Anda di halaman 1dari 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR
2008/2009
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH:ABU RAYHAN AL


BIRUNI

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD


NAMA TUTOR: CIK HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
NAMA: NURFARAHANIS SYUHADA BINTI AZEMI
NO. MATRIK: JEA080100

Falsafah dari sudut etimologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu philosophia
yang mana philos bermaksud cinta dan Sophia yang membawa maksud hikmah.
Perkataaan philosophia yang menerbitkan kata philosophy dalam bahasa Inggeris,
philosophic dalam bahasa Jerman dan Perancis dan kata falsafah dalam bahasa Arab.
Manakala kata filosofia dalm bahasa Sepanyol dan filsafat dalam bahasa Melayu
yang mendukung maksud cinta akan hikmah. Istialh philosophia digunakan dalam abad
ketujuh S.M oleh ahli falsafah yang bernama Pythagoras.

Selain itu, mengenai erti falsafah Hasbullah Bakry menghuraikan daripada tiga
sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, pengertian praktis dan perbezaan dengan
ilmu-ilmu lain. Pengertian daripada sudut bahasa adalah cinta akan hikmah atau
kebijaksanaan manakala daripada sudut praktis ialah alam berfikir atau fikiran secara
mendalam tentang hakikat segala sesuatu.

Walaubagaimanapun, daripada sudut perbezaan dengan ilmu-ilmu lain terbahagi


kepada dua ciri khusus. Pertamanya iaitu sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya,
falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan.
Keduanya iaitu sementar ilmu lain membahaskan sebab akibat tentang sesuatu ,falsafah
menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan iaitu apa, dari mana, ke mana.

Terdapat ramai ahli falsafah Yunani yang terkenal antaranya adalah Plato,
Aristotle, Machiavelli dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, ahli falsafah Islam juga tidak
kurang hebatnya. Antaranya adalah Ibnu Sina, Al_Biruni, Sidi Gazalba, Ibnu Tufail, Ibnu
Rushd, Al-Farabi dan ramai lagi.

Tokoh falsafah yang saya ketengahkan adalah Al-Biruni. Nama sebenar beliau
adalah Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Biruni. Nama gelaran beliau adalah Abu
Rayhan Biruni. Al-Biruni lahir pada 15 September 973M di Birun iaitu ibu negara
Khawarizm ataupun lebih dikenali Turkistan. Al-Biruni meninggal pada 13 Disember
1048M. guru terawal beliau adalah Abu Nasr Mansur Ibn Alt Ibn Iraqin yang mana
merupakan individu yang mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan ilmu alam.
Selain itu Al-Biruni juga digelar Ustaz Fil Ulum yang mana membawa maksud segala
guru ilmu.

Secara tidak langsungnya menzahirkan kepakaran Al-Biruni dalam pelbagai


bidang dan meletakkan diri beliau antara sarjana yang teragung dalam dunia Islam.
Minat dan kecenderungan untuk mempelajari serta memperluaskan dimensi ilmu
pengetahuan mendorong beliau merantau ke luar negara. Walaubagaimanapun, beliau
ditawan oleh Sultan Mahmood Al-Ghaznawi dan ditugaskan di istana sebagai seorang
ulama. Kesempatan berada di India tidak dipersia-siakan. Al-Biruni menggunakan
kesempatan tersebut dengan mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Selain
itu, Al-Biruni turut mengambil kesempatan untuk mengenali agam Hindu dan falsafah
India. Buktinya beliau telah menulis beberapa buku yang berkaitan denganmasyarakat
India dan kebudayaan India.

Terdapat banyak sumbangan Al-Biruni dalam bidang ilmu dan falsafah


khususnya. Antaranya adalah penciptaan kaedah penggunaaan angka-angka India dan
kajiannya untuk mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Selain itu, beliau
menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu negara di dunia. AlBiruni juga mendirikan pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang membantu
ilmu-ilmu falak pada masa akan datang. Kajian beliau dalam bidang sains, matematik,
geomatik telah menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Al-Biruni telah menghasilkan pelbagai kitab. Antaranya adalah Kitab Tahdid AlNih ayat Al-Amakin Litashih Al-Masafat Al-Masakin. Selain itu, hasil karyanya adalah
Al-Jamahir Fi Al-Jawahir yang menceritakan tentang batu permata. Al-Athar Al-Baqiah
yang menghuraikan tentang kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah Fil AlTibb yang mengisahkan tentang ubat-ubatan.

