Anda di halaman 1dari 22

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPT / 2011

HBEF1503 MASYRAKAT DAN TAMADUN

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE NAME

: 750620126206001 : 750620-12-6206 : 0135571200 : rohanajukarna@yahoo.com.my : SANDAKAN BRANCH : ROHANA BT HJ JUKARNA

[1]

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Definisi Budaya 1.2 Definisi Tamadun 1.3 Kolerasi Antara Tamadun dan Budaya 2.0 FUNGSI BUDAYA 3.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA 4.0 CONTOH CONTOH BUDAYA YANG BAIK DAN TEPAT 5.0 KESIMPULAN 6.0 RUJUKAN

MUKA SURAT 3 3-4 4-5

6 7-10 10-17

18-19 20

[2]

1.0 PENDAHULUAN Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbaza daripada haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza.Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan.Perlakuan mereka dikawal dan didorong oleh akal.Perbezaan ini berlaku kerana manusia mempunyai budaya dan tamadunnya yang tersendiri. Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satunya ialah peranannya dalam mempromosikan keamanan dan keharmonian antara pelbagai bangsa dan masyarakat . Budaya yang dikonsepkan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan,pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah

satu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behavior) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya.Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi merupakan sesuatu budaya. 1.1 DEFINISI BUDAYA Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya.Perkataan budhi bermaksud kecerdasan fik iran dan akal manakala perkataan daya pula bermaksud kekuatan kuasa,tenaga dan pengaruh.Jika dicantu mkan kedua-dua perkataan tersebut,budaya membawa maksud tenaga fikiran,usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa ( Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963 ). Dictionary of Philosophy ( 1996) memberikan maksud budaya sebagai : the way of life of a people,including their attitudes,values,beliefs,arts,sciences, modes of perception, and habits of thought and activity.Cultural features of forms features of forms of life are learned but often too pervasive to be readily niticed fromwithin. Terdapat satu lagi definisi budaya yan dianggap klasik dan diguna pakai secara sejagat oleh sarjana sarjana antropologi.Antropologis E.B. Taylor berpendapat bahawa : Budaya merujuk kepada suatu ksuluruhan yang merangkumi pengetahuan,kepercayaan, Seni,tatasusila,serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sebuah masyarakat

[3]

Definisi Tylor ini tertumpu kepada sifat sifat yang diperolehi oleh manusia hasil daripada membesar di dalam masyarakat yang didedahkan kepada tradisi budaya tertentu.Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan ( enculturation ). Proses ini bukanlah proses biologi di mana budaya itu di turunkan dari generasi ke generasi secara genetik ,tetapi melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat. Definisi budaya yang paling sesuai digunakan adalah seperti berikut : Budaya itu suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai nilai , kepercayaan dan pantang larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui prosese pembudayaan. 1.2 DEFINISI TAMADUN Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (ChandraMuzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki,2002: 3). Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris.Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city (bandar). Sehingga tahun 1732, ia merujuk kepada proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772 (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zaino, 2000). Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan.

[4]

PENGERTIAN TAMADUN MENGIKUT BEBERAPA TOKOH TERKENAL. Secara ringkasnya, pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang

mewakili pemikiran tamadun Barat, Islam dan Melayu seperti yang telah dibincangkan oleh Marzuki(1994 : 51-59) dan Mohd Liki Hamid (2004 : 9) seperti berikut; Tamadun Menurut Sarjana Barat Arnold Toynbee: Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik, pengetahuan dan seni. Tamadun Menurut Sarjana Islam Ibn Khaldun :Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan - bahan makanan, pakaian, peralatan rumahtangga dan sebagainya. Tamadun Menurut Sarjana Melayu Wan Hashim Wan Teh : Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan,agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik.Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau materialsebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya,manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual atau antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga meletakkan aspek keagamaan dan moral suatu unsur penting selain pembangunan material kerana menerima pengaruh besar daripada Tamadun Islam.

[5]

1.3 KOLERASI ANTARA TAMADUN DAN BUDAYA Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil ciptaan manusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan fikiran untuk menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia melahirkan keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang maju dengan mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-asas pembangunan dan pemodenan. Budaya mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan tamadun kerana dengan

adanya budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan masyarakat atau sesebuah negara yang bertamadun dari aspek material,moral(spiritual),dan estetik. Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan kesamaan sumber kedua-duanya yang dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini . Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut: Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan: lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah, sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam diSemenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

[6]

2.0 FUNGSI BUDAYA Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta oleh manusia itu sendiri bagi memenuhi keperluan hidup . Menurut Mohd.Taib Osman,1988, terdapat dua peranan pembentukan budaya : pertama , membina imej negara yang beridentiti; dan kedua,memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian , kemanusiaan ,spiritual dan mental . Terdapat pelbagai fungsi budaya ,antaranya ialah : a. Menjadikan sesebuah masyarakat itu beradab dan bersopan. Budaya dapat mengatur pergaulan dan perhubungan antara anggota masyarakat agar masyarakat berada dalam keadaan yang lebih teratur dan tidak berkonflik.Sebagai contoh,budaya menghormati orang tua bertujuan menjadikan setiap masyarakat beradap dan bersopan terutama dengan orang lebih tua usianya samada dalam

pergaulan,pertuturan dan juga pamatuhan Di dalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Di dalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Keluarga juga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. b. Budaya mencermikan agama,bangsa dan adat sesuatu masyarakat . Budaya ialah satu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat dan identiti sesuatu masyarakat. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama.Hal
[7]

ini dapat dilihat daripada cara berpakaian,makanan,tradisi,seni bina,agama dan kepercayaan dan sebagainya.Contohnya,masyarakat Minangkabau terkenal dengan adat pepatih seni bina bentuk rumah mereka. Bagi kaum Baba Nyonya pula,mereka mula diperkenalkan dengan pakaian tradisisonal yang bercorakkan kebaya yang anggun yang mana pembuatnnya memerlukan kepakaran untuk menyulam corakcorak yang seakan seperti renda yang halus. Di Sarawak, pakaian yang lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak terkenal kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan tradisional, serta tengkolok bulu burung. Sabah juga mempunyai jenis-jenis suku kaum yang pelbagai. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masing-masing. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dan dastar kaum Bajau . Masyarakat Cina juga menganggap warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) sebagai warna pilihan utama mereka. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Bukan setakat itu, warna merah juga sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina . Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun. Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlismajlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. c. Budaya dapat menyatupadukan rakyat. Budaya dapat membentuk satu masyarakat yang mempunyai jati diri dan mempunyai semangat kekitaan seterusnya dapat mengatur hubungan sesama manusia .Kepelbagaian budaya yang ada di negara kita dapat melahirkan masyarakat yang memahami dan menghormati budaya

setempat.Pada musim-musim perayaan contohnya,budaya kunjung-mengunjung sering diamalkan tanpa ada persaan kekok dan janggal. Hal ini akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan seterusnya dapat mewujudkan integrasi yang menjadi akses kepada perpaduan negara . Budaya yang sebati dalam kalangan masyarakat dapat mengelak berlakunya perbalahan yang boleh mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang yang tidak berdosa .
[8]

Antara peristiwa hitam yang terhasil daripada pergolakan fahaman dan budaya ialah Peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku di negara kita . Manakala di luar negara pula ialah semasa penghapusan etnik Islam Bosnia oleh Serbia pada tahun 1992. d. Budaya sebagai peraturan dan panduan hidup. Budaya dapat dijadikan sebagai panduan kepada anggota masyarakat dalam setiap tingkah laku.Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.Selain itu, budaya juga memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam setiap perlakuan . Contohnya,dalam masyarakat Melayu anak dara tidak boleh menyanyi di dapur semasa memasak.Pantang larang ini mempunyai maksud yang tersirat sebenarnya iaitu agar anak gadis dapat menjaga perlakuan semasa memasak.Ini kerana jika mereka asyik menyanyi maka dikhuatiri mereka akan terlupa masakan mereka dan akan menyebabkan masakan mereka hangit. Budaya yang terdapat dalam masyarakat juga adalah berteraskan kepada pegangan agama masing-masing agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan berlandaskan peraturan yang digariskan oleh agama.Sebagai contoh , masyarakat yang beragama Islam wajib menjalankan ijab kabul ( berkahwin) dahulu sebelum tinggal sebumbung bersama pasangan masingmasing.Ini adalah untuk mengelakkan keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan masyarakat. e. Dapat memahami budaya masyarakat lain . Apabila kita memahami budaya maka adalah lebih mudah kita menyesuaikan diri dikalangan kelompok manusia lain yang kita gauli.Memahami pantang larang, hukum-hakamyang ringkas akan membantu kita mengelakkan diri daripada menimbulkan kontroversi dalam berkomunikasi dan saling berhubung.Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkalaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.Memahami budaya dan masyarakat lain pula membolehkan individu tidak mengalami kejutan budaya.Dia lebih bersedia menghadapi perbezaan yangwujud.Contohnya, seseorang dari negara pertanian tidak akan terkejut dengan budaya negara industri sekiranya beliau membuat kajian terlebih dahulu.Dalam konteks Malaysia pula,penghijrahan beramairamai anak-anak muda dari desa ke kota samada untuk bekerja, melanjutkan pelajaran,
[9]

atau menyertai arus perdana menjana ekonomi menimbulkan pelbagai gejala baik kepada individu itu sendiri mahupun masyarakat yang baru disertainya. Proses sosio budaya orang baru tersebut dapat ditangani jika mereka mengkaji terlebih dahulu tentang baik buruk budaya di bandar yang adakalanya boleh diterima dan adakalanya dianggap sebagai pengacau kepada budaya sedia ada. f. Membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Budaya juga berfungsi membezakan manusia dengan binatang walaupun kita berada dalam satu arena yang sama iaitu alam semesta ini. Perkembangan sosio masyarakat manusia meninggalkan binatang begitu jauh walaupun pada asalnya cara hidupnya adalah hampir sama. Setelah manusia mula menstrukturkan hidupnya kepada hidup secara

berkelompok,maka ia menjadi semakin kompleks. Setelah satu peringkat, manusia menjadikan sifat binatang sebagai satu kayu pengukur kepada ketamadunan. Sesebuah masyarakat dianggap tidak mempunyai tamadun selagi mereka masih tidak menetap dan menjadi masyarakat pengeluar.Manusia juga dianggap tidak bertamadun jika masih suka bercakaran, kasar dan tidak beradab sopan.Maka budayalah di sini menjadi pengukur kepada manusia untuk dibezakan daripada binatang .Keruntuhan budaya juga dapat diperhatikan dengan jelas apabila manusia mula mengadaptasi kembali sifat binatang di dalam diri mereka. Difusi budaya jelas kembali kepada sifat haiwan sosial 3.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA Kepelbagaian budaya membawa maksud terdapat variasi budaya dalam satu penempatan.Ia merangkum kepada aspek ekonomi , politik ,dan sosial .Malaysia diwakili tiga kaum yang terbesar iaitu kaum Melayu,Cina,India dan masyarakat minoriti daripada masyarakat kaum asli . Manakala di Sabah pula diwakili oleh masyarakat pribumi seperti kaum

Dusun,Kadazan,Bajau ,Sungai dan sebagainya.Manakala di Sarawak pula diwakili oleh kaum Iban,Dayak,Melanau,Melayu,Bidayuh dan beberapa etnik yang lain.Ini menyebabkan Malaysia mengamalkan konsep akomodasi budaya, di mana setiap kaum dan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

[10]

Jalinan masyarakat majmuk

di negara kita telah menyumbang kepada kepelbagaian

budaya .Hal ini menyebabkan negara kita menjadi sebuah negara yang sangat unik kerana masyarakat yang boleh tinggal sebumbung walaupun berbeza fahaman politik,anutan agama,bahasa,adat resam dan sebagainya.Kepelbagaian budaya ini dapat dilihat dari segi , Dari segi ekonomi, dapat kita lihat semasa pemerintahan British dan awal kemerdekaan masyarakat Melayu bekerja dalam bidang pertanian di kampung-kampung.masyarakat Cina bekerja dalam bidang perlombongan bijih timah dan perniagaan di bandar-bandar,dan masyarakat India bekerja di estet-estet sebagai penoreh getah dan sektor pengangkutan seperti keretapi .Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menggalakkan penghijrahan masuk masyarakat Cina dalam sektor perladangan getah dan dan tembakau. Manakala di Sarawak pula, keluarga Brooke yang memerintah pada masa itu juga menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja dalam bidang sebagai pedagang,petani dan pelombong. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu pada zaman itu menjadi bertambah mundur dan ketinggalan. Dalam bidang ekonomi , faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan . Dalam hal ini masyarakat Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang tinggi berbanding masyarakat lain. Perkara ini menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan dan agihan ekonomi. Oleh yang demikian, pihak kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang perbezaan tersebut agar Malaysia menjadi sebuah negara yang moden dan maju di mata dunia. Seperti di negara membangun yang lain , Malaysia mencorakkan sistem politiknya melalui aspek kepelbagaian kaum yang terdapat di negara itu sendiri .Oleh itu,usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama antara kaum terus menjadi agenda utama negara.Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi secara berkesan.Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO (Melayu), MCA (Cina),dan MIC (India) telah berjuang dan bersatu mendesak British untuk menuntut kemerdekaan negara. Menurut R.K.Vasil ( 1980 ),Pakatan daripada Parti Perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh kaum-kaum lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi orang
[11]

Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam beberapa perkara asas . Di Sabah dan Sarawak, persoalan politik berkisar kepada beberapa etnik terbesar yang tiada majoriti.Maka di wilayah seperti Sabah dan Sarawak termasuk Pulau Pinang yang mempunyai kaum Melayu dan kaum Cina yang sama banyak,hubungan politik yang didasarkan kepada keikhlasan adalah sangat penting . Politik Malaysia kini amat jauh berbeza berbanding dengan Malaysia pada awal era kemerdekaan . Ternyata kini,Malaysia sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.Sebahagian daripada kejayaan tersebut ialah hasil daripada kejayaan para pemimpin negara dalam menyatupadukan semua golongan kaum dalam pakatan Barisan Nasional. Dari segi sosial, kepelbagaian budaya dapat dilihat daripada latar belakang pendidikan,corak perhubungan,dan adat resam sesebuah kaum. Dari segi latar belakang pendidikan sebelum Penyata Razak diperkenalkan ,tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional di negara kita. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris,Melayu,Cina dan India.Setiap kaum mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza. Pada zaman penjajahan British,sistem pendidikan terbahagi kepada tiga peringkat.Pertama,pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu,hartawan Cina dan India.Kedua,sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka selain membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran.Ketiga,sekolah vernakular Cina dan India dimana kurikulum,sukatan mata pelajara dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka.Walaubagaimanapun, Penyata Razak 1957 dan Panyata Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan matlamat menyatukan kanak-kanak berbilang kaum di bawah satu system pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu Bahasa Melayu .( Wan Hashim , 1983 ). Selain itu,selepas peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969,Parti UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan Bahasa Melayu.Secara beransuransur,mulai Julai 1969, kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti disamping mengambil langkah memperbanyak penubuhan IPT bagi mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke universiti. Kesannya,kemasukan pelajar Melayu ke Universiti telah meningkat daripada 20 % kepada 60 % pada tahun 1975. ( Milne dan Mauzy 1986 ). Pada masa yang sama,masyrakat Cina dan India merasakan satu keperluan untuk melindungi warisan nenek moyang mereka melalui wadah pendidikan . Oleh yang demikian, mereka mempertahankan
[12]

sekolah jenis kebangsaan . Namun begitu , sukatan pelajaran bagi jenis sekolah ini adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia..Hal ini penting untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai. Dari segi adat resam Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Kewujudan pelbagai etnik ini jelas membuktikan bahawa negara kita berada dibawah naungan yang aman dan damai. Dahulu kala, sejarah silam Malaysia yang menarik telah memukau para pedagang untuk bertandang dan menjadikannya sebagai sebuah pusat gabungan pelbagai budaya. Jika dilihat kini, Malaysia adalah segala- galanya. Kepelbagaian kaum utama seperti Melayu, Cina dan India telah membuktikan bahawa negara kita aman dan damai dalam segala aspek di samping wujudnya etnik- etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak khususnya. Umum diketahui bahawa penduduk melayu,cina dan pelbagai kaum lain telah hidup sejak beberapa generasi yang lalu dan budaya yang berbeza ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Hari ini, kaum Melayu telah membuktikan bilangan kaum yang paling ramai yang merangkumi 50 peratus penduduk di Malaysia. Orang melayu merujuk kepada mereka yang beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan melayu, berbahasa melayu dan mempunyai keturunan melayu. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik yang kedua terbesar yang mana merangkumi 25 populasi. Mereka ini berasal daripada pendatang pada kurun ke-19 yang terkenal dengan aktiviti berniaga. Terdapat tiga kumpulan kecil dalam kaum ini yang menggunakan dialek Cina yang berbeza. Antaranyaialah,Hokkien ,Kantonis, dan Mandrin. Bagi kaum India pula, ia merupakan kumpulan etnik yang terkecil yang dapat dilihat dan merangkumi 10 populasi.kebanyakan daripada mereka ini berasal dari Selatan India yang berbahasa tamil yang dating sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka telah berhijrah ke tanah melayu dengan tujuan dapat memperolehi kehidupan yang lebih baik berbanding dengan sistem kasta yang diamalkan di negara asal mereka. Kebanyakan daripada mereka ini merupakan penganut agama Hindu, dan kedatangan mereka meninggalkan pelbagai kesan mendalam dan unik apabila dapat dilihat kesannya terhadap kewujudan kuil- kuil,makanan yang pedas dan pakaian sari yang mewah.

[13]

Selain dari tiga kaum yang utama di Malaysia, terdapat juga kumpulan etnik pribumi yang menjadikan negara Malaysia bertambah meriah dan unik. Kumpulan etnik orang asli adalah salah satu daripadanya. Mereka ini dibahagiakan kepada tiada kumpulan utama iaitu Negrito,Senoi, dan Proto Melayu. Walaupun kumpulan etnik ini kecil, tetapi mereka mempunyai bahasa yang tersendiri dan pekerjaan utama mereka lebih tertumpu kepada nelayan, peladang dan sebahagian daripada mereka yang kerap berpindah-randah.

Sarawak pula merupakan salah sebuah negari yang kaya dengan etnik yang begitu unik dan menarik jika diperhatikan. Antaranya ialah, etnik Iban yang merupakan etnik yang terbesar di Sarawak,disusuli dengan Bidayuh dan Orang Ulu. Bagi etnik iban, mereka dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun mereka ini sebenaranya kaum yang datang dari hulu sungai di tengah- tengah Kalimantan. Suatu ketika dahulu, mereka adalah pejuang yang gagah perkasa dan terkenal dengan gelaran ngayau atau membawa erti pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. Secara tradisinya, mereka menyembah tiga Tuhan dibawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan Burung peperangan. Berlainan pula dengan etnik Bidayuh,mereka ini terkenal ini keramahan budaya mereka. Kawasan yang menjadi tumpuan untuk kehidupan mereka pula ialah kawasan pergunungan negeri, dan mereka ini terdiri daripada peladang dan pemburu. Salah satu amalan tradisi bagi kaum ini ialah meminum tuak ( arak beras) dan sewaktu zaman pemburuan kepala, hasi l pemburuan resebut diletakkan di dalam sebuah baruk. Mereka ini menganut ajaran Animisme dan kini ramai diantara mereka menganut agama Kristian. Tedapat juga etnik Orang Ulu yang terkenal apabila mereka ini tinggal di kawasan hulu sungai Sarawak dan merupakan kaum pribumi Borneo yang paling Artistik, dengan penggunaan peralatan yang dihiasi seni tangan manik yang halus. Bagi kaum wanita yang berpangkat tinggi dalam etnik ini, turut menghiasi tubuh mereka dengan seni lukisan tatu. Di Sabah pula, kaum etnik yang terbesar adalah Kadazan,Dusan,Bajau dan Murut. Bagi etnik Kadazan Dusun ini, mereka digabung dari dua kaum iaitu Kadazan dan Dusun kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Namun begitu, mereka ini berbeza apabila kaum etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dengan penanaman padi, sementara etnik Dusun pula tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Kaum etnik yang kedua terbesar di Sabah telah dimonopoli oleh etnik Bajau. Mereka ini asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Ombah Dilaut yang bermaksud (Tuhan Laut) dan sering
[14]

kali dikenali sebagai gipsi laut .Terdapat juga diantara mereka yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan telah menjadi peladang serta penternak. Bagi penternak pula, mereka ini dikenali sebagai Koboi Laut kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Selain itu, terdapat juga etnik murut yang merupakan etnik yang ketiga terbesar di Sabah. Secara tradisinya, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka ini juga merupakan etnik Sabah yang terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini mereka menjalankan aktiviti menanam padi humadan ubi kayu,sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Jelaslah, kewujudan pelbagai etnik merupakan satu gambaran yang unik selaras menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik tanpa sebarang anasir- anasir yang negatif.

[15]

Suku Kaum

Agama

Pakaian

Makanan

Adat Resam/Pantang Larang a.Anak gadis di larang

Kebudayaan

Perayaan

a.Tarian Zapin,Inang,Joget b. Boria, Dikir Barat, Wayang Kulit Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Qurban,Maal Hijrah,Maulidur Rasul

Baju Melayu, Kurung ,Kebaya Melayu Islam

Nasi lemak, rendang , masak lemak cili api ,dsb

menyanyi di dapur b. Adat Perkahwinan merisik-bertunang - akad nikah (berkahwin)

Ceongsam,Samfu, Kebaya Nyonya(masyrakat Cina Buddha, kristian Baba-Nyonya)

Sup,Bubur nasi, Kuih Bulan,Mantou(pau kukus)

a.Wanita hamil dilarang memaku kerana dikhuatiri anak akan cacat b. Nama anak yang baru lahir perlu mengandungi unsur tanah,emas,air,kayu,tanah,api dan saling melengkapi.

a.Tarian Singa, Opera Cina

Tahun Baharu Cina,Cap Goh Meh,Perayaan Kuih Bulan,Hari Wesak,Krimas

Hindu, Kristian, India Islam Sikh

Sari , Dhoti,Salwar Kameez(Baju Punjabi)

Masakan Kari,Roti Canai,Teh Tarik,

a.Menyapu campuran madu dan minyak sapi di bawah lidah bayi yang baru dilahirkan agar bayi mudah bertutur. b. Mengadakan hari per kahwinan pada waktu tengah malam atau sewaktu matahari naik agar terhindar daripada panahan mata jahat.

Tarian Bharata Natyam,Tarian Kathak,Tarian Bhagra

Deepavali, Hari Wesak , Ponggal bagi yang beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh

[16]

Orang Asli ( Suku Semai)

Islam, Kristian, Animisme

Beras,ubi kayu,hasil hutan seperti ulamulaman dan hasil buruan,Wajik Periong(gulai bercampur telur rebus dan beberapa jenis ubi)

a. Mengadakan upacara bersemah sewaktu memasuki rumah baru untuk menghalau hantu

a.Tarian Modek(Joget Orang Asli)

Hari Genggulang/ Hari Menuai

Bumiputera Sabah

Islam, Kristian, Animisme

Tuhai,Tapai,Masak Ampap-ikan sungai masak Kunyit. Tamba Jeruk Ikan Mentah (Suku Kaum Sungai)

a.Sogit - Bayaran penyejuk apabila timbul sesuatu pertelingkahan

a.Tarian Sumazau(Dusun) b. Tarian Monimpus(Sungai) c.Tarian Igal-Igal ( Bajau)

Pesta Keamatan,Pesta Perahu Berhias

Bumiputera Sarawak

Islam, Kristian, Animisme

Tapai,Tuak,Ulat Sagu

a.Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan besi atau kayu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan akan cacat penglihatan (Iban)

a.Tarian Ngajat

Hari Gawai,Pesta Kaul,kenduri Sare(Melanau)

Jadual 3.1 Kepelbagaian Budaya di Malaysia

[17]

4.0 CONTOH CONTOH BUDAYA YANG BAIK DAN TEPAT Meskipun terdapat pelbagai budaya yang terdapat di seluruh dunia,tidak semua budaya itu sesuai atau pun baik untuk dicontohi dan diamalkan.Terdapat beberapa contoh budaya yang baik dan tepat untuk dijadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan . Antaranya ialah : Budaya memberi salam Budaya ini dapat dilihat dalam masyarakat Melayu dan India yang akan menyebut perkataan assalamualaikum dan dijawab dengan perkataan walaikumsalam manakala bagi masyarakt India pula ialah dengan menyebut perkataan vanakam dan saling bertanyakan khabar.Ini dapat mengeratkan hubungan sesama insan. Budaya Kunjung-mengunjung- Semua masyarakat dan bangsa di dunia ini masih mengamalkan budaya kunjung-mengunjung tidak kira semasa perayaan,kematian dan sakit. Budaya Menghormati Ibubapa/orang yang Lebih Tua dan Pemimpin .Budaya ini akan melahirkan masyarakat yang beradab dan bersopan dan menghormati pemimpin agar dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni Adab semasa makan - Semasa makan, suku kaum Semai tidak dibenarkan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu suasana sedang makan seperti bercakap, meninggikan suara, bertengkar, menyanyi , bersiul dan makan bersepah kerana dikhuatiri semangat makanan akan hilang dan sukar mencari rezeki. Ia juga boleh menyebabkan orang sedang makan tercekik tulang. Kaum semai tidak membenarkan mengucap perkataan balec iaitu mengejek jenis-jenis makanan yang dimakan kerana dikhuatiri berlaku cirit-birit. Kaum Semai sentiasa duduk bersila (bagi lelaki ) dan bersimpuh (bagi perempuan) ketika sedang makan. Berkhatan/Bersunat/Cukur Rambut -.Berkhatan atau bersunat adalah budaya masyarakat Melayu yang juga dituntut dalan Islam . Ini adalah untuk memastikan kebersihan alat kelamin sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengutamakan kebersihan dan kesihatan .Begitu juga denga budaya mencukur rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Azan dan Iqamat semasa menyambut kelahiran bayi -Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya
[18]

merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah. Adab Menanam Uri dan Tembuni Masyarakat Melayu dan India mempunyai pendekatan yang lebih kurang sama semasa proses memotong tali pusat dan membasuh sehingga bersih serta menanam uri dan tembuni tersebut agar tidak dimakan oleh haiwan seperti anjing.. Ini bertujuan sebagai menghormati dan menghargai uri dan tembuni yang menjadi rakan bayi selama dalam kandungan si ibu. Budaya Memakai Pakaian Tradisional Masyarakat seharusnya memartabatkan pemakaian pakaian tradisional kerana selain untuk mengekalkan identiti sesebuah kaum melalui cara berpakaian agar tidak di telan zaman ianya juga dilihat sebagai bersopan.Pemakaian baju kurung contohnya,pemakainya akan nampak ayu dan bersopan kerana pakaian ini tidak menjolok mata.

[19]

5.0 KESIMPULAN Tamadun dunia dipelopori oleh tamadun Islam walaupun cuba di sanggah oleh penemuan dunia baru daripada penyatuan Amerika Syarikat pada abad ke 20 yang berteraskan nilai-nilai kebebasan, individualisme dan demokrasi liberal. The American Creed kini telah diterima pakai sebagai teras tamadun barat dan mereka telah berusaha sedaya-upaya meluaskan ideologi ini di seluruh dunia.Ia telah meruntuhkan tembok Berlin dan sekarang mereka mencari musuh baru dan kini kita dapat lihat isu Islamlah yang menjadi mangsa serangan ideologi mereka kerana Islam dilihat sebagai agama yang penuh dengan doktrin dan sekatan daripada manusia mencapai kebebasan. Kepelbagaian budaya bukanlah satu penghalang kepada manusia untuk hidup sejahtera didunia ini. Kefahaman tentang budaya akan membentuk tamadun sebenar manusia secara global dalam usaha mencari unsurunsur kekurangan atau penghalang kepada kesejahteraan hidup dihari mendatang . Nilai murni yang telah diwarisi daripada budaya beragama sepatutnya dapat menjadi benteng perpecahan dalam kalangan masyarakat dunia dan sifat babaric yang ada dalam kalangan ahli masyarakatlah yang menimbulkan persengketaan, perang saudara dan penghapusan etnik . Secara amnya, unsur persaingan di antara kumpulan masyarakat dapat dimurnikan melalui sifat saling membantu bukan saling menguasai seperti yang berlaku didalam alam haiwan. Manusia saling bergantung antara satu sama lain dan daripada hubungan inilah lahir samada satu amalan, satu bahasa pertuturan mahupun satu negara. Merujuk kepada petikan kata-kata Ibnu Khaldun dan diperrsetujui oleh kebanyakkan ahli Antropologi Eropah, bahawa tamadun boleh runtuh apabila manusia menolak keperluan beragama dalam budaya. Agama adalah sumber terakhir untuk merujuk persoalan-persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh ahli-ahli Sains Sosial. Ini adalah kerana manusia hidup dalam dunia yang banyak memberi mereka cabaran dan masalah yang perlu dirungkai.Tujuannya hanyalah satu iaitu mencari keadilan sosial

[20]

RUJUKAN Aziz Deraman, 2001 . Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia(Edisi Baharu),K.Lumpur,DBP. Anwar Din(Penyunting), 2008. .Asas Kebudayaan Dan Kesenian Melayu,Bangi,Penerbit UKM M.Rajantheran & S.Manimaran,1994. Perayaan Dan Keraian Orang India,K.Lumpur, Fajar Bakti. Mohd. Taib Osman, 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu,K.Lumpur,DBP. Mohd Syariefudin Abdullah,Mohamad Kamal Kamaruddin,Ahmad Sohaimi,2009,Kenegaraan dan Ketamadunan,Shah Alam Selangor,Oxford Fajar Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail, et al ( 2011). HBEF1503 Masyrakat dan Tamadun, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

Sdn.Bhd. Shamsul Amri Baharudin,2007.Modul Hubungan Etnik , Shah Alam Selangor,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Shamsul Amri Baharuddin, et al, 2003.Membina Bangsa Malaysia ,Jil. 1, 2 & 3,KualaLumpur: Jabatan Perpaduan Negara, Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah, 1999. Pantang Larang Orang Melayu Tradisional , K.Lumpur.Utusan Publications.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_India http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kebudayaan_Cina http://www.scribd.com/doc/51104315/PANTANG-LARANG-DAN-KEPERCAYAAN-KAUMIBAN http://bobezani.tripod.com/budaya.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kebudayaan_Melayu

[21]

[22]

Anda mungkin juga menyukai