Anda di halaman 1dari 14

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK UJIAN SETARA 1 TAHUN 2003.

BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN 6 MASA: 1 JAM NAMA/: TAHUN:.

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut. KUALA LUMPUR, 10 September - Kira-kira 60 orang penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Untut menerima tong sampah beroda semalam. Tong-tong sampah beroda itu dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah disampaikan oleh Datuk Lee Lam Thye. Menurut Datuk Lee. Pemberian tong-tong samlah beroda ini adalah sebahagian daripada Kempen Cintai Sungai kita. Dengan adanya tong-tong sampah beroda ini, diharapkan penduduk kampung tidak membuang sampah merata-rata. Sebaliknya, sampah itu hendaklah dibuang ke dalam tong-tong sampah beroda tersebut. Penduduk kampung berkenaan akan berkongsi tong-tong sampah beroda yang diletakkan berhampiran dengan rumah mereka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mereka daripada membuang sampah ke dalam Sungai Untut. Tong-tong sampah yang sudah penuh diletakkan di tepi jalan, iaitu di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL tiga kali seminggu. Kemudian, tong-tong sampah tersebut akan dipungut oleh pekerja Alam Flora Sdn. Bhd akan memeriksa seberapa banyak sampah yang dihasilkan oleh penduduk kampung itu. Progam ini dijalankan untuk menjaga kebersihan sungai di negara kita. Hal ini demikian kerana sungai yang terdapat di negara ini semakin tercemar. Pencemaran sungai ini adalah disebabkan oleh sikap rakyat negara ini yang tidak bertanggungjawab. Mereka membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang-wenang, tambah Datuk Lee. Langkah yang dijalankan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada kejayaan program yang dijalankan di ibu kota. Hal ini demikian kerana penyediaan tong-tong sampah beroda di ibu kota telah menunjukkan perubahan yang positif di kalangan warga kota tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Kepada siapakah tong-tong sampah beroda ini dibekalkan. A Datuk Lee Lam Thye. B Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. C Penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Untut. D Pekerja Am Flora Sdn. Bhd. Mengapakah tong-tong sampah beroda dibekalkan kepada penduduk di kawasan tesebut?

A B C D 3

Untuk mengelakkan mereka daripada membuang sampah merata-rata. Untuk melariskan jualan tong-tong sampah. Untuk mencegah pelbagai jenis penyakit berjangkit. Untuk memupuk sikap cinta akan keindahan alam.

Berapa kalikah dalam seminggu sampah-sampah itu akan dipungut oleh pekerja Alam Flora Sdn. Bhd.? A Seminggu sekali B Dua kali seminggu C Tiga kami seminggu D Pada setiap hari.

Apakah faktor yang menyebabkan sungai-sungai di negara kita semakin tecemar? A Penduduk mandi-manda di dalam sungai B Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di sepanjang sungai. C Air sungai di negara ini semakin cetek. D Orang ramai membuang sampah ke dalam sungai. Rangkaian kata-kata perubahan yang positif yang terdapat dalam petikan sesuai diganti dengan. A Perkembangan yang baik. B Pertukaran yang positif. C Peralihan yang sesuai. D Perpindahan yang digalakkan.

] 5.

