Anda di halaman 1dari 51

1.

PENDAHULUAN Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu.

Pada sesi persekolahan kali ini, saya diminta mengajar mata pelajaran Sains di Kelas 4 Usaha. Selepas seminggu mengajar tajuk Memahami Cara Menyukat Isipadu Pepejal, saya dapati masih ramai tidak memahaminya berdasarkan jawapan yang tidak seperti yang diingini di dalam latihan Sains diberikan. Saya juga dapati beberapa orang murid yang gagal menyiapkan jawapan latihan yang diberikan dan ada yang tidak menghantar buku latihan . Ada juga tingkah laku yang negatif yang saya perhatikan di mana ada seorang murid yang suka mengganggu rakan di sebelah sudah seringkali saya tegur. Namun apabila ada aktiviti secara berkumpulan, murid tersebut terlibat dengan aktif bersama rakan sekumpulannya.

Saya merasa kecewa, sedih, tidak puas hati mereka. Ada juga terfikir

dan kesal dengan sikap

seolah-olah menunjukkan bahawa semasa saya

mengajar, saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya dengan sempurna atau adakah disebabkan dengan teknik pengajaran saya, bahan pengajaran yang saya gunakan kurang menarik minat mereka ataupun penerangan saya yang kurang jelas menyebabkan murid kurang memahami tajuk tersebut ?

Fenomena ini amat membimbangkan saya dan jika dibiarkan berlarutan akan mengganggu prestasi ujian murid. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan potensi murid tidak dapat dikembangkan secara maksimum selaras dengan hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga khuatir pelajar lemah akan terus lemah jika dibiarkan begitu sahaja dan ini juga bermakna sebagai guru saya tidak melayan murid lemah secara sama rata dengan murid yang lain. Di samping itu , matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai penyertaan 1

nisbah 60: 40 pelajar sains kepada bukan sains kemungkinan besar akan gagal tercapai (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Tinjauan dan Analisis Masalah Daripada refleksi di atas, saya mendapati murid tidak dapat menjawab soalan

dan menguasai tajuk Memahami Cara Menyukat Isipadu Pepejal. Tajuk ini merupakan tajuk di bawah tema Menyiasat Alam Fizikal dalam sukatan mata pelajaran Sains Tahun 4.

Tinjauan awal yang saya lakukan adalah dengan mengumpul data-data daripada dokumentasi seperti dengan mengira dan menyemak buku latihan yang dihantar, membuat perbincangan guru mata pelajaran lain yang mengajar kelas ini dan menganalisis latihan menyukat isipadu pepejal yang telah berikan. Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid di dalam latihan tersebut ialah :

Murid tidak dapat mengira bilangan kubus yang boleh dimasukkan ke dalam sesuatu kubus atau kuboid. Contoh jawapan responden adalah sepertimana dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 : Contoh jawapan Responden 1 .

Rajah 2 : Contoh jawapan Responden 2

Murid tidak dapat mengira isipadu pepejal dengan betul . Jalan pengiraan yang ditunjukkan membuktikan responden tidak menggunakan rumus isipadu.Contoh jawapan murid adalah sepertimana dalam Rajah 3 dan Rajah 4.

Rajah 3 : Contoh jawapan Responden 3 .

Rajah 4 : Contoh jawapan Responden 4.

Terdapat murid tidak dapat mengira isipadu dan menyusun kuboid dari yang paling besar ke yang kecil . Responden tidak memahami kehendak soalan, mereka mendapatkan jawapan dengan mendarab sahaja maklumat yang diberikan. Contoh jawapan responden adalah sepertimana dalam Rajah 5 Rajah 6 dan Rajah 7.

Rajah 5 : Contoh jawapan Responden 5.

Rajah 6 : Contoh jawapan Responden 6. 5

Rajah 7 : Contoh jawapan Responden 7

Murid akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan. Keterbatasan Working Memory yang dimiliki oleh murid menjadi antara punca murid gagal menjawab soalan yang diberikan.Sweller at el., (1988) kajian yang dihasilkan oleh George Miller menunjukkan ingatan jangka pendek menghadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang murid. Berkemungkinan besar beban kognitif bahan yang dibekalkan adalah tinggi . Saya berpendapat dengan pendekatan yang saya telah gunakan menyebabkan beban kognitif yang tinggi iaitu memori murid bekerja dengan kapasiti yang sangat terhad sewaktu menerima maklumat baru . Oleh yang demikian murid agak sukar untuk memproses maklumat dengan baik dan memahami konsep yang diajar.

Saya menggunakan bahan maujud seperti bongkah kayu berbentuk kubus dan kuboid semasa memberikan penerangan kepada murid ternyata ianya menyebabkan beban kognitif yang tinggi kepada murid. Kelihatan murid agak sukar untuk mengaitkan sisi panjang , lebar dan tinggi dengan rumus isipadu. Oleh itu, saya perlu mengambil langkah yang wajar untuk mengatasinya. Dengan demikian, saya akan menggunakan kaedah COMPO yang dapat mengurangkan beban 6

kognitif murid. Kaedah COMPO merupakan satu program

merupakan satu kaedah pengajaran dan kita membuat gambar untuk

pembelajaran yang berbantukan komputer menggunakan MS Power Point . Ia yang membolehkan menjelaskan persembahan dalam bentuk teks, gambar, video, carta, jadual dan sebagainya yang dapat memberikan penekanan terhadap maklumat yang diterima oleh murid. Sebagai contoh teks yang dipapar diminimakan supaya mudah difahami. Begitu juga teks dan grafik boleh digabungkan untuk mengelakkan maklumat yang berulangan.

Penggunaan MS Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan salah satu perisian persembahan grafik yang popular dan semakin digemari dalam kalangan guru-guru di sekolah. Perisian MS Powerpoint ini menggabungkan unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan yang tidak membosankan. Omardin (1997) menjelaskan bahawa murid hanya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru dalam masa yang singkat. Oleh itu, MS Power Point adalah antara bahan ransangan yang boleh digunakan di dalam kelas. Gagne(1985) menyatakan bahawa murid perlu mengulangi pelajaran itu berkali-kali bagi membolehkan mereka memahami sesuatu konsep pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang berulang-ulang menjadikan sesuatu itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Kenyataan ini turut disokong oleh Yakop (1985) yang menyatakan kaedah pengajaran yang berbantukan komputer boleh digunakan untuk mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Murid yang lemah dapat mempelajari topik berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Penggunaan kaedah auditori dan visual dalam mempersembahkan makluma membolehkan murid memproses maklumat itu dengan lebih cepat dan proses pembelajaran dapat digalakkan (Michelich, 2001). 7

Zuraiha (2001), dalam kajiannya menyatakan bahawa antara kelebihan menggunakan persembahan powerpoint adalah di mana ia dapat membantu murid yang lemah meningkatkan maklum balas murid dan membantu murid dalam pembelajaran. Aszoura (2007) turut pemahaman bahawa menyatakan

penggunaan MS Power Point iaitu suatu alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dapat membantu murid-murid untuk memahami sesuatu pengajaran itu dengan lebih baik. Ini adalah kerana penggunaan grafik , animasi , warna dan lain-lain akan mempercepatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Saidah (2010) di dalam penulisannya bertajuk Belajar Power Point menyatakan bahawa MS Power Point mempunyai aplikasi tersendiri iaitu untuk membuat persembahan slaid, membuat ilustrasi, membuat penyuntingan slaid, membina animasi dan transisi. Saifol (2004) berpendapat penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan menjadikan persembahan menarik minat pengguna, memberi motivasi dan mudah difahami oleh pengguna. Sifat persembahan perisian yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi tanpa rendering.

Teori Mayer menyatakan bahawa seseorang murid

yang menggunakan

multimedia akan melalui tiga proses kognitif yang penting. Proses kognitif yang pertama ialah memilih perkataan atau teks bagi pemprosesan dalam memori kerja verbal dan memilih imej-imej bagi pemprosesan dalam memori kerja visual. Proses kognitif kedua ialah mengorganisasikan perkataan atau teks yang dipilih kepada model mental verbal dan mengorganisasikan imej-imej yang dipilih kepada model mental visual. Proses kognitif ketiga ialah mengabungkan perwakilan verbal dan visual serta pengetahuan sedia ada (Mayer, 2001; Mayer, Steinhoff, Bower & Mars, 1995).

Rajah 8 :

Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Di berkesan,

antara

sepuluh kajian mengenai sama ada penggunaan

multimedia iaitu

Mayer (1997) mendapati bahawa terdapat bukti yang

serupa

yang dipanggil Spatial Contiguity Principle menjana minda sebanyak lebih 50% penyelesaian lebih kreatif untuk memindahkan masalah apabila penjelasan lisan dan visual atau gambar bersepadu berbanding kedua-duanya dipisahkan. Apabila terdapat perkataan yang terlalu banyak pada skrin atau gambar mempunyai unsur-unsur yang terlalu banyak akan menyebabkan kekeliruan kepada murid. Tambahan pula, apabila perkataan dan gambar dalam jarak yang berjauhan. Dengan demikian, perkataan dan gambar perlu rapat atau dekat antara satu sama lain yang akan memudahkan pemahaman murid dan juga memudahkan murid mengingat.

Rajah 9 : Spatial Contiguity Principle

Jika hanya maklumat gambar sahaja, ia mengkehendaki murid untuk mengetahui sendiri apa yang ingin disampaikan. Kemungkinan besar murid sukar untuk memahami tujuan sebenar gambar tersebut digunakan. Begitu juga jika hanya perkataan sahaja, murid perlu mahir untuk menganalisis , membaca dan mengikut arahan. Murid juga perlu memahami konsep secara sendiri. Ini juga boleh mengakibatkan salah faham sewaktu murid membina kefahaman berdasarkan perkataan sahaja. Namun apabila kedua-duanya dipersembahkan secara serentak, pelajar dapat mengelakkan daripada berulang-ulang kali patah balik dan kehadapan antara perkataan dan gambar yang dipaparkan dalam slaid ke slaid. Paparan penceritaan dan gambar yang serentak memudahkan murid memahami dan mengingati konsep dengan cepat dan jelas. Ini yang dikatakan Temporal Contiguity Principle.

10

Pasir memenuhi ruang di dalam bekas. Kuantiti ruang yang diisi dengan pasir adalah isipadu bekas tersebut Oleh yang demikian , bekas Q mempunyai isipadu yang lebih besar.

4 cawan pasir

5 cawan pasir

Bekas P

Bekas Q

Isipadu = kuantiti ruang yang boleh diisi oleh objek

Rajah 10 : Temporal Contiguity Principle

Dengan bersandarkan kepada prinsip-prinsip ini ianya ni akan meningkatkan pemahaman dan ingatan murid dengan lebih jelas. Tambahan pula ianya juga dapat meningkatkan daya ingatan murid melalui teknik penyoalan yang pelbagai kerana penggunaan animasi dapat diaplikasikan dalam penyoalan.

11

3.0 3.1

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif Umum : Meningkatkan pencapaian murid dalam kalangan murid Tahun 4 Usaha melalui Kemahiran Cara Menyukat Isipadu Pepejal dengan Kaedah COMPO.

3.2 1.

Objektif Khusus Meningkatkan pencapaian murid dalam kalangan murid Tahun 4 Usaha melalui Kemahiran Menyukat Isipadu Pepejal dengan Kaedah COMPO.

2.

Meningkatkan kemahiran murid dalam menyukat isipadu pepejal dengan Kaedah COMPO.

3.

Murid dapat mengira isipadu pepejal menggunakan rumus isipadu dengan tepat.

3.3 1.

Soalan Kajian : Adakah Kaedah Compo dapat membantu meningkatkan pencapaian murid Tahun 4 Usaha dakan kemahiran menyukat isipadu pepejal ?

2.

Adakah kaedah ini menjadikan proses pembelajaran mata pelajaran Sains lebih menarik?

12

4.0

KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini sampel murid yang dikaji ialah 20 orang murid Tahun 4 Usaha iaitu 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempan. Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam, Selangor. Kelas ini merupakan kelas sederhana dari segi pencapaian dalam bidang a k a d e m i k d i m a n a pencapaian mereka lemah di dalam pelajaran terutamanya matapelajaran Sains dan matematik. Tinjauan awal yang saya buat ialah dengan menggunakan data yang diperolehi daripada kertas ujian diagnostik orang gagal menjawab dengan baik. yang telah diberikan kepada murid iaitu 7 orang boleh menjawab dengan baik berbanding 20

5.0

PERANCANGAN TINDAKAN

Beberapa cadangan yang akan

saya laksanakan untuk kajian tindakan untuk meningkatkan pencapaian dan

adalah seperti menggunakan kaedah COMPO bersama penerangan oleh saya sendiri dan tutorial dalam kumpulan kecil kemahiran menyukat isipadu pepejal dalam kalangan murid bagi Tahun 4 Usaha. Saya akan mengajar menggunakan sokongan multimedia seperti perisian Science Year 4 yang saya ubah suai melalui MS Power Point .

Saya menggunakan teknik cetak layar (printscreen) supaya menepati kehendak objektif pelajaran yang ditentukan. Saya juga mengubah suai teks ke dalam Bahasa Melayu memandang perisian menggunakan Bahasa Inggeris. Alat sokongan teknologi komputer yang lain ialah komputer riba, projektor paparan cecair Kristal (LCD) dan skrin papan putih.

13

5.1

Perancangan Tindakan

Tindakan awal yang telah saya ambil untuk menangani masalah ini adalah dengan menjalankan sesi pengajaran berbantukan Kaedah COMPO dan tutorial dalam kumpulan kecil. Ini bertujuan agar setiap responden bertanggungjawab dan tidak mengharapkan bantuan rakan-rakan untuk menjawab. Pada peringkat pertama, guru mengedarkan kertas ujian pra terdiri daripada 2 iaitu Bahagian A: 9 item objektif dan Bahagian B: 2 item struktur berdasarkan kepada kemahiran menyukat isipadu pepejal. Murid diberi masa selama 60 minit untuk menjawab soalan tersebut dan menghantar semula kertas soalan yang telah dijawab kepada guru. Maklumat awal di rekodkan dalam data. Pada peringkat kedua 60 minit pengajaran dan pembelajaran, saya memulangkan kertas ujian pra kepada responden seramai 20 orang. Saya akan menggunakan kaedah COMPO. Guru menerangkan kepada murid definisi dan cara menyukat isipadu pepejal berdasarkan maklumat daripada ujian pra pertama. Pada peringkat ketiga selama 60 minit guru menggunakan kaedah COMPO II membantu murid dalam menguasai kemahiran menyukat isipadu pepejal dalam mengira bilangan kubus yang boleh dimasukkan ke dalam sesuatu kubus atau kuboid dan menggunakan rumus isipadu.

Pada peringkat keempat selama 60 minit guru memberi soalan ujian pos kepada 20 orang murid dan merekodkan keputusan yang diperolehi dalam jadual dan membuat perbandingan hasil kajian ini dalam bentuk carta palang.

14

5.2

Perancangan Kaedah Mengumpul Data Menurut Fatimah Saleh & Lim (2010), maklumat yang didapati dari satu

sumber boleh disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Saya akan menggunakan kaedah triangulasi berasaskan kepada ujian pra/pos , temu bual dan pengalaman, persoalan dan pemeriksaan iaitu pemerhatian bagi tujuan mengumpul data. i. Ujian Pra/Pos Saya akan menggunakan ujian pra / pos untuk mengumpul data sebelum dan selepas pengajaran dilaksanakan. Ujian Pra/Pos ini telah dilakukan ujian rintis melibatkan 30 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah berdekatan yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail ini. Terdahulu set ujian rintis tersebut telah saya kemukakan kepada 3 orang ketua Panitia Sains yang berpengalaman dalam pembinaan item mata pelajaran sains. Langkah ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan item ujian.

Daripada 20 item objektif dan 3 item struktur saya bina, ketiga-tiga ketua panitia tersebut bersepakat hanya 10 item objektif dan 2 item struktur sahaja yang bersesuaian ditadbir sebagai set ujian rintis ( Lampiran 1). Ujian rintis yang telah dijalankan adalah untuk melihat kebolehpercayaan item ujian. Pekali kebolehpercayaan item-item ujian rintis yang diperoleh melalui analisis komputer menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18 . Namun didapati item objektif kesepuluh perlu diubahsuai. Sekali lagi saya

mentadbir set ujian rintis dan setelah dianalisis kebolehpercayaan item, nilai alpha Cronbach, ialah 0.71. Bagi tujuan kajian, nilai alpha Cronbach mestilah melebihi 0.70 (Pallant, 2001). Ini menunjukkan bahawa set soalan ujian Pra/Pos adalah sesuai digunakan dalam kajian yang akan dijalankan.

15

ii.

Temu Bual Temu bual berstruktur adalah kaedah kedua yang akan saya gunakan di

dalam mengumpul data. Proses temu bual akan saya bahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa sebelum temu bual, semasa temu bual dijalankan dan setelah temu bual dijalankan.

Sebelum temu bual

Saya perlu mengenal pasti siapakah responden. Saya perlu mendapatkan kepercayaan responden kajian agar mereka tidak rasa kekok apabila melalui proses temu bual bersama saya dari cara saya berkomunikasi , penampilan dan juga sahsiah saya. Saya perlu menjelaskan tujuan kajian serta memaklumkan cara dan sebab responden dipilih untuk kajian saya. Selanjutnya saya perlu meyakinkan responden bahawa segala respons serta maklumat yang diberi dan nama responden semasa temu bual akan dirahsiakan. Para responden juga bebas untuk bertanya dan meminta saya untuk mengulang soalan jika perlu. Saya juga perlu memperolehi kebenaran secara bertulis untuk menemu bual responden daripada ibu bapa atau penjaga melalui Borang Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga. (Lampiran 2). Saya menentukan perpustakaan sekolah sebagai lokasi yang bersesuaian untuk menjamin kualiti maklum balas yang baik sama ada dari segi jawapan yang lebih berfokus (tumpuan kedua-dua penyelidik dan responden ) dan aspek kualiti rakaman temu bual . Saya perlu memastikan soalan temu bual menjurus kepada objektif kajian dan tidak mengelirukan reponden untuk menjawabnya. Menjadi keutamaan juga kepada saya untuk menyimpan data yang ingin diperoleh ke dalam bentuk audio dan gambar, serta menyimpannya ke dalam cakera padat untuk tujuan rujukan kelak. Senarai semak bahan yang perlu dibawa semasa temu bual seperti biodata responden penyelidikan, alat rakaman , protokol

16

temu bual perlu saya ambil perhatian sebelum saya memulakan temu bual serta soalan temu bual ( Lampiran 3).

Semasa temu bual

Responden akan dimaklumkan bahawa segala temu bual akan dirakam dengan kebenaran responden. Perakam suara digital diletakkan di suatu tempat yang tidak akan menghalang keseluruhan proses temu bual. Responden perlu diberikan masa untuk memikirkan jawapan dan saya perlu mencatit nota berkaitan temu bual untuk memastikan tiada maklumat yang tertinggal.

Selepas temu bual

Saya akan menyediakan transkripsi berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan berbantukan pita rakaman digital yang digunakan. Segala apa yang disebut , begitu juga perlakuan dan gerak geri responden akan saya tulis.

iii.

Kaedah Pemerhatian Saya akan menjalankan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan

senarai

semak

pemerhatian

bagi

memudahkan

tugasan

saya

melakukan

pemerhatian tanpa bantuan orang lain.

Sebelum pemerhatian

Saya perlu mengenalpasti dan memilih seting pemerhatian yang berkaitan langsung dengan fokus kajian saya. Saya akan memilih beberapa orang responden dan membuat pemerhatian ke atas mereka berdasarkan senarai semak dengan menandakan (/) pada ciri yang dapat diperhatikan ( Lampiran 4 ). Saya telah 17

mengenalpasti tanggungjawab

saya saya

berperanan

sebagai

pemerhati

sepenuhnya. berkenaan

Menjadi objektif

memaklumkan

kepada

responden

pemerhatian serta mendapatkan kebenaran responden untuk mengutip data.

Semasa pemerhatian

Saya perlu meningkatkan hubungan erat antara saya dengan responden. Gambaran menyeluruh tentang aktiviti yang dijalankan perlu diterangkan dengan tepat berkenaan dengan apa yang dikatakan, apa yang dilakukan ,aktiviti yang dilakukandan tugas pembelajaran yang dilakukan oleh responden.

Selepas pemerhatian

Saya akan berterima kasih kepada responden yang memberikan kerjasama dengan baik di sepanjang kajian dijalankan.

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data Untuk kajian ini, sayai menggunakan tiga jenis instrumen kajian yang terdiri

daripada ujian pra / pos , temu bual dan pemerhatian. Data yang diperoleh terlebih dahulu akan dikumpul dalam folder komputer. Data yang diperoleh daripada ujian pra / pos dan pemerhatian dianalisis menggunakan cara analisis statistik deskriptif dengan menggunakan bantuan perisian Microsoft Excel manakala data yang diperolehi temu bual dianalisis secara analisis kandungan secara sistematik.

18

5.3.1 Menghurai dan membina tema daripada data. Dalam langkah ini, saya merujuk kepada nota tema dan bentuk yang wujud. Saya juga akan memastikan data mudah diakses. Pada tahap ini, data ditranskripsikan dalam word processing . Data dimasukkan ke dalam komputer dalam bentuk teks, data dipermudahkan dan berfokus mengikut persoalan kajian. 5.3.2 Melaporkan dapatan kajian. Data dipamerkan dalam bentuk jadual, carta palang dan rumusan. Data yang dipamer akan menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang akan dibuat. Data-data hasil daripada ujian pra dan ujian pos akan diasingkan dan dibuat dalam dua jadual. Jadual pertama mengenai kedua-dua ujian berkaitan dengan pencapaian subjek kajian sebelum dan selepas penggunaan kaedah COMPO . Manakala jadual kedua pula merupakan jadual analisis markah ujian pra dan ujian pos yang mana dalam jadual tersebut diletakkan gred lemah, sederhana dan cemerlang berdasarkan bilangan dan peratus hasil daripada ujian kemahiran menyukat isipadu pepejal. 5.3.3 Mentaksirkan dapatan kajian. Daripada jadual yang terbina, saya akan mentaksir dapatan daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil daripada dapatan kajian ini nanti akan digunakan untuk menjawab tujuan kajian yang dikenal pasti kelak. 5.3.4 Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang membawa kepada Proses dokumentasi semua proses kesimpulan dinyatakan dengan tepat. 19

penyelidikan dinyatakan dengan tepat. Seterusnya saya akan menyemak maklumat yang diperoleh dan merumuskan dapatan kajian. Dari data yang digunakan akan dibuat rumusan sama ada penggunaan kaedah COMPO kata dapat membantu meningkatkan kemahiran menyukat isipadu pepejal.

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Tindakan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Aktiviti Mengenal pasti masalah dan mengumpul data tinjauan awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan Menjalankan Ujian Pra Melaksanakan tindakan-aktiviti 1 Menjalankan pemerhatian Melaksanakan tindakan-aktiviti 2 Menjalankan Temu Bual Menjalankan Ujian Pos Tarikh Perlaksanaan Catatan

05/02/2012 13/02/2012 18/02/2012 19/04/2012 02/05/2012 02/05/2012 10705/2012 15/05/2012 31/05/2012 07/06/2012 04/07/ 2012 Ogos-Nov/ 2012 10-12/12/2012

10. Menganalisis data 11. Refleksi kajian 12. Menulis laporan kajian 13. Pembentangan dapatan kajian dalam seminar

20

Bil 14.

Aktiviti Penulisan artikel kajian dalam prosiding

Tarikh Perlaksanaan 13/12/2012 15/12/2012

Catatan

15. Penjilidan laporan kajian

21

5.4.2 Carta Gantt Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

Sept

Julai

April

Mac

Nov

Feb

Jan

Jun

Mei

Okt

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis kertas cadangan kajian Merancang tindakan Melaksanakan tindakan Mengumpul data Menganalisis data Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

22

Ogos

Dis

AKTIVITI

Sept

Julai

April

Mac

Nov

Feb

Jan

Jun

Mei

Okt

Penulisan artikel dalam prosiding. Penjilidan

23

Ogos

Dis

AKTIVITI

5.4.3 Kos Kajian Bil 1 2 3 4 5 6 Jenis Bahan Kertas A4 Fotostat Buku Rujukan Dakwat pencetak DVD CD-R Penjilidan Jumlah Kuantiti x Harga Seunit 2 X 11.90 3 x 15.00 1 X 70.00 Kos RM23.80 RM45.00 RM70.00 RM1.50 RM2.00 RM40.00 RM182.30

1 X 1.50
2 X 1.00 1 x 40.00

24

RUJUKAN:

Aszoura Muhamed Salleh.(2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran berpandukan komputer (penggunaan perisian Powerpoint interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep Sains dalam tajuk Sel untuk Sains Tingkatan Satu . Tesis tidak diterbitkan. Kuala Lumpur :Universiti Terbuka Malaysia.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, & Abdul Rahim Hamdan .(2007).Menguasai penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Chua, Y. P . (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan ; kaedah penyelidikan buku 1 (2nd ed) . Malaysia : McGraw-Hill (Malaysia)Sdn. Bhd.

Cliff, A. ( 2006 ). The Cognitive Load of PowerPoint: Q&A with Richard E. Mayer. Diakses pada 23. Februari.2012 dari http://www.sociablemedia.com/ articles mayer.htm

IPG Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul pensiswazahan guru sains sekolah rendah: penyelidikan tindakan 1 .Cyberjaya:Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Manual kajian tindakan edisi ketiga.Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

Mok Soon Sang. (2008). Murid dan alam belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noraini Idris.(2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Malaysia : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Pallant, J. (2001). SPSS survival manual: A step by step guide to data nalysis using SPSS for Windows. New South Wales, Australia: Allen & Unwin. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan : kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Saidah binti Shahid .(2010). Siri komputer bestari belajar power point. Subang Jaya: Penerbitan Prestasi Sdn. Bhd. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon . ( 2010 ). Kemahiran belajar . Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Vivi Lachs. (2010). Multimedia di dalam darjah. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Yap Yee Khiong , Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar . ( 1987 ). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan . Petaling Jaya : Heinemann Educational Books (Asia ) LTD.

26

RUANGAN BORANG KOLABORASI

27

RUANGAN BORANG KOLABORASI

28

RUANGAN BORANG KOLABORASI

29

Set Soalan Ujian Pra / Pos

Lampiran 1

NAMA : ____________________________________________

Ujian Prestasi
* Pra / Pos
Arahan :

1. Kertas ujian mengandungi sebanyak 12 halaman bercetak termasuk muka hadapan. 2. Kertas ujian ini mengandungi 10 item objektif dan 2 item struktur.. 3. Sila jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan. 4. Ujian ini adalah bertujuan untuk kajian semata-mata. 5. Segala maklumat adalah dirahsiakan. 6. Segala kerjasama anda amat dihargai.

30

Apakah yang dimaksudkan dengan isipadu? A Kuantiti untuk ruang yang diisi. B Jarak antara dua titik C Saiz permukaan D Saiz ruang

Gambarajah di bawah menunjukkan 4 buah kubus. Yang manakah antara berikut mempunyai isipadu yang paling besar ?

31

3.

Rumus mengira isipadu ialah

A B C D

Panjang x Tinggi Panjang x Lebar Panjang

Tinggi

Lebar x Tinggi x Tinggi

Panjang x Lebar

Rajah 1

4.

Berapakah isipadu kuboid tersebut ? A B C D 17 cm 144 cm 216 cm 316 cm

32

5.

Antara objek berikut, yang manakah mempunyai isipadu yang paling besar ?

A B C D

Pemadam Kotak kasut Kotak pensel Kotak mancis

Rajah 2 6. Gambarajah berikut menunjukkan sebuah kubus kecil dan sebuah kuboid J . Berapakah buah kubus kecil yang diperlukan untuk memenuhi kuboid J tersebut?

A B C D

12 36 42 58 33

7.

Pepejal-pepejal manakah di atas mempunyai jumlah isipadu yang sama?

A B C D

W dan Z X dan Y W dan Y Y dan Z

34

Rajah 4 8. Blok U di dalam gambarajah diatas dibina daripada kuboid. Isipadu kuboid adalah 135 cm3. Apakah nilai panjang , lebar dan tinggi yang betul bagi Blok U di atas ?

E A 8 cm3 6 cm3 9 cm3 7 cm3

F 4 cm3 2cm3 3 cm3 4 cm3

G 6 cm3 5 cm3 5 cm3 6 cm3

35

Rajah 3

9.

Antara pernyataan yang berikut , manakah pernyataan yang benar berdasarkan gambarajah di atas ?

I II III

10 buah blok M membentuk separuh isipadu blok N. Isipadu 10 buah blok M bersamaan isipadu blok N. Isipadu blok N ialah 10 cm3.

A B C D

I sahaja I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja

36

10.

Rajah di bawah menunjukkan 3 buah kotak.

Rajah 4 Isipadu kotak-kotak tersebut dalam tertib menaik ialah ..

A B C D

P , Q , R. R , Q , P. P , R , Q. Q , P , R.

37

BAHAGIAN B.
Arahan : Jawab semua soalan .

2 cm 1 cm 4 cm 4 cm 4 cm Q

1 cm 1 cm

1 cm 6 cm R Rajah 1

Kubus P

1.

Rajah 1 menunjukkan sebuah kubus kecil , P dan dua buah kotak , Q dan R. Berapa buah kubus P yang boleh mengisi :Kotak Q?

(a) i.

_____________________________________________________________ ( 1 markah ) ii. Kotak R?

_____________________________________________________________ ( 1 markah ) 38

(b) i.

Hitungkan isipadu ; Kotak Q.

___________________________________________________________ ( 2 markah ) ii. Kotak R.

_____________________________________________________________ ( 2 markah )

39

2.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah kotak tisu , kotak minuman dan kotak sabun.

(a)

Tuliskan ukuran bagi setiap objek di atas .

Objek

Panjang

Lebar

Tinggi

i.

Kotak tisu

ii. Kotak minuman

iii. Kotak sabun pencuci

(3 markah)

40

(b) i.

Daripada jawapan anda di (a) , hitungkan isipadu objek-objek itu. Kotak tisu

_____________________________________________________________ ( 2 markah) ii. Kotak minuman

_____________________________________________________________ ( 2 markah ) iii. Kotak sabun

_____________________________________________________________ ( 2 markah ) -SOALAN TAMAT-

41

Skema Pemarkahan Item Objektif: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. A B D B A C A C D C 10 markah Item Struktur 1. (a) i. 8 buah 1 markah

ii. 96 buah 1 markah (b) i. Isipadu Kotak Q = Panjang x Lebar x Tinggi = 4 cm x 2 cm x 1 cm = 8 cm Isipadu Kotak Q = ii. 8 cm 2 markah Isipadu Kotak R = Panjang x Lebar x Tinggi = 6 cm x 4 cm x 6 cm = 144 cm Isipadu Kotak R = 144 cm 2 markah

42

2. (a)

Objek

Panjang

Lebar

Tinggi

i.

Kotak tisu

7 cm 12 cm

7 cm 5 cm

7 cm

ii. Kotak minuman

6 cm

iii. Kotak sabun

12 cm

4 cm

10 cm

3 markah

(b) i. Isipadu Kotak Tisu = Panjang x Lebar x Tinggi = 7 cm x 7 cm x 7 cm = 343 cm Isipadu Kotak Tisu = 343 cm 2 markah

ii.

Isipadu Kotak Minuman = Panjang x Lebar x Tinggi = 12 cm x 5 cm x 6 cm = 360 cm Isipadu Kotak Minuman = 360 cm 2 markah

iii.

Isipadu Kotak Sabun Pencuci = Panjang x Lebar x Tinggi = 12 cm x 4 cm x 10 cm = 480 cm Isipadu Kotak Sabun Pencuci = 480 cm 3 markah 43

44

45

Lampiran 1

46

Lampiran 2 Tajuk Penyelidikan : Meningkatkan Kemahiran Menyukat Isipadu Pepejal Menggunakan Kaedah COMPO Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Usaha .

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Dengan ini saya , ____________________________________Ibu bapa / penjaga kepada __________________________________ membenarkan anak / jagaan saya mengambil bahagian dalam kajiandi atas. Saya faham bahawa kebenaran ini diberikan dengan rela hati , tanpa unsur paksaan dan dengan segala kefahaman tentang tujuan dan kepentingan penyelidikan yang sedang dijalankan . Saya faham bahawa saya atau anak/jagaan saya boleh menarik diri pada bila-bila masa semasa penyelidikan dijalankan. Sekian.

Tandatangan Nama Tarikh

:_____________________________ :_____________________________ :_____________________________

LAMPIRAN 1

47

BORANG TEMU BUAL Responden Temu bual

Lampiran 3 Refleksi Penyelidik

1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden A sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ? 1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden B sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ? 1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden C sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ?

48

Responden

Temu bual

Refleksi Penyelidik

1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden D sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ? 1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden E sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ? 1.Siapa nama kamu ? 2.Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains ? 3.Apa pendapat kamu mengenai cara guru mengajar tajuk menyukat isipadupepejal dengan menggunakan MS Power Point berbanding Responden F sebelum ini ? 4. Adakah sekarang kamu rasa lebih yakin untuk menjawab soalan bawah tajuk menyukat isipadu pepejal ? 5. Apakah perasaan kamu sekarang ?

49

Lampiran 4 SENARAI SEMAK PEMERHATIAN. Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan/tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Kod: 1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. 2. Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas 3. Berangan-angan 4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain 5. Membuat kerja lain 6. Mengganggu murid lain secara fizikal 7. Mencuba untuk menarik perhatian 8. Mengasah pensel 9. Lain-lain aktiviti

50

LAMPIRAN 4 Skan Responden 1 Responden A Responden B Responden C Responden D Responden E Responden F Responden G Responden H Responden I Responden J 2 3 4 5 6 7 8 9

51

Anda mungkin juga menyukai