Anda di halaman 1dari 26

KANDUNGAN

PENGHARGAAN
SOALAN TUGASAN
PENDAHULUAN
PENGURUSAN BILIK SENI
PENGURUSAN RUANG PSV BERKONSEPKAN FUTURISTIK
PELAN LANTAI BILIK SENI
HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI
A. RUANG CETAKAN
B. BILIK AKSES ICT
C. STOR
D. RUANG PEJABAT SENI
E. BILIK AIR / TANDAS
F. TAMAN ILHAM
G. KORIDOR
H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
I.

BLOK PAMERAN

J. RUANG TEMBIKAR
K. RUANG TEKSTIL
IKLIM BILIK PSV DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL
PENUTUP
REFLEKSI

BIBLIOGRAFI
1

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi

penghargaan

kepada

semua

pihak

yang

memberikan

sumbangan, ilham dan idea serta buah fikiran untuk menyiapkan kerja kursus Kajian
dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah
PSV 3104 ini terutamanya pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashihah bt. Muhammad.
Tidak lupa kepada rakan-rakan PGSR ambilan November 2009 / 2013 yang
telah memberi kerjasama yang baik ketika sesi perbincangan Sesi perbincangan
banyak memberi sumbangan idea yang amat berharga. Ketika sesi perbincangan juga
dapat meneliti beberapa kekurangan dan kelemahan. Kemudian, perlu kepada
penambah baikan terhadap bahan rujukan dan olahan terhadap tugasan ini.
Terakhir, kepada mereka yang sentiasa berkorban memberikan sokongan dan
dokongan untuk mencari ilmu terutama isteri dan anak-anak yang sangat faham proses
pembelajaran ketika cuti. Cuti perlu dikorbankan untuk diri sendiri. Tiada istilah untuk
bercuti panjang ketika sebegini. Proses pembelajaran ketika cuti sudah pasti ruang
untuk cuti sukar untuk diraikan secara bersama. Namun,

demi kepentingan dan

harapan, maka ilmu perlu dituntut sepanjang hayat untuk masa hadapan bersama.
Kesukaran akan dapat dirungkai sekiranya mendapat berkat dan restu daripada
semua pihak. Antaranya pensyarah pembimbingan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan
dan semua pihak yang memberi sokongan di sebalik tabir. Kesenangan akan dapat
dinikmati setelah bebanan dapat dipikul di pundak. Kenikmatan akan dapat dirasa

setelah berjaya. Kepuasan akan terkesan di hati setelah melihat kejayaan yang telah
menyebelahi.

PENGENALAN
Kurikulum
Bidang

Pendidikan

Penghasilan

Seni
Seni

Visual

Visual

disusun

serta

berdasarkan

Sejarah

dan

dua

bidang

Apresiasi

Seni

iaitu

Visual.

Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai


pelbagai

kemahiran.

Antara

pendidikan

seni

kemahiran

berkomunikasi

keputusan

visual

yang

mengaplikasi

kemahiran

ialah

kemahiran

secara

tepat,

maklumat,

yang

akan

berfikir

berkesan,

dikuasai

secara

kemahiran

murid

melalui

dan

kreatif,

kritis

membuat

kemahiran

mencari,

kemahiran

bekerjasama

pilihan

menginterpretasi
dan

dan
dan

kemahiran

pengurusan.
Bagi

membolehkan

mengintegrasikan
pembelajaran.
penerokaan,
terancang,

murid

kedua-dua

Dalam

penggunaan

kegiatan

selepas

proses

seni

idea,
teknologi,

seni

Ini

ini
visual,

perkembangan
alat

mengutamakan

penghasilan.

kemahiran-kemahiran

bidang

penghasilan

pewujudan

Semua

menguasai

dan

di kalangan murid.

guru

dalam

pengajaran

kegiatan

harus

idea,

bahan

kajian-kajian

bertujuan

ini

teknik

sebelum,

menerapkan

budaya

dan

melibatkan

pembelajaran
melalui

perlu

secara
tertentu.

semasa

dan

penyelidikan

Dalam

mencapai

matlamat

Pendidikan

Seni

Visual

dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting
dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus
yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan
Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu
Bilik/Studio

Pendidikan

dan

pembelajaran

dan

praktikal

untuk

Seni

Pendidikan

tetapi

Seni

pendekatannya

mengendalikannya

asalkan

Visual.

Visual

dijalankan

bergantung

meliputi

kemahiran

tiga

Pengajaran

dalam

bentuk

teori

kepada

kebijaksanaan

guru

domain

iaitu,

pengetahuan,

dan

Perkara

yang

kegiatan

kreatif

ditegaskan
yang

dalam

melibatkan

bidang

nilai.
penghasilan

benda-benda

yang

seni

dapat

visual

adalah

disentuh,

dilihat

dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.


Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan
Bidang

minat

Sejarah

pengalaman

seni

Perbandingan
memperlihatkan

terhadap
dan
dalam

dengan

Pendidikan

Apresiasi

Seni

kehidupan
seni

keseimbangan

dan

Seni

Visual

Visual

harian

pendedahan

memberi

dan

budaya

dapat

dalam

luar
dalam

dikembangkan.

tumpuan

budaya

juga

kebangsaan.

digalakkan

bidang

kepada

seni

bagi
visual

termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya
kebangsaan.

PENGURUSAN BILIK SENI


Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan
peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha
bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang
sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf
tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

unsur seni

menggambar / melukis

warna

lukisan alam semulajadi

seni huruf dan sebagainya.


7

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu


mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya
adalah seperti berikut :
1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri
kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni
perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya
ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat
yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,
4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya
mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan
sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang
kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua
bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan
reka bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.

8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
P&P.
9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati
semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.
10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan
tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.
11. Sebaiknya

di

bilik/studio

PSV

juga

terletaknya

pejabat

seni

kerana

memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan


pengurusan P&P.

PENGURUSAN

RUANG

PENDIDIKAN

SENI

VISUAL

BERKONSEPKAN

FUTURISTIK
Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian
yang lebih

kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui

peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa
kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan
tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual.
Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga
infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.
Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan
dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil
karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik
9

seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan
asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang
utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil,
ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya.
Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat
dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat
melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

10

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI


A. RUANG CETAKAN
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai
alat

cetakan

yang

menggunakan

teknologi

canggih

mahupun

yang

bersifat

konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak


konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print,
lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk
screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print.
Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni
hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.
11

B. RUANG AKSES ICT


Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh
pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan
visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa.
Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum.
Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan
pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga
kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan
kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik
ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat
dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan
masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang
digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan
butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah
juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam
ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan
melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.
C. STOR
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat
aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini
kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis
12

alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz,
cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting,
pisau dan sebagainya.

Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan

ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat
atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang
dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih
untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan
supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor
yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana
sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.
Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka
habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang
dapat mengesan sebarang kekotoran dan

perkara ini dapat diatasi dengan begitu

mudah.
D. RUANG PEJABAT SENI
Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi

sebagai

tempat

untuk

melaksanakan

penerimaan,

merekod,

penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga


digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang
diterima daripada pembekal.
E. BILIK AIR/TANDAS
13

Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa
disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini
juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip
menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan
teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air.
Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak
digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip
sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan
exhaustfan untuk menyedut udara panas.
F. TAMAN ILHAM
Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk
bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau
pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui
dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan
taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti
beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni.
Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang
hadir

apabila

melihat

keletah

arnab-arnab

yang

berlari-lari,

beburung

yang

berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi
kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di
dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik.

14

Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat
kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat
dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama.
Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas
menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem
pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung.
G. KORIDOR
Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan
digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti
dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk
pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan
secara tidak langsung

.
H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet
menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa
kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40
orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana
konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga
adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid15

murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang
menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila
berada di atas kerusi tersebut.
Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh
bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang
membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang
kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas
di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang
menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang
dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation
daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.
I.

BLOK PAMERAN

Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama
pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung
untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti
arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru
boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu,
gasing dan sebagainya.
Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil
pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk

16

meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat
dan menyentuh objek tersebut.
J. RUANG TEKSTIL
Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza
penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah
sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik
ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja
untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang
bersesuaian.
Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain
putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai
corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini
mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer.
Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini
pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer.
Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita
menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil
juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan
pengudaraan yang sistematik.
K. RUANG TEMBIKAR
Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur
17

elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk
tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi
dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir.
Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap
kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk
pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat
diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas.
Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk
kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan
ruang ini.
STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya
struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik
dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui
penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat
membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat.
Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap
haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan
banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini
dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya

18

suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik
seni ini.
Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah
digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna
hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air
biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki
ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di
sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula
seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi
keselesaan kepada pengguna-pengguna.
Oleh kerana bilik seni

ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku

kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan


yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal
berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan
peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti
kebakaran dan sebagainya.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN
SOSIAL
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal
19

dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau
bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang
akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada
dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara
berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk
dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup
dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan
kepada murid.
(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek Sosial


Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
20

pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:
(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan
inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan
(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.
(c) Aspek emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda
boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:
(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;
(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan
(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.
PENUTUP

21

adil,

Studio atau bilik seni visual futuristik amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seni. Binaan yang unik serta kedudukan bilik yang jauh jaraknya dari
kebisingan dan gangguan dari pihak luar amat sesuai dan menarik. Situasi teraputik ini
jelas menunjukkan bahawa ketenangan dan kejauhan dari gangguan dan kebisingan
dapat mewujudkan mood dan suasana pembelajaran yang memberansangkan dan
dapat menarik minat pelajar ke arah PSV.
Sebagai guru PSV kita boleh berusaha untuk mewujudkan suasana dan iklim bilik yang
kondusif dan dapat meningkatkan lagi kreativiti pembalajaran dan pengajaran. Dengan
empat bidang yang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk
dan memuat binaan dan kraf tradisional diharap murid dapat menghayati warisan seni
visual serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya.
Pengurusan bilik seni penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan.
Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu pelajar menguasai ilmu pendidikan
visual dengan berkesan. Guru perlulah kreatif, inovatif dan kontemporari dalam
mendidik pelajar selaras dengan arus kemajuan masa kini. Guru sebagai sumber
aspirasi negara.

22

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu

kerana telah banyak memberi

dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang
menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan.
Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha
saya menyiapkan tugasan ini.
Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan
tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari
maklumat domain taksonomi bloom yang mana boleh digunakan oleh guru dalam
proses penilaian terhadap pelajar mereka. Setelah mengumpul maklumat secukupnya
dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota
ringkas daripada maklumat yang telah saya dapat dan juga membuat Pelbagai
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah
diberikan. Antaranya ialah dari segi menilai aras atau peringkat kognitif sesuatu soalan.
Domain taksonomi bloom juga banyak membantu dalam proses menyediakan soalan
untuk menilai tahap kefahaman murid. Secara ringkasnya, domain taksonomi bloom
23

banyak membantu guru dalam proses penilaian terhadap murid-murid dan juga boleh
diaplikasikan dalam pelbagai cara.
Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa tugasan
ini memberikan saya seribu satu maklumat dan pendedahan tentang taksonomi bloom
dan peringkatnya. Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang
banyak membantu dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak
dilupakan kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Amir Hamzah yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,
.
(Wan Mohd Khairu bin Wan Muda)
24

BIBLIOGRAFI
pgsrpsv.webs.com
sd15.edu.my/files/sp_pseni_kbsr.pdf
itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengurusan-studiobilik-seni-di-sekolah.html
norsaritanaini.com/2010/05/09/kursus-mencanting-batik/
shimnadazone.blogspot.com/2010/04/seni-mencanting-batik.html
malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
cecimaginary.wordpress.com/2011/04/07/lawatan-ke-ikn-rawang/
bahagianrekaan.blogspot.com/2011/12/bengkel-rekaan-dan-operasi-pengeluaran.html
albert.tembikar.blogspot.com/2009/11/seramik.html
ikn.kraftangan.gov.my
www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1
www.senivisual.com/2011/02/pendidikan-seni-visual-3-kod-26113.html
www.scribd.com/doc/42317699/TOPIK-10
www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan
www.scribd.com/doc/46051845/Proses-Mencanting
www.prosestekstilmudah.com/hello-world/
www.scribd.com/doc/20577766/Seni-Tekstil-Dan-Contoh-Tekstil-Di-Malaysia

25

26

Anda mungkin juga menyukai