Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN ASAS PENULISAN ILMIAH 1.

Pengenalan Definisi Penulisan Ilmiah Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat. Ciri Umum Penulisan Ilmiah Penulisan ilmiah amat berbeza dengan bentuk-bentuk penulisan yang lain seperti penulisan sastera atau fiksyen sains. Hal ini kerana penulisan ilmiah tidak menggunakan pendekatan memancing emosi khalayak pembaca dengan isu atau tema yang digarap. Penulisan ilmiah menggunakan pendekatan reasoning skills(daya taakulan) sekaligus ia berkehendakkan khalayak pembaca memahami, menghayati dan mempraktikkan apa yang disarankan. Bukan sekadar itu; yang paling ditekankan dalam penulisan ilmiah adalah maklumat yang benar. Justeru itu, antara ciri utama sesebuah penulisan ilmiah adalah: Mengandungi maklumat yang benar dan sahih seperti fakta, data.carta, rajah dan sebagainya. Sumber maklumat yang sahih yang diperoleh menerusi sumber primer atau sekunder. Mempunyai suatu format yang standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan dan elemen-elemen mekanis penulisan berformat. Gaya persembahan yang formal. Meneroka dan menggali sesuatu isu.

Ciri Khusus Penulisan Ilmiah Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian: Catatan Pustaka Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat Petikan Langsung dan Tak Langsung Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka

Catatan Pustaka Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatan pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut: Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh: Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat. atau Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.... atau Mengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi.... Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh: Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. (Keris Mas, 1988 : 136)

Catatan Kaki Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh: .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik... ________________________________________________ 1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna. 2

Catatan Kaki Singkat Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka. ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya. op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain. loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tempat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain. Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut: John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75 Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25 Ibid, hal. 45 John Dewey, op.cit., hal 89. John Dwey, loc.cit. Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten.

Petikan Tak Langsung Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringkasan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.

Petikan Langsung Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik (xxx) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh yang berikut: segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran. (Zaba, 1965 : 165) Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu: .......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang. (Brown, 1951 : X)

Bibliografi Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi: Bibliografi tidak diberi nombor Urutan nama penulis mengikut urutan huruf Gelaran penulis tidak dimasukkan Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis. Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah: Nama penulis Tahun penerbitan Judul digaris atau dicetak miring Tempat penerbitan 4

Nama penerbit Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini. Bibliografi Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston: Houghton Mifflis Company. Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur: Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur: Penerbitan Geetha. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Graham Brash. Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis. dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251. Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani. dlm. Berita Harian. September, hlm 12. http://www.dbp.gov.my/ http://www.bharian.com.my http://ww.utusan.com.my/majalah/massa

Kamus Kamus Dewan, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tujuan Penulisan Ilmiah Penulisan ilmiah mempunyai tujuan-tujuan yang khusus. Penulisan ilmiah tidak dilaksanakan tanpa mempunyai maksud di sebaliknya. Menurut Fulwiler(1977), menulis secara ilmiah bertujuan untuk berkomunikasi. Antara tujuan khusus penulisan ilmiah khususnya di IPT adalah untuk: Menyampaikan maklumat Menjelaskan sesuatu idea Menyatakan hujah Ketiga-tiga tujuan penulisan ilmiah merupakan teras dalam semua bentuk genre penulisan ilmiah. Paling utama sesuatu teks ditulis adalah untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca. Lazimnya seseorang penulis akan menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik atau isu secara terus menerusi teks ilmiah ( sama ada penulisan tersebut berdasarkan kajian perpustakaan, uji kaji di makmal atau di lapangan) yang baharu kepada khalayak pembaca. Selain itu, penulis juga akan turut menjelaskan segala hal yang berkait dengan topik dan isu berkenaan. Selain itu, dalam penulisan ilmiah penulis dibolehkan untuk berhujah secara ilmiah. Dengan kata lain, penulis boleh membuktikan sebarang pernyataan, hipotesis atau sesuatu teori itu sebagai benar atau tidak benar dengan menggunakan kaedah ilmiah yang telah diperakukan.

Jenis Penulisan Ilmiah Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi. Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya. Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang

menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-voc. Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc.

Situasi dan Khalayak Penulisan Ilmiah Menurut Mc Crimmon (1986) dalam Kamarudin dan Siti Hajar (1997), bahawa sesuatu kegiatan penulisan ( dalam hal ini merujuk penulisan ilmiah) itu tidak berlaku dalam ruang yang kosong. Biasanya, dalam sesuatu situasi. Dalam penulisan, seseorang penulis itu selalunya bertujuan untuk menyampaikan atau menghubungkan sesuatu mesej, rayuan, maklumat atau idea penulis. Dengan kata lain, tiap-tiap kegiatan penulisan itu berlaku dalam satu situasi, iaitu yang melibatkan interaksi antara penulis,subjek dan khalayak pembacanya. Menurut Abu Bakar(1986), suatu aspek dalam penulisan ilmiah yang selalu diabaikan ialah pembacanya. Dari segi penulisan, kita harus mengambil sikap yang sebaliknya. Kita digalakkan menganalisis pembaca kita supaya tulisan kena dengan sasarannya, tidak membidik terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kalau tulisan tidak sampai kepada sasarannya, penulis juga yang akan kerugian kerana apabila seseorang menerbitkan tulisannya, tujuannya ialah untuk dibaca, dicerna dan dibincangkan bukan untuk disimpan sahaja di dalam perpustakaan. Secara sedar atau tidak apabila kita menerbitkan sebuah penulisan ilmiah, kita mengikat tali perjanjian dengan pembaca kita, kita berjanji dengan pembaca bahawa kita akan menyampaikan sesuatu buatnya. Pembaca akan terus membaca selagi mereka percaya kita akan memenuhi janji itu. Mereka akan berhenti membaca apabila merasakan bahawa kita sudah menyeleweng daripada perjanjian itu. Boleh jadi mereka terus membaca tetapi akhirnya kalau tidak bertemu dengan apa yang dijanjikan pada awal (dibaca;prakata), maka mereka akan kecewa dan membuat penilaian yang tidak menyenangkan tentang penulisan ilmiah yang kita hasilkan. Sehubungan itu, penulis yang endah akan pembacanya akan berusaha membawa khalayak pembacanya ke satu arah, satu tujuan, satu matlamat dan satu kesimpulan yang bermakna.

Etika Penulisan Ilmiah Sehingga kini belum terdapat satu kod etika penulisan ilmiah yang standard yang digunapakai khususnya di Malaysia. Di negara kita hanya terdapat kod etika penulisan yang berkaitan dengan wartawan sepertimana yang terdapat dalam Kod Etika Wartawan Malaysia dan Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ). Kod etika ini berkaitan dengan peraturanperaturan dan larangan-larangan, termaktub dalam akta-akta dan perlembagaan yang dibentuk oleh kerajaan. Walaupun tidak terdapat kod etika penulisan ilmiah, namun secara umum kita masih terikat dengan beberapa akta dalam Perlembagaan Negara yang berkaitan dengan penulisan dan percetakan. Antaranya termasuklah Akta Percetakan (1984); Akta Keselamatan Dalam negeri (1960); Akta Menghasut (1948) yang dipinda melalui Akta Pindaan Perlembagaan (1971) dan Akta Hak Cipta(1987).

2. Kemahiran Asas Prapenulisan Ilmiah Tahap ini merupakan tahap paling awal iaitu persediaan seseorang penulis itu menghasilkan sebuah penulisan yang dikehendakinya. Pada tahap ini penulis seharusnya telah cukup persediaan sama ada dari segi rohani, emosi, jasmani mahupun intelektual. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah: Kemahiran Memilih Tajuk Sesuatu tajuk berfungsi sebagai pemandu arah kepada keseluruhan penulisan. Tajuk bertujuan untuk menarik perhatian pembaca, memberi gambaran umum kepada pembaca tentang keseluruhan penulisan dan memberi arah tuju sesebuah penulisan ilmiah.Paling penting bagi penulis adalah maklumat yang mencukupi mengenai sesuatu tajuk yang dipilih. Maklumat yang kemaskini akan dapat membantu penulis untuk mengembangkan idea dan penyusunan idea yang bermutu. Maklumat mengenai tajuk yang dipilih boleh diperoleh menerusi pembacaan atau kajian. Kemahiran Mengumpul Maklumat Penulis perlu mengumpul sebanyak mungkin bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih. Penulis terlebih dahulu perlu mencari, membuat rujukan dan meminjam bahan-bahan rujukan yang berkaitan untuk digunakan dalam penulisannya. Buku, laporan, keratan akhbar, internet, CD-ROM adalah sumber rujukan yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat penulisan ilmiah. Dan

jika perlu, sesebuah perpustakaan boleh membuat pinjaman bahan rujukan antara perpustakaan.

Kemahiran Merangka dan Menyusun isi Pada peringkat ini, penulis mestilah memberi fokus kepada isi yang akan dimuatkan dalam penulisannya. Isi mesti dirancang. Untuk merancang isi yang berkaitan dengan tajuk penulisan yang telah dipilih, penulis terlebih dahulu perlu merangka dan menyusun isi penting yang difikirkannya. Untuk memantapkan isi tersebut, penulis bolehlah mencari sumber rujukan daripada pembacaan di perpustakaan. Terdapat keperluan isi yang berbeza antara jenis penulisan ilmiah. Isi untuk penulisan kertas kerja dan laporan ilmiah kurang berbanding isi untuk penulisan tesis, disertasi dan buku ilmiah. Penulis perlu bijak membuat anggaran bagi isi dalam sesebuah penulisan ilmiah. Kemahiran Memperoleh Data Penulisan ilmiah menitikberatkan sumber atau bahan rujukan. Data yang diperoleh boleh bersifat primer atau sekunder. Data primer boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti kajian di lapangan, temubual atau pemerhatian yang dilakukan. Data yang dikumpulkan itu merupakan maklumat paling utama dalam sesebuah penulisan ilmiah. Penulisan tesis dan disertasi dan adakalanya laporan ilmiah memerlukan maklumat daripada sumber primer ini. Data sekunder boleh diperoleh di perpustakaan, internet, CD-ROM dan sebagainya. Lazimnya penulisan kertas kerja ilmiah memerlukan rujukan daripada sumber sekunder ini secara total. Kemahiran Menggabung jalin Data Sumber dalam sesuatu penulisan ilmiah dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu : Sumber perpustakaan Sumber bukan perpustakaan Sumber daripada pengkalan data berkomputer Penulis perlu bijak menggabungjalinkan data daripada sumber perpustakaan, sumber bukan perpustakaan dan sumber daripada pengkalan data berkomputer bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti dan dapat mengelakkan penulisan yang dihasilkan diragui dari segi kebolehpercayaan dan kesahan kandungan maklumat yang dipaparkan. 3. Kemahiran Asas Penulisan Ilmiah

Kemahiran penulisan amat penting kepada penulis kerana kemahiran ini merupakan wadah penulis untuk menyampaikan idea, isi dan data dengan tepat dan berkesan. Penulis yang menghasilkan penulisan ilmiah perlu menyediakan tiga bahan dalam proses penulisan ilmiah iaitu bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran.

Bahan Awalan Prakata / Penghargaan Prakata lazimnya mengandungi kenyataan pengarang mengenai karyanya, sebab menulis karya, kaedah penyelidikan dan penghargaan (jika perkara ini panjang, masukkan dalam halaman penghargaan, jika ringkas masukkan dalam halaman prakata dan tiadakan halaman penghargaan) Abstrak Abstrak adalah sinopsis artikel yang padat dan ringkas yang merangkumi aspekaspek permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan kajian. Abstrak tidak boleh ditulis melebihi 200 pataj perkataan dan perlu ditulis dengan menggunakan format italic, bersaiz 10 dan Justified. Senarai Kandungan Senarai kandungan merupakan helaian opsyenal. Namun bagi penulisan ilmiah seperti buku, tesis dan disertasi senarai kandungan dimestikan. Halaman ini mengandungi senarai tajuk, subtajuk dan muka surat. Senarai kandungan berfungsi sebagai penanda satu topik kepada topik selanjutnya. Bahan Teks Bahan teks merupakan bahagian paling penting dalam sesebuah penulisan ilmiah. Sebahagian besar helaian muka surat dalam sesebuah penulisan ilmiah diperuntukkan untuk kandungan teks. Di dalamnya mengandungi semua fakta, maklumat dan rajah yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Dalam kandungan teks ini, isi dan maklumat akan disusun mengikut kategori dan kepentingan maklumat kepada sesebuah tajuk. Namun secara umum, format kandungai dimulai dengan pendahuluan atau pengenalan, isi dan penutup atau kesimpulan. Pengenalan Pengenalan seharusnya dapat menarik perhatian dan selera pembaca untuk membaca Pengenalan harus memberi latar belakang penting tentang tajuk yang ditulis. 10

Pernyataan penulis tentang tujuan penulisannya. Badan/Isi Setiap bahagian dalam penulisan ilmiah mengandungi perenggan dan perenggan mengandungi; Ayat topik yang berkait secara langsung dengan pernyataan. Mengandungi petikan langsung dan tidak langsung daripada sumber rujukan Mengandungi bukti yang sahih seperti fakta, contoh, deskripsi fizikal dan pengalaman sendiri. Mengandungi ayat sokongan yang memberi penerangan, definisi, gambaran tentang ayat topik dalam sesebuah perenggan. Menunjukkan kesatuan pemikiran yang difahami. Mengandungi kesinambungan idea antara perenggan dengan perenggan dan ayat dengan ayat. Kesimpulan Kesimpulan mestilah berkaitan langsung dengan pernyataan. Kesimpulan mengandungi rumusan keseluruhan isi utama Kesimpulan boleh terdiri daripada suatu penyelesaian, ramalan dan cadangan yang bernas. Bahan Akhiran Senarai Rujukan Senarai bahan rujukan, lazimnya terletak pada akhir bahagian penulisan ilmiah. Senarai ini merupakan suatu senarai bahan rujukan pelbagai jenis seperti buku, jurnal, akhbar, internet dan sebagainya yang ditulis mengikut kaedah penulisan tertentu seperti sistem APA atau MLA. Penulis yang bertanggungjawab pasti akan menyenaraikan setiap bahan rujukan yang diambilnya. Indeks Dalam penulisan ilmiah seperti buku sepatutnya mempunyai indeks. Tugas menyediakan teks adalah tanggungjawab penulis. Hal ini kerana hanya penulis yang lebih mengetahui kata masukan / entri yang penting berkenaan isi buku yang ditulis. Kata masukan yang menjadi tajuk dan subkata masukan / subentry hendaklah disenaraikan menurut abjad tidak menurut urutan kata. Penunjuk / locator boleh berupa nombor bahagian, nombor bab, nombor perenggan atau nombor halaman; walau bagaimanapun penunjuk halaman adalah cara yang paling biasa digunakan. 4. Kemahiran Asas Pascapenulisan Ilmiah 11

Kemahiran asas pascapenulisan adalah kemahiran menyemak semula bahan yang telah ditulis. Tahap ini penting kerana sesuatu penulisan ilmiah itu dihasilkan untuk khalayak yang khusus. Oleh sebab khalayak akan menilai teks yang ditulis itu, maka penulis perlu memastikan idea atau pendapat yang ditulis itu jelas, tepat dan mudah difahami oleh khalayaknya. Selain itu, penulis hendaklah memastikan bahawa format dan tatacara penulisan ilmiah tersebut dipatuhi serta mencapai strandard yang ditetapkan. Justeru itu antara kemahiran pascapenulisan yang perlu ada pada seorang penulis penulisan ilmiah ialah kemahiran penyuntingan.

Perkara yang perlu diberi penelitian dalam proses penyuntingan ialah: Struktur dan format Isi kandungan Laras bahasa Kosistensi Ejaan Tanda baca Ayat Perenggan Struktur dan Format Struktur dan format mestilah sesuai dengan penulisan yang dihasilkan. Struktur ialah kaedah bagaimana sesuatu disusun manakala format pula ialah bentuk dan rupa sesebuah penulisan yang dihasilkan. Sekiranya penulisan itu adalah sebuah tesis, maka ia perlu memenuhi struktur dan piwai yang telah ditetapkan oleh IPT. Contohnya perkara yang perlu ada pada kulit tesis mesti memenuhi piawai yang ditetapkan. Selain itu, struktur dalaman tesis juga perlu diberi perhatian. Contohnya, pastikan bahagian awalan isi kandungan teks terbahagi kepada beberapa bab dan bahagian akhiran teks itu disempurnakan seperti yang disyaratkan. Sekiranya penulisan yang dihasilkan merupakan buku ilmiah maka struktur dan format buku berkenaan juga amat perlu diberi perhatian. Sewaktu melakukan penyuntingan buku penulis wajar melihat bahagian-bahagian buku yang dihasilkan.Bahagian-bahagian buku mesti mengandungi bahan-bahan awalan, teks yang terdiri daripada bab-bab dan bahan akhiran. Isi Kandungan

12

Objektif penulis adalah untuk nenjadikan maklumat yang ingin disampaikan dalam penulisannya selesa dicerna oleh pembaca. Oleh itu, penulis mesti berusaha menarik perhatian pembaca dengan memberikan persembahan penulisan fakta secara menarik di samping menyerlahkannya mengikut urutan dan penekanan yang tepat. Di samping itu, perkara yang diperhatikan apabila melakukan penyuntingan dalam bahagian kandungan ialah memastikan; Ketepatan fakta Ketepatan sumber Kesesuaian nada tulisan Laras Bahasa Laras bahasa dan gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan ilmiah mestilah bersesuaian dengan peringkat usia kematangan pembaca. Pemeringkatan gaya bahasa berdasarkan usia kematangan pembaca penting supaya tidak menimbulkan kesusahan untuk memahami fakta. Gaya bahasa yang menarik dan lancar mungkin tidak terlalu teknikal atau terlalu mudah tetapi mesti menyeronokkan. Seterusnya perhatikan juga dengan terperinci penggunaan perkataan dan istilah yang khusus. Selain itu, penggunaan laras dalam penulisan ilmiah harus sesuai dengan medium yang hendak diterbitkan. Jika teks penulisan ilmiah tersebut untuk tujuan siaran di akhbar yang mana golongan sasaran adalah tidak homogeneus, maka laras penulisannya perlu dipermudahkan agar pembaca kebanyakan boleh memahaminya. Jika teks tersebut mahu diterbitkan ke dalam jurnal, maka laras yang strandard mesti digunakan kerana medium tersebut telah jelas kumpulan sasaran yang membacanya. Konsistensi Konsistensi tidak kurang pentingnya dalam menghasilkan penulisan ilmiah. Sewaktu penyuntingan, perkara yang perlu dilihat dalam aspek konsistensi ialah penggunaan istilah yang seragam. Hal ini kerana terdapat pelbagai istilah bagi sesuatu konsep dan dalam hal ini penulis perlu memilih satu istilah saja bagi merujuk kepada sesuatu konsep yang digunakan.

Kedua, konsistensi dikaitkan dengan aspek teknikal seperti: Teknik penomboran Jarak jidar Saiz huruf Ejaan

13

Dalam proses penyuntingan, membetulkan kesilapan ejaan boleh dilakukan serentak dengan pembetulan aspek-aspek lain. Bagi memudahkan penyuntingan ejaan, penulis boleh menggunakan perisian yang telah dihasilkan oleh pihak DBP untuk mengenal pasti penggunaan ejaan yang salah. Selain itu, penulis boleh merujuk buku-buku seperti Daftar Istilah, Daftar kata atau Kamus. Bahan ini berguna untuk mempertingkat penggunaan ejaan dan istilah yang tepat dan betul. Tanda Baca Sewaktu melakukan penyuntingan perlu juga diperhatikan, iaitu adakah penulis meletakkan tanda-tanda baca tertentu pada tempatnya? Tanda noktah(.) merupakan tanda baca yang paling penting tetapi kadang-kadang terdapat penulis yang gagal menggunakannya pada tempat yang betul.Begitu juga sekiranya dalam proses penyuntingan terdapat satu koma(,) pada satu ayat yang panjang, maka segelah letakkan koma lain di tempat yang sesuai. Begitu juga dengan tanda baca yang lain seperti titik bertindih( :), koma bertindih(;) sempang (-), tanda soal(?) dan lain-lain. Penulis perlu pastikan agar semua tanda baca digunakan pada tempat yang betul. Ayat Semasa penyuntingan perhatikan ayat yang terbentuk adalah ayat yang tidak terlalu panjang dan kompleks yang boleh menyebabkan maksudnya sukar difahami. Binaan ayat tergantung atau ayat yang tidak gramatikal boleh mencacatkan mutu penulisan. Perenggan Jika perenggan yang telah dihasilkann agak panjang, maka cuba baiki sama ada dipendekkan atau dipisahkan supaya kelihatan lebih kemas. Pastikan juga setiap perenggan tidak mengandungi lebih daripada satu fakta utama. Walau bagaimanapun, jika sesuatu perenggan itu terlalu pendek bolehlah dicantumkan dengan perenggan yang lain yang faktanya berkaitan. Fakta dalam perenggan juga perlu diteliti supaya ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan berikutnya. Perhatikan juga supaya tidak ada fakta yang tidak relevan termasuk dalam setiap perenggan. Perlu dipastikan bahawa tidak berlaku pengulangan fakta dalam perenggan lain walaupun tertulis dalam nada dan bentuk ayat yang berbeza. 5. Laras Bahasa Penulisan Ilmiah Definisi Gaya Bahasa Pada umumnya masyarakat awam menganggap gaya bahasa dan laras bahasa sebagai satu konsep yang sama. Namun demikian, kedua-dua konsep itu

14

sebenarnya mempunyai perbezaan antara satu dengan yang lain. Asmah (1983, dlm: Kamaruddin Hj.husim,1995,hlm.14-15) mengemukakan bahawa: Secara am, laras bahasa dirujukkan juga sebagai gaya bahasa, tetapi bagi ahli linguistik laras dan gaya adalah dua konsep yang berbeza.Laras khusus berlatarkan bidang penggunaan, sedangkan gaya merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan Secara keseluruhannya gaya bahasa ialah cara seseorang penulis mempersembahkan hasil karyanya yang melibatkan pemilihan perkataan dan ekspresi, susunan perkataan dalam ayat dan keragaman ayat. Definisi Laras Bahasa Laras bahasa secara umumnya merupakan cara penggunaan sesuatu bahasa. Menurut Asmah(1984), yang dimaksudkan sebagai laras bahasa ialah ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Penggunaan atau pilihan perkataan dan istilah yang tepat merupakan dasar bagi laras bahasa. Penulis perlu mahir dalam pilihan perkataan dan istilah semasa menulis karya ilmiah kerana perkataan dan istilah yang sama berkemungkinan mempunyai konsep yang berlainan dalam bidang ilmu tertentu. Laras Bahasa Ilmiah Laras bahasa ilmiah dapat didefinisikan sebagai cara penggunaan bahasa yang bertujuan untuk menyampaikan kebenaran ilmu secara logik dan objektif. Perkara yang penting dalam laras bahasa ilmiah ialah penggunaan perkataan yang tepat dari segi makna dan konsepnya serta penggunaan perkataan yang neutral, yang tidak mengandungi nilai-nilai emotif atau bersifat ambiguiti dan ditambah dengan struktur ayat yang mudah difahami. Laras bahasa ilmiah boleh dibahagikan kepada bentuk lisan dan tulisan. Contoh laras bahasa ilmiah bentuk lisan ialah penyampaian kuliah, seminar, kolokium, dan ceramah yang tajuk pembicaraannya berkaitan bidang ilmu tertentu. Manakala contoh laras bahasa ilmiah bentuk tulisan ialah penulisan buku, penulisan jurnal, penulisan tesis dan penulisan kertas kerja. Penulisan karya ilmiah tersebut boleh dibahagikan mengikut disiplin ilmu tertentu dan memerlukan laras bahasa yang berbeza pula. Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah Ciri-ciri utama laras bahasa ilmiah ialah: Istilah Khusus

15

Dalam laras ilmiah, yang dimaksudkan dengan istilah khusus ialah perkataan atau istilah yang mengungkapkan ilmu sesuatu bidang tertentu dan memberi konsep yang khusus dalam bidang tersebut. Misalnya dalam bidang kajian kesusasteraan, apabila sesseorang penulis menggunakan istilah epigram atau satira untuk menjelaskan sifat sajak yang ditulis oleh seseorang penyajak; maka pembaca ahli bidang tersebut akan faham tentang konsep istilah yang digunakan itu kerana setiap istilah membawa konsep dan pengertian yang khusus namun tidak bagi pembaca bukan ahli.Oleh yang demikian, penulis perlu mengetahui istilah khusus bidang penulisannya agar dapat memberi penjelasan yang baik kepada pembaca. Sruktur Ayat Ayat-ayat yang digunakan dalam penulisan karya ilmiah seharusnya tidak terlalu kompleks kerana dikhuatiri pembaca akan kehilangan punca perbicaraan. Penulis digalakkan menggunakan struktur ayat yang mudah bagi menjamin kejelasan dan pemahaman pembaca. Di samping menggunakan struktur ayat yang mudah, penulis karya ilmiah tidak digalakkan menggunakan sudut pandangan orang pertama seperti menggunakan kata saya bagi merujuk diri sipenulis. Ini adalah untuk mengelakkan unsur peribadi antara penulis dan pembaca. Gaya Penulisan Terdapat beberapa gaya penulisan yang boleh digunakan dalam penulisan ilmiah bersesuaian dengan bidang ilmu tertentu, antaranya ialah gaya pertanyaan dan arahan, gaya makluman, dan gaya penerangan Gaya pertanyaan dan arahan biasanya ditandai dengan pertanyaan dan dikuti dengan penjelasan kepada pertanyaan dalam bentuk arahan. Gaya penulisan ini bertujuan membuat pembaca terkesan untuk ke arah suatu tindakan yang sistematis. Dalam gaya ini, ciri peribadi kelihatan dengan penggunaan kata seperti kita dan anda. Namun begitu, ciri peribadi ini wujud dalam suasana formal kerana adanya unsur didaktik dalam penulisan ilmiah bentuk ini. Gaya makluman penulisan ilmiah dengan gaya ini bertujuan untuk mengungkapkan sesuatu perkara atau ilmu berdasarkan fakta yang objektif. Gaya makluman biasanya digunakan untuk menyampaikan maklumat ilmiah dengan cara yang sederhana khususnya kepada pembaca bukan ahli. Walaupun maklumat disampaikan secara sederhana namun maklumat tersebut perlu dihuraikan dengan jelas dan terperinci agar pembaca dapat memahaminya. Gaya penerangan gaua penulisan ini menggunakan bentuk pendedahan bagi menerangkan sesuatu perkara kepada pembaca agar mendapat gambaran yang jelas. Dengan kata lain, penerangan yang diberikan dapat mencipta imej atau gambaran visual dalam fikiran pembaca. Dalam penulisan ilmiah, huraian suatu proses atau penakrifan sesuatu istilah merupakan penerangan yang memberikan maklumat serta penjelasan kepada pembaca. Sifat Kejelasan

16

Sifat kejelasan perlu diberi perhatian oleh penulis kerana karya ilmiah haruslah dapat difahami oleh pembaca dengan mudah. Penggunaan perkataan dan pengolahan ayat merupakan unsur dalam sifat kejelasan. Penulis karya ilmiah harus mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca seperti perkataan mungkin, boleh jadi, saya rasa, ada kemungkinan dan barangkali.Pengolahan ayat yang terlalu panjang atau meleretleret perlu dielakkan agar pembaca tidak keliru. Di samping itu, maklumat atau mesej perlulah disampaikan secara teratur dengan menekankan pertalian antara satu idea dengan idea yang lain agar mempunyai talian idea yang baik.

17

Anda mungkin juga menyukai