Anda di halaman 1dari 16

TING-TING MINDA MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA GABUNGAN PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV KVK DALAM

KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS MELALUI TEORI KECERDASAN KINESTATIK

ABSTRAK
Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan dunia pendidikan. Adalah diakui bahawa setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membedakan mereka ialah cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas adalah bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jesteru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang diketengahkan ini TING-TING MINDA, telah menggabungkan teknik permainan untuk mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan kv kvk / kvk kv, di kalangan 5 orang murid Pendidikan Pemulihan Khas Tahun 3 Arif SK Bandar Mas. Permainan kata - perkataan kv kvk dan kad kata perkataan kv kvk dalam Ting Ting Minda, ini dapat membantu meningkatkan penguasaan membaca perkataan kv kvk/kvk kv dikalangan 5 pelajar Pendidikan Pemulihan Khas tahun 3 Arif. Responden ini, telah dirawat dengan Ting-ting Minda selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan selama 5 minggu sahaja. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 4 bulan. Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan kv kvk pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan pelajar amat berminat untuk membaca, 6 orang daripada mereka telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, Ting-Ting Minda telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya adalah guru Pemulihan Khas di SK Bandar Mas Kota Tinggi Johor daripada tahun 2002 hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Khas selama 3 bulan di tahun 2004, saya telah mendengar bacaan murid pemulihan khas dari tahun 3 Arif seramai 5 orang melalui aktiviti membaca Bacalah Sayang, saya juga telah memberi kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah berdasarkan sukatan Pendidikan Pemulihan Khas. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata, ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil

dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa P & P terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan kajian tindakan ini.

2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk permainan telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi Ting-Ting Minda berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik, merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. Pengajaran dan Pembelajaran Guru Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya.

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN TINDAKAN 3.1 Objektif Am

Ting-ting Minda meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dalam kalangan murid pemulihan khas melalui teori Kecerdasan kinestatik. 3.2 Objektif Khusus i. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata kv dan suku kata kvk dengan lancar. ii. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan lancar.

iii.

Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.

iv.

Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, guru,dan muriddengan murid.

murid dengan

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan tahun 3 Arif seramai 5 orang murid .Empat orang lelaki dan seorang perempuan yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah i. Kaedah Soal selidik Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan bacaan kepada 5 orang murid tahun 3 Arif berasaskan Ujian IPP3M Tahun 3 Mode 3 dibawah Program Pendidikan Pemulihan Khas, dengan

menggunakan Kad Senarai Semak Baca. Analisis dapatan menunjukkan 100 % murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar. Sepatutnya di tahun 3 , mereka telah menguasai kemahiran membaca perkataan kv kvk dan ayat-ayat mudah.

ii. Kaedah Temu Bual Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya, bahawa mereka tidak minat membaca. Maka pada 4.03.04 saya juga, telah mengadakan temu bual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalan dan sikap mereka terhadap bacaan. Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati 5 orang pelajar ini tidak suka membaca. Kesemua mereka mengaku tidak pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan merasa aktiviti membaca tidak seronok. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil ujian membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi.. Daripada dapatan ini , andaian saya, murid tidak berminat untuk membaca adalah benar.

iii. Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk. Item Ujian Pra Bacaan berasaskan Kad Ujian Diagnostik Pemulihan(bacaan). Hasil dari ujian tersebut, saya dapati 5 pelajar ini tidak dapat membaca 20 suku kata kvk , dan 20 perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan lancar dan betul sebutannya. Mereka mengambil

masa yang lama (8 minit) seorang, dan gagal untuk membatangkan perkataan yang ditunjukkan. Sedangkan masa yang ditetapkan ialah 4 minit seorang.

5.2

Tindakan Yang Dijalankan Pendekatan

Saya memperkenalkan permainan Ting- Ting Minda, berasaskan

Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk ketahap yang optimun (boleh membaca 20 patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan. Saya telah merangka lima aktiviti yang dinamakan Ting-Ting minda -1-4

o Aktiviti 1- Ting-ting Minda 1, saya menjalankan pengukuhan sebutan suku kata kv. o Aktiviti 2-Ting-Ting Minda 2 pula, saya menjalankan pengukuhan sebutan perkataan kvk sahaja. o Aktiviti 3- Manakala dalam Ting-ting Minda 3, saya memberikan peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan terbuka kv + kv. o Aktiviti 4-Ting-ting Minda 4, saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup kv + kvk Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini: Tapak Ting-Ting Minda. Buah Dadu Minda. Kad-kad perkatan kv berleminate. Kad-kad perkataan kvk berleminate. Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup berleminate.
4

daripada suku kata

MODEL TIKAR TING-TING MINDA

Pelaksanaan Tindakan Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, alat-alat yang disediakan termasuklah; Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid (responden) dari semasa ke semasa senarai semak perlakuan murid senarai semak pencapaian setiap responden kad-kad bacaan ujian pra, bahan-bahan dan aktiviti rawatan dan ujian pos. Murid murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting-ting Minda selama 5 minggu pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan semasa penyelidek tiada kelas. Pada hari Khamis dan Jumaat rawatan juga diadakan, walaupun guru pendidikan pemulihan menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran pemulihan pada sesi petang. Modul rawatan ini telah dijalankan dari 22 Mac 2004 sebagaimana jadual di bawah:Contoh langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti Tingting Minda ini dapat ditunjukkan seperti di bawah.Berdasarkan pemerhatian guru, murid-murid sasaran ini telah mula menunjukkan minat dan menguasai set kemahiran kajian. Ini kerana rawatan ini telah dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid saya. Berikut adalah kateria markah yang saya gunakan.

Permakahan diberi secara kutipan bintang. Satu ( * ), satu markah. Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan, sebagaimana dalam lampiran yang diberi.

Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi dalam latihan bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka.

Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang untuk meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan intensif.

Kriteria permarkahan ini sama dalam ke 4 aktiviti yang berlainan kemahiran bahasanya.

5.3

Pelaksanaan Tindakan /Pemerhatian dan Refleksi Aktiviti 1- MODEL TING-TING MINDA 1 Minggu 1 kemahiran suku kata kv.(22 Mac- 24 Mac 2004). Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal dan sebut suku kata yang terbina. Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata yang terbina. Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya betul. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

b k 4 Bintang minda 3 Dadu Minda

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u) Poket huruf konsonan(k,n,d..)

1
Poket poket suku kata kv

Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 1, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv.
Bil Nama P1 P2 P3 P4 P5 Jumlah markah (15) 9 10 10 12 5 Jadual 1 : Kad Minda Aktiviti 1 (Membaca suku kata kv)

1 2 3 4 5

Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E

* * ** *** -

** ** *** *** -

** ** ** ** **

** ** * ** **

** *** ** ** *

- Refleksi Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 1dilaksanakan,saya merasa sangat seronok,kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria, Pada awalnya mereka terpegun melihat saya menggunakan sekajang tikar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pemulihan Sinar Harapan . Macam inilah yang best.,Tak boring.!

Itulah , kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid murid ini. Pencapaian bacaan sukukata kv mereka dalam aktiviti Ting-ting Minda 1 ini membanggakan
saya,Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 1.

MODEL TING-TING MINDA 2 AKTIVITI 2 Minggu 2 kemahiran suku kata kvk (5 April-14 April 2004). Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih huruf vokal . Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad huruf konsonan. Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil kad suku kata kvk yang sama dengan yang dikumpulkan serta menyebut bunyinya. Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil dan betul sebutannya. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.

b k Dadu Minda 4 Bintang minda 3


Poket poket suku kata kvk (la. gu,tu

Poket konsonan (h ,d, f,h )


Poket huruf vokal (a, e,I,o,u)

Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kvk.

Jadual 2 ; Kad Minda Minggu 2 (5 April-14 April) Kemahiran kvk


Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E P1 * * ** P2 ** ** *** P3 * ** *** *** -* P4 ** *** *** *** * P5 ** *** *** *** ** Jum 5 11 12 14 4

- Refleksi Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 2 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria, Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak sabar-sabar untuk bermain .Hari ini, aku nak dapat bintang banyak, nanti dapat pensel warna..!, Itulah , harapan mereka ketika menjalankan aktiviti ini. Walaupun, aktiviti Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya berbanding aktiviti Minda 1, pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin meningkat. Ini membanggakan saya.Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 2. Tiga orang daripada mereka telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan daripada pencapaian Aktiviti Minda 1. Dua orang lagi , walaupun mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini, pada saya pencapaian mereka memuaskan sebab murid ini adalah dalam kategori yang amat lemah.seorang daripada mereka baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak bersekolah. MODEL TING-TING MINDA 3 AKTIVITI 3 Minggu 3, kemahiran membaca perkataan terbuka kv + kv ( 20 April- 22 April 2004). Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kv dan baca perkataan yang dibina terbina.

Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil. Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya.. Ulang aktivi kepada murid lain sehingga 5 pusingan.
ba ku Bintang minda Dadu Minda 4
Poket suku kata kv (la,gu,

3 2
Poket huruf konsonan(k,n,d..)

Poket perkataan kv kv (vila, dadu)

Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata kv kv. Jadual 3 : Kad Minda Minggu ke-3(20 April 22 April) Kemahiran kv+kv
Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E P1 *** *** *** *** P2 *** *** *** *** *** P3 *** *** *** *** *** P4 *** *** *** *** *** P5 *** *** *** *** *** Jum 15 15 15 15 12

10

- Refleksi Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 3 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira dan terharu, kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh keyakinan. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan bertolak ansur semasa bermain .Cikgu, boleh tak kalau saya belajar kat kelas ni aje, saya nak baca buku cerita. Itulah kata-kata daripada tiga orang daripada mereka yang mengusik naluri saya,sungguh tersentuh hati ini, kerana rupa-rupanya saya telah berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras kemahiran yang tinggi,diluar aras kemahiran yang saya kaji... Ini membanggakan saya. Berdasarkan jadual Kad Minda 3, 4 orang daripada mereka telah mencatatkan markah 100% dalam bacaan perkataan kv kv dalam permainan Ting-ting minda 3 ini.

MODEL TING-TING MINDA 4 dan 5 AKTIVITI 4 Minggu 4, kemahiran membaca perkataan tertutup kv + kvk ( 26 April 30 April hingga 5 Mei -7 Mei 2004). Murid baling buah dadu berlabel suku kata kv. Murid sebut dan langkah ke petak 1. Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu. Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata kvk dan baca perkataan yang dibina terbina.Contoh datuk Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina.Murid membatangkan perkataan yang diambil.

Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya.. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan

11

b k 4 Bintang minda 3 1 Dadu Minda

Poket huruf vokal (a.i.e,o,u) Poket huruf konsonan(k,n,d..)


Poket poket suku kata kv

- Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4, ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk pada tahap yang amat membanggakan .
Jadual 4: Kad Minda Minggu ke- 4 (5 Mei 7 Mei ) Kemahiran kv+kvk Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar c Pelajar D Pelajar E P1 ** *** *** *** * P2 ** *** *** *** * P3 *** *** *** *** * P4 ** *** *** *** ** P5 ** *** *** *** ** Jum 11 15 15 15 7

- Refleksi Semasa Aktiviti Ting-ting Minda 4 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira , terharu dan bangga, di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah diperolehi oleh 5 orang murid sasaran kajian saya. Walaupun aktiviti 4

adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran bacaanya tetapi atas minat, keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini, telah menyebabkan tiga daripada mereka mencatatkan keputusan 100% .Dua orang daripadanya yang amat lemah bacaan mereka pun telah mencatatkan keputusan yang

12

membanggakan. Seorang daripadanya , baru masuk ke sekolah pada tahun 3, 2 tahun tidak bersekolah, tetapi beliau telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan mengikuti Pengajaran dan pembelajaran di kelas saya dan boleh membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk walaupun pada awalnya, dia tidak mengenal huruf a z . Pelajar berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan bacaan mereka.
5.4 Refleksi Keseluruhan Kajian

Jadual 5 : Analisis Data Temu Bual Sebelum Dan Selepas Kajian Analisa Sikap Bil sebelum Bil selepas kajian Kajian Sikap terhadap bacaan Sukakah kamu membaca Adakah membaca itu seronok Adakah pelajaran bacaaan paling kamu minat Adakah kamu pandai membaca Sukakah kamu mendengar orang membaca 5/5 100 % Ya % tidak 5/5 100 5/5 100 5/5 100 5/5 100 % Ya 5/5 100 5/5 100 5/5 100 5/5 100 5/5 100 % tidak

Jadual 6 :Analisis Data Soal Selidik Sebelum Dan Selepas Kajian

Sikap terhadap bacaan

Analisis sikap terhadap bacaan sebelum Kajian Bil % Ya 2/5 40 2/5 40 5/5 100 5/5 100 Bil % tidak selepas kajian % Ya 5/5 100 5/5 100 5/5 100 5/5 100 % tidak

Tidak berminat Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu Tiada keyakinan diri Tidak berminat untuk membaca

13

Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua jadual di atas. Di mana sebelum kajian 100% pelajar hanya suka mendengar orang membaca sahaja.100% pelajar tidak Tetapi selepas kajian 100 % murid suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, Cikgu dulu saya takut nak baca, tetapi sekarang saya suka baca, ..Di sisi murid, pengaplikasian Ting-ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri, meningkatkan tahap kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana mereka telah berjaya melepasi halangan iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Tanpa dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan menggunakan teknik Ting-ting Minda.
Jadual 7 : Data Analisis Ujian Pra dan Ujian Post - Catatan Ting-Ting Minda 1 hingga 4

NAMA

PRA 5/3/04 % 38 50 50 50 0

Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E

M1 (KV) % 67 100 100 100 60

(22/3/04 hingga 5/5/04) RAWATAN KLINIKAL TING-TING MINDA M2 M3 M4 M5 (KVK) (KV+KV) (KV+KVK) (KV+KVK) % % % 100 80 100 40 80 100 100 100 40 100 100 100 80 100 100 100 20 100 100 100 40

POST 10/5/04 % 80 100 100 100 50

M1 minggu 1, M2 minggu 2, M3- minggu 3, M4 Minggu 4, M5- minggu 5

Manakala jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara pelajar dalam Ujian Pra dan Post. Iaitu peningkatan PURATA sebanyak 69/80 dalam Ujian Post. 3 orang daripada mereka mencatatkan pencapaian 100%, seorang lagi mencatatkan markah 64/80 manakala seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak bersekolah telah mencatatkan markah 50%. Kebolehan mereka membaca 4 set

bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk dengan cepat dan lancar dalam permainan ini amat di luar dugaan dan membanggakan saya. Apa yang lebih

14

membanggakan saya ialah, 4 orang daripada mereka telah berjaya dikembalikan semula ke kelas biasa.

Di pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan yang selanjutnya.

Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf

berganding, serta membaca ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material ( pujian dan sanjungan ). Rumusannya , aplikasi Ting-ting Minda dalam P&P Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar.Saya mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun dan simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca . Saya juga berhasrat untuk membina model-model Ting-ting Minda lain dengan melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih
15

mencabar dan kreatif. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses P&P lebih menarik, berkesan danmenyeronokkan. Akhir kata , GURU YANG KREATIF, AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG DEDIKASI. KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT ,MURID BELAJAR DENGAN RALAT.

BIBLIOGRAFI Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan 3M).1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka Manual IPP3M tahun3, (bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, 2000.Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Sayang,Gabungan Majlis Guru Besar Cepat Membaca, Bacalah

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia. Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Kursus Bahasa Fajar Bakti Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan tulisan. Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman Asia. Sharida Sharudin, Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors ( M) Sdn. Bhd. Sek. Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian , Nurin Enterprise

16

Anda mungkin juga menyukai