Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104
TOKOH FALSAFAH AL BIRUNI

NAMA PELAJAR

: NORAAINA DAWANA MOHAMED YAHYA

NO MATRIK

: JEA 080078

SESI

: SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH

: DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR

: CIK HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI

: AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU

Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan


seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli
falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak
menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya
agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik.
Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut,
menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar,
mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu
falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai
memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan
ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan
ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada
pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga
menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada
persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga
meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan
kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai
golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah

berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,


sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan
akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu
meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban
Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke
negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam
motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan
Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun,
ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah
Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik
dan alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu


pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi
semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.
Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang
ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa
Sanskrit dan bahasa lain di India.

Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan


falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai
hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan


konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam
dan triniti dalam agama Kristian.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus


menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang.
Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling
penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya
mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya
menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang
dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi
Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid
al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut
mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu

perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam
bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak
dapat diselesaikan sebelum ini.

Penguasaannya

terhadap

pelbagai

ilmu

pengetahuan

dan bidang

telah

menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu.
Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan
judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di
Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang
hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian
yang mengandungi 138 tajuk.

Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; AlAthar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb,
tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal
dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasabahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang
falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia
Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan
telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan


logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.
Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang
masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul
Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan
ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan
kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba
boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia
seluruhnya.

KESIMPULAN
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah
bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka
merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan
mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat


martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk
negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

BIBLIOGRAFI
R.M.Hare. 1992. Pemikir-pemikir Agung Zaman Silam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan . 2008.Falsafah dan Logika Melayu .Selangor: Synergate sdn.bhd
Hashim Musa. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai dan Ethika Melayu Suatu Pengenalan
http//www.wikipedia.biruni.com.my