Soalan 6 hingga Soalan 10 Baca syarahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut. Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah Keruntuhan Moral di Kalangan Belia hari ini. Seperti yang kita ketahui, keruntuhan moral di kalangan belia kini kian meningkat. Banyak pelajar terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti peras ugut, rompakan dan menjadi ahli kongsi gelap. Di samping itu, mereka juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas muda-mudi dan membunuh. Sedangkan merekalah tunggak negara di masa hadapan. Jika inilah yang terjadi maka hancurlah harapan pemimpin negara untuk melihat negara ini maju dalam tahun 2020. Tuan-tuan dan puan-puan. Terjadinya keruntuhan moral ini di kalangan belia adalah didorong oleh beberapa faktor. Antaranya, keruntuhan institusi keluarga di mana berlaku perceraian ibu bapa telah menyebabkan mereka kurang beri tumpuan kepada anak-anak. Jadi, perasaan anak-anak mereka tertekan lalu mengambil jalan mudah contohnya lari dari rumah, bergaul dengan kawan-kawan yang rosak akhlak atau terus terpengaruh dengan menghisap dadah untuk menghilangkan kerunsingan pada anggapan mereka. Faktor seterusnya mungkin kerana kurang mendapat didikan agama ataupun ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan hingga terlupa memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Belia hari ini juga suka melepak di komplek membeli belah, semestinya mereka perlukan wang untuk berbelanja. Oleh itu, mereka akan usahakan apa cara sekalipun untuk mendapatkan wang. Hadirin sekelian, Untuk mengatasi masalah ini bukanlah mudah. Kerjasama daripada beberapa pihak adalah perlu. Pendidikan agama secukupnya haruslah diberi agar jiwa dan raga mereka tidak kosong. Kasih sayang dan tunjuk ajar juga hendaklah sering diberi oleh ibu bapa agar masalah ini dapat di atasi. Di samping itu, masa lapang mereka hendaklah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Pergaulan anak-anak dengan kawan-kawannya hendaklah dikawal. Dengan ini, mereka dapat menjalani kehidupan yang bermakna dan dapat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa hadapan. Oleh itu, saya akhiri syarahan saya ini dengan harapan belia kita bermoral dan berkemampuan untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Pada pandangan anda, di manakah peserta ini memberi syarahan? A Dalam perhimpunan sekolah. B Dalam suatu pertandingan. C Di dalam bilik darjah D Di kantin sekolah. Antara pernyataan berikut adalah gejala-gejala yang tidak bermoral kecuali.. A Peras ugut dan merompak B Kongsi gelap dan melepak C Merokok dan pergaulan bebas. D Pencegahan menghisap dadah. Mengapakah terjadinya keruntuhan moral di kalangan belia berdasarkan petikan? A Berkenal-kenalan antara satu dengan lain. B Berbelanja sesuka hati. C Keruntuhan institusi rumah tangga. D Keluar bersiar-siar Cara yang disarankan untuk mengatasi masalah keruntuhan moral ialah.. A Memberi wang saku secukupnya B Memberi pendidikan agama yang secukupnya. C Menyuruh anak-anak muda sentiasa berada di rumah sahaja. D Menyuruh anak-anak muda sentiasa membuat kerja rumah sahaja.

8.

10. Maksud perkataan bermoral boleh digantikan dengan.. A Berakhlak mulia B Berjalan lemah lembut C Bercakap perlahan. D Bermaafan sentiasa.

Soalan 11 hingga soalan 15 Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut.

Lepas hujan keluar pelangi, Keluar petang baju disidai. Kalau pelajaran selalu diulangi, Segeralah kita menjadi pandai. Pokok bunga tumbuh di taman, Berlari-lari si anak tupai. Ingatlah pelajaran wahai teman, Kejayaan cemerlang akan tercapai. Makan angin bersama Dahlia. Dari kota hingga ke taman. Rajin membaca amalan mulia, Jadikan buku sebagai teman. Budak-budak jalan berenam, Menebuk lubang gunakan pahat. Kalau kita sentiasa bersenam, Otak cerdas otak pun sihat. Ke sana kemari menunggang basikal, Pergi ke kedai mencari makan. Membaca, mengira menajamkan akal, Kelak dirimu tidak dipermainkan. 11 Bagaimana caranya kita boleh menjadi bijak? A Sering mengulangkaji pelajaran. B Sering ke perpustakaan. C Sering membaca majalah-majalah hiburan. D Sering membawa buku ke mana-mana. 12. Berdasarkan puisi, mengapakah kita perlu ada ilmu pengetahuan? A Untuk tidak dipermainkan orang. B Untuk dikenali ramai. C Untuk menolong orang dalam kesusahan. D Untuk menjadi orang ternama.

13. Antara pernyataan di bawah adalah kebaikan bersenam kecuali A Otak cerdas dan badan sihat. B Kurang selera makan. C Gagah dan hilang keletihan. D Merehatkan pemikiran yang kusut. 14 Puisi di atas menggambarkan ilmu pengetahuan kecuali rangkap yang ke. A Pertama B Pertama dan ketiga C Keempat. D Kedua dan kelima. 15. Perkataan menajamkan akal dalam puisi di atas boleh diganti dengan A Mudah memotong B Mudah mengerti C Mudah mendengar D Mudah mengerat. Soalan 16 hingga Soalan 20 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Persatuan Bahasa Melayu, SJK Khee Chee, 18500 Machang, Kelantan.

Pengetua, Kolej Kediaman Kelima, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor.

Tuan, Permohonan Tempat Penginapan Merujuk perkara di atas, saya mewakili guru-guru penasihat dan murid-murid yang merupakan ahli persatuan Bahasa Melayu ingin memohon tempat penginapan di tempat tuan sepanjang kami berada di Universiti Putra Malaysia. 2. Persatuan kami ingin mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa tempat di Universiti Putra Malaysia. Antara tempat yang akan kami lawati ialah perpustakaan universiti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, dan pusat

komputer universiti. Kolej tuan amat berdekatan dengan tempat-tempat tersebut dan ini akan memudahkan kami berualng-alik ke tempat lawatan. 3. Untuk makluman tuan, lawatan sambil belajar ini aka dibuat pada cuti semester 1 iaitu pada 29 me hingga 1 Jun 2003. Pihak kami ingin memohon untuk menginap di Kolej tuan selama 2 hari 1 malam. Universiti Putra Malaysia merupakan tempat pertama yang kami akan lawati. Oleh itu, kami akan bertolak pada 28 Mei dijangka sampai di tempat tuan pada 29 Mei pukul 8.00 pagi. Kami dijangka keluar dari tempat tuan pada 30 Mei jam 12 tengah hari. 4. Berikut merupakan butiran tentang rombongan kami: i. Jumlah murid :30 orang ii. Jumlah guru : 6 orang iii. Jumlah kenderaan : 1 buah bas dan 2 buah kereta. iv. Tarikh penginapan :29 Mei hingga 30 Jun 2003.

5. Dengan ini, kami berharap pihak tuan dapat mempertimbang permohonan kami. Kami juga amat berharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan segera bagi memudahkan urusan kami. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, Salamah .. (Salmah binti Kamal) Guru Penasihat, SJK Khee Chee, Machang, Kelantan.

16. Apakah tujuan utama surat tersebut? A Memohon mengadakan lawatan. B Memohon untuk penginapan. C Memohon mendapatkan kolej. D Memohon belajar. 17. Berikut merupakan butiran tentang lawatan tersebut kecuali. A Akan diadakan pada cuti semester pertama. B Kenderaan yang dibawa sebanyak 3 buah. C Jumlah orang yang akan menyertai lawatan itu serama 36 orang. D Pelawat hanya bermalam satu hari sahaja.

18. Pernyataan manakah benar tentang maklumat di atas? A Setiap pelajar dijangka akan menginap di Kolej Kediaman Kelima sepanjang lawatan. B Permohonan penginapan tersebut bermula 29 mei hingga 30 me 2003. C Persatuan tersebut hanya akan melawat perpustakaan sahaja. D Permohonan tersebut tidak memerlukan jawapan yang segera. 19. Mengapakah pihak persatuan meminta pihak Pengetua Kolej Kelima memberikan jawapan segera. A Pihak persatuan perlu memilih murid yang akan menyertai lawatan ini. B Pihak persatuan perlu menentukan tempat yang akan dilawati. C Untuk memudahkan urusan pihak persatuan. D Agar pihak persatuan menghargai jasa pengetua. 20. Pengetua Kolej Kelima akan memberikan jawapan dalam bentuk. A Surat tidak rasmi B Surat jemputan. C Surat rasmi. D Surat makluman. Soalan 21 hingga soalan 28 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai. 21. Akmal sedang membakar lemang dan ketupat. A Mengukus B Menjerang C Merebus D Menggoreng 22 Puan Lam ..jawatan Guru Penolong Kanan selama dua tahun. A Menjadi B Menjawat C Mendapat D Melantik. 23 Kak Ina pandaimenggubah jambangan bunga. A Perubahan B Berubah C Diubah D Menggubah

24 Bajunya yang berwarna-warni itu telah ..perhatian rakan-rakan sepejabat. A Menarik B Merentap C Merenggut D Mengheret 25. penahanan pemuda itu ada kaitannya dengan pergaduhan malan tadi. A Ditahan B Penahanan C Pertahanan D Ketahanan 26. Budak itu hanya .kepalanya apabila disoal oleh Cikgu Watie. A Menghentak-hentakkan B Memusing-musingkan C Menghantuk-hantukkan D Menggeleng-gelengkan 27 Bunyai katak di tepi kotam itu pada musim hujan. A Berlari-larian B Berkejar-kejaran C Bepatuk-patukan D Bersahut-sahutan 28 Perigi di belakang rumah datuk saya itu .akibat musim kemarau. A Kucar-kacir B Riuh- rendah C Kering-kontang D Gopoh-gapah. 29 Rasa air kopi itu masih pahit .telah dibubuh gula. A Walaupun B Lalu C Kerana D Serta 30 Kita mestilah yakin .kita akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan setelah kita berusaha. A Sehingga B Jika C Bahawa D kerana

31 tinggal di kampung, kesihatan nenek Lai Meng semakin sihat. A Walau B Jikalau C Semenjak D Sementara 32 Hamidah berasa ..apabila tidak diundang ke majlis perkahwinan sahabat karibnya. A Putih hati B Kecil hati C Besar hati D Patah hati 33 Beberapa orang calon pilihanraya berkempen pada saat-saat akhir kerana banyak pengundi yang masih.. A Batu loncatan B Gelap mata C Darah daging D Atas pagar 34 Semasa cikgu mengajar, kita patut ..supaya apa yang dipelajari dapat difahami dan diingati. A Memasang telinga B Paku belanda C Hidung tinggi D Senyum kambing 35 bercadang mahu mengadakan kenduri kesyukuran kerana Lina mendapat 7A dalam UPSR, kata ayah dan emak kepada penghulu. A Saya B Aku C Kita D Kami 36 ..tinggal di Taman Bersatupula tinggal di mana? tanya Azhar kepada Ramu. A Kita, saya B Awak, aku C Aku, kau D Saya, aku

37 Pak Kamal melepaskan satu ..ke arah se..tupai yang sedang makan buah pulasan di dusunnya. A Butir, ekor B Das, ekor C Laras, kumpulan D Pucuk, longgok 38 Di hadapan muzium itu terdapat semeriam lama dan satu replika ukiran sekeris. A Pucuk, bilah B Kaki, potong C Ekor, buah D Helai, orang Soalan 39 hingga Soalan 40 Pilih perkataan yang berlawanan bagi perkataan yang bergaris. 39 Pasangan itu akan berkahwin pada minggu hadapan. A Bernikah B Bercantum C Bercerai D Berkawan. 40 Api yang sedang marak itu membakar beberapa buah kedai lagi. A Besar B Padam C Menyala D hidup Soalan 41 hingga Soalan 43. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 41 Layang-layang Hamzah telah diterbangkan angin kerana talinya telah putus. A Angin membawa Hamzah dan layang-layang yang putus tali itu terbang. B Layang-layang kepunyaan Hamzah yang terputus tali telah diterbangkan angin. C Layang-layang yang putus tali itu menerbangkan Hamzah. D Tali layang-layang terputus ketika Hamzah terbang.

42 Mat Kilau merupakan seorang pejuang dari Pahang yang menentang pihak Inggeris dalam membebaskan tanah air. A Pihak Inggeris telah ditentang oleh seorang pejuang dari Pahang iaitu Mat Kilau bagi membebaskan tanah air. B Pihak Inggeris menentang Mat Kilau yang merupakan pejuang tanah air. C Dari Pahang pihak Inggeris menentang seorang pejuang iaitu Mat Kilau. D Mat Kilau membebaskan tanah air dari Pahang yang menentang pihak Inggeris. 43 Cuba awak beritahu saya apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin saya dapat membantu, kata Siti kepada Nurhaliza. A Siti menasihati Nurhaliza lalu menyelesaikan masalah yang melandanya. B Siti menasihati Nurhaliza agar menyelesaikan masalah yang melandanya. C Siti meminta Nurhaliza mencerikan masalahnya, muda-mudahan dia dapat membantu. D Siti meminta Nurhaliza beritahunya apa sebabnya dan dia cuba membantu. Soalan 44 hingga Soalan 46. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. 44 A Mengapakah awak menangis? Awak sedihkah. Tanya Ali. B Mengapakah awak menangis? Awak sedihkah? tanya Ali. C Mengapakah awak menangis. Awak sedihkah? tanya Ali. D Mengapakah awak menangis? Awak sedihkah! tanya Ali.

45 A B C D

Jangan lupa kita berjumpa di sini esok? kata Ramli kepada Radzi. Jangan lupa kita berjumpa di sini, esok. kata Ramli kepada Radzi. Jangan, lupa kita berjumpa, di sini esok, kata Ramli kepada Radzi. Jangan lupa kita berjumpa di sini esok! Kata Ramli kepada Radzi.

46 A B C D

Imran hati-hati, semasa memandu. pesan ibu kepada abang. Imran hati-hati semasa memandu, Pesan ibu kepada abang. Imran! Hati-hati semasa memandu, pesan ibu kepada abang. Imran, hati-hati semasa memandu. pesan ibu kepada abang.

Soalan 47 hingga Soalan 48. Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 47 I II III IV A B C D 48 I II III IV A B C D Berkerut-kerut dahi Selvi menahan pedih luka di kakinya. Setiap petang datuk menahan luka di hulu sungai. Pelancong itu menahan sebuah teksi tetapi teksi itu tidak berhenti. Pihak polis telah menahan beberapa orang pemuda yang disyaki terlibat dengan kejadian pecah rumah itu. I dan II saja. I dan IV saja. I, III dan IV saja. I, II, III dan IV. Mereka makan tengah hari dengan penuh selera kerana lapar. Emak memandang kakak dengan pandangan yang selera. Dia tiada selera untuk makan kerana tekaknya masih terasa pahit. Ketika saya datang, dia sedang menghadapi hidangan makanan yang selera. II saja II dan IV saja I dan III saja I, III dan IV saja

Soalan 49 hingga Soalan 50. Pilih susunan ayat mengikut urutan yang betul. 49 P Q R S A B C D 50 P Q R S A B C D Paku kerusi yang telah patah Letakkan kerusi di bawah cahaya matahari. Sapukan cat pada kerusi itu. Gosok kerusi itu menggunakan kertas pasir. S, R, Q, P S, R, P, Q P, R, S, Q. P, S, R, Q Kegiatan tersebut memberikan pengetahuan yang mendalam kepada diri mereka. Orang perempuan juga berminat dalam penggembaraan. Orang lelaki berminat dalam pengembaraan. Bidang pengembaraan belum begitu popular di Malaysia. R, P, Q, S. P, R, Q, S. S, R, Q, P Q, S, P, R KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai