Anda di halaman 1dari 11

Tips Hafazan Al-Quran

Waktu Solat Berita Terkini

Blog Mudir Dimaklumkan, Mudir Madrasah An-Nuur telah melancarkan blog peribadi beliau. Ibu bapa dan para pembaca boleh layari www.noehas.com untuk berkongsi pengalaman bersama... SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT PENTING PEMOHON KEM TAMAN 2011 YANG TELAH DITERIMA Post dan pemakluman ini adalah maklumat terakhir yang perlu diketahui oleh mereka yang memohon untuk menyertai Kem TaMAN 2011. Ini senarai nama pemohon Kem TaMAN... PENGISIAN PROGRAM CUTI SEKOLAH KEM TAHFIZ MADRASAH AN-NUUR Post ini adalah antara post yang ditunggu oleh ramai ibu bapa yang belum atau yang telah mendaftarkan anak mereka untuk menyertai KemTaMAN. Ramai yang email, sms... PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH UNTUK LELAKI DITUTUP Assalaamualaikum; Dengan ini dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk KemTaMAN iaitu kem sem pena cuti sekolah akhir tahun untuk pemohon lelaki telah ditutup kerana... MAKLUMAT PENTING BAGI PEMOHON KEM CUTI SEKOLAH MAN Peringatan Penting: 1. Borang permohonan atau sms nama yang perlu dihantar ke 0132075677 mesti diserahkan atau sampai ke pihak Madrasah An-Nuur sebelum atau pada...

Sebelum menghafal 1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. Teknik Menghafal A. Teknik Chunking 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut s urah, hizib, rubu, cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya. B. Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. C. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.

3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. E. Teknik Mendengar Kaset 1. Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas . H. Teknik Pointers dan Keyword 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. J. Teknik Mindmaping 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu. Tulis ayat pertama rubu tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu.

Mengekalkan Hafalan 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 8. Menulis setiap ayat yang mutashabih. Tinggal Pesanan Name: Email:

142

6
Mail will not be published

-1 siti aloya

Submit

none

142

siti aloya

(Sunday, May 27. 2012 10:25 PM)

Assalamualaikum..saya sgt berminat nak hantar 2 org anak lelaki saya tapi selalu dah tutup pendaftaran. Jadi saya nak tahu bilakah tarikh pendaftaran utk hujung tahun 2012..?

haziq

(Sunday, May 27. 2012 11:07 AM)

tarikh dia bilabulan berapa-bulan berapa

nurul

(Sunday, May 20. 2012 06:32 PM)

Assalamualaikum..saya nak tanya untuk muslimat ada tempat untuk belajar tak?berapa had umur ya?dan yuran, tempoh,dan syarat2 untuk kemasukan bagaimana ya? jazakallah..

Zana

(Thursday, May 10. 2012 12:04 PM)

Assalammualaikumsaya nak tanya bilakah pendaftaran kemasukkan KemTaMAN untuk 2012?

tieyfa euwws

(Monday, Apr 30. 2012 09:00 PM)

assalamualaikum .. berapa umur yang boleh diterima untuk kemasukan pelajar ?

putri

(Monday, Apr 30. 2012 06:28 PM)

Asalammualaikum..maaf nk ,sy seorang pelajar poli..nak belajar al quran.adakh msih diterima ? brape umor yg blh masuk MAN ni?
12345

Links

Jawi Converter

Pada hari Rabu 14 April 2010 lepas, saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan teknik dan adab menghafaz al-Quran untuk pelajar baru Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] sesi 2010. Secara keseluruhannya, saya hanya menekankan bahawa kaedah menghafaz yang sering digunakan oleh kebanyakan penghafaz alQuran adalah menggunakan teknik kumulatif. Cuma ada dikalangan ustaz yang mencipta kaedah hafazan seperti Kaedah Jibril, kaedah al-ITQAN dan sebagainya. Asasnya adalah berdasarkan teknik yang saya sebutkan tadi. Teknik ini menggunakan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Untuk memudahkan anda, sila lihat muka surat 4 dalam al-Quran Mushaf Uthmani atau lihat sahaja gambar dibawah :

Untuk permulaannya, saya mencadangkan supaya anda membaca ayat di muka surat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali keseluruhan muka surat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya saya mencadangkan supaya anda memotong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas, saya hanya membahagikan ayat 17 Surah al-Baqarah kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau. Panduan asas menghafaz al-Quran :

Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf). Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz. Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali. Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat. Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf). Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz. Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali. Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah. Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf). Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz. Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali. Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

Di dalam kaedah asas ini, saya mencadangkan anda agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja (minimum). Sekiranya anda mahu mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak diulang, semakin mantaplah hafazan anda. Ada teknik yang mencadangkan agar anda mengulang bacaan sehingga 60 kali..!! Bagi saya, menghafaz alQuran adalah perkara yang mudah, namun untuk mengekalkan hafazan adalah suatu perkara yang lebih sukar serta memerlukan disiplin dan komitmen yang kuat. Untuk ayat seterusnya, anda bolehlah mengaplikasikan kaedah asas yang telah saya nyatakan diatas. Asas utama untuk menghafaz al-Quran adalah mengulang-ulang ayat tersebut sehingga hafaz. Contoh yang saya nyatakan diatas tidak mengikut waqaf dan ibtida yang sesuai kerana kekangan perisisan (software) untuk mengubahsuai kotak tersebut. Harapan saya agar entri ini dapat membantu umat Islam yang ingin menghafaz al-Quran. Kita sebenarnya bukan tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, cuma kita tidak merancang untuk menghafaznya.

Seperti yang saya telah janjikan kepada pengunjung blog ini. Entri mengenai Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran akan disambung. Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk menulis mengenai perkara ini, memandangkan ianya merupakan core business saya. Amat rugi sekiranya saya tidak berkongsi dengan masyarakat diluar dan komuniti internet mengenai perkara ni. Cuma saya memilih blog sebagai platformnya kerana saya berharap ianya akan menjadi Saham Akhirat di kemudian hari kelak. Saya berharap ada dikalangan pembaca siri 1 yang telah mencuba kaedah tersebut kerana saya ingin anda merasai nikmat menghafaz al-Quran. Tinggalkan celoteh mengenai siri 1, sekarang saya akan mengupas selanjutnya mengenai kaedah hafazan siri 2.

Ada 2 komen yang saya berikan perhatian seperti yang anda lihat dalam gambar diatas
1. Pantang larang dalam menghafaz. 2. Bantuan untuk menghafaz.

Pantang Larang Dalam Menghafaz Al-Quran Secara amnya tiada pantang larang tertentu dan khusus apabila menghafaz al-Quran. Saya hanya berpegang kepada 2 prinsip : Pantanglah sebanyak mana sekalipun tetapi jika malas untuk murajaah al-Quran. Confirm lupa..!!

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya Surah al-Hijr, ayat 9 Namun demikian, secara peribadi sehingga hari ini (waktu entri ini ditulis) saya hanya mengikut beberapa pesanan dari tuan guru saya :

Pantang Pemakanan

1. Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut. 2. Jangan makan benda-benda masam.

Pantang Amalan

1. Jauhi dari melakukan maksiat. 2. Jangan membaca tulisan di batu nisan. 3. Jangan membaca dan menghafaz al-Quran ketika mengantuk. Pasti ayat yang dihafaz akan jadi meraban.

Bantuan Menghafaz Apa-apa pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan pasti mempunyai trick dan tips yang dapat membantunya. Begitu juga dengan aktiviti menghafaz al-Quran. Beikut merupakan beberapa bantuan hafazan yang boleh anda amalkan, mungkin ada lagi tips dari rakan saya Ustaz Asraff boleh kongsikan di sini nanti (saya pasti beliau akan membantu).

Bantuan Aktiviti

1. Menghafaz & murajaah menggunakan audio al-Quran (kaset, CD, mp3 player dan sebagainya). Cuba ikut dan baca ayat yang diperdengarkan oleh Qari tersebut. 2. Murajaah al-Quran bersama rakan. Rakan akan menyemak bacaan anda. 3. Murajaah mengikut halaqah (study group). Membaca secara bersambung-sambung seperti tadarus al-Quran tetapi tanpa melihat mushaf. 4. Menulis kembali ayat yang telah berdasarkan hafazan iaitu tanpa melihat mushaf.

Bantuan Amalan Banyak melakukan amalan solat sunat terutama solat sunat Taqwiyatul Hifzi. Sentiasa dalam keadaan berwudhu. Meminta sokongan doa dari kedua ibu bapa. Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz :

1. 2. 3. 4.

(Doa sebelum menghafaz al-Quran)

(Doa selepas menghafaz al-Quran)

Bantuan Pemakanan

1. Kismis. 2. Madu lebah.

p/s : Makanlah 1 kilogram kismis setiap hari tetapi tiada usaha untuk menghafaz dan murajaah. Insya Allah, anda mungkin termasuk dalam golongan yang rugi.