Anda di halaman 1dari 18

1.

Pelaksanaan Perancangan Bahasa

Mengikut model ini, pelaksanaan perancangan bahasa pada peringkat kebangsaan adalah dilaksanakan oleh sebuah agensi perancangan bahasa kerajaan. Dalam konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Agensi ini akan melaksanakan tiga buah tugas, iaitu: perancangan, pelaksanaan dan penilaian seperti dalam model di atas. Baginya, penilaian adalah sangat penting di dalam memastikan langkah-langkah yang dijalankan itu berjaya atau sebaliknya.

Jadi, dapat kita lihat bahawa perancangan bahasa melibatkan usaha mengumpulkan data daripada penyelidikan baik dari segi bahasa atau budaya bahasa dan membentuk rancangan yang mungkin dilakukan, dan membuat rancangan awal yang diperlukan dalam menentukan keputusan mengenai pemilihan dan pembentukan dasar bahasa. Usahausaha ini dilakukan setelah sebuah bahasa itu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pelaksanaan melibatkan pengekodan norma dan usaha penyebaran kod-kod ini. Penilaian pula akan melibatkan penafsiran terhadap hasil dari kegiatan perancangan dan rancangan

pelaksanaannya. Proses ini melibatkan perancangan dan pembinaan bahasa dan akan memberi maklum balas kepada agensi berkenaan mengenai aktiviti tersebut.

Budaya sesuatu masyarakat bahasa akan berubah mengikut perkembangan dan keperluan masa. Ini akan menghasilkan

perkembangan bahasa masyarakat tersebut. Perkara yang berlaku ialah satu kitaran baru di dalam proses perancangan bahasa akan bermula, iaitu penentuan norma, pengekodan dan penyebaran akan berlaku.

2.0

PERMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 2.1 Peranan Organisasi dan Institusi Bahasa

Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan yang ditubuhkan ketika itu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka atau nama asalnya iaitu Balai Pustaka. Institusi bahasa yang terlibat juga ialah Institusi Terjemahan Negara Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 pada Kongres Bahasa Melayu Ke-3. Antara tugas-tugas Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ialah mencipta ejaan, istilah, kamus dan tatabahasa dalam bahasa Melayu. Selain itu, menyatukan bahasa Melayu serantau serta mengembangkan sastera Melayu.

Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, Dewan Bahasa dan Pustaka diberi kuasa dalam menggubal dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjalankan kegiatan

penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Menjelang tahun 60-an, buat pertama kalinya Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan kempen Minggu Bahasa Kebanngsaan pada 30 Januari 1960 bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan bahasa kebangsaan. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan sumber rujukan Pihak Berkuasa Tempatan.

Seterusnya ialah Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) ditubuhkan yang mana telah mengambil alih tugas Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menterjemahkan buku ilmu. Antara tugas

lain Institut Terjemahan Negara Malaysia termasuklah sebagai Khidmat Terjemahan, Khidmat Kejurulatihan dan Khidmat Sari Kata.

Di ITNMB, menyediakan khidmat terjemahan dalam semua bidang. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) juga menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. ITNM juga menerima pelbagai tugasan, sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik.

Dalam Khidmat Sari Kata pula, ITNM menterjemah setiap dialog tayangan dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. ITNM menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang

kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekaligus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat.

2.2

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan yang digunakan oleh masyarakat tanpa mengira warna kulit. Bahasa ini telah mula dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauan nusantara terutamanya Tanah Melayu. Bahasa Melayu pernah dikenali sebagai lingua franca atau dalam erti kata lain sebagai bahasa yang digunakan oleh para pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Tanah Melayu. Ini

menyebabkan bahasa ini menjadi bahasa yang tersohor pada ketika dahulu. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, pertuturan dalam Bahasa Melayu semakin berkurangan. Hal ini disebabkan Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang utama dalam pertuturan kerana bahasa ini mudah difahami oleh semua pihak.

Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi bagi menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan

penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan

lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak percampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.

Perkembangan menakjubkan berkenaan dengan Bahasa Melayu dan DBP ialah dapat mengeratkan hubungan diplomatik dua negara. Peranan bagi membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam segala bidang termasuk teknologi dan sains secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China yang terjalin sejak lebih tiga dekad yang lalu. Berdasarkan suatu rencana Berita Harian, 22 Ogos 2007 lawatan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk membincangkan tentang projek sekolah bahasa antarabangsa yang dibina di Pulau Pinang. Di samping itu, DBP juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan satu penerangan seperti kuliah yang bertajuk Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Munsyi Dewan kepada para pelajar BFSU. Hubungan diplomatik yang erat ini dapat mengembangkan bakat kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Detik demi detik matlamat DBP makin hampir. Kejayaan 52 tahun dahulu mungkin mampu diulangi dengan gemilang.

Selain itu, DBP juga menjalankan pelbagai program dalam mengusahakan memperkembangkan bakat kesusasteraan. Menurut

Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu

Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi

menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.

Setiap suatu organisasi itu mesti mempunyai peranan-perananya yang tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibat perkembangan era globalisasi yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam rutin harian setiap masyarakat. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk Membina Bangsa". Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku

undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasabahasa lain. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalahrisalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang

kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa

Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.

2.3

Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan

Bahasa Melayu telah menelusuri liku-liku sejarah perkembangan yang cukup ruwet dan panjang (Collins: 1998; Russel Jones: 1990). Sebagai salah satu cabang keluarga bahasa-bahasa Austronesia (Austronesia family of languages) bahasanya telah digunakan dengan begitu meluas oleh sekitar 300 juta umat dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia (Malayo-Polynesian Archipelago) sebagai bahasa

serumpun. Bahasa Melayu per se pula merupakan salah satu bahasa dunia yang berpengaruh, barangkali yang keempat kedudukannya dari segi jumlah penuturnya yang mencecah 250 juta orang sesudah bahasa Mandarin (bukan pun bahasa antarabangsa, tetapi bahasa bangsa sendiri), bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kini dikatakan mengambil tempat sebagai bahasa pertama kerana

pengaruhnya dalam perkembangan teknologi komunikasi informasi (information communication technology) dan keperluan perhubungan dagang, ekonomi dan diplomatic (A.Aziz: 2010). Bahasa-bahasa lain tetap mempunyai peranan dalam konteks masing-masing, misalnya peranan bahasa Melayu di rantau dunia Melayu atau bahasa Arab di dunia Arab.

Dengan mengambil iktibar daripada sejarah perkembangan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, bahasa Melayu memang boleh diperkasakan sebagai bahasa antarabangsa. Enam faktor berikut, jika diambil kira sebagai kelaziman, maka kedudukan bahasa Melayu sudah cukup memenuhi faktor-faktor dominan keupayaannya menjadi salah satu bahasa antarabangsa yangvberwibawa (Hassan Ahmad: 2008). Faktorfaktor itu ialah: i. Wibawa dalaman bahasa Melayu ii. Jumlah penggunaannya; iii. Penyebaran geografinya; iv. Wahana komunikasi ilmu, teknologi dan diplomasinya;

v. Kecemerlangan ekonomi bangsa yang menuturkan serta menggunakan bahasa itu; vi. Keutuhan dan kestabilan politik bangsa yang menuturkan dan memakai bahasa itu.

Upaya perancangan dan pengembangan bahasa Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh DBP Malaysia (semasa pimpinan Dato Haji A Aziz Deraman), DBP Brunei (di bawah pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman) dan Pusat Bahasa Indonesia (dikepalai Dr Hassan Alwi), dilakukan dengan penuh bergaya. Kerjasama ketigatiga institusi dengan pelbagai pihak, kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, maka telah timbul suatu keyakinan dan komitmen bahawa bahasa Melayu mampu dibangun dan dikembangkan menjadi bahasa yang berwibawa sama ada di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa. Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun 1876, dan sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa.

Kemudian pada akhir tahun 1992, kerajaan Malaysia telah memulakan langkah penubuhan Kursi Pengajian Melayu (Eropah) dengan ditempatkan seseorang yang bertaraf Profesor di Universiti Leiden. Penubuhan Kursi itu bukan sahaja diharap akan mempertingkatkan kajian sastera Melayu di Eropah, bahkan turut mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan promosi

pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan Dunia Melayu atau rantau itu amnya.

Usaha pengembangan bahasa dan sastera Melayu di dunia seharusnya terus dipertingkatkan, manakala pusat-pusat pengajian Melayu yang sedia ada terus diperkukuh melalui program kerjasama kebahasaan, kesusasteraan, penerbitan dan persuratan. Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand. Jika ditambahkan lagi

Kursi-Kursi Pengajian Melayu di mana-mana negara lain yang strategik, tentu manfaatnya akan menjadi lebih besar kepada pengajian akademik dan penyelidikan tentang peradaban berbahasa Melayu. Kerajaan Malaysia telah juga menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China. Seorang Profesor telah ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu.

Kajian kesesuaian patut juga dibuat bagi meneruskan usaha yang sama di Korea Selatan, Jepun, Australia, Jerman, Perancis, United Kingdom, Rusia dan di beberapa negara lain di Asia-Pasifik, Amerika dan Eropah atau ditubuh berkonsepkan wilayah. Banyak negara asing itu berminat. Mereka cuma harus akur dan mematuhi dasar atau prinsip-prinsip penubuhannya dengan dorongan, inisiatif dan menentukan sumber dana pembiayaannya secara bersama. Kursi Pengajian Melayu boleh menjadi pusat kecemerlangan akademik yang akan merangsangkan minat para pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya Melayu atau Dunia Melayu secara keseluruhannya. Ada bukti-bukti menunjukkan bahawa melalui peranan Kursi ini seperti pengalaman di Leiden, kesedaran yang lebih meluas dan mendalam akan lebih terserlah di kalangan masyarakat antarabangsa tentang peri pentingnya serta besarnya manfaat menjalin dan melestarikan persefahaman budaya serta mengakrabkan kerjasama antara Dunia Melayu dengan rantau Eropah. Suasana dan aspirasi ketamadunan antara dunia Melayu dengan dunia luar boleh pula mewujudkan hubungan yang lebih adil antara rantau Melayu dengan Barat. Senario ini akan turut mencetuskan iklim sosioekonomi dan sosiopolitik yang lebih kondusif. Pengembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu ke peringkat antarabangsa akan lebih jelas arahnya.

Usaha mempertingkatkan kajian dan pengajian sastera Melayu, maka program penelitian dan pengukuhan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sentiasa dilakukan. Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa telah pun dipergiatkan atau

disokong oleh pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei, Pusat Bahasa Indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui program seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi, disamping program sastera atau Minggu Sastera Melayu di luar negara.

Kerjasama akrab DBP dengan organisasi gerakan sastera dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), terutama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) di Malaysia atau ASTERAWANI di Brunei semestinya ditingkatkan lagi. Agensi seperti DBP memerlukan prasarana organisasi rakyat yang tidak bercorak rasmi bagi merakyatkan program kebahasaan dan kesusasteraannya. Maknanya sebagai badan ilmu, DBP mesti meneruskan tradisi perjuangan rakyat yang melahirkan dirinya ke dunia selain menjadi badan yang mendukungi fungsi kerajaan semata-mata. Untuk itu agensi rasmi sepertinya dan organisasi massa perlu berbimbing tangan membina jaringan baru yang diperluaskan dan kerjasama kerantauan dieratkan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri (Tun) Haji Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan beliau ketika merasmikan Seminar Persahabatan China-Malaysia di Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada 29 Mei 2004 lalu antara lain mengungkapkan: ...adalah menjadi hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa yang efisien dan aktif bukan sahaja sebagai wahana persuratan dan budaya, bahkan sebagai bahasa yang berpengaruh luas dan memiliki nilai bargaining power dalam kegiatan ekonomi dan perdagangan. Hasrat murni ini adalah sejajar dengan matlamat Malaysia yang ingin terus mempertahankan jati diri, sebagai penggerak kemajuan dan budaya serta penentu pencapaian Wawasan 2020 dalam acuan sendiri. ...Kerajaan amat menyokong segala usaha yang dipelopori DBP dalam merealisasikan jalinan hubungan bahasa dan kesusasteraan Melayu keperingkat antarabangsa sesuai dengan hasrat menjadikan bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang signifikan di dunia melalui pelbagai rangkaian kerjasama secara institusional dan rasmi. Dalam hal ini saya berharap sokongan semua pihak diteruskan kepada DBP yang telah membuktikan peranan dan relevansinya sebagai penghubung kefahaman dan persefahaman antara budaya, dan telah menggiatkan usaha ke arah kerjasama kebahasaan dan kesusasteraan di peringkat antarabangsa... sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab dan komited, saya akan memastikan apa juga dasar Kerajaan Malaysia, khususnya yang berhubung kait dengan

penggemilangan bahasa,sastera dan kebudayaan Melayu dan Malaysia, baik di dalam mahupun di luar negeri akan terus diberikan perhatian dan menjadi keutamaan pihak kerajaan.

Jika Malaysia diharap mendepani gagasan ini, maka Malaysia harus memberikan perhatian kepada kemungkinan dan potensi pengembangan bahasa Melayu melalui bidang politik dan perdagangan antarabangsa. Dalam konteks Wawasan 2020 Malaysia itu, perjuangan memerkasakan kedudukan dan perluasan bahasa Melayu sangat relevan. Bahasa Melayu boleh mencapai status bahasa komunikasi yang penting. Tahap perluasan penggunaannya boleh bermula di Asia Tenggara dan secara bertahap ke Asia Timur. Itu semua memerlukan suatu kemahuan politik (political will) yang kuat. Dalam tujuan komunikasi politik dunia, bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa besar dunia patut diketengahkan sebagai salah satu bahasa Persidangan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). Ada banyak bahasa lain digunakan pemimpin mereka setiap kali berucap di PBB, meskipun tidak mendapat status bahasa rasmi.

Sesuatu yang tidak boleh diabaikan adalah bidang penterjemahan. Penterjemahan lebih banyak karya agung dalam bahasa Melayu dan karya-karya pilihan yang dihasilkan oleh pengarang dan sasterawan tersohor dari dunia

berbahasa Melayu ke bahasa-bahasa utama dunia wajar diberikan perhatian serius, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Di Malaysia karya -karya Kris Mas, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Usman Awang, Arena Wati, Muhamad Haji Salleh, Nordin Hassan, Abdullah Hussain, S. Othman Kelantan, Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Anwar Ridhwan, Siti Zainon Ismail, Azizi Haji Abdullah, Fatimah Busu, Dharmawijaya dan Baha Zain misalnya, dapat membantu memperkenalkan sastera Melayu ke peringkat antarabangsa. Demikian juga karya-karya penulis besar Indonesia dan mana-mana yang terbaik dari Brunei serta Singapura harus diketengahkan di rantau sendiri dan dipromosikan ke peringkat antarabangsa melalui bermacam wahana dan wacana (A. Aziz: 2010). Dunia Melayu ada mengimpikan Hadiah Nobel dalam abad ke-21 ini, maka usaha penterjemahan karya sastera berbahasa Melayu harus diberikan keutamaan tinggi. Cabarannya sangat besar kerana kita harus bersaing merebut pasaran di dunia antarabangsa. Karya-karya yang akan diterjemahkan itu bukan sahaja karya yang luar biasa, tetapi mutu penterjemahannya dibuat secara yang baik sekali. Promosinya lebih sistematik dan agresif, termasuk usaha memperluas sebaran karya, diperkenalkan dan dikaji di pelbagai pusat pengajian Melayu antarabangsa yang sedia ada itu.

Sesungguhnya

dunia

menyedari

tidak

kecilnya

akan

sumbangan

peradaban berbahasa Melayu terhadap peradaban dunia. Mereka ada kesedaran sejarah dan mengetahuinya melalui kajian silam atau semasa yang ternyata telah terbukti kedudukannya. Program-program antarabangsa dari segi pengajaran dan pembelajaran BM dan sastera Melayu menunjukkan telah muncul kefahaman dan pengertian yang lebih mendalam tentang bahasa, sastera dan budaya rumpun Melayu sehingga segala prasangka dapat diperbetulkan dan membuka ruang kajian positif tentang kebangkitan dan kemajuan bangsa serumpun Melayu.

3.0

CADANGAN

Proses perancangan

bahasa

ini adalah

terbit

daripada

falsafah

yang

menganggap bahawa bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya, istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia, memang terlibat secara langsung di dalam hal ini untuk lebih daripada tiga puluh tahun lalu.

Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.

Kecemerlangan bahasa, sastera dan budaya rumpun Melayu sebagai pancaran peradaban bangsa-bangsa atau kesatuan umat dan manusia dunia Melayu pada alaf ini bukan sekadar harus berlegar di kalangan umat berbahasa Melayu di rantau Asia Tenggara sahaja, malah menuntut kesediaan umatnya melangkahi sempadan yang lebih luas, hinggalah merentasi segala usaha bersepadu untuk meletakkannya di pentas dunia. Segala macam isu dan masalahnya hendaklah diselesaikan dengan bijak dan penuh komitmen. Kepantasan perkembangan kemajuan dunia sepatutnya menyegerakan

kebangkitan umat Melayu besar. Bangsa serumpun Melayu boleh menjadi salah satu kabilah dunia yang ikut disegani dengan kehadirannya dalam politik dan peranan ekonomi antarabangsa dan menjadi lebih wajar sekiranya diiringi

dengan medukung bersamanya cita-cita pengembangan kebudayaan terutama pengajian bahasa dan persuratan yang lebih besar. Gerakan ini perlu dilakukan dengan keazaman politik, sedar dan secara langsung, selari dengan sumbangan signifikan bangsa dan negara-negara berbahasa Melayu itu dalam forum-forum antarabangsa. Kemajuan dan kepesatan perkembangan ekonomi yang berlaku di kebanyakan negara berbahasa Melayu atau di dunia Melayu kini merupakan kesempatan ke arah mendorongkan kemajuan peradabannya dengan suatu dinamika baru antara lainnya ketinggian pemikiran bahasa dan persuratannya melalui pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

4.0

PENUTUP

Perancangan bahasa disebarkan melalui badan-badan dan media tertentu. Juga dari segi sistem pendidikan, perancangan bahasa dalam pelaksanaannya melibatkan perubahan dan peninjauan semula dari beberapa aspek tertentu berhubung dengan latihan guru, penggubalan semula kurikulum sekolah, penulisan buku-buku teks, penyusunan semula sistem peperiksaan dan sebagainya. Semuanya ini menghendaki perancangan rapi yang mahu tidak mahu harus meliputi perancangan belanjawan dan juga penyusunan daripada beberapa aspek dalam sistem pentadbiran, terutama sekali dalam keperluan pekerjaan dan kelayakan yang ditentukan untuk menjayakan pelaksanaan perancangan bahasa itu.

Sesuatu perancangan bahasa yang melibatkan peralihan bahasa rasmi atau bahasa pengantar dari satu bahasa kepada bahasa yang lain akan dengan sendirinya tercebur dalam usaha dakyah supaya usul dari pihak berkuasa itu dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat negara. Pendakyahan untuk penerimaan bahasa kebangsaan semata-mata sebagai lambang kedaulatan dan kenegaraan (sedangkan dalam urusan rasmi dan bidang pendidikan ada bahasa lain) tidak akan melibatkan perubahan-perubahan yang radikal dalam kehidupan

kemasyarakatan. Juga pendakyahan yang seperti init tentu sekali tidak akan memakan belanja yang begitu besar dibandingkan dengan pendakyahan yang melibatkan perubahan dalam sistem pendidikan, misalnya.

Dalam

perancangan

bahasa

yang

memasukkan

juga

bahasa

antarabangsa, maka perlu ditentukan peranan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara, sama ada bahasa itu merupakan bahasa kedua atau bahasa asing. Sebagai bahasa kedua, bahasa itu tentunya dapat mengisi acuan-acuan tertentu dalam kurikulum persekolahan sebagai bahasa pengantar di samping bahasa kebangsaan. Dengan peranan seperti itu, bahasa antarabangsa menghendaki pengajaran yang lebih intensif dan penggunaan yang lebih luas

dibandingkan dengan

peranannya

sebagai bahasa

asing. Jika

bahasa

antarabangsa itu hanya diberi peranan sebagai bahasa sebagai bahasa asing, maka tempatnya dalam sistem persekolahan mungkin hanya sebagai satu matapelajaran bahasa sahaja. Dalam konteks yang seperti ini, maka ada kemungkinan bahawa pencapaian murid-murid sekolah dan rakyat amnya dalam bahasa itu ditekankan kepada kecekapan tertentu sahaja, misalnya hanya kecekapan membaca sahaja, dan tidak dikehendaki kecekapan bertutur atau menulis.

Dalam membicarakan pelaksanaan bahasa di peringkat nasional dan subnasional, maka perlu juga diperhatikan saluran komunikasi dari peringkat nasional ke peringkat subnasional. Saluran komunikasi yang cekap akan melahirkan pelaksanaan yang licin, yang memperlihatkan adanya keserasian kerja antara perjabat pemerintah pusat dengan pejabat pemerintah daerah. Keadaan sebaliknya tentu akan berlaku jika saluran komunikasinya tidak efisien.