Anda di halaman 1dari 25

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101

Nilai-nilai Utama Agama Hindu


Agama Hindu mengamalkan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu, kemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda. Tambahan pula, agama Hindu juga mengamalkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak, mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan.

1. Dharma (tanggungjawab)
Konsep hidup bermasyarakat sudah wujud dalam budaya penduduk India sejak bermulanya Tamadun Lembah Indus pada sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi. Masyarakat India pada waktu itu terbukti sudah membentuk peraturan, norma, etika dan moral sebagai pegangan hidup bermasyarakat. Konsep dharma merujuk pada himpunan ajaran, peraturan, moral, nilai murni, etika, norma, tanggungjawab, hak dan sebagainya yang membimbing seseorang individu menjadi insan yang berhemah dalam keluarga dan masyarakat. Namun begitu, perlu dinyatakan bahawa konsep dharma bukan sebahagian daripada ajaran agama Hindu. Sebaliknya, kedua-duanya seiring dalam membantu manusia mencapai kehidupan yang sempurna. Sekiranya dihayati, perkara-perkara berkaitan dharma masih sesuai diguna pakai pada zaman moden ini. Apatah lagi apabila pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral dilaporkan berlaku dalam masyarakat. Peraturan dan ajaran dharma memainkan peranan penting dalam mengekalkan persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat. Tidak hairanlah terdapat teks berjudul Dharmasastra dalam budaya India yang khusus membicarakan konsep dharma. Ajaranajaran dalam Dharmasastra antara lain berperanan memelihara nilai-nilai murni dalam kehidupan, menyedarkan perihal tugas dan tanggungjawab setiap individu serta menjadi panduan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat.
1

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101 2. Karma (kelahiran semula atau penjelmaan semula)
Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di Nirwana atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan Hukum Karma ini. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

3. Ahimsa (kasih sayang)


Ahimsa berasal dari kata a yang bererti tidak, dan himsa yang bererti membunuh atau menyakiti. Jadi, ahimsa adalah sifat menahan diri terhadap himsa (kekerasan), yang menimbulkan rasa sakit dan penderitaan bagi mahluk yang memiliki kesedaran, iaitu manusia atau binatang. Pandangan Hindu tidak terlalu kaku memegang sesuatu yang bersifat sangat ideal, namun ia mengutuk semua sikap yang berkompromi terhadap kekerasan. Pemakaian kekuatan yang tidak berdasar adalah suatu kekerasan. Ahimsa mengajarkan bahawa seseorang harus menganggap semua mahluk hidup adalah perlambangan dari Tuhan dan sehingga seseorang itu tidak boleh melukai fikiran, dengan kata-kata atau perbuatan mahluk lainnya. Doktrin ahimsa yang lain termasuk unsur penting berikut ini:
2

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Dari sudut pandang tanpa kekerasan, ahimsa bererti cinta universal untuk semua mahluk. Hal ini adalah kerana Tuhan yang maha esa berada dalam semua mahluk. Cinta antara mahluk adalah cinta pada Tuhan.

Sangatlah tidak mungkin untuk mempertahankan keberadaan dalam dunia fizikal ini tanpa melukai atau membunuh beberapa mahluk. Dalam semua situasi dan keadaan harus dengan cermat diterapkan agar dapat mengharungi jalan ahimsa.

Kemarahan dan benci tidak dapat berdampingan dengan ahimsa. Kemarahan yang membabi buta mengarahkan seseorang itu untuk melakukan kekerasan. Seseorang pengikut jalan ahimsa harus rendah hati dan menjalankan tugasnya dengan semangat pengabdian. Seorang individu yang bimbang dengan nama dan keterkenalan terikat dengan dunia material selalu melakukan kekerasan untuk melindungi keinginannya untuk melindungi keegoisan dirinya.

Ketamakan dan keposesifan adalah dua penyebab dari ketidakadilan dan penderitaan mahluk hidup. Seorang pengikut ahimsa tidak menguasai kekayaannya dan untuk memuaskan kebutuhan mereka sendiri.

Pengabdian adalah unsur yang sangat penting dalam ahimsa. Seseorang tidak harus puas dengan kemakmurannya sendiri, tetapi ia juga harus prihatin pada penderitaan bagi semua umat manusia.

Pengikut dari ahimsa harus berlatih kedisiplinan (tapasya), tetapi kedisiplinan yang terlalu ekstrim bertentangan dengan penderitaan semua mahluk.

Ahimsa menyatakan persamaan hak dan kesempatan bagi semua tidak memandang perbezaan kasta, warna kulit, keturunan, ras, jenis kelamin dan agama. Batas dari keyakinan, negara, atau negara adalah hal yang asing bagi semangat ahimsa.

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Ahimsa mengajarkan rasa sayang pada tanaman dan pohon. Kasih sayang pada tanaman dan pepohonan diajarkan oleh resi Hindu, yang meminta agar orangorang mengikuti Vana Devata, mahluk svarga yang bersemayam dalam tumbuhan. Dengan menerapkan ahimsa pada hidup tanaman, Hindu adalah agama pertama yang menyedari pentingnya untuk melindungi lingkungan.

Dapat disimpulkan bahawa ahimsa sejati adalah kehidupan tanpa kekerasan tapi bukan bererti tidak melakukan apapun, toleransi tapi tidak penakut, kasih tapi bukan keterikatan, kekuatan tapi bukan keinginan buruk, kedamaian tapi bukan kepengecutan, dan kebebasan yang lengkap tanpa ketamakan, kebencian, kemarahan dan permusuhan.

4. Bhakti (berbakti, cinta pada Tuhan dan sesama)


Bhakti berasal dari urat kata BHAJ yang artinya terikat kepada Tuhan. Dari urat kata ini terbentuk kata bhakti yang bererti kasih sayang kepada Tuhan Dari urat kata BHAJ terbentuk kata BHAJAN yang mengandung erti: bhakti sepenuh hati dan bhakti sambil bernyanyi (nyanyian suci kepada Tuhan). Ada beberapa kata yang bersinonim dengan kata bhakti antara lain: Prarthana, Sandhya, Upayana, Dhyana, Puja, Stava dan lain-lain lagi. Menurut Rsi Naradha, ciri orang bhakti adalah: Tidak mempunyai rasa takut, merasa aman, meyakinkan, prihatin, rendah hati. Ciri-ciri tersebut terdapat pada diri Prahlada, putra Hiranyakasipu. Prahlada sebagai seorang bhakta (penganut bhakti/penyembah) tidak pernah merasa takut terhadap ancaman dan melindungi keselamatan jiwanya. Ketegaran keyakinannya itu membawa rasa aman dan rasa rendah hati dan prihatin dalam setiap tindakannya.

Bhakti adalah jalan menuju Tuhan dengan cara menunjukan Bhakti kita (berbakti, cinta pada Tuhan dan sesama). Kata kunci dari Bhakti adalah "Love All" iaitu sayangi Tuhanmu, sayangi keluargamu, sayangi teman-temanmu, bahkan anda harus menyayangi musuhmu, dan akhir kata SAYANGI SEMUA.

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Contoh pelaksanaan Bhakti ialah melaksanakan sembahyang pada Tuhan, menyanyikan nama-nama Ketuhanan, melaksanakan Japa, menyayangi SEMUA

MAHLUK termasuk musuhmu sendiri. Lakukan semua itu dengan dilandasi penuh rasa Bhakti kepada Tuhan, maka anda telah berhasil melaksanakan Bhakti.

5. Bramacharia (sikap terpuji dari segi fizikal dan rohani)


Tata susila Hindu sangat mengedepankan ajaran moral yang wajib dipedomani oleh umatnya. Berkaitan dengan pergaulan bebas dan hubungan seksual pada masa pranikah, Agama Hindu telah menekankan bahawa pada masa Brahmacari dianjurkan untuk bergaul dengan orang yang sadhu/bijaksana dan berbudi luhur serta melarang hubungan seksual sebelum masa Grahasta (masa berumah tangga) kerana akan mengganggu kecerdasan spiritual dan kesehatan reproduksi.

Di

bawah

Bramacharia,

setiap

penganut

agama

hindu

diserukan

agar

mengamalkan sikap terpuji dari segi fizikal dan rohani. Ini bermakna seseorang perlu mengawal nafsunya dengan mengekalkan diri sebagai bujang, dan selepas berkahwin pula harus membawa kesetiaan dalam perkahwinan. Etika yang menyeru seseorang sentiasa setia kepada perkahwinannya amat penting untuk menjadikan kehidupan lebih bahagia.

Contoh sikap yang terpuji dari segi fizikal ialah berpakaian kemas dan sopan, sentiasa menjaga kebersihan peribadi dan sebagainya. Manakala sikap seperti berbudi bahasa, berfikiran terbuka dan rasional merupakan contoh etika yang terpuji dari segi rohani.

6. Dhriti (bekerja dengan sungguh-sungguh)


Seseorang yang ditugaskan untuk melakukan sesuatu pekerjaan hendaknya menyelesaikan pekerjaannya dengan penuh rasa tanggungjawab, mengerjakan dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh. Dengan demikian akan tercapai hasil yang maksimal dan memuaskan baik bagi dirinya mahupun orang lain.
5

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101 7. Asteya (tidak mencuri)
Penganut agama Hindu dinasihati supaya tidak melakukan perkara-perkara seperti mencuri dan menghasut kepunyaan orang lain. Sesiapa yang melakukan kegiatan mencuri adalah melanggar prinsip Asteya. Tambahan pula, sesiapa yang mempunyai perasaan ingin menghasuti harta benda kepunyaan orang lain juga bertentangan dengan etika agama Hindu.

Sebenarnya, kurangnya pengendalian indera dan ketamakan seseorang akan menimbulkan keinginan untuk mencuri. Orang yang menginginkan barang orang lain atau mencuri adalah orang yang tidak mengendalikan, dan selalu terjebak oleh nafsu duniawi. Orang dengan sifat seperti ini pada akhirnya akan menderita kerana tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah dimiliki dan selalu ingin mengambil hak orang lain. Seseorang yang memegang teguh asteya akan bebas dari ketamakan dan tidak memiliki keinginan untuk mencuri.

8. Saucha (Kebersihan dari segi mental dan fizikal)


Di bawah Saucha, penganut agama Hindu diarahkan sentiasa mewarisi sikap kebersihan dari segi mental dan fizikal. Ini bererti mereka mesti sentiasa menjaga tingkah laku dan perbuatan mereka agar tidak menjadi percakapan orang lain. Setiap panganut agama Hindu sepatutnya bersopan santun dan tidak melanggar prinsip tingkah laku yang telah ditetapkan oleh agama Hindu.

Sebenarnya, kebersihan itu terbahagi dalam dua jenis iaitu fizikal dan mental. Kebersihan fizikal bererti menjaga tubuh seseorang bersih dari luaran mahupun dalaman. Kebersihan diri dari dalaman dapat diperoleh dengan menjalankan hukum kesehatan yang baik dan memakan makanan yang "sattvika" (makanan yang menyihatkan, kekuatan mental, panjang umur, dan yang berkhasiat serta mengandung nutrisi). Kebersihan luaran ertinya memakai pakaian yang bersih dan menjaga kebersihan tubuh badan.

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Seterusnya, kebersihan bukan hanya badannya saja, tetapi juga fikiran dan hati. Kebersihan mental bererti bebas dari pemikiran yang negatif dari nafsu, ketamakan, kemarahan, kebencian, rasa bangga, kecemburuan, dan lain-lain. Dengan hati dan fikiran yang bersih maka ketenteraman dan kedamaian serta ketenangan hidup akan mudah didapatkan.

9. Dhrti (ketetapan dan persistence)


Seseorang harus tetap dalam hal pendirian untuk dapat menemukan kebenaran. Fikiran yang selalu terus beriak tidak akan dapat menemukan kebenaran. Hidup yang benar sangat dimungkinkan hanya dengan komitmen seseorang untuk menjalankan kehidupannya.

10.

Vidya (ilmu dan pandangan rohani)

Kitab Hindu menyatakan bahawa pengetahuan itu ada dua jenis iaitu pengetahuan yang lebih rendah (apara-vidya) dan pengetahuan yang lebih tinggi (para-vidya). Pengetahuan yang lebih rendah bermaksud pengetahuan yang bersifat keduniawian dalam bidang ilmu dan pengetahuan yang sangat diperlukan untuk kehidupan di dunia. Sedangkan pengetahuan yang lebih tinggi adalah pengetahuan spiritual yang

mengajarkan cara untuk dapat mengatasi kesengsaraan yang tidak diharapkan, mencapai tujuan yang bukan halangan, serta mencapai kekuatan mental dan spiritual untuk dapat mengatasi perjuangan hidup. Pengetahuan spiritual dapat diperoleh melalui belajar kitab yang berhubungan dengan orang suci, dan dengan melakukan perbuatan yang tidak mementingkan diri (niskama). Pengetahuan spiritual juga dapat membantu seseorang untuk menjalankan kehidupan dengan bermakna, yang menguntungkan secara sosial. Tujuan pengetahuan spiritual ini adalah untuk mencapai penyatuan yang mutlak dengan Tuhan.

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Selain belajar manusia juga dituntut untuk mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Dengan belajar dan mengajar akan lebih cepat tercipta masyarakat yang berpendidikan dan berbudaya, masyarakat yang maju.

11.

Akrodha (tidak cepat marah)

Kemarahan yang menutupi alasan, menghasilkan perbezaan antara benar dan salah, serta kebajikan dan keburukan. Ketika pemikiran yang dapat membezakan itu dirosakkan maka orang tersebut akan kehilangan identiti diri. Seseorang yang marah akan menyakiti diri sendiri dan orang lain, dengan tiga cara yang berbeza secara fizikal (melalui kekerasan), secara verbal (melalui kata-kata kasar), dan secara mental (melalui keinginan yang buruk). Pengendalian kemarahan dapat diertikan sebagai sebuah pemikiran yang baik dalam diri.

Berusahalah agar tidak marah dan cepat marah. Hal ini kerana dengan kemarahan dapat menyakitkan hati orang lain, dan dapat mencelakakan dirinya sendiri. Kemarahan dapat menimbulkan kekecewaan terhadap orang lain, dan pada akhirnya orang lain akan berbalik marah kepada kita. Dalam kesehatan pun diketahui bahawa dengan cepat marah orang akan cepat tua.

12.

Satya (kebenaran, kesetiaan, dan kejujuran)

Manusia harus mempunyai sifat setia, jujur, dan selalu berkata serta berbuat yang benar pula. Di samping itu, seseorang juga harus berani bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakan, tidak berkhianat kepada teman, dan harus menepati janji.

Satya, kejujuran untuk mencari kebenaran ini memang memegang peranan yang sangat penting di dalam ajaran kerohanian untuk mencapai kelepasan atau moksa. Di dalam sastera sering kita jumpai sebagai motto atau semboyan iaitu: "Satyam eva Jayate" yang ertinya hanya kejujuranlah yang menang bukan kemaksiatan atau kejahatan. Kebenaran, kesetiaan dan kejujuran hendaknya dipakai pedoman dalam setiap tindakan atau perbuatan kita sehari - hari. Dalam ajaran Satya kita mengenal Panca Satya, iaitu:
8

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


1. Satya Wacana: setia pada kata - kata 2. Satya Herdaya: setia pada kata hati 3. Satya Laksana: setia dan bertanggung jawab terhadap perbuatannya. 4. Satya Mitra: setia pada teman 5. Satya Semaya: setia pada janji.

Selain itu, Satya tidak bermakna semata-mata berkata yang benar, perkataan dan perbuatan, dan dalam hubungan kita dengan orang lain. Untuk menjalankan kehidupan yang bermoral dan hidup yang beretika, maka seseorang harus melakukan kebenaran. Konsep dari moral dapat berubah setiap waktu, namun kebenaran tidak akan pernah berubah. Tidak ada seorangpun yang dapat menyembunyikan kebenaran secara terus menerus.

13.

Ksama (mudah memberikan maaf)

Ksama merupakan sebahagian dari ajaran "Dasa Yama Brata"; iaitu sepuluh ajaran moral dengan tujuan untuk membina dan mengarahkan tingkah laku manusia menuju budi pekerti yang luhur dan mulia, sehingga kita boleh hidup berdampingan di masyarakat secara damai dalam mewujudkan tujuan hidup bersama secara sekala maupun niskala. Ksama juga membawa maksud tingkah laku yang suka memaafkan atau memaafkan kesalahan sesama dan yang lainnya untuk mewujudkan kehidupan yang damai di masyarakat.

Akan tetapi, pada zaman sekarang, ramai orang masih cenderung bersifat ego sentrik. Kelakuannya begitu tinggi, sehingga cenderung memberi nilai terlalu tinggi pada dirinya. Mereka lupa, bahawa di sekitar dirinya ada diri-diri milik orang lain yang juga perlu mendapatkan nilai, perhatian, penghormatan dan harga yang sama. Keadaan ini sering kali menimbulkan gesekan dan friksi di masyarakat, bahkan sering menimbulkan pergaduhan antara individu dan rusuhan antara masyarakat. Sebagai contoh, kita selalu mendengar adanya perselisihan, pergaduhan bahkan kes pembunuhan berlaku hanya

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


dengan kerana salah faham antara satu sama lain. Media cetak, akhbar, televisyen hampir setiap hari melaporkan berita tentang hal itu.

Agama Hindu mengingatkan seluruh umatnya agar jangan membalas dendam. Ini bermakna agama Hindu mengharamkan umatnya menjadi manusia pendendam malah menganjurkan pada seluruh umatnya agar menjadi manusia pemaaf (Ksamawan).

Tidak dapat dinafikan, membuat kesalahan itu adalah sudah menjadi sifat manusia, akan tetapi sifat memaafkan itulah adalah sifat yang agung. Setiap orang pasti pernah berbuat salah dan oleh itu pada suatu saat dia pasti ingin dimaafkan pula oleh orang lain. Dengan itu, membalas dendam itu seharusnya dihindari, manakala memaafkan kesalahan orang lain harus dipupuk.

14.

Damo (mengawal fikiran)

Apabila seseorang selalu memikirkan benda-benda duniawi, dia akan terikat kepadanya. Dari ikatan muncul keinginan, dari keinginan muncul kemarahan, dari kemarahan muncul kebingungan, kekeliruan akan kehilangan ingatan, hilang ingatan meyebabkan hancurnya fikiran, hancurnya fikiran membawa kemusnahan. Akan tetapi seseorang manusia yang dapat mengendalikan fikirannya di tengah benda-benda duniawi dengan menguasai inderanya, bebas dari ikatan dan perasaan enggan, ia akan dapat mencapai ketenangan. Fikiran yang terganggu tidak dapat akan membezakan benar dengan yang salah atau kebaikan dengan keburukan. Oleh yang demikian, agama hindu menasihati manusia jangan bertindak dengan sesuka hati atau mengikut perasaan yang mungkin menyebabkan kecederaan, kecelakaan dan apa-apa yang tidak baik kepada orang lain. Malah agama Hindu menggalakkan manusia memberikan kebijaksanaan dan kasih yang mendalam supaya meningkatkan kekuatan fikiran diri.

