Anda di halaman 1dari 13

1.

PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

KEDATANGAN JEPUN

POLITIK

DASAR PEMERINTAHAN

EKONOMI

REAKSI PENDUDUK

SOSIAL

KEDATANGAN JEPUN

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bercorak Ketenteraan.

PERLUASAN KUASA JEPUN pertambahan penduduk menyebabkan tanah pertanian berkurangan. Jepun memerlukan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah. Memerlukan pasaran baru bagi memasarkan hasil perindustriannya.

KEBANGKITAN JEPUN (MAHARAJA MIKADO MEIJI) Kebangkitan Jepun bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Meiji telah menggerakkan pemulihan yang menekankan permodenan dan perindustrian dengan menjadikan Negara barat sebagai model. Oleh kerana China mempunyai banyak bahan mentah, ia menjadi sasaran awal perluasan kuasa Jepun. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905, mengangkat Jepun sebagai kuasa besar.

SLOGAN Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk Negara Asia Tenggara sebelum menyerang Asia Tenggara. Slogan Asia Untuk Orang Asia, Semangat Asia dan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya merupakan strategi yang berkesan sehingga kehadiran tentera Jepun tidak dianggap sebagai penjajah baru menggantikan British.

KEMARAAN JEPUN DI TANAH MELAYU Penaklukan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun secara serentak mendarat di Thailand (Singgora dan Pattani) dan Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun berpecah kepada dua, satu pasukan mara ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui persisiran pantai barat, manakala pasukan yang mendarat di Kota Bharu mara ke selatan menyusur negeri-negeri pantai timur. Di Sarawak, tentera Jepun mendarat dari pangkalan tenteranya di Cam Ranh (Vietnam), pasukan pertama mara ke Kuching kemudian ke Sibu, manakala pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan kemudian ke Sandakan. 2

CARA KEMARAAN JEPUN

Kapal Terbang Menggunakan kapal terbang untuk menyerang tentera British, di samping memberi perlindungan kepada tentera darat Jepun.

Kereta Kebal Menggunakan kereta kebal penggempur memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.

Menggunakan Bot Tentera Jepun menggunakan bot menurunkan tenteranya di kawasan kapal yang tidak dapat berlabuh.

Basikal Tentera Jepun menggunakan basikal mempercepatkan pergerakan mereka tanpa disedari oleh pihak British.

Kemusnahan akibat Peperangan


1. 2. Peperangan telah membawa kepada kemusnahan prasarana, sumber ekonomi dan bangunan. British telah menggunakan taktik Bumi Hangus sebelum berundur dengan memusnahkan jambatan, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan, tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun. Di Sarawak, British melaksanakan taktik Bumi Hangus dengan membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumendokumen kerajaan. Kemusnahan akibat peperangan di Tanah Melayu telah turut memusnahkan impian Jepun untuk menguasai bahan mentah di Negara kita.

Perjuangan Laftenan Adnan Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan telah mengetuai pasukannya bermati-matian mempertahankan tanah air. Beliau akhirnya gugur semasa mempertahankan tanah air di Bukit Gap, Singapura. Sepuluh minggu selepas Jepun mendarat, seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.

3.

4.

Kelengkapan Perang Tentera Perancangan Awal Gunakan Propaganda Menjalankan risikan Kapal terbang pejuang moden Gunakan kereta kebal

Pakatan Jepun Thailand Thailand memberi laluan mendaratkan tenteranya. Jepun janji serahkan NMU kepada Thailand

Taktik Serangan Jepun Kelemahan Tentera British Tidak bersedia Kurang latihan Askar India ubah sikap Tumpuan pertahanan di Singapura Faktor Kejayaan Jepun mengalahkan Brtish di Tanah Melayu Memusnahkan Pearl Habour pengkalan utama tentera Amerika di Asia Pasifik Tumpukan serangan dari utara

Semangat Tentera Jepun


Berjuang untuk kemegahan Rela mati demi Maharaja Berpengalaman terlibat dalam Perang China Jepun

Peranan KMM Membantu sebarkan propaganda Jepun. Memberi maklumat risikan Menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

Dasar Pemerintahan Jepun

ketenteraan

Negeri-negeri Melayu Utara

Mengamalkan pemerintahan tentera di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak..

Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Negara Thailand menghargai kerjasama Negara tersebut kepada Jepun

Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru) Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan) Sabah, Sarawak dan Brunei

Pentadiran Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan di bawah satu pentadbiran pusat diketuai oleh pengarah Agung di Singapura

Di bawah pentadbiran pusat diikuti oleh pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri. Pentadbiran Wilayah diketuai oleh gabenor Wilayah..

Digabungkan di bawah satu unit pentadbiran pusat iaitu pentadbiran Borneo Utara. Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral beribu pejabat di Kuching. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah Sabah dibahagikan kepada dua wilayah. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah.

Dasar Pentadbiran Jepun

Dasar yang diperkenalkan bertujuan untuk mencapai matlamat penjajahan mereka. Penduduk tidak boleh menyuarakan pendapat mereka. Kebajikan penduduk tidak dijaga. Dasar yang diperkenalkan mempunyai muslihat yang tertentu. Apabila hampir kalah, barulah dasar yang lebih bermanfaat diperkenalkan untuk mendapatkan sokongan rakyat apabila British kembali semula.

DASAR POLITIK Kedudukan Sultan Bukan pemerintah negeri. Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat melayu Diberi elaun sama semasa pemerintahan British Status Tanah Melayu Menjadi tanah jajahan Majlis Agama Islam Ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.

EKONOMI Eksploitasi Ekonomi Ekonomi dimajukan untuk menampung perbelanjaan perang dan kegiatan industri Jepun. Mata Wang Diperkenalkan (Wang Pokok Pisang) Pengenalan ekonomi kawalan Mengiatkan ekonomi sara diri untuk makanan harian. Catuan makanan untuk menampung kekurangan makanan Layanan istimewa kepada Syarikat Jepun (kaisha) Orang Melayu Dilayan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka

PENJEPUNAN DAN SOSIAL Pengaruh Barat dan China Menutup sekolah Inggeris dan Cina untuk menghapuskan pengaruh mereka. Kesetiaan terhadap Jepun Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun. Kamigayo Lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan setiap pagi di sekolah Penggalakan budaya Jepun Nippon-Go menjadi bahasa pengantar di sekolah Cuti berdasarkan hari-hari perayaan Jepun

Orang Cina Dilayan dengan kasar kerana menyokong Negara China dalam perang China Jepun. Orang India Dilayan baik kerana inginkan kerjasama mereka mengahalau British di India 6

Reaksi Penduduk

Orang Melayu

Orang Cina

Tidak menentang dan ada sebahagian mengalu-alukan kedatangan..

Mereka terpengaruh dengan slogan Jepun.. Mereka diberi layanan baik oleh Jepun.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob mengadakan pakatan sulit dengan harapan akan diberi kemerdekaan oleh Jepun.

Dipengaruhi oleh Perang China-Jepun 1937. Kebanyakan mereka terlibat dalam gerakan anti Jepun. Mereka memulaukan barangan Jepun dan memungut derma untuk membantu Negara China. Ada pemuda Cina kembali ke Negara China untuk menyertai peperangan. Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, Orang Cina dilayan kasar dan ada yang dibunuh. Ada orang Cina menyokong Jepun untuk kepentingan perniagaan

Sokongan tidak kekal kerana dasar ketenteraan Jepun menyusahkan rakyat. Slogan hanya untuk kepentingan mereka dan Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan, sebaliknya menjadi tanah jajahan. Negeri-negeri Melayu Utara pula diserahkan kepada Thailand. Pada awal pendudukan Jepun, kedudukan Raja-Raja Melayu tidak diiktiraf. KMM juga diharamkan oleh Jepun.

Orang India

Mendapat layanan baik kerana Jepun memerlukan sokongan mengusir British di India. Jepun mempengaruhi orang Inida supaya bekerjasama dengan mereka mengusir British. Jepun telah mendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India, sebahagian besar orang Inida menyertainya.

MPAJA Ditubuhkan oleh PKM Bekerjasama dengan British mendapat bantuan kewangan, senjata dan latihan ketenteraan. Menggunakan taktik perang gerila

Pasukan Gerila di Sandakan Menjalankan gerakan penentangan di Sandakan

Askar Melayu Setia (AMS) Melancarkan perang gerila. Bekerjasama dengan Force 136.

Pasukan Wataniah Pahang Gerila Kinabalu Dipimpin oleh Albert Kwok. Melancarkan pemberontakan Double Tenth menentang Jepungagal. Berikutan tindakan kejam Jepun maka muncullah gerakan anti Jepun. Bergerak secara gerila dan ada yang mendapat sokongan British Pemerintah Kehormatnya Sultan Pahang. Pasukan Wataniah Pahang diketuai oleh Yeop Mahidin.

Force 136 Penentangan di persisir pantai Sarawak Menjalankan gerakan membantu tentera bersekutu mengusir tentera Jepun di sarawak Pasukan Gerila Datu Mustapha Menjalankan gerakan penentangan di Kudat Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah. Anggotanya mendapat latihan tentera bersekutu di Sri Lanka

Kesan Pemerintahan Tentera Jepun

Menjelang 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah kalah, Jepun enggan. Pada 6 Ogos 1945, tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di Hroshima. Pada 9 Ogos 1945, bom atom digugurkan di Nagasaki. Pada 15 Ogos 1945, Jeneral Seishiro Itagaki menyerah kalah kepada tentera Bersekutu tanpa syarat. Pada 10 September, pemerintah tentera Jepun ke-37 di Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surrender point, Labuan

Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk tempatan. Slogan Asia Untuk Orang Asia berjaya mempengaruhi penduduk tempatan untuk menolak penjajahan.

Kegiatan Politik di Tanah Melayu diawasi. Kebebasan bersuara disekat Akhbar yang mencurigakan Jepun diharamkan. KMM juga diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.

Semangat Kebangsaan semasa Jepun mempunyai haluan berbeza mengikut kaum. Orang India berusaha untuk memerdekakan India. Orang Cina anti Jepun, menubuhkan MPAJA dan bekerjasama dengan Force 136. MPAJA dikenali dengan nama tentera Bintang Tiga melambang tiga kaum utama di Tanah Melayu

Kesan Politik

Apabila menerima tekanan tentera Bersekutu, Jepun memberi kelonggaran kepada pertubuhan politik seperti KMM. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama-sama Indonesia. KRIS ditubuhkan untuk mencapai matlamat tersebut

Bagi mengatasi kekurangan pegawai awam, Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Antara yang terlibat (pegawai daerah) i. Abang Haji Openg ii. Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman Leftenan Kolonel PETA i. Ibrahim Haji Yaakob Dr Burhanuddin Alhelmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan adat Istiadat Melayu Datok Onn dilantik Pengawal makanan Negeri Johor

Ekonomi Tanah Melayu merosot. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan. Kadar pengangguran meningkat. Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi. Kawalan kawasan menyebabkan bahan mentah tidak dapat dieksport.

Kesan Ekonomi Semasa Pendudukan Jepun

Untuk mengatasi kekurangan makanan Jepun telah mengenakan catuan. Kad catuan diedarkan untuk memastikan setiap keluarga mendapat makanan seperti yang ditetapkan oleh Jepun. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan gantian. Ada penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Ekonomi kawalan hanya menguntungkan Jepun dan bukan rakyat. Amalan rasuah, menyorok barang dan pasaran gelap meluas. Inflasi berlaku kerana mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan.

Penderitaan hidup menyebabkan penduduk menjadi kreatif dan banyak menghasilkan bahan ciptaan baru Kasut getah daripada getah keping, kain daripada benang nanas telah dihasilkan Perusahaan tradisional seperti membuat minyak kelapa, gula kelapa dan rokok daun dihidupkan semula. Ubat-ubatan tradisonal juga turut menjadi penting.

Sebahagian besar penduduk sengsara. Barang-barang keperluan sukar diperoleh dan harga yang tinggi.

10

Peperangan menyebabkan penduduk dalam ketakutan Perintah berkurung dan sekatan perjalanan telah dikenakan. Perasaan mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang dianggap anti Jepun. Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun. Kempetai sentiasa mencari sesiapa yang bersalah. Hukuman mati dan dera dijalankan di khalayak ramai. Ramai yang menjadi buruh paksa dan ada penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thailand-Burma.

Kesan Sosial Semasa Pendudukan Jepun

Kemudahan kesihatan terjejas teruk akibat peperangan. Wabak penyakit merebak disebakan kekurangan zat makanan. Kebuluran berleluasa dan bekalan ubatan sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jepun merampas ubatubatan untuk kegunaan sendiri.

RUMUSAN Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan masyarakat di Negara kita. Slogan Jepun hanyalah sekadar untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan dan mencapai hasrat mereka. Semangat nasionalisme semakin berkembang di kalangan rakyat tetapi berpaksi kepada Negara asal mereka.

11

1.1 Pemerintahan tentera Jepun 1.1.1 Kedatangan Tentera Jepun


Perang Rusia-Jepun 1904-1905

1. Maklumat di atas berkaitan perang antara Jepun dan Rusia. Apakah kesan kejayaan Jepun mengalahkan Rusia? ( m/s 3) A. B. C. D. kebangkitan semangat kebangsaan perkembangan parti politik radikal kemunculan fahaman politik sederhana ia dianggap sebagai sebuah kuasa besar
Gambar Maharaja Mikado Meiji

2. Gambar di atas adalah Maharaja Jepun yang Memerintah dari tahun 1868 hingga tahun 1912. Sumbangan Meiji ke atas Jepun ialah (m/s 3) A. B. C. D. Melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara Melakukan pemulihan dengan menumpukan kepada permodenan Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh masa sepuluh tahun Menyeru rakyat Jepun berperang untuk membebaskan Asia

3. Mengapakah Jepun mewajibkan rakyat di Tanah Melayu mempelajari bahasa Jepun? (m/s 7) A. B. C. D. rakyat mudah berkomunikasi dengan Jepun menyemaikan semangat cinta kepada Negara menghapuskan pengaruh barat di Tanah Melayu rakyat boleh berbahasa Jepun dan membantu pentadbiran Jepun X
Dasar Bumi Hangus

4. British melancarkan gerakan di atas semasa kemaraan Jepun di Borneo pada tahun 1942. X dan Y ialah (m/s 10) klon 1999 I. Memusnahkan lombong bijih timah. II. Memusnahkan dokumen kerajaan. III. Membakar telaga minyak IV. Memusnahkan ladang getah. 12

13

Anda mungkin juga menyukai