Anda di halaman 1dari 8

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

MODUL YANG KHUSUS


Semasa melaksanakan sesi PdP, guru menggunakan modul yang khusus untuk murid LINUS yang mempunyai masalah dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Mereka harus diberikan penekanan yang lebih terperinci dalam setiap topik yang dipelajari dengan pelbagai teknik pengajaran.

MENGADAKAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Inovasi adalah sesuatu perkara yang perlu dibuat dengan idea tersendiri bagi menghasilkan sesuatu yang lain yang kreatif. Guru dapat menjalankan PdP dengan lebih baik apabila menggunakan inovasi yang dihasilkan khas untuk masalah yang telah dikenalpasti terhadap murid tersebut.

SOKONGAN ICT
Tekonologi informasi dan Perhubungan (ICT) boleh membantu meningkatkan pembelajaran pelajar dan membantu kaedah pengajaran guru yang lebih baik. Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meninigkatkan memori pelajar. Selain itu, melalui ICT juga guru dengan mudah dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar. Guru boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.

MENGADAKAN KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan dijalankan untuk menambahbaik di antara cara pengajaran guru atau memperbaiki kelemahan murid dengan strategi yang baru. Guru akan mengikut setiap langkah kajian tindakan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan tindakan terhadap murid-murid tersebut.

AMALAN KOPERATIF
Permuafakatan di antara guru lama dan guru baru dalam perkongsian pengalaman yang dilalui oleh guru lama dalam bidang pendidikan dan guru baru melakukan perkongsian ilmu yang dipelajari di institusi pengajian tinggi yang pelbagai dari segi teori,strategi,teknik dan kaedah pengajaran.

MENGADAKAN KURSUS PENDEK


Kursus-kursus yang dijalankan untuk memberikan pengetahuan baru tentang sistem pendidikan negara. Guru-guru perlu mengemaskini maklumat-maklumat baru dan memahami situasi murid-murid yang lemah ini. Kursus tentang LINUS perlu diberikan pendedahan kepada guru aliran perdana supaya mereka tidak bertanggungjawab terhadap murid-murid ini dan meminta guru pemulihan memperbetulkan kelemahan murid-murid ini untuk senormal yang mungkin.

MOTIVASI UNTUK GURU


Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang bermotivasi dan berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Guru perlu menyertai pelbagai program seperti program semangat berpasukan atau sebarang program cara menangani tekanan emosi seperti bengkel pengurusan stres, aktiviti perkembangan profesional guru serta latihan rekreasi dan sebagainya dapat membantu meningkatkan motivasi guru sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai