Anda di halaman 1dari 6

Soalan 2 Pilihan video yang saya pilih ini bertajukkan Dyslexia-The Hidden Disability.

Sebab saya pilih video ini adalah kerana saya dapati bahawa berkemungkinan besar kanak-kanak yang sedang diajar di sekolah di negara ini berkongsi masalah yang sama dan guru-guru di sekolah patut mengambil berat serta berusaha untuk mencari kanak-kanak berkeperluan khas ini supaya kelemahan mereka itu dapat ditukarkan menjadi satu kekuatan. Dyslexia atau disleksia adalah satu gangguan genetik yang sehingga kini tiada siapa yang tahu akan punca-puncanya ataupun penyebabnya kerana ia adalah sesuatu yang boleh dihidapi secara rawak oleh sesiapa sahaja tidak mengira jantina atau bangsa. Secara lebih specifik, perkataan disleksia ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu DNY yang bermaksud susah, payah atau mencabar. Disleksia bukanlah satu jenis penyakit sepertimana yang sering kali diucap oleh orang ramai. Lebih tepatnya lagi, disleksia adalah satu bentuk gangguan pembelajaran, dimana individu tersebut mempunyai kepayahan dalam membaca, mengira, menulis dan mengeja. Justeru itu, disleksik ini adalah gelaran bagi sesiapa sahaja yang didapati mempunyai masalah dalam aspek-aspek ini walaupun secara fizikal dan mental mereka didapati normal. Tambahan pula, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini tidaklah bodoh, malah sepanjang sejarah manusia itu sendiri ramai dikalangan tokoh-tokoh yang termuka adalah mereka yang menghadapi disleksia. Salah seorang daripada mereka adalah seorang pelukis,arkitek,intervensinis yang sangat tersohor iaitu Leonardo Da Vinci. Frank R. Vellutino dalam bukunya Dysleksi The Research and Theory menyakatakan bahawa disleksia ini adalah antara kes gangguan pembelajaran yang paling kompleks dan mahal dalam sejarah manusia. Bertahun-tahun penyelidik merata dunia berusaha untuk mencari jawapan bagi punca-puncanya dan penyelesaian bagi masalah tersebut. Beliau juga telah menyatakan bahawa masalah disleksia ini juga merupakan gangguan pembelajaran yang paling disalahfahamkan dalam kalangan masyarakat dunia. Bagi mereka yang tidak ada pengetahuan mengenai disleksia, mereka akan terus menuduh kanak-kanak yang menghadapi masalah ini sebagai lembab atau bodoh. Padahal, bukan salah kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang menghadapi disleksia melihat dunia ini daripada perspektif yang lain berbanding dengan orang lain. Cara mereka berfikir dan menganalisis sesuatu

itu tidak difahami oleh orang biasa, maka kerana itulah guru-guru atau pihak-pihak yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini perlulah mencari kaedah pengajaran lain untuk mengajar kanak-kanak yang mengahadapi disleksia. Walaupun, punca sebenar disleksia itu masih belum lagi ditemui, akan tetapi terdapatnya beberapa teori yang dapat menunjukkan kemungkinan punca masalah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh genetik atau keturunan individu tersebut. Satu pasukan daripada Yale telah membuat kajian tentang perkara ini dan daripada hasil kajian mereka dapati bahawa satu jenis gene yang dinamakan DCDC2 adalah punca ataupun satu gene yang berkait rapat dengan penghasilan disleksia. Mereka juga telah melaporkan bahawa gene DCDC2 ini juga berpaut dengan gene KIAA0319 yang juga merupakan punca datangnya masalah ini. Selain itu, ada juga kanakkanak yang telah dilahirkan dengan masalah ini sama ada kerana kekurangan zat ataupun telah melalui satu kemalangan yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam pembinaan otak semasa di dalam kandungan. Bagi NHSA pula, iaitu National Health Service of America, punca disleksia ini adalah disebabkan oleh phonological processing impairment iaitu masalah dalam membuat perkaitan dari segi fonik perkataan. Sebagai seorang manusia, kita dianugerahkan dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan menggunakan bahasa. Maka secara semula jadinya, kita telah dilahirkan dengan keupayaan untuk menangkap maksud perkataan-perkataan yang kita dengar dan memproseskan maklumat itu untuk mengecam maksud atau perwakilan disebalik perkataan itu. Tetapi bagi kanak-kanak yang menghadapi disleksia, mereka tidak mampu untuk membuat perkaitan tersebut. Mereka tidak faham bentuk, maksud ataupun rupa perkataan itu. Kerana itulah ada di kalangan kanak-kanak disleksia yang juga menghadapi masalah dalam pertuturan. Bagaimanakah kita, sebagai pendidik dan pengajar dapat mengecam kanakkanak yang menghadapi masalah ini? Adakah daripada rupanya atau tindak balas yang diberikan semasa sesi PdP? Terdapat banyak cara yang boleh seorang guru itu mengecam kanak-kanak disleksia, antaranya adalah kanak-kanak yang mempunyai rupa paras dan tahap kecerdiakan yang normal yang sudahpun dibimbing dengan teliti oleh guru dan penjaganya masih didapati menghadapi kesukaran dalam mempelajari membaca. Selain itu, kita juga boleh lihat daripada perkembangan

psikomotor mereka. Kanak-kanak disleksia ini juga mempunyai masalah dalam menganalisis pergerakan satu objek yang bergerak. Contohnya, jika pada umurnya itu kanak-kanak yang seusia dengannya boleh menyepak, menangkap atau membaling bola dengan baik, kanak-kanak disleksia ini akan didapati tidak seperti mereka. Mereka akan lambat bertindak dan membuat banyak kesilapan dalam menentukan kedudukan satu objek yang berada dihadapan mereka. Seterusnya adalah dari segi ucapan, kanak-kanak disleksia akan didapati membuat banyak kesilapan dalam menyebut perkataan-perkataan tertentu.

Kemungkinan juga perkataan yang disebut akan kedengaran seperti perkataan daripada seseorang yang pelat huruf. Mereka juga akan menghadapi masalah dalam menentukan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama. Contohnya perkataan seperti gali dan gari atau makan dan kawan. Ini kerana mereka tidak faham bukan sahaja pada perkataan yang disebutkan tetapi juga pada hurufnya juga. Seperti huruf A, mereka tidak tahu untuk membayangkan huruf A, fungsinya, sebutannya, atau penggunaanya. Ada juga kanak-kanak yang akan dilihat boleh membaca dan menulis hurufhuruf alfabet tetapi tidak boleh menulis atau mengira angka pernomboran. Masalah disleksia ini dikategorikan sebagai dinumoria iaitu masalah dalam pengenalan nombor. Mereka akan lambat tangkap dari segi pengiraan matematik dan menghadapi kepayahan dalam mengingati fakta-fakta yang berkait dengan penggunaan data. Tanda yang terakhir adalah koordinasi pergerakkan badan. Kanak-kanak disleksia akan keliru dengan penentuan arah. Mereka akan terbalikkan arah mereka dimana bagi mereka depan adalah belakang dan kiri adalah kanan dan juga sebaliknya. Ini bukan sahaja berlaku dalam pergerakkan mereka tetapi juga dengan perkataan-perkataan yang mereka cuba pelajari. Antara kes-kes kesilapan penulisan kanak- kanak disleksia adalah penulisan huruf d dan b, atau huruf s dan nombor 5. Dari segi sosial pula, kanak-kanak tersebut akan kelihatan kurang berkeyakinan. Ini mungkin kerana tekanan yang mereka dapat daripada pengaruh masyarakat setempat. Persoalan seperti mengapa mereka tidak mampu lakukan perkara-perkara yang kanak-kanak lakukan atau adakah mereka ini telah dilahirkan bodoh adalah antara persoalan-persoalan yang akan menghantui kanak-kanak

disleksia tersebut. Mereka akan kelihatan pendiam dan cuba untuk mengelakkan diri mereka daripada berinteraksi dengan individu lain. Jadi disinilah situasinya dimana guru-guru dan para penjaga patut memainkan peranan. Mereka bukan sahaja patut membimbing mereka tetapi juga memotivasikan, lebih menghargai dan mengambil berat terhadap mereka. Prof. Susan Wappolten daripada University Of Texas telah menyatakan bahawa kasih sayang dalam pendidikan juga merupakan satu kaedah pengajaran. Terutamanya sekali bagi kanak-kanak disleksia, mereka perlu tahu bahawa mereka memang lain daripada kanak-kanak lain tetapi tidak semestinya mereka tidak layak untuk menerima atau memiliki apa yang mereka miliki. Pembinaan keyakinan dalam diri kanak-kanak disleksia ini sangat penting kerana daripada keyakinan itulah mereka akan mengaut kekuatan untuk menempuhi cabaran. Usaha untuk meringankan beban dan membantu kanak-kanak disleksia ini bukan sahaja tanggungjawab guru dan penjaga tetapi ia juga adalah tanggungjawab kesuluruhan masyarakat sejagat, komuniti dan pihak-pihak yang berkuasa seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga. Daripada Kementerian Kesihatan, kanak-kanak disleksia

memerlukan lebih perhatian dan masyarakat perlu lebih peka dengan kehadiran masalah disleksia ini. Ia merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk memastikan perkara-perkara ini menjadi satu kenyataan. Program-Program

Kesihatan yang menitik beratkan masalah disleksia ini patut dilaksanakan dengan lebih kerap bukan sahaja di hospital tetapi juga di sekolah-sekolah rendah dan menengah, di institusi pendidikan tinggi dan juga di perbadanan kerajaan dan swasta yang lain. Ini kerana dengan keadaan dunia sekarang ini yang sangat menitik beratkan pelajaran dan informasi ia adalah satu kewajipan untuk semua pihak daripada semua lapisan masyarakat untuk mengambil berat mengenai hal disleksia ini. University Of Michigan Health System, International Dyslexia Association, National Health Servic of America dan Dyslexia Association of Australia semua menyatakan bahawa dalam anggaran kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran hampir 90% daripada mereka adalah kes disleksia. Maka dengan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia juga patut menekan lagi usaha-usaha mereka dalam membantu kanak-kanak disleksia ini dengan membina pengetahuan rakyat

Malaysia akan pentingnya membantu kanak-kanak disleksia, supaya mereka juga boleh bersimpati dan membantu kanak-kanak ini. Bagi Kementerian Pendidikan pula, subjek pendidkan khas patut diperluaskan dan dikembangkan lagi bukan sahaja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas tetapi juga kepada guru-guru subjek lain. Guru-guru sekarang patut dilatih untuk mengesan kes-kes ini dan bertindak dengan cepat dengan menggunakan kaedah yang terbaik untuk mendidik kanak-kanak disleksia. Senario yang terbaik bagi professioanal perguruan Malaysia adalah dimana setiap guru di tanah air ini mampu untuk mendidik setiap jenis murid yang mempunyai sebarang jenis masalah pembelajaran. Institusi-institusi perguruan juga patut menginspirasikan guru-guru pelatih untuk mengejar matlamat sama. Ini kerana pembinaan sistem pendidkan yang sempurna tidak bergantung kepada sistem yang dilaksanakan semata-mata tetapi juga kepada kakitangan tenaga pendidik yang menjalankannya. Seterusnya bagi Kementerian Wanita dan Keluarga, boleh dicadangkan bahawa pihak ini dapat menjalankan kursus-kursus bagi para penjaga tentang masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak, cara untuk mengesan dan menghadapinya serta kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengubati masalah ini. Kursus-kursus seperti ini sangat penting dalam menerangkan betapa pentingnya peranan para penjaga dalam memerhati perkembangan akademik anakanak mereka serta membuka mata mereka bahawa adanya kemungkinan bahawa dalam anak-anak mereka itu berkongsi masalah sama. Maka cadangan ini adalah satu initiatif yang boleh dijalankan oleh pihak Kementerian wanita dan Keluarga. Selain itu, pihak kementerian juga boleh mengisukan kutipan dana dalam setiap bulan daripada anggota masyarakat tempatan dan institusi pendidikan membantu penyelidikan dan perkembagan bagi masalah disleksia ini. Kesimpulannya, masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak patut dipertengahkan dalam masyarakat. Bukan sahaja untuk membuka minda masyarakat akan kehadiran masalah tersebut tetapi juga dalam menukarkan persepsi masyarakat terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, khususnya disleksia. Kanak-kanak yang menghadapi disleksia ini tidak begitu beza daripada kanak-kanak lain, cuma dalam mendidiknya seorang guru dan penjaga perlulah lebih bersabar, bijak dan fleksible dalam menangani cabaran dalam untuk

pendidikan tersebut. Melalui sejarah, manusia telah berulang-ulang kali diingatkan bahawa disleksia ini bukanlah satu bebanan atau kelemahan pada kanak-kanak tersebut tetapi ia adalah satu anugerah, ibarat satu permata yang sedang tunggu digilap. Kanak-kanak disleksia ini jika mampu diubati akan menjadi individu yang lebih cemerlang daripada individu biasa, bukan kerana cara pemikiran mereka tetapi pengalaman mereka yang mengajar untuk terus berusaha dalam mengecapi sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai