Anda di halaman 1dari 2

Tip Jurujual Unggul : 4 Cara Mengatasi Psikologi Penawaran Harga Pembeli

September 04, 2013 Penulis: Rosli Baharuddin Kategori: Komunikasi / Pemasaran Antara perkara utama yang diambil kira oleh bakal pembeli ialah berkenaan dengan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Sebagai usahawan walaupun ianya agak memeningkan tetapi kita perlu tahu bahawa harga sememangnya antara faktor penting dalam setiap jualan. Sebagai usahawan yang menjadi orang tengah dalam urusan jualan, kadangkala kita tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga barang kerana ia bergantung sepenuhnya kepada pengeluar atau pembekal barangan. Kita hanyalah terlibat dalam aktiviti menjual barangan tersebut sahaja. Inilah antara perkara yang sentiasa berlaku ketika proses jualan terutamanya semasa berhadapan dengan penolakan jualan serta kegiatan tawar-menawar daripada bakal pembeli. Sebagai seorang jurujual, kita terpaksa bermati-matian untuk pertahankan harga yang ditetapkan oleh pengeluar barangan. Jika ianya berlaku kepada kita, ambillah pendekatan terbaik dan berhemah untuk mempertahankan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Walaupun menyedari bahawa penolakan akan terjadi tetapi kita harus tabahkan hati menegakkan prinsip kita sebagai jurujual dan menerangkan sejelasjelasnya bahawa harga jualan tertakluk kepada pihak pembekal dan pengeluar produk.

4 Tindakan Mempertahankan Harga Jualan


Sebagai jurujual yang baik, kita perlu hadapinya dengan tenang dan yakin disamping menjelaskan sesuatu yang relevan untuk yakinkan bakal pembeli. Antara tindakan yang boleh kita lakukan jika kita terpaksa menghadapi situasi tersebut ialah:

#1 Beri Penjelasan Yang Meyakinkan


Cuba terangkan dengan jelas dan nyata mengapa harga produk tersebut tidak rendah seperti harga pesaing yang lain berdasarkan logik dan kebenaran. Berikan penjelasan serta kefahaman mengenai pembuatannya, isi kandungannya, mutunya, pengeluarnya dan sebagainya secara berfakta serta relevan. perlulah anda menipu serta mereka-reka cerita karut mengenai produk tersebut tetapi berikanlah 100% penjelasan yang paling jujur yang membolehkan bakal pembeli anda berfikir secara rasional. Bak kata pepatah kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.

#2 Fokuskan Kelebihan & Faedah Produk

Dalam setiap produk pasti ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Pastikan anda memberikan penekanan sebaik mungkin mengenai kelebihan, kehebatan serta faedah produk yang dapat menyelesaikan masalah bakal pembeli produk anda. Setiap kejujuran anda pasti mampu menarik minat mereka untuk membeli tanpa melihat harganya. Lihat sahaja industri kenderaan di Malaysia, jika majoriti rakyat benar-benar mahukan kereta yang murah sahaja pastinya syarikat kereta berjenama seperti Mercedez, BMW ataupun AUDI tidak akan laku. Fokuskan kepada faedah yang mereka dapat dan mereka akan membelinya tanpa rasa ragu.

#3 Memberikan Fakta Yang Kukuh & Bernas


Jurujual yang bijak pasti menyediakan perbandingan antara tawaran kita dengan tawaran para pesaing lain yang berada dalam pasaran. Setiap huraian ini dihujah dengan fakta yang tepat dan mudah difahami kepada bakal pembeli. Tunjukkan kepada mereka apakah keuntungan serta kelebihan yang bakal mereka perolehi daripada anda berbanding pesaing lain. Mungkin kadangkala faktor harga yang jauh berbeza antara kita dan pesaing yang lain menyebabkan mereka menolak tawaran anda, tetapi jika anda mampu menyediakan penerangan dan hujah yang bijak serta meyakinkan, pastinya kekeliruan mereka dapat diatasi dan mereka akan membeli produk dengan penuh yakin.

#4 Atasi Penolakan Dengan Penuh Hormat


Jika pada akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan penolakan jualan, hadapinya dengan penuh sopan dan berhemah. Jurujual hebat merupakan manusia yang mempu tersenyum walaupun ditolak. Bak kata pepatah kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup yang bermaksud kita perlu pandai untuk menyesuaikan diri dan menyelesaikannya sebaik mungkin dan termampu. Seandainya anda berasa tidak puas hati, maklumkan kepada mereka dengan penuh rasa hormat serta ikhlas tanpa meninggikan suara. Ingatlah bahawa ikut hati mati, ikut rasa binasa dan kawal emosi anda agar setiap penolakan jualan ini berlaku dengan penuh positif untuk kedua-dua pihak. Ya, bukan semua orang yang akan bersetuju dengan mudah terhadap apa yang anda perkatakan tetapi pasti ada yang dapat menerimanya jua. Apa yang paling penting ialah berusaha dengan lebih keras agar bakal pembeli dapat menerimanya segala yang anda jelaskan itu dengan lebih baik tanpa berasa ragu-ragu. Tidak perlu risau dan takut jika pesaing menawarkan harga yang lebih rendah. Ini kerana jika kita mampu menonjolkan kualiti produk yang mampu membantu bakal pembeli, pastinya mereka akan membelinya daripada anda walaupun harga lebih tinggi. Bina kepercayaan terlebih dahulu dan pengaruhi fikiran mereka sebelum menutup jualan anda.

Baca selanjutnya http://www.majalahniaga.com/tip-jurujual-unggul-4-cara-mengatasipsikologi-penawaran-harga-pembeli.html#ixzz2iruv0Pp6 Follow us: @majalahniaga on Twitter | majalahniaga on Facebook

Anda mungkin juga menyukai