10

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101 15. Aparigraha (tidak tamak)

Penganut agama Hindu juga sentiasa digalakkan supaya tidak mewarisi sikap tamak. Ini bermaksud setiap individu mesti bersikap sederhana dalam membelanjakan perbelanjaan mereka. Malah, penganut juga tidak terhadap barang yang lebih mewah dan setiasa ingin dapat lebih banyak harta benda.

Sikap yang tamak amat dilarang oleh Aparigraha. Ini disebabkan agama hindu bimbang bahawa penganutnya akan melakukan perbuatan yang tidak baik untuk memenuhi sikap tamak mereka. Tambahan pula, seseorang yang tamak harta benda sanggup melakukan perbuatan seperti mencuri, merompak dan sebagainya untuk mendapat kekayaan yang lebih banyak. Oleh itu, manusia harulah hidup sederhana dan tidak tamak supaya memperoleh kebahagiaan, sebaliknya akan berasa sedih dan terseksa jika selalu tamak dan bersifat kebendaan. Oleh itu, setiap individu mesti hidup mengikut kemampuan sahaja.

Selain itu, orang yang tamak adalah orang yang hendakkan kekayaan tanpa mencurahkan usaha dan nilai yang sewajarnya. Contohnya, perompak yang tidak memberi nilai kepada masyarakat tetapi hendak mencari kekayaan dengan melakukan jenayah adalah orang-orang yang tamak. Pengemis yang boleh bekerja tetapi hendak mencari wang dengan mudah tanpa memberi nilai kepada masyarakat adalah orang yang tamak.

16.

Santosha (puas hati dan hormat-menghomati)

Santosha menyuruh penganut agama Hindu supaya sentiasa mendapat kepuasan hati dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga dikehendaki memiliki sikap menghormati orang lain. Ini bermakna mereka mesti menghormati orang tua, guru, ibu bapa dan sebagainya. Mengikut agama Hindu, ibu bapa mesti dihormati kerana mereka telah memberi banyak sumbangan dalam membesarkan kita. Sikap yang terpuji ini mencerminkan etika seseorang penganut agama Hindu.

11

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101 17. Tepaha (sabar dan bantu-membantu)

Tepaha mendorong penganut agama Hindu supaya memiliki sikap sabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Tepaha, seseorang itu perlu memiliki sikap sabar agar tidak terburu-buru dan cepat marah apabila menhadapi masalah. Tambahan pula, penganut agama Hindu juga perlu sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain. Sikap yang terpuji ini amat digalakkan dalam agama Hindu.

18.

Saudhyaya (berdisplin dan berilmu)

Di bawah Saudhyaya, agama Hindu menyeru penganutnya agar mendisiplinkan diri. Disiplin adalah amat penting bagi seseorang kerana sikap ini banyak membantu diri individu dalam mengatasi masalah kehidupan. Penganut agama Hindu juga sering meluaskan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca dan mengkaji bahan rujukan yang ditulis oleh intelektual.

19.

Iswariaparanidha (ikhlas dan dermawan)

Iswariaparanidha menasihatkan penganut agama Hindu supaya bersikap suka menderma kepada orang lain. Derma ini tidak seharusnya berfikir untuk mengharapkan apa-apa faedah daripada orang yang dibantu. Sekiranya seseorang penganut menderma dan ingin mendapat kebaikan dari orang tesebut, maka ini bertentangan dengan etika yang diserukan agama Hindu.

20.

Larangan minum arak

Tegasan meminum arak ini dimulakan oleh watak Sugar Ajaria dalam hikayat Mahabrata. Menurut beliau, kebaikan tidak akan mendekati peminum arak, malah peminum arak akan dihina oleh manusia dan ia adalah racun.

Di dalam ajaran agama Hindu, tegas disebutkan salah satu hal terlarang bagi umatnya adalah tingkah laku Sura bahagian Sapta Timira yang bererti tak boleh mabuk
12

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


minuman keras. Jika manusia meminum arak maka akan disamakan dengan sifat - sifat angkuh, suka berfoya-foya, tidak mengindahkan kebenaran, dan menjauhkan diri dari ajaran agama. Sifat-sifat ini masuk dalam tubuh maka peminum biasanya menampilkan ciri fizikal yang berbeza dari orang biasanya. Contohnya, perut bahagian bawah mereka kelihatan buncit sedangkan tubuh mereka sendiri kurus, mereka mempunyai lingkaran mata hitam akibat terlalu sering mabuk. Seterusya, penyakit-penyakit lain juga ditimbulkan akibat kebiasaan minum minuman arak, antaranya penyakit hati, jantung, dan otak.

Jika dilihat dari segi sosial, kebiasaan minum minuman arak ini banyak menimbulkan masalah. Misalnya pergaduhan, ketidakselesaan orang yang tinggal di sekitarnya, serta penyebab terjadinya Kemalangan jalan raya. Selain itu minuman keras juga biasanya menjadi penyebab terjadinya kekerasan dalam rumah.

Kesimpulan
Dari penyataan di atas dapat disimpulkan bahawa, agama hindu mengajarkan halhal yang baik kepada setiap manusia. Hal tersebut terlihat dari etika moral yang diajarkan agama hindu dalam kitab sucinya. Selain mengajarkan mengenai etika, agama hindu juga mengajarkan tentang jalan menuju pembebasan yang dapat digunakan untuk mencapai kebahagiaan yang sejati. Di samping itu, agama hindu juga menentang dengan adanya kekerasan dan agama hindu mendukung tentang adanya suatu perdamaian. Ketika semua orang menerapkan nilai murni agama Hindu tersebut di dalam dirinya sendiri, maka kemerosotan moral seseorang akan dapat diatasi dan kekerasan tidak akan terjadi di mana- mana.

13

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101

Pengaruh Hinduisme Terhadap Penganutnya Di Malaysia


Agama Hindu mengajarkan bahawa dalam diri manusia ada unsur jahat dan ada unsure baik. Tetapi, ajaran Hindu tidak mengajar umatnya menjadi jahat, malah sebaliknya semua tatacara yang diajarkan Hindu semata-mata mengajak umatnya menjadi baik untuk meraih kesempurnaan. Rumusannya, mana yang jahat dan mana yang baik sudah jelas. Semua yang bersifat nafsu atau tindakan yang dilandasi nafsu adalah jahat, iaitu nafsu seksual, mencuri, merompak, membunuh, perang dan sebagainya.

1.

Kehidupan Mulia

Bagi kaum India Dharma bermaksud kehidupan mulia yang merupakan kewajipan agama tradisional yang perlu diamalkan untuk mendekati Tuhan Siva yang Agung dan memenuhi kewajipan asas yang perlu dipenuhi terhadap agama dan diri sendiri. Generasi muda yang disayangi diajar untuk hidup menjalani kehidupan yang penuh

bertanggungjawab dan bertatatertib mulia. Mereka belajar menjadi tidak mementingkan diri dengan memberikan keutamaan kepada orang lain dahulu, menghormati ibubapa, mereka yang lebih tua, dan para pendita, mengamalkan hukum Tuhan terutamanya "ahimsa" iaitu tidak memudaratkan orang lain sama ada secara mental, emosi atau perbuatan. Dengan ini, mereka dapat menebus karma.

2.

Amalan Berdikari

Bagi kaum India amalan berdikari terdapat dalam salah satu kewajipan yang terkandung dalam Upasana iaitu penyembahan di bilik puja di rumah dan di kuil. Anakanak yang disayangi diajar untuk bersembayang di tempat pemujaaan di rumah upacara amal, tatatertib, dikir agama, yoga dan pembelajaran agama. Mereka belajar berdikari dengan berbakti di rumah dan kuil, memakai pakaian tradisional, ke arah melahirkan rasa sayang akan Tuhan dan menyediakan minda untuk bertakafur. Masyakakat India sekarang perlu tahu apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka dahulu dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Hal-hal tidak sukakan kejahatan ini ada ditegaskan dalam kitabkitab klasik mereka iaitu, Kitab Purananuru, Kitab Thairural, dan Kitab Pancachantra.
14

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Antara perutusan-perutusan penting Kitab Thairural ialah mendidik orang India atau Hindu supaya tidak mengganggu orang lain. Jangan lakukan kejahatan dan hendaklah menunaikan hak orang lain. (Berita Harian: 2 Jun 2001). Penganut Hindu diajar supaya jangan menjadi hamba kepada kesenangan duniawi. Penganut-penganut Hindu diajar senario hidup yang mementingkan keagamaan atau kerohanian. Penganut Hindu perlu berjuang bersungguh-sungguh membebaskan diri dari penderitaan dan perpindahan roh yang berpanjangan. Untuk mendapatkan ini semua penganut Hindu hendaklah menghancurkan nafsu dan angan-angan jahat dari dalam hatinya dan tidak kembali lagi kepada kehidupan duniawi itulah tujuan terakhir manusia. (O.K. Rahmat S.H. 1976:45 157).

3.

Upacara Perkahwinan & Bersanding A) Merisik Bagi kaum India, latar belakang pasangan yang berkahwin amat penting. Beberapa

aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.Tidak ketinggalan juga faktor status ekonomi dan status sosial yang merangkumi aspek umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang juga turut diambil kira. Biasanya, matlumat-matlumat seperti ini diperolehi secara langsung dan juga tidak langsung. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini Tetapi kini peranan tersebut telah diambil oleh ajen-ajen perkahwinan yang berdaftar. b) Upacara majlis perkahwinan Upacara majlis perkahwinan dilakukan oleh pendanda. Penanda akan memulakan upacara perkahwinan dengan bersembahyang. Ini adalah bertujuan untuk memohon restu kepada Tuhan. Selain itu, dulang yang berisi atchatai akan dibawa kepada hadirin.

15

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101

Menyarungkan cincin di jari kaki

Pengantin disatukan

4.

Perayaan

i)

Deepavali

Deepavali atau Diwali dikenali juga sebagai pesta cahaya yang dianggap sebagai simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Depavali dikenali sebagai Pesta Cahaya kerana ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.

a) Persiapan Deepavali Sebelum Deepavali , penganut Hindu perlulah membersihkan rumah merekadan menghiaskan keliling rumah, seperti kolams dibuat dan lampu vilakku dipasang. Ini adalah kerana mereka mempercayai bahawa Dewi Laksmi ialah Dewa kekayaan & kemakmuran akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.

b) Hari Deepavali Pada Hari Deepavali, segala pertelingkahan akan dilupakan manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.Mereka akan bangun awal bertujuan untuk upacara mandi minyak iaitu simbol kepada penyucian diri. Kemudian mereka akan menuju ke kuil untuk bersembahyang sepanjang har.Kemudiani mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai.
16

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


ii) Pesta Thaipusam

Dianggap sebagai perayaan keagamaan Hindu dan lazimnya dirayakan oleh masyarakat Tamil iaitu ketika bulan penuh mengikut bulan Thai yakni bulan Januari atau Februari. Manakala pusam pula merujuk kepada bintang yang terletak pada kedudukan tertinggi semasa perayaan ini. Perarakan kavadi (beban)

iii)

Kavadi yang paling ringkas ialah menjujung sebelanga susu sementara yang paling rumit ialah mencucuk kulit dengan memggunakan pencucuk vel. Upacara keagamaan ini boleh disaksikan di Kuil Sri Maha Subramniar, Lok Kawi iaitu jaraknya terletak sejauh 25 km daripada Kota Kinabalu

iv)

Pesta pongal

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. a) Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolem'. b) Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya khas untuk Dewa Matahari. Upacara yang dilakukan: memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari. c) Hari ketiga Hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Ia dipanggil hari 'Mattu'. d) Hari terakhir Pongal kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat. Perayaan Pongal ini bolehlah dianggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

17

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


5. Adat Resam

i)

Melenggang perut Diamalkan di kalangan keluarga diraja & juga rakyat jelata apabila

kandungan ibu itu genap tujuh bulan. Diadakan kenduri-kendara dan upacara mencecahkan garam ke mulut kanak-kanak. Upacara ini bersamaaan dengan adat Hindu yang mencecahkan madu & minyak sapi kepada bibir bayi oleh Brahamin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.

ii)

Bertindik telinga Cara upacara itu dilakukan juga dibezakan di antara golongan raja dengan

rakyat jelata. Adat yang berlaku di istana lebih rasmi dan meriah. Kenduri-kendara akan dilakukan.

6.

Pakaian

Lebih dikenali dengan warna-warna terang & kaya dengan benang emas, perak, labuci dan juga batu-batu permata. Contoh: Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek Lelaki Punjabi menggayakan dhoti @ kurta & wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci. Masyarakat India di Malaysia ialah antaranya kaum lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi. Pakaian golongan biasa dari Gujerat iaitu bagi kaum lelaki yang mana seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera. Sari, merupakan busana tradisional.

18

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Pakaian lainnya ialah pakaian lelaki Kurta Pyjama, yang terkenal di India, baju Lehenge atau Ihenga pakaian kaum wanita iaitu baju pendek dan dipadankan dengan skirt labuh.

7.

Peralatan Muzik Seperti kaudi alat muzik telah diperkenalkan seperti tabla, veena, sitar, ukulele,

sapei dan lain-lain. Sebagai contohnya: Tabla merupakan gendang satu muka yang mana badannya dibuat daripada kayu. Tabla adalah alat muzik yang paling popular di kalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mirdanga. Tabla dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di

hadapan pemain dan tabla dipalu dengan menggunakan jari-jari dan tapak tangan.

Tabla

19

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Ajaran hindunisme banyak mempengaruhi nilai-nilai dan kehidupan masyarakat India di Malaysia yang sangat berpegang pada adat resam dan kepercayaan Hindu. Antara pengaruh Hindu yang jelas dapat dilihat di Malaysia ialah pengaruhnya contohnya dari segi perkahwinan, makanan, perayaan adat resam, pakaian dan alat muzik yang melengkapi kehidupan mereka seharian. Lama-kelamaan pengaruh Hindu turut menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu.

1. Upacara Perkahwinan & Bersanding

Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.
20

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

2. Adat melenggang Perut Diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bula. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animism pada unsure ghaid. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat melahirkan anak dengan mudah dan selamat. Adat ini juga dipanggil KIrim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Pada permulaannya, bidan akan membaca jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsure-unsur budaya Hindu.

21

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


3. Adat Berinai Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan dikategorikan Melayu kepada tiga yang acara, boleh iaitu

berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.

4. Adat Membelah Mulut Bayi Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tetapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibaca doa.

22

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


5. Adat Bersembah Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsure dan Buddha dalam mencorakkan adat melayu itu.

6. Kenduri Arwah Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari(makan serabai),kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur. Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.

23

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101

Pengaruh Hinduisme Terhadap Negara (Konsep kekuasaan)


Kekuasaan dapat didefinisikan sebagai kemampuan yang dimiliki seseorang atau kelompok yang dapat mempengaruhi tingkah laku atau sekelompok orang dalam interaksinya. Hasil interaksi tersebut diharapkan dapat menimbulkan hasil yang sesuai dengan tujuan dan keinginan pemegang kekuasaan itu sendiri. Praktik kekuasaan dilakukan melalui pola hubungan yang memegang peranan subjek dan peranan objek. Ertinya dalam relasi kekuasaan akan terdapat dua pihak yakni pihak yang dikuasai atau diperintah dan pihak yang berada dalam posisi memerintah atau pihak yang berkuasa. Pihak yang berkuasa akan memperoleh ketertundukan atau ketaatan dari pihak yang dikuasainya.

Kekuasaan dalam agama Hindu selalu berpegang pada gagasan bahawa kebijaksanaan biasa menjadi kuasa dan memiliki daya apabila ia meresapi, mengontrol, mentrasformasikan serta mengatur seluruh kepribadian mereka. Berfikir (apa yang kita fikirkan) haruslah diwujudkan dalam hidup, disemai dalam keberadaan ke dalam tindakan dan perbuatan praktis. Semakin tinggi realisasi proses berfikir, semakin besar kekuatan dan kuasa yang dimiliki oleh seseorang. Orang yang sungguh berkuasa adalah orang yang mampu menerapkan apa yang ia fikirkan dan idealkan dengan apa yang ia lakukan.

Agama Hindu mempunyai 4 pembagian kekuasaan, yang dikenal dengan catur warna: kekuasaan agama (Brahmana), pemerintahan (Ksatria), ekonomi (Waisya) dan tenaga kerja (Sudra). Catur warna memang bukan trias politika, tetapi membantu mencegah theokrasi, pemuatan kekuasaan politik dan agama, serta ekonomi di satu tangan wakil Tuhan di dunia, apakah dengan nama rasul, paus, khalifah, sultan atau raja. Bila para wakil ini memperlakukan warganya sebagai budak, menganggap kekayaan alam sebagai miliknya, maka ia hanya sekadar menjalankan kekuasaan Tuhan. Hanya Tuhan yang berhak mengawasi atau mencabut kekuasaan itu.

Pada dasarnya kekuasaan tertinggi biasanya dipegang oleh seorang pemimpin. Dalam agama Hindu dijelaskan bahwa pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu
24

Nilai Murni Dari Perspektif Agama Hindu Di Malaysia ELM 3101


memberikan tauladan, selalu mengusahakan kesejahteraan rakyat (sukanikang rat), dan menghindari kesenangan pribadi (agawe sukaning awak). Dalam Kautilya Arthasastra dijelaskan pula bahawa "apa yang menjadikan raja senang bukanlah kesejahteraan, tetapi yang membuat rakyat sejahtera itulah kesenangan seorang raja". Selain itu agama Hindu juga dikenal dengan konsep sistem kasta dimana pembagiaannya adalah sebagai berikut : a. Kasta Brahman Kasta brahaman merupakan kasta yang memiliki kedudukan tertinggi, dalam generasi kasta brahman ini biasanya akan selalu ada yang menjalankan kependetaan.

b. Kasta Ksatria Kasta ini biasanya memiliki peranan yang penting dalam system pemerintahan dan system politik.

c. Kasta Waisya Kasta ini memiliki kekuasaan yang agak rendah dibandingkan dengan kasta-kasta sebelumnya namun, masih masih memiliki sedikit kekuasaan.

d. Kasta Sudra Kasta ini terdiri dari kalangan orang biasa yang sehari-harinya biasa mengabdi kepada kasta-kasta yang lebih tinggi.

Kesimpulan Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa kekuasaan dalam agama Hindu dapat dimiliki oleh seseorang apabila ia memiliki daya kemudian ia meresapi, mengontrol, mentrasformasikan serta mengatur seluruh kepribadiannya.

25

Anda mungkin juga menyukai