Anda di halaman 1dari 16

Faculty Of Education And Language

SEMESTER JAN 2013




HBIS2203


AKIDAH



TUTOR : AFIFAH BT ABU BAKAR
NO. MATRIKULASI : 730928025737001
NO. KAD PENGNEALAN : 730928025737
NO. TELEFON : 0124503809
E-MEL : masukirajab@yahoo
PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE



1



Isi Kandungan Muka surat
1.Isikandungan 1
2.Pengenalan 2
3.Pengertian Khurafat 2
4.Khurafat Zaman Arab Jahilliyah 2,3,4
5.Ciri-Ciri Khurafat 4
6.Pandangan Islam Terhadap Khurafat
-Dalil 1 5
-Dalil 2 6
-Dalil 3 6-7
-Dalil 4 7-8
-Dalil 5 8
7. Menangani Masalah Khurafat 8-9
- Penerangan 9-10
- Sentiasa Memahami Dan Berusaha Untuk Mendalami Ilmu Agama 10-11
- Dialog 11
-Nasihat menasihati 11-13
-Pendidikan 13-14
Kesimpulan 14
Rujukan 15











2


`0 !# q9# m9#
Pengenalan
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan
Azimat Menurut Perspektif Islam. Khurafat bermaksud semua cerita atau rekaan atau
khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
Pengertian Khurafat
Dalam kamus al-Marbawi khurafat beerti cerita karut atau karut-marut. Syed Muhamad
Qutb dalam bukunya Jahiliyyah Qarnil Isyrin menyatakan bahawa ia masih berlaku dalam
zaman mencabar yang dipenuhi ICT dan serba canggih ini.Berpindah rumah hanya boleh
pada hari Rabu, memulakan kerja perlu pada hari Selasa atau Sabtu, meramal nasib dengan
memuja keramat adalah beberapa contoh jahiliyah moden yang masih wujud dewasa ini.
Berdasarkan pengertian khurafat diatas dapat disimpulkan khurafat mempunyai unsur
kepercayaan dan iktikad yang diyakini.Ia secara jelas bukan datang daripada sumber ajaran
agama Islam serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti ,dan kerana itu ia
merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.
Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan bangsa Arab, iaitu bermula dari tempoh
keruntuhan empayar maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M).
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada Nabi
atau Rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Rasulullah saw
menerima wahyu pertama pada tahun (610m). Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh
menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi
lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya
membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

3

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang
direka oleh manusia sendiri.antara agama tersebut seperti dibawah:
i. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama
ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan
yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
ii. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh
Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun
golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi
sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
iii. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut.
Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut
agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani
dikenali dengan gelaran ahli kitab.
iv. Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala
yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat
memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.
Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.
v. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari
dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama
ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu
dengan anak serta adik beradik.
vi. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua
cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
vii. Agama Animisme
4

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air
dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai
tempat kediaman tuhan yang jahat.
viii. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme )
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk
makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan
Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
ix. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawaTuhan padang
pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu
malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
x. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat, Roh orang mati menjadi burung, Percaya kepada ahli
nujum, Percaya kepada ahli sihir, Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-
tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan
membawa kebaikan, Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang
mulia, Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami
dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang dan Mengikat tali pada
mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini
bermakna isterinya telah berlaku curang.
CIRI-CIRI KHURAFAT.
Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam
Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.







5

Pandangan Islam Terhadap Khurafat
Dalil Naqli 1

.! F9' ,={ N9# {# 9)9 !# % F& $ `?
!# ) #& !# / M. & #& m/ M3`
Gq % <`m !# = `2G =.G9#
(surah Az-Zumar ayat 38.)
38. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka
(yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu
tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku
Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu;
atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya
itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku);
kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri".
Ayat diatas menunjukan konsep tawakkal kepada Allah swt dalam semua keadaan .Kebaikan
dan kejahatan adalah dari Allah swt.Dia yang menyebabkan segala-galanya.dia berkuasa atas
segala-galanya.Bersesuaian dalam kepercayaan Khurafat dalam masyarakat melayu ketika ini
contohnya Apabila lintasnya seekor biawak semasa memulakan perjalanan maka akan
berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Didalam agama Islam semua perlakuan yang baik merupakan ibadah,setiap perlakuan atau
pekerjaan lebih afdal dimulakan dengan bacaan Basmalah atau doa. apabila seseorang
umatnya hendak memulakan perjalanan dikehendaki dengan membaca doa seperti

Maksudnya:
6

"Dengan nama Allah aku menyerahkan diri ku kepada Allah, tiada ada daya upaya melainkan
dengan pertolongan Allah."

Dalil Naqli 2
9& ? <) %!# #?& $7 =G69# `` M6f9$/ N9# 9) %#9
#`. & %!# #`# 6
(surah an-Nisa:48)
51. tidakkah Engkau perhatikan (dan merasa pelik Wahai Muhammad) kepada orang-orang
Yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? mereka percaya kepada benda-benda
Yang disembah Yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada
orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) Bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul
jalan ugamanya daripada orang-orang Yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
Diantara perbuatan khurafat yang sememangnya bertentangan dengan tauhid ialah
menyembah selain daripada Allah. Perbuatan menyembah berhala seperti dilakukan oleh
orang Arab Jahilliyah sebelum kedatangan Islam di Mekah.
Didalam surah an-Nisa ayat 48 Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia
telah berbuat dosa yang besar.contoh dalam masyrakat melayu seperti perbuatan memasang
pelita berhampiran tempat tanam uri kerana bimbangkan kembar bayiit kesejukan pada
waktu malam.( Penceramah bebas, Haslin Baharin .sinarharian.9 Mac 2013)

Dalil 3
Mempercayai bahawa mandi safar dapat menolak bala'. Bala' seolah-olah dikaitkan dengan
binatang-binatang dan alam. Apakah perkara2 ini boleh mendatangkan bala'. Firman Allah
swt :-
% 9 $;` ) $ =F2 !# $9 $99 ? !# 2G= `9#
51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun
melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang Yang beriman bertawakal".
7

mandi safar merupakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan
berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.Malah semua amalan ibadah seperti
perkahwinan tidak akan dilakukan pada bulan safar kerana pasangan pengantin tidak akan
mendapat zuriat.(Adil Akhyar Khurafat Alam Melayu.Pustaka Azhar)
Pada ayat ini Allah swt. memerintahkan kepada Rasulullah saw. agar menjawab tentangan
orang-orang munafik yang senang di kala beliau dan sahabat-sahabatnya ditimpa kesulitan
dan bencana serta merasa sesak dada di kala beliau dan sahabat-sahabatnya memperoleh
nikmat dengan ucapan: "Apa yang menimpa diri kami dan apa yang kami peroleh dan kami
alami adalah hal-hal yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah swt., yaitu hal-hal yang telah
tercatat di Lohmahfuz sesuai dengan sunah-Nya yang berlaku pada hamba-Nya, baik
kenikmatan kemenangan maupun bencana kekalahan. Segala sesuatunya terjadi sesuai
dengan kada dan kadