Anda di halaman 1dari 14

1.

Kebolehpercayaan Pemeriksa
bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau

lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama


(Azizi Ahmad, 2009, pg.121) Melalui kebolehpercayaan pemeriksa, ini akan memberi tahap

keyakinan untuk membuat generalisasi bahawa skor yang


diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa adalah sama. Maka, kebolehpercayaan ini penting untuk menyeragamkan pemberian markah, apabila skrip/jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa.

2. Ukuran Kestabilan
Ukuran kestabilan, juga dipanggil anggaran kebolehpercayaan

uji-uji semula (test-retest).


memberi ujian/soalan yang sama sekali lagi kepada kumpulan murid yang sama selepas ujian/soalan pertama ditadbirkan.

Ukuran Kestabilan tinggi sekiranya jarak masa antara dua


pentadbiran ujian adalah pendek. Semakin sama skor pada ujian/soalan yang dijalankan pada selang masa tertentu, semakin stabil skor ujian itu.

3. Ujian Kesetaraan dan Kestabilan


mentadbirkan ujian kedua yang setara dengan ujian pertama

(Ukuran Kesetaraan) pada suatu masa yang lain (Ukuran


Kestabilan). Ujian jenis ini akan menghapuskan kesan hafalan jawapan atau

kesan latih tubi soalan ujian pertama terhadap jawapan ujian


kedua, disamping dapat menilai pencapaian murid selepas jangka masa yang panjang.

4. Ukuran Kesetaraan
dua ujian yang berbeza tetapi setara dari segi isi kandungan,

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), format soalan, dan arahan menjawab


soalan ujian yang diberi kepada murid pada masa yang sama atau berlainan.

Ujian ini penting sekiranya guru enggan menggunaka soalan


yang sama sebagai ujian pra dan ujian pos bagi mengelakan murid menghafal jawapan.

5. Kesahan Kandungan
sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencukupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan (Azizi Ahmad, 2009, pg. 125)

Sekiranya soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandunagn


pelajaran tersebut, penilaian terhadap pencapain murid menjadi tidak sah/bias Kaedah untuk meningkatkan kesahan kandungan: a. Merujuk buku rekod pengajaran dan sukatan pelajaran

b. Menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan membina


soalan berdasarkan jadual tersebut.

6. Kesahan Muka
Ia lebih kepada sesuatu alat ukuran (ujian) nampak pada permukaanya mempunyai kesahan muka yang tinggi. Ini bermaksud, sekali pandang dan nampak alat ukuran itu sah,

atau orang biasa/tidak terlatih nampak alat ini sah.

Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah pemeringkatan dimana gred diberi berasaskan pengskoran holistik?

Pengskoran Holistik
Definisi: General impression atau whole impression berdasarkan perbandingan sampel penulisan kepada kriteria yang telah ditetapkan

Kelebihan
Menjimatkan masa Menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan dan menilai kemahiran yang lain.

Beberapa orang pemeriksa terlibat untuk menilai jawapan.

Kelemahan
Tidak dapat memberi maklumat yang terperinci bagi setiap penskoran. Tidak sesuai untuk pentaksiran formatif. Perselisihan idea oleh pemeriksa dan sukar untuk menyelaraskan markah. Jumlah pemeriksa yang terhad kerana hanya pemeriksa yang berpengalaman layak untuk menilai.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai