Anda di halaman 1dari 11

Tutorial: Beg daripada Plastik Pembungkus Makanan/ Minuman (Bahagian 1)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya, Seperti yang dijanjikan, ini adalah kesinambungan dari cerita yang lepas. Tanpa berlengah lagi, jom kita teruskan projek kita ini. 1. Mula-mula kita dapatkan plastik pembungkus makanan/ minuman.

2. Kemudian, kita lukiskan bentuk segiempat tepat yang bersaiz 2" X 4.5" di atas plastik tersebut.

3. Sahabat-sahabat boleh menggunakan pembaris dan marker pen/ pen/ pensil (bergantung kepada jenis plastik). Selain dari itu, sahabat-sahabat boleh juga mengunakan templat. Caranya, guntingkan

kertas keras (kami gunakan kad jemputan perkahwinan) mengikut saiz di atas, kemudian surih templat tersebut di atas plastik.

4. Selepas itu, sahabat-sahabat bolehlah mengunting bentuk segiempat tepat tersebut

Nota: Selain dari menggunakan gunting, sahabat-sahabat juga boleh menggunakan pisau,rotary cutter, atau apa sahaja medium untuk memotong yang sesuai. 6. Dan akhirnya, beginilah hasilnya plastik-plastik tersebut. Untuk plastik yang bersaiz besar (plastik roti krim misalnya) boleh menghasilkan empat helai plastik dengan saiz yang diingini.

Baiklah sampai di sini dahulu, nanti kita akan sambung cara-cara untuk melipatnya pula di episod yang akan datang. In shaa Allah. Buat sahabat-sahabat yang tidak sabar mahu meneruskan pelajaran hari ini...boleh rujuk di sini. Cuma, pihak kami tidak mengambil bulat-bulat dari blog tersebut. Kami telah meneliti beberapa blog dan video sebelum memilih di sana sini untuk memudahkan kerja kami dalam menghasilkan kraf ini ^-^ p/s: Kami amat berbesar hati senadainya ada sahabat-sahabat yang mahu berikan kami stok plastik, supaya kami dapat meneruskan kelangsungan projek ini. ~cinta~ukhwah~hadiah~

Tutorial: Beg daripada Plastik Pembungkus Makanan/ Minuman (Bahagian 2)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera, Sahabat-sahabat yang kami kasihi keranaNya, Selamat Tahun Baru! Kami ucapkan buat sahabat-sahabat kami di sini. Terasa betapa pantas masa berlalu. Rata-rata di ruang maya menceritakan kisah tutup buku lama dan buka buku baru. Tidak ketinggalan senarai azam yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2013 ini. Pihak Leyanita Craft Studio berharap agar segala impian sahabat-sahabat yang baik, akan tertunai. Sebelum kita sambung sesi tutorial, kami pohon maaf terlebih dahulu kerana agak lambat meletakkan sambungan entri terdahulu. Baiklah, tanpa melegahkan masa, jom, kita mulakan tutorial melipat plastik. 1. Mula-mula, lipatkan plastik, kemudian buka semula lipatan. 2. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah.

3 & 4. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian. 5. Beginilah rupanya setelah dilipat di kedua-dua bahagian.

6. Kemudian, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah) 7. Beginilah hasilnya apabila dilipat.

8. Kemudian, lipatkan plastik menjadi separuh saiznya. Kemudian, buka semula lipatan. 9. Garisan lipatan ini digunakan sebagai rujukan garisan tengah. 10 & 11. Lipatkan plastik ke arah garisan tengah yang dihasilkan tadi. Lakukan di kedua-dua bahagian. 12. Plastik akan menjadi bentuk seperti ini.

13. Akhir sekali, lipatkan lagi plastik (mengikut garisan tengah) 14. Beginilah hasil akhirnya.

Kami ingin kongsikan pengalaman kami ketika proses melipat ini dijalankan: 1. Ketebalan dan material plastik mempengaruhi proses melipat. Plastik yang tebal (contoh: plastik isian semula pelembut fabrik) tidak sesuai untuk projek ini, kerana sukar untuk dilipat dan dicantum. Plastik yang terlalu nipis pula, memberikan struktur yang tidak kukuh. 2. Jangan lipat plastik dan simpan unit-unit ini. Ini kerana lipatan akan mudah terbuka. Cadangan kami, lipat dan kemudian terus cantumkan unit-unit tersebut. Buat sahabat-sahabat yang sedang mencuba, kami cadangkan untuk melakukan tutorial bahagian 1. Setelah banyak plastik yang terkumpul, bolehlah meneruskan dengan tutorial bahagian 2. Tutorial 3 akan menyusul kemudian, in shaa Allah...semoga ALLAH beri keizinan buat kami untuk berkongsi ilmu ini. Selamat mencuba! ^-^ ~cinta~ukhwah~hadiah~

Tutorial: Beg daripada Plastik Pembungkus Makanan/ Minuman (Bahagian 3)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Buat sahabat-sahabat yang kami rindui keranaNya, Alhamdulillah...segala puji hanya baginya. Setelah sekian lama kami biarkan laman ini sepi tanpa apa-apa cerita, hari ini Allah berikan kesempatan buat kami untuk menulis dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah ^-^ Rasanya masih belum terlambat bagi kami untuk sama-sama menyatakan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Masih berada dalam bulan kelahiran baginda yang tersayang. Semoga dengan cinta ini, mendorong kita untuk mencontohi Rasulullah s.a.w dalam segala aspek kehidupan, in shaa Allah. Seperti yang tertera di atas, hari ini kita akan sambung tutorial kita. Sebelum mula menulis, sebenarnya agak sukar buat kami untuk menyambung tutorial ini lantaran kami bukanlah pakar dalam fotografi dan penghasilan video. Awalnya kami mahu meletakkan sahaja video tutorial. Namun percubaan menghasilkan sebuah video, bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami yang tiada ilmu dan pengalaman ini. Kami berharap sahabat-sahabat yang mengikuti tutorial ini mampu memahami tutorial kali ini. Dan, kami bermohon maaf atas kelemahan kami dalam berkongsi ilmu ini. Baiklah, mari kita mulakan tutorial kita ^-^ Kali ini kami akan kongsikan bagaimana mahu mencantumkan unit-unit plastik, dan setelah mencapai saiz beg yang dikehendaki, bagaimana pula mahu mencantumkan ianya menjadi satu gelung.

Mengikut apa yang kami belajar, untuk meghasilkan sebuah beg, ianya memerlukan 60 unit-unit lipatan plastik bagi satu gelung. Dan, memerlukan 6 gelung. Maaf, kami tidak boleh lagi menganggarkan besar mana beg tersebut, kerana kami pun masih dalam usaha menghasilkan beg ini.

Hehehe Y^^ . Ini mungkin tutorial kami yang terakhir untuk beg ini. Bukan bermakna sudah habis langkah-langkahnya. Selepas berjaya menghasilkan 6 gelung, kita perlu menjahitnya pula menggunakan tali tangsi. Oleh kerana kami hanyalah amatur dalam bab ini, maka kami fikir lebih baik sekiranya kami letakkan sahaja link ini. kami mendapati video ini lebih mudah diikuti berbanding video-video yang lain. Tambahan pula, kami sedang mengumpulkan lagi plastik. Kalau hendak tunggu tutorial daripada kami, entah sampai bila sahabat-sahabat perlu menanti dan menanti lagi. Untuk variasi beg, pemegang beg, kita boleh gantikan dengan rantai plastik yang lain untuk dijahitkan bersama. Dan selain menggunakan butang katup, kita juga boleh menggunakan zip. Selamat mencuba buat kami (hehehe) dan buat sahabat-sahabat. In shaa Allah bila dah siap, kami akan tepekkan hasilnya di blog ini ^-^ Sahabat-sahabat pun boleh juga tepekkan hasil kerja tangan sahabat-sahabat, mesti lagi kreatif daripada kami. Buat sahabat-sahabat yang masih ada persoalan, boleh tinggalkan di ruang komen, in shaa Allah kami akan balas berdasarkan pengalaman dan ilmu yang kami ada. Sampai sini dulu, in shaa Allah kita akan berjumpa lagi di ruang ini. ~cinta~ukhwah~hadiah~