Secara umumnya,menjelang abad ketiga sarjana Islam mula memberi perhatian


kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas falsafah ilmuan
Islam berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah yang mana bertujuan
meningkatkan kenyakinandan ketakwaan umat Islam. Terdapat perbezaan antara falsafah
Yunani dengan Islam. Secara umumnya perbezaan antara falsafah Barat dengan falsafah
Islam adalah aspek keagamaan dan ketuhanan.

Falsafah Yunani yang lebih bertumpukan kepada pencarian

berlandaskan

pemikiran logik semata-mata. Terdapat pelbagai aliran dalam falsafah. Antaranya adalah
rasionalisme, empirisisme, idealisme, eksistensialisme, pragmatisme dan realisme.

Aliran falsafah zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan terhadap


persoalan yang berkaitan dengan metafizika

ketuhanan dan kejadian alam padahal

meliputi perbincangan berkaitan nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Wahyu


sebenarnya tidak bercanggah dengan akal bahkan berasaskan panduan wahyu dan akal
sehingga para ilmuan Islam berjaya meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan
peradaban Islam.

Berdasarkan teori falsafah yang diketengahkan oleh Al-Biruni menyatakan ajaran


Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan konsep
syahadah tauhid Islam dan triniti agama Islam. Beliau turut menyatakan bahawa
pemikiran falsafah tidak semata-mata berdasarkan ataupun bersandarkan kepada
imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan secara
empirikal. Hal ini juga berdasarkan kata empirisisme yang menyatakan ilmu pengetahuan
itu diasaskan atau diperolehi daripada pengalaman yang berkait dengan perkara-perkara
yang boleh diinderai dan dialami. Secara ringkasnya, yang dimaksudkan empirikal itu
adalah melalui pancaindera atau lebih khususnya pengalaman.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik bahkan
bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan dan falsafah Yunani menjadikannya antara salah seorang sarjana agung
dalam dunia Islam. Selain itu, beliau juga berjaya membuktikan bahawa gandingan
falsafah dan ilmu pengetahuan dengan agama terus hidup subur. Seterusnya berkembang
serta membantu selesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia.

Sebelum Abu Rayhan Biruni merantau ke India, beliau telah menjalinkan


hubungan dengan Avicena ataupun lebih dikenali sebagai Ibnu Sina. Hal ini
membuktikan bahawa terdapat pengikhtirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan
dan kesarjanaan Abu Rayhan Biruni.

Abu Rayhan Biruni merupakan seorang ahli falsafah Islam yang berkebolehan
dan berkaliber yang dapat memberi manfaat yang berguna kepada manusia. Hal ini
terbukti dengan pelbagai sumbangan beliau dalam pelbagai bidang ilmu sepertimana
yang telah digarapkan sebelum ini. Selain itu, beliau telah membuktikan kewibawaan
para ahli falsafah Islam setaraf dengan ahli falsafah Barat.

Selain itu, Al-Biruni juga telah membuktikan bahawa golongan ahli falsafah
bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan seperti mana yang
acapkali diwar-warkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Kesimpulannya, tokoh falsafah perlu dihargai kerana banyak sumbangan mereka telah
digunapakai oleh kita pada masa sekarang. Khususnya kepada umat Islam. Sehubungan
itu, Al-Biruni merupakan salah seorang sarjana Islam yang terkemuka dalam bidang
falsafah di dunia Islam.

RUJUKAN
Awang Sariyan . Falsafah dan Logika Melayu/ Awang Sariyan
ISBN978-983-066-295-4
1. Knowledge, Theory of. 2.Malay Philosophy.I.Judul 001
Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.Hashim Bin Haji
Musa.Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
http//:alhakelantan.tripod.com/tokoh/id7.html(tokoh-tokoh Islam)

Anda mungkin juga menyukai