh perlu meninggalkan jasad untuk meneruskan perjalanan mencari Pencipta. Seterusnya, anak lelaki si mati yang bakal menyempurnakan pembakaran jenazah akan meletakkan belanga berisi air di bahu kiri. Seorang warga emas atau orang yang pakar dalam upacara menyempurnakan jenazah akan berdiri di sisinya sambil memegang objek tajam seperti pisau. Mereka berdua akan mula mengelilingi jenazah melawan arah pusingan jam. Biasanya mereka bermula dari bahagian kaki jenazah. Apabila sampai di bahagian kepala jenazah, warga emas yang memegang objek tajam akan menebuk lubang pada bahagian bawah belanga yang sedang dibawa oleh anak lelaki si mati. Air akan mula mengalir keluar. Mereka berdua meneruskan berjalanan mengelilingi keranda. Pada masa sama, warga emas tersebut perlu menggunakan bahagian belakang tangan (bukan tapak tangan) untuk merenjis air yang mengalir keluar dari belanga ke arah jenazah. Bersambung http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/menghadapi-kematian-bahagian-2/

Menghadapi Kematian Bahagian 3

11 NOV Apabila sampai semula di bahagian kepala jenazah, satu lagi lubang ditebuk iaitu di atas sedikit daripada lubang pertama tadi. Proses mengelilingi jenazah diteruskan bagi kali kedua. Pada kali ketiga, lubang ketiga ditebuk di bahagian atas lubang kedua tadi. Setelah anak lelaki yang membawa belanga berisi air itu sudah mengelilingi jenazah sebanyak tiga kali, dia akan diarah melepaskan belanga berkenaan supaya ia jatuh di bahagian belakang dari bahunya dan pecah. Perbuatan ini ada makna simbolik berdasarkan kepercayaan dalam budaya India. Salah satu kepercayaan adalah bahawa setelah seseorang meninggal dunia, rohnya akan melalui tiga tempat dalam perjalanan menuju kepada Pencipta. Ketiga-tiga tempat itu digelar Nagaram, Rouravam dan Maharouravam. Ketiga-tiga tempat persinggahan ini tidak mempunyai bekalan air. Maka, apabila belanga berisi air dibawa mengelilingi jenazah dan dipecahkan sebelum jenazah dibakar, dipercayai bahawa roh si mati akan mendapat bekalan air yang secukupnya apabila berada di Nagaram, Rouravam dan Maharouravam. Sementara itu, petugas di krematorium biasanya sudah menyusun dahan dan kayu kering di atas pelantar pembakaran serta memasukkan kapur barus dan bahan bakar lain ke dalam keranda.

Jenazah penganut agama Hindu dibakar sebagai simbol mengembalikan jasad itu kepada lima unsur alam. Anak lelaki yang membawa belanga berisi air tadi akan diberi sebatang kayu berupa unggun. Dia akan diminta mencucuh api pada keranda bagi memulakan proses membakar jenazah si mati. Kemudian, anak lelaki berkenaan akan diarahkan pergi tanpa menoleh. Perbuatan ini adalah simbolik bahawa pemergian si mati menemui Pencipta tidak akan ditangisi oleh anak-anaknya. Petugas di krematorium akan memastikan jenazah dibakar dengan sempurna. Pada masa kini, penggunaan peralatan moden untuk membakar jenazah menjadikan proses menyempurnakan mayat di krematorium lebih mudah. Tidak timbul juga soal jenazah tidak terbakar sepenuhnya apabila keluarga si mati datang untuk mengambil abu mayat pada keesokan hari. Sehari selepas jenazah dibakar, keluarga mendiang akan pergi ke krematorium untuk mengambil abu dan tulang untuk upacara seterusnya. Anak lelaki yang melakukan upacara membakar jenazah pada hari sebelumnya wajib hadir. Istilah yang digunakan bagi individu tersebut ialah karmi. Beberapa individu yang telah turut serta ke krematorium pada hari sebelumnya juga akan pergi sama.

Antara barangan yang perlu dibawa adalah dua periuk belanga, beg plastik besar, satu kilogram beras, dua atau tiga daun pisang yang penuh (tidak dikerat-kerat), sirih, pinang, sesikat pisang, bunga rampai, setanggi, kapur barus, mancis, dua botol susu lembu, lampu minyak (berserta sumbu dan minyak kelapa), sehelai kain lebar berwarna merah atau putih, dan daun agathee yang sudah dimasak. Bahanbahan ini mungkin ada tambahan atau pengurangan mengikut keperluan dan amalan keluarga. Apabila tiba di krematorium, penjaga tempat berkenaan biasanya sudah membersihkan sisa bahan bakar bagi memudahkan abu dan tulang jenazah dikumpul. Semua yang hadir perlu mandi dan berpakaian basah sepanjang proses berikut. Perlu dinyatakan bahawa hanya kaum lelaki akan ke krematorium untuk menyempurnakan upacara ini. Upacara pertama yang perlu dilakukan oleh karmi adalah berdiri di bahagian kepala jenazah (yang kini tinggal tulang dan abu) dan merenjis air ke atas abu jenazah sebanyak tiga kali. Seterusnya, susu direnjis sebanyak tiga kali. Kemudian, barulah tulang boleh diambil dari tempat pembakaran. Mula-mula, tulang bahagian kepala (tengkorak), leher, dada (rusuk), pinggul dan kaki perlu diambil secara teliti dan dimasukkan ke dalam salah sebuah periuk belanga yang dibawa. Selepas itu, abu jenazah dikumpul dan dimasukkan ke dalam periuk yang sebuah lagi. Karmi dan para pengiring akan beredar ke tepi pantai atau ke tebing sungai untuk upacara seterusnya. Tempat yang rata dan kering perlu dicari. Aspek keselamatan dan kebersihan perlu sentiasa diberi perhatian. Segala upacara ini juga perlu dilaksanakan dengan tenang tanpa sebarang perselisihan. Daun pisang perlu diletak di atas tanah dengan kedudukan bahagian hujung daun menghala ke arah selatan. Beras ditabur di atas daun pisang; biasanya dalam bentuk bujur mengikut bentuk daun pisang. Tulang-tulang yang disimpan di dalam periuk belanga akan dikeluarkan dengan teliti dan disusun semula di atas beras yang ditabur tadi. Tengkorak diletak dulu, diikuti bahagian-bahagian lain sehinggalah ke bahagian kaki. Kepala (tengkorak) harus menghala ke selatan. Periuk belanga berisi abu jenazah pula diletakkan di sisi tulang tetapi masih di atas daun pisang yang ditabur beras tadi. Lampu minyak, setanggi dan kapur barus dipasang. Sirih, pinang dan bunga rampai diletakkan berhampiran tengkorak. Kain merah atau putih piasanya dililit pada leher periuk belanga berisi abu. Kain putih bagi balu dan lelaki; manakala kain merah bagi wanita yang masih bersuami atau wanita yang belum berkahwin. Bagi upacara seterusnya, kaum India beraga Hindu akan cuba mendapatkan sedikit air dari Sungai Ganges dan dicampur dengan air biasa. Sekiranya air Sungai Ganges tidak diperoleh, air biasa sudah memadai. Air berkenaan direnjis ke atas tulang dan abu yang diletak di atas daun pisang. Kemudian direnjis pula dengan susu. Semua ini dilakukan oleh karmi dengan tunjuk ajar daripada warga emas yang berpengalaman. Sambil merenjis air dan susu, karmi akan mengulang nama Dewa Shiva, Narayana, Govinda atau manamana dewa yang biasa disebut oleh mendiang semasa hayat. Semua tulang perlu dipastikan basah terkena air dan susu yang direnjis. Karmi juga akan merenjis air pada bunga rampai, sirih, pinang serta nasi yang diletak sebagai simbol mempersembahkan barangan itu kepada roh mendiang sebelum roh pergi meni nggalkan dunia ini.

Arathi iaitu upacara membakar kapur barus dilakukan di mana talam berisi kapur barus yang menyala perlu dipusing melawan arah pusingan jam. Dalam budaya dan kepercayaan masyarakat India-Hindu, pusingan arathi mengikut arah pusingan jam adalah bagi perkara-perkara baik manakala pusingan melawan arah jam adalah bagi perkara-perkara tidak baik dan menyedihkan. Tulang dan abu jenazah dimasukkan ke dalam sebuah periuk belanga. Susu dan air dituang ke dalam periuk belanga supaya keseluruhan tulang dan abu ditenggelami sepenuhnya. Bersambung http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/menghadapi-kematian-bahagian-3/

Menghadapi kematian (Bahagian 4)

19 NOV Karmi akan melangkah masuk ke dalam laut atau sungai sambil diiringi warga emas atau pakar upacara agama. Periuk belanga berisi abu dan tulang dipegang dengan kedua-dua tapak tangan terbuka. Karmi akan berjalan ke dalam laut/sungai sehingga air sampai ke paras dada. Pada masa yang sama, periuk belanga berisi abu dan tulang jenazah dibiarkan tenggelam ke dalam air. Semasa melakukan upacara menenggelamkan periuk belanga ini, karmi perlu memandang ke arah matahari atau ke arah timur dan berdoa meminta Pencipta mengampunkan serta menerima kembali roh mendiang. Secara tradisi, semua yang hadir pada upacara berkenaan akan mandi di sungai/laut dan sama-sama berdoa sebelum pulang. Tapak yang digunakan sebagai tempat melakukan upacara tadi perlulah dibersihkan.

Pelbagai upacara khas diadakan bagi membantu dan membimbing roh kembali kepada Pencipta. Semua barangan yang digunakan perlu dimasukkan ke dalam beg plastik dan dibuang dengan cara yang betul. Biasanya, barang-barang dan perkakas yang digunakan bagi upacara menyempurnakan abu dan tulang jenazah tidak dibawa pulang ke rumah.

Dalam budaya India (khususnya yang beragama Hindu dan Buddha), adalah dipercayai bahawa roh tidak mati bersama-sama jasad. Maka upacara menyempurnakan jenazah perlu dilakukan dengan teliti supaya roh si mati boleh meneruskan perjalanan mencari Tuhan. Roh disebut jiva, atma atau prana. Apabila roh sudah meninggalkan jasad, nama yang diberikan adalah preta. Preta dikatakan masih berada berdek atan dengan jasad selepas individu berkenaan meninggal dunia. Sebab itulah jenazah perlu dibakar dengan segera supaya preta boleh meneruskan perjalanan menemui Pencipta. Mantera dan upacara yang dimulakan sebaik sahaja seorang individu meninggal dunia adalah bertujuan membantu preta meneruskan perjalanan ke alam yang lain. Upacara sembahyang khas bagi preta akan diadakan sama ada pada hari ke-10, ke-12, ke-16 atau ke-31 selepas individu berkenaan meninggal dunia. Upacara yang dinamakan Sembahyang Shanti atau Sembahyang Moksha ini ditetapkan dengan merujuk pada pakar agama atau atas nasihat warga emas yang berpengalaman. Upacara sembahyang diadakan di rumah atau di kuil sebagai tanda preta akan meninggalkan alam ini (disebut bhuloka) dan memasuki alam roh (disebut pitruloka) yang dihuni pithru iaitu roh-roh yang menunggu untuk dilahirkan semua kebhuloka mengikut konsep karma. Upacara ini juga digelar Sembahyang Moksha kerana didoakan supaya preta (roh atau atma mendiang) tidak akan memasuki pitruloka dan lahir semula ke dunia; sebaliknya akan mencapaimoksha atau nirvana iaitu bersatu dengan Tuhan (iaitu Paramatma atau Roh Agung). Antara soalan yang sering dikemukakan adalah mengapa jenazah kaum India tidak dikebumikan. Dalam budaya India, Tuhan dikatakan mencipta manusia daripada lima unsur alam yang disebut panca bootam iaitu air, api, tanah, angin dan angkasa. Maka, apabila seseorang meninggal dunia, jasadnya wajar dikembalikan kepada kelima-lima unsur alam berkenaan. Begini: Apabila jenazah dibakar, api (nerupu) mendapat peluang untuk mengambil sebahagian jasad itu. Cecair badan pula akan mengalir masuk ke dalam tanah (nilam) manakala angin (kaatu) pula menerbangkan abu daripada jasad ke ruang angkasa (agayam). Akhirnya, abu dicairkan ke dalam laut atau sungai; maka jasad juga dikembalikan kepada unsur kelima iaitu air ( neer). Sering juga ditanya mengapa Sungai Ganges menjadi pilihan. Sebenarnya, sungai berkenaan dianggap sebagai sungai suci dalam kalangan masyarakat India beragama Hindu. Kononnya, jika mandi dalam sungai berkenaan, segala dosa individu berkenaan akan terampun. Namun, sebenarnya, abu jenazah boleh dicairkan dalam mana-mana sungai dan laut kerana akhirnya akan sampai ke lautan. Rasionalnya di sini adalah bahawa abu jenazah sudah bercampur dengan air laut dan boleh pergi ke mana-mana penjuru dunia. Amalan ini sebagai simbolik bahawa roh mendiang boleh lahir semula di mana-mana penjuru dunia. Dalam budaya India, tidak semua jenazah dibakar. Ada juga jenazah yang perlu dikebumikan. Bagi golongan bayi, kanak-kanak, teruna dan dara, roh mereka dipercayai meninggalkan jasad melalui lubang pada tengkorak. Bagi individu yang sudah berkahwin, roh dipercayai keluar melalui lubang mata, mulut, hidung atau telinga. Bagi individu (bayi, kanak-kanak, teruna dan dara) yang roh keluar melalui lubang pada tengkorak, hidupnya dikatakan belum sempurna. Dalam budaya India, hidup dikatakan sempurna hanya selepas

berkahwin; dan sebaik-baiknya sudah ada anak. Istilah bagi individu yang belum berkahwin adalah sanyasi. Maka, jenazah sanyasi tidak dibakar, sebaliknya dikebumikan. Dengan itu, jasad berkenaan hanya dikembalikan kepada satu unsur alam iaitu tanah (nilam). Individu berkenaan dianggap meninggal dunia sebelum hidupnya sempurna iaitu sebelum berkahwin dan mendapat anak. Perlu dinyatakan bahawa masyarakat India percaya bahawa hidup seorang individu hanya bermula selepas berkeluarga. Selepas jenazah dikebumikan, upacara sembahyang dan membaca mantera diadakan. Namun, makam atau sebarang tanda tidak boleh diletakkan pada kubur. Kaum-keluarga tidak digalakkan mengunjungi kubur kerana roh mendiang dipercayai tidak boleh meneruskan perjalanan ke alam roh sekiranya sering dikunjungi di kubur. Hal ini tentunya berbeza dengan budaya masyarakat Melayu-Islam dan Cina serta penganut agama Kristian. Bagaimanapun, kini ramai juga masyarakat India yang meletakkan batu nesan serta membina makam kecil di tempat sanyasi dikebumikan. Kunjungan juga dilakukan pada hari-hari tertentu. Upacara menyempurnakan jenazah bagi sanyasiadalah sama seperti yang diterangkan sebelum ini. Namun, sebelum jenazah dibawa keluar dari rumah menuju ke tanah perkuburan, upacara perkahwinan diadakan bagi mendiang. Amalan ini dibuat kerana kehidupan sanyasidianggap belum sempurna. Sekurang-kurangnya perkahwinan ini diharapkan akan menjadikan mendiang sedikit sempurna dan lebih cepat mencapai moksha. Jika individu yang meninggal dunia adalah seorang teruna, pohon pisang yang kecil akan ditanam di dalam pasu dan diletakkan di sisi jenazah. Taaliiaitu tali kuning yang diikat seulas kunyit akan diletakkan pada tapak tangan jenazah. Kemudian, seorang lelaki warga emas akan diminta mengambil taali berkenaan dan mengikatnya pada batang pokok pisang. Maka teruna berkenaan dianggap sudah berkahwin. Seterusnya, kanak-kanak dan wanita yang hadir akan diminta menutup mata atau memalingkan muka. Parang diambil dan pokok pisang yang diikatkantaali tadi ditebang. Makna simbolik adalah bahawa isteri sudah meninggal dunia. Dengan itu, kononnya, jenazah yang akan dikebumikan bukan lagi jenazah seorang sanyasi tetapi jenazah seorang lelaki yang sudah kematian isteri. Jika individu yang meninggal dunia adalah seorang gadis, sebatang pohon pisang yang kecil ditanam di dalam pasu dan diletakkan di sisi jenazah. Taali diletakkan pada pokok pisang yang mewakili pengantin lelaki. Kemudian, seorang lelaki warga emas akan mengambil taali dan meletakkannya pada leher jenazah tanpa diikat dengan sempurna. Seterusnya, pohon pisang ditebang sebagai simbol suami meninggal dunia. Maka, taali pada leher jenazah ditanggalkan. Makna simbolik adalah bahawa suami sudah meninggal dunia. Dengan itu, kononnya, jenazah yang akan dikebumikan bukan lagi jenazah seorang sanyasi tetapi jenazah seorang balu. Bagi kanak-kanak dan bayi, jenazah perlu dikebumikan. Roh mereka dipercayai akan pergi semula kepada Pencipta dengan kadar segera sebelum dilahirkan semula ke dunia. Semua ini adalah amalan tradisi dalam kalangan masyarakat India-Hindu.

Apa yang pasti, dalam budaya India, kematian bukan titik akhir kehidupan. Sebaliknya adalah permulaan bagi kehidupan seterusnya. Itulah sebabnya upacara menyempurnakan jenazah dilakukan dengan penuh adat dan teratur. Kaum keluarga yang masih hidup akan cuba melakukan apa yang terbaik bagi memastikan roh si mati selamat kembali menemui Pencipta. Mengikut konsep karma dalam budaya India, roh berkenaan dipercayai akan lahir semua dalam bentuk yang lain serta melalui beberapa siri kehidupan dan kematian sebelum akhirnya bersatu dengan Roh Agung iaitu Tuhan. Penerangan serba ringkas ini juga boleh menjadi sebuah permulaan untuk memahami budaya kaum India-Hindu secara lebih mendalam kerana pemahaman ini penting dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, etnik, agama dan budaya di Malaysia. Usah kita lupa bahawa Tuhan menciptakan kita berbezabeza untuk kita saling mengenali dan saling menghormati. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. http://www.themalaysianinsider.com/mobile/opinion/article/menghadapi-kematian-bahagian-4/

Pengenalan Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Penghormatan terakhir kepada si mati

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Penghormatan terakhir

Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat

Keranda dibawa dengan van

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. http://malaysiana.pnm.my/01/01020301cna_kematian.htm

Upacara Kematian Dalam Masyarakat Melayu BAB I PENDAHULUAN Bagi masyarakat Melayu, kematian tidak sekedar persoalan keluarnya ruh dari raga, tetapi juga merupakan peristiwa sakral yang menjadi pintu masuk manusia ke alam selanjutnya. Kematian bukan akhir dari perjalanan hidup manusia, tetapi ia adalah awal dari kehidupan yang lain. Sebagai awal dari sebuah kehidupan baru, maka sudah sewajarnya jika mempersiapkan segala keperluan yang dibutuhkan dalam kehidupan yang baru kelak. Dalam kata lain, kematian adalah peristiwa yang memerlukan bekal untuk menopang kehidupan barunya. Apa saja bekal yang harus dipersiapkan dan bagaimana mempersiapkan bekal mati tersebut sepenuhnya terkait dengan kepercayaan dan keyakinan setiap individu. Masyarakat Melayu memiliki keyakinan yang mereka percayai akan memberikan manfaat dalam kehidupan di alam kematian. Misalnya, jika seseorang membaca tahlil sebanyak sekian ribu kali, mereka yakin akan terselamatkan dari api neraka. Selain itu, bekal kematian juga mereka persiapkan dengan memperbanyak amal jariyah dan ikut mengaji tasawwuf. Kedua upaya religius ini seringkali disebut sebagai bekal tua atau bekal akhirat. Ada juga yang mempersiapkan piring dan gelas minuman yang terbaik miliknya yang nantinya akan mereka hadiahkan kepada orang yang memandikannya. Pemberian peralatan ini dilandasi oleh keyakinan bahwa hadiah peralatan tersebut akan ia gunakan di alam kematian kelak. Masih banyak lagi amalan-amalan yang biasanya diamalkan oleh orang Melayu agar kelak setelah mati selamat dari siksa api neraka dan mendapatkan kebahagiaan di sisi Allah SWT. Selain melakukan amalan secara batin, masyarakat Melayu juga mempersiapkan berbagai hal yang berkaitan dengan perlengkapan upacara kematian. Seperti kain kafan, tanah pekuburan, biaya pelaksanaan upacara, hingga barang-barang yang akan diberikan kepada orang-orang yang membantu pelaksanaan upacara kematian. Persiapan ini cenderung berkaitan erat dengan relasi sosial budaya masyarakat. Pemaknaan terhadap kematian seseorang bukan sekedar makna sakral, namun juga merupakan peristiwa yang memiliki makna budaya dan sosial. Hal ini terkait erat dengan posisi individu sebagai anggota masyarakat dan sebagai warga kebudayaan tertentu. Ketika seorang individu meninggal dunia, secara budaya dan sosial menimbulkan kekhawatiran dan tentu saja keguncangan semen tara dalam masyarakat. Keguncangan itu mereka atasi dengan ritual yang berfungsi untuk mengembalikan stabilitas

sosial budaya. Bagi masyarakat, ritual juga berfungsi penghormatan terhadap perjalanan orang yang meninggal ke alam baka. Cara pandang ini tampak dari perilaku orang yang mengunjungi keluarga dari orang yang meninggal, mengikuti upacara selamatan, ikut memandikan, menyiapkan lubang kubur, menguburkan, dan mendoakannya. Upacara kematian, dengan demikian, merupakan wilayah tumpang tindih antara peristiwa sakral dan peristiwa sosial. Untuk memberikan gambaran utuh terhadap ketumpang-tindihan tersebut, tulisan ini tidak hanya membahas upacara kematian saja, tetapi juga peristiwa-peristiwa lain yang melingkupi upacara kematian tersebut, seperti menjelang kematian seseorang, ketika orang tersebut telah meninggal, saat penguburan, dan pasca penguburannya. BAB II UPACARA KEMATIAN DALAM MASYARAKAT MELAYU 1. Peralatan Upacara Kematian Peralatan yang dibutuhkan untuk melaksanakan upacara kematian pada masyarakat Melayu, di antaranya adalah: a. Peralatan memandikan jenazah. Secara garis besar, peralatan yang digunakan untuk memandikan jenazah terdiri dari balai-balai, air, tempat air, gayung, dan sabun. b. Pengganjal mayat dikuburan. Pengganjal mayat ini biasanya terbuat dari tanah galian yang dibentuk berupa bulatan sebesar genggaman orang dewasa. Bulatan tanah ini digunakan untuk mengganjal mayat agar posisinya tidak berubah ketika dimiringkan menghadap kiblat. Jumlah bulatan ini biasanya terdiri dari lima buah. Dan, setiap bulatan tersebut dibacakan surat al-Qadar masing-masing lima kali. c. Tandu atau keranda jenazah. Tandu digunakan untuk mengusung jenazah dari rumah duka ke tempat pekuburan. d. Kuburan. Kuburan merupakan bagian penting dalam ritual kematian masyarakat Melayu. Ukuran lubang kubur dibuat sesuai (baca: mayat bisa masuk) dengan ukuran mayat. e. Peti jenazah. Peti jenazah digunakan jika lubang untuk menguburkan berada di daerah rendah (rawarawa). 2. Waktu dan Tempat Upacara Kematian Tempat untuk melaksanakan upacara berproses dari halaman rumah tempat keluarga dari orang yang meninggal hingga di tanah pekuburan tempat si mayat akan dikebumikan. Upacara kematian dalam hal ini tidak semata-mata prosesi penguburan, tetapi meliputi aspek-aspek lain seperti perawatan jenazah dan ritual-ritual lainnya seperti yang telah di singgung di atas. Waktu penguburan mayat biasanya mereka laksanakan setelah tengah hari yaitu antara pukul 14.00 16.00. Misalnya, jika ada seseorang yang meninggal setelah jam 12 siang, maka upacara penguburan biasanya dilaksanakan pada keesokan harinya. Hal lain yang bisa menjadi pertimbangan untuk menunda penguburan mayat adalah keharusan menunggu kedatangan sanak-saudara.

3. Upacara Kematian Sebagaimana telah disampaikan pada bagian pendahuluan, tulisan ini tidak hanya akan membahas upacara kematiannya saja, tetapi juga peritiwa-peristiwa yang melingkupinya, seperti peristiwa menjelang kematian seseorang, ketika orang tersebut telah meninggal, pada saat penguburan, dan pasca penguburan. Hal ini berdasarkan pertimbangan bahwa upacara kematian merupakan rangkaian dari proses-proses tersebut. a. Menjelang Kematian Seseorang yang dianggap akan meninggal dunia, biasanya berkaitan dengan umur, misalnya berusia sangat tua; sakit dalam jangka waktu cukup lama, dan kondisi fisiknya sangat lemah. Dalam situasi itu para kerabat, tetangga akan datang silih berganti untuk menjenguknya. Khusus untuk kerabat dekat, biasanya akan terus berjaga secara bergantian sampai orang tersebut meninggal dunia. Orang-orang yang mengunjungi orang yang sakit biasanya membawa buah tangan. Dalam hal ini tuan rumah (keluarga orang yang sakit) akan menyuguhkan minuman dan hidangan ringan. Jika orang alim yang berkunjung, biasanya pihak keluarga akan memintanya, atau berdasarkan kepeduliannya, mengajari atau menuntun orang yang akan meninggal dunia membaca kalimat la ilaha illa Allah. Hal ini ditempuh agar jika si sakit meninggal dunia, kalimat la ilaha illa Allah menjadi kalimat terakhir yang diucapkan oleh orang tersebut. Selain itu, orang yang datang, khususnya kerabat dekat, biasanya juga akan membaca surat Yasin di samping orang yang sakit. Pembacaan salah satu surat al-Quran ini didasarkan atas keyakinan bahwa surat Yasin akan mempercepat kepastian si sakit, apakah segera meninggal dunia atau lekas sembuh.

b. Menunggui Orang Mati Ketika seseorang meninggal dunia pihak keluarga yang menunggu akan melepas segala benda yang menempel ditubuh si mati, meluruskan tubuhnya, menutup mata dan mulutnya, dan meletakkan kedua tangannya di atas dada dengan posisi sedekap seperti orang hendak shalat, membaringkan si mati terlentang menghadap kiblat, dan kemudian menutupinya dengan kain beberapa lapis. Pihak keluarga akan menyampaikan peristiwa kematian ini kepada tokoh masyarakat dan aparatur pemerintah, serta tetangga sekitar secara beranting. Selain itu, bedug di langgar dan di masjid juga dibunyikan dengan nada yang khas. Ketika mendengar bedug dengan nada khas tersebut, masyarakat dengan sendirinya akan mafhum bahwa salah satu anggota masyarakat ada yang meninggal dunia. Ketika orang-orang Melayu mengetahui bahwa salah satu anggota masyarakatnya meninggal dunia, maka mereka akan menghentikan semua aktivitas yang sedang dilakukan untuk sesegera mungkin melayat. Orang-orang yang datang melayat biasanya membawa bawaan berupa beras dan makanan pokok lainnya. Ada juga yang datang langsung membaca al-Quran, khususnya surat Yasin, di samping mayat. Selain itu, ada juga yang datang hanya untuk menunjukkan ikut berbela sungkawa, dan kemudian dudukduduk bersama pelayat lainnya sambil menunggu waktu pelaksanaan penguburan. Biasanya, acara penguburan akan dilaksanakan setelah tengah hari, yaitu antara pukul 14.00 sampai 16.00. Bagi para pelayat, pihak keluarga orang yang meninggal dunia menyediakan minuman dan kue-kue ringan. Jika keluarga si mayat memutuskan untuk menguburkan jenazah keesokan harinya, maka keluarga harus menunggui mayat sepanjang malam. Pada saat itu harus ada yang menjaga (baca: tidak tidur) agar si mayat tidak dilompati oleh kucing. Menurut kepercayaan setempat, mayat akan bangkit (hidup

kembali) jika dilompati kucing. Ketika menunggui mayat ini, biasanya diadakan acara pembacaan tahlil sampai menjelang tengah malam. Tujuannya adalah untuk melengkapi amalan si mayat ketika masih hidup. Selain itu, ada juga, biasanya keluarga dekat, yang sepanjang malam membacakan surat-surat dalam al-Quran, seperti: Surat Yasin, qulhu (QS. Al-Ikhlash), dan Tabarak (QS. Al-Mulk). Selama proses menunggu acara penguburan ini, biasanya kaum kerabat membicarakan di mana orang yang meninggal akan dikebumikan, siapa yang akan ikut memandikan, dan apakah ada pesan-pesan almarhum sebelum meninggal dunia. Sebagaimana telah penulis sampaikan sebelumnya, adakalanya orang Melayu telah mempersiapkan hal-hal yang bisa melancarkan pelaksanaan upacara kematian, seperti kain putih, tanah untuk kuburan, dan biaya yang diperlukan. Terkait hal tersebut, musyawarah biasanya bertujuan untuk mengetahui dan memenuhi pesan-pesan almarhum. c. Memandikan dan Membungkus Mayat Sebelum dikuburkan, pihak kerabat dekat dan orang yang biasa memandikan jenazah terlebih dahulu harus memandikan mayat dan kemudian membungkus dengan kain kafan. Dalam hal ini mayat laki-laki dimandikan oleh laki-laki, dan mayat perempuan oleh kalangan wanita. Sedangkan untuk mayat anakanak, biasanya dilaksanakan oleh para perempuan tanpa mempertimbangkan jenis kelaminnya. Jumlah orang yang memandikan biasanya ganjil (3, 5, atau 7 orang). Khusus untuk anak atau orang tua si mayat (yang sesama jenis), biasanya mendapat tugas untuk membersihkan bagian kemaluan dan pelepasan (anus). Pada kesempatan ini, para tetangga yang tidak ikut memandikan, khususnya para pemuda, membantu menyediakan air yang dibutuhkan. Air untuk memandikan jenazah biasanya diambil dari sumur atau sungai. Adapun tata cara memandikan jenazah dalam masyarakat Melayu adalah sebagai berikut: 1. Setelah semua persiapan seperti air yang dibutuhkan telah tersedia, orang yang bertugas memandikan telah siap, maka jenazah diletakkan di atas balai-balai dengan diberi bantal dari batang pohon pisang yang bagian tengahnya telah ditarah. Namun seiring perkembangan zaman, alat-alat tradisonal yang digunakan, seperti balai-balai dan batang pohon pisang yang ditarah, telah ditinggalkan dan diganti dengan peralatan khusus memandikan jenazah. Biasanya, peralatan khusus ini disediakan oleh paguyuban rukun kematian yang berada di daerah tersebut. Jenazah biasanya ditempatkan dalam ruangan tertutup yang bersifat sementara misalnya ditutup dengan kain. Bagian rumah yang biasanya yang digunakan untuk tempat memandikan jenazah adalah bagian tengah atau depan. Jenazah tidak diperbolehkan dimandikan di bagian belakang rumah (dapur, juruk). 2. Setelah itu jenazah akan ditutupi dengan kain putih, kecuali kaki dan mukanya. 3. Selanjutnya, bagian pelepasan (dubur) dan kemaluan jenazah dibersihkan dengan tangan kiri yang dibalut dengan kain putih. Untuk mengeluarkan kotoran-kotoran yang masih ada dalam anus, dan dikhawatirkan akan keluar setelah dimandikan, perut mayat ditekan sedikit sambil mayat setengah didudukkan, dan anusnya diraba dengan menggunakan tangan kiri yang telah dibalut dengan kain putih tersebut. Proses ini disebut juga dengan istinjak. 4. Setelah kotoran-kotoran pada anus dan kemaluan dibersihkan, mayat kemudian disiram dengan air sambil disabuni dan digosok sebagaimana orang mandi. Proses ini dilakukan secara berulang-ulang sampai tubuh si mayat dianggap bersih. 5. Selanjutnya mayat di-wudu`i sebagaimana orang yang hendak shalat, yaitu dengan membasuh muka,

tangan sampai sikunya, mengusap sebagian kepala, dan membasuh kaki sampai mata kaki. Pada saat me-wudu`i tersebut, orang yang memandikan atau tokoh agama yang bertugas harus disertai dengan membaca niat sebagaimana membaca niat untuk berwudu pada orang yang hendak shalat. 6. Kemudian mayat disiram dengan air dicampur dengan daun bidara. Setelah itu, disiram dengan air biasa agar daun bidara yang menempel pada mayat hilang. Selanjutnya disiram dengan air biasa atau air yang dicampur dengan kapur barus. 7. Setelah dimandikan, mayat dikeringkan dengan handuk dan dibawa ke tempat tidur yang telah disiapkan untuk dibungkus. Biasanya, kain pembungkus mayat (kain kafan) dan peralatan lain yang dibutuhkan seperti mengikis kayu cendana, mempersiapkan kapas dan tempat tidur untuk membaringkan mayat disiapkan ketika mayat dimandikan. Dan adakalanya telah disiapkan ketika mayat tersebut baru meninggal dunia. 8. Muka mayat kemudian dibedaki dengan menggunakan bubuk kayu cendana, dan bagian-bagian tertentu tubuh mayat (antara lain hidung dan telinga) dibalut dengan kapas yang telah dibubuhi bubuk kayu cendana. 9. Selanjutnya mayat dibungkus dengan kain kafan, sehingga seluruh tubuh mayat tertutup. Proses pembungkusan mayat dilakukan secara khusus, terutama pada bagian muka mayat sehingga ketika berada di dalam lubang kubur dapat dibuka tanpa harus membuka bagian-bagian yang lain. Mayat pria dibungkus tiga lapis sebagai penutup seluruh tubuhnya, dan ditambah penutup aurat dan bagian kepalanya. Sedangkan mayat wanita dibungkus dua lapis, dan ditambah pembungkus bagian tubuh sebelah atas, penutup kepala dan penutup tubuh bagian bawah. 10. Sebelum muka mayat ditutup, biasanya seorang ulama akan menuliskan kalimat La ilaha illa Allah pada dahi si mayat dengan menggunakan telunjuknya. Oleh karena menggunakan telunjuk, maka di dahi mayat tidak kelihatan adanya tulisan. Mereka meyakini bahwa kalimat yang ditulis di dahi mayat tersebut kelak pada hari kiamat akan menjadi tanda (baca: ciri) umat Muhammad SAW. 11. Setelah dibungkus, maka jenazah siap untuk segera disembahyangi oleh pihak kerabat dan tetangga. d. Menyembahyangkan Jenazah Setelah orang-orang yang memandikan mayat membungkus jenazah dengan kain kafan, selanjutnya mayat dibawa ke ruangan yang telah disiapkan atau ke tempat peribadatan (langgar atau mesjid) dengan posisi terlentang menghadap ke utara untuk menyembahyangi jenazah. Biasanya, sebelum mayat dibawa ke tempat tersebut, para pelayat telah terlebih dahulu berkumpul dan membaca tahlil dan doa arwah dengan dipimpin oleh orang alim (tokoh agama). Namun adakalanya orang-orang baru berkumpul setelah mayat diletakkan di tempat yang telah disiapkan dan langsung menyembahyangkan si mayat. Adapun tata cara menyembahyangkan mayat adalah sebagai berikut: 1. Setelah jenazah diletakkan terlentang dengan kepala menghadap ke utara ditempat yang telah dipersiapkan, maka pelaksanaan shalat jenazah dapat segera dilakukan. Pada masyarakat Melayu, sembahyang jenazah minimal dilakukan oleh 40 orang laki-laki. Jumlah empat puluh orang terkait erat dengan kepercayaan masyarakat bahwa satu dari empat puluh orang tersebut makbul doanya. Oleh karenanya, tidak jarang untuk memenuhi hitungan empat puluh pihak keluarga yang meninggal dunia mengundang orang dari luar kampung. Mereka yang diundang biasanya mendapatkan imbalan berupa uang yang dibungkus dengan amplop.

2. Orang alim, tokoh agama, atau orang yang terbiasa memimpin shalat jenazah mengambil posisi di bagian depan, menjadi imam shalat jenazah. Posisi imam untuk mayat perempuan dan mayat laki-laki berbeda: jika mayat yang disembahyangi berjenis kelamin laki-laki, maka posisi imam searah dengan kepala mayat, dan jika mayat berjenis kelamin perempuan, maka posisi imam searah dengan pinggang si mayat. 3. Kemudian imam memimpin pelaksanaan shalat jenazah. Shalat jenazah berbeda dengan shalat yang lain. Jika shalat yang lain terdiri dari rakaat-rakaat, maka shalat jenazah hanya terdiri dari takbir, yaitu empat takbir dan hanya dengan berdiri tanpa rukuk dan sujud. Dalam setiap takbir ada bacaan tertentu yang dibaca: setelah takbir pertama membaca Surat al-Fatihah; setelah takbir kedua membaca shalawat; setelah takbir ketiga membaca doa untuk si jenazah; dan setelah takbir keempat membaca doa untuk keluarga yang ditinggalkan. Shalat ini kemudian diakhiri dengan membaca salam, dengan posisi tetap berdiri. 4. Setelah disembayangkan, berarti jenazah telah siap untuk dibawa ke tempat pemakaman. e. Menguburkan Setelah jenazah disembahyangkan, maka tahapan selanjutnya adalah menguburkannya. Adapun tata caranya adalah sebagai berikut: 1. Jenazah dimasukkan ke dalam usungan (keranda). 2. Keranda yang telah berisi jenazah ditutup dengan kain batik dan kain yang secara khusus dipersiapkan untuk menutupi keranda. Kain khusus ini biasanya berwarna hijau tua dan disulam dengan kalimat arab yang bunyinya la ilaha illa Allah, Muhammad rasul Allah atau Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Di atas keranda jenazah ini biasanya juga dihiasi dengan beberapa untaian bun ga. 3. Keranda berisi jenazah kemudian diangkat beramai-ramai untuk segera diberangkatkan ke pekuburan. Jika jenazah merupakan seorang tokoh masyarakat, maka para pelayat biasanya berebut untuk mengusung keranda jenazah, sehingga yang tampak justru keranda yang bergerak dari usungan tangan orang yang satu ke yang lainnya. Sebelum bergerak menuju kuburan, para pengusung keranda jenazah akan berhenti sebentar di dekat pintu rumah. Pada saat berhenti, salah seorang membisiki jenazah agar memandang rumah dan melihat anak cucu serta kerabatnya untuk yang terakhir kalinya, dan setelah itu tidak usah dikenang lagi. Jika si mati mempunyai anak yang belum dewasa, maka si anak disuruh untuk melintas di bawah tandu sebanyak tiga kali. Cara ini dilakukan agar si anak tidak sakit-sakitan karena si ayah mengingat si anak atau sebaliknya, dan atau keduanya saling mengingat. 4. Kemudian keranda diarak menuju tempat pemakaman. Biasanya keranda berisi jenazah dipikul secara bergantian. 5. Setelah sampai di tempat penguburan, jenazah langsung dimasukkan ke liang lahat. 6. Di dalam liang lahat, mayat dibaringkan dengan posisi miring ke kanan dan muka menghadap ke kiblat. 7. Selama proses memasukkan mayat ke liang lahat dan menimbun tanah, di atas lubang kubur dibentangkan kain. Kain ini biasanya penutup keranda. Selain itu, biasanya pada saat menimbuni lubang

kuburan, seorang ulama akan memimpin anggota keluarga untuk membaca Surat Yasin. 8. Jika lubang kubur telah ditimbun dengan tanah, maka di atas kubur baru tersebut ditancapi dua potong kayu dengan jarak sekitar 1 meter. Dan, seringkali juga ditambah dengan pohon kambat atau balinjuang, yang biasanya terus tumbuh. Penancapan kedua potong kayu tersebut sebenarnya merupakan langkah darurat sebelum nisan tersedia. Tapi jika nisan telah tersedia, maka tidak pelu menggunakan potongan kayu. 9. Kemudian salah seorang ulama mengambil tempat duduk di dekat bagian kepala jenazah yang biasanya telah digelari tikar sebagai alasnya. Ulama tersebut kemudian menyiramkan air dari kepala sampai kaki. 10. Ulama tersebut kemudian membaca talqin, yaitu semacam doa yang berisi antara lain ajaran bagi si mati bagaimana menjawab pertanyaan-pertanyaan malaikat di dalam kubur. Talqin di akhiri dengan doa yang berisi permohonan agar si mati diampuni segala dosanya dan mendapat tempat terhormat di sisi Allah, serta keluarga yang ditinggalkan senantiasa tabah dan mendapat limpahan kesejahteraan. Bacaan talqin dan doa penutupnya pada umumnya menggunakan bahasa Arab. Ketika talqin dibacakan, semua pelayat mengambil posisi duduk atau jongkok. 11. Selesai pembacaan talqin dan doa, anggota kerabat si mati menaburkan bunga dan menyiramkan banyu yasin (air yang dibacakan surat Yasin) di atas kuburan. 12. Setelah itu, semua pelayat pulang ke rumah masing-masing. Biasanya orang-orang yang terlibat secara aktif dalam upacara kematian, seperti ikut memandikan, menyalati, menggali kubur, dan membaca talqin, ketika pulang akan diberi uang atau barang-barang peninggalan si mayat, seperti baju, sarung, dan lain sebagainya. f. Menunggu Kuburan Terkadang, selesainya upacara penguburan tidak serta merta prosesi upacara kematian berakhir. Adakalanya sekitar satu jam setelah pembacaan talqin atau pelayat pulang ke rumah masing-masing, pihak keluarga menyelenggarakan pembacaan al-Quran di samping kuburan. Pahala dari pembacaan alQuran ini dihadiahkan kepada orang yang baru dikubur tersebut. Kegiatan ini biasanya dilakukan oleh beberapa orang baik siang mapun malam sampai pada hari ketiga (maniga hari), dan bisa diteruskan sampai hari ketujuh atau bahkan hari yang keempat puluh. Namun ada juga yang mengadakan pembacaan al-Quran hanya satu hari, yaitu setelah pembacaan talqin sampai menjelang magrib. Jika hanya sampai magrib, maka yang dibaca hanyalah surat al-Baqarah saja. Adakalanya, ritual mengaji juga merupakan upaya untuk menghadiahkan pahala kepada yang meninggal dunia. Selain mengaji, ada pula kegiatan menjaga kuburan. Menjaga kuburan biasa mereka lakukan untuk kuburan perempuan yang meninggal ketika melahirkan, dan kuburan bayi yang meninggal ketika dilahirkan (mati bungkus). Untuk kasus yang terakhir, kuburannya harus dijaga selama tiga hari tiga malam agar mayatnya tidak dicuri orang. 4. Nilai Budaya Pelaksanaan upacara kematian dan hal-hal lain yang melingkupinya dilakukan oleh masyarakat Melayu sebagai ekspresi dari nilai-nilai yang diyakini dan dilembagakan oleh masyarakat Melayu. Lebih dari itu, upacara kematian juga berfungsi untuk mereproduksi, meneruskan, dan melembagakan nilai-nilai sosial

tertentu. Nilai-nilai tersebut antara lain: Pertama, nilai religius. Kematian bagi masyarakat Melayu bukan merupakan akhir dari kehidupan, tapi ia merupakan gerbang menuju kehidupan yang baru di dunia yang baru. Oleh karenanya, setiap orang perlu mempersiapkan bekal yang berguna untuk menopang kehidupannya yang baru kelak. Adanya amalan-amalan yang harus dilakukan, seperti pembacaan tahlil sebanyak 70.000 kali dan memperbanyak amal jariyah, merupakan pengejawantahan dari religiusitas seseorang. Selain itu, pelaksanaan ritual-ritual tersebut juga merupakan manisfestasi dari persepsi seseorang terhadap yang mereka yakini sebagai Yang Maha Kuasa. Nilai religius juga dapat dilihat ketika orang tersebut telah mati. Sekian aturan dalam proses memandikan jenazah, membungkus dan menyembahyangkan jenazah, serta mengebumikan dan ritual-ritual pasca penguburan merupakan manifestasi dari keyakinan akan nilai keagamaan. Misalnya, mengapa yang memandikan mayat harus berjumlah ganjil, mengapa imam shalat jenazah harus berdiri sejajar dengan kepala mayat mayat jika mayatnya laki-laki, dan lurus dengan pinggang jika mayatnya perempuan, mengapa anak si mayat yang belum dewasa harus melintas di bawah keranda Ayahnya, mengapa setelah proses penguburan harus dibacakan talqin, dan pertanyaan-pertanyaan lainnya tentu tidak bisa dijawab hanya dengan menggunakan rasionalitas belaka. Ini adalah sistem simbol yang memiliki keterkaitan erat dengan pemaknaan Islam dalam konteks tradisi lokal. Kedua, solidaritas. Pelaksanaan upacara kematian merupakan manifestasi solidaritas sosial yang hidup dan berkembang di dalam masyarakat Melayu. Ketika salah seorang anggota masyarakat sakit dan diperkirakan akan segera meninggal dunia, maka anggota masyarakat datang menjenguk seolah-olah ikut merasakan sakitnya orang yang sakit tersebut. Ketika orang itu meninggal dunia, maka segenap masyarakat datang melayat, dan bahkan rela menunda pekerjaan yang sedang dilakukan. Mereka membawakan keluarga yang ditinggalkan berbagai macam barang yang diperlukan dalam pelaksanaan upacara kematian, seperti beras. Nilai solidaritas ini juga dapat dilihat pada setiap bagian dalam upacara kematian, mulai dari memandikan, menyediakan air untuk memandikan jenazah, mengkafani, menyembahyangkan, menggali kubur, menyiapkan kayu bakar untuk memasak, dan lain sebagainya. Tidak dapat dipungkiri bahwa kematian menjadi media untuk menciptakan solidaritas sosial yang meringankan beban bagi keluarga yang ditinggalkan dan memulihkan keguncangan sosial karena adanya kematian. Ketiga, penghormatan kepada kemanusiaan. Selain sebagai bentuk pengungkapan solidaritas terhadap keluarga yang salah satu anggotanya meninggal dunia, upacara kematian merupakan manifestasi penghormatan terhadap manusia dan kemanusiaan. Di jenguk ketika sakit, dibaringkan membujur utaraselatan setelah ajal menjemput, dimandikan dengan tata cara yang rumit, dikafani dengan kain berwarna putih, disembahyangkan oleh minimal empat puluh orang, diusung dengan tandu secara bergantian oleh segenap masyarakat, dan lain sebagainya merupakan bukti dari pemuliaan tersebut. Selain itu, segala ritual tersebut juga menjadi pembeda status manusia dari mahluk Tuhan yang lain.

BAB III PENUTUP Pelaksanaan upacara kematian masyarakat Melayu berada pada wilayah tumpang tindih antara hal-hal yang bersifat transendental dan profan. Kita akan kesulitan untuk memisahkan kedua wilayah tersebut. Orang pergi melayat kepada orang yang mati misalnya, pada satu sisi merupakan peristiwa sosial biasa, yaitu ikut bersimpati dan berempati terhadap keluarga yang anggotanya meninggal dunia. Dan pada sisi

yang lain ia merupakan peristiwa bernuansa sakral, karena pergi melayat didorong oleh keinginan untuk mendapatkan pahala. Pelaksanaan upacara kematian yang dilakukan oleh masyarakat Melayu menjadi tempat bertemu, berkomunikasi, dan berbagi informasi. Pertemuan dan komunikasi antar masyarakat menjadi media untuk membangun kolektivitas dan solidaritas masyarakat yang mengalami keguncangan. Oleh karena pentingnya fungsi tersebut, maka masyarakat melembagakan upacara kematian. Ketika pelaksanaan upacara kematian telah terlembagakan dan tata aturannya menjadi kebiasaan, maka upacara kematian menjadi pemicu terbentuknya solidaritas sosial.

DAFTAR PUSTAKA Proyek Inventarisasi dan Dokumentasi Kebudayaan Daerah. 1985. Upacara Tradisional (Upacara Kematian) Daerah Riau. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan http://melayuonline/culture http://uun-halimah.blogspot.com http://one.indoskripsi/judul-skripsi-tugas-makalah/sastra/suku-melayu

Adat Pengurusan Kematian Masyarakat Melayu Bahagian I Ahmad Fahmi Irsyad bin Aziz Azmi (204527) "Setiap Yang Hidup Pasti Merasakan Mati" Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuan. Pertamanya, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati. Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid) . Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Ianya meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya.

kapur barus Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan bersih. Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.

proses mengkafankan jenazah

jenazah selepas selesai dikafankan Sesudah jenazah dikafankan, jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda yang diliputi kain bertulisan ayat-ayat suci al-Quran. Jenazah kemudiannya dibawa ke masjid atau surau berhampiran untuk disolatkan.

jenazah disolatkan Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang upacara pengurusan kematian masyarakat melayu, ianya akan disambung ke bahagian II.

ADAT KEMATIAN KAUM MELAYU "Setiap Yang Hidup Pasti Merasakan Mati Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan. Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati.Di samping itu,untuk menghebahkan kematian si mati.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Tambahan pula,Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid). Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Biasanya daripada kalangan keluarga si mati itu sendiri.Ianya meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya.Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan bersih. Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5 lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah jenazah dikafankan, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam (Ahmad Fahmi Irsyad bin Aziz Azmi) Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau surau yang berhampiran dahulu sebelum dikebumikan. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu.Selesai sahaja solat mayat,mayat dengan kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke dalam kubur yang disedia.Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin dan membaca doa kepada si mati akan dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas talkin dan doa habis dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia. http://snsk-k2.blogspot.com/2012/11/adat-kematian-kaum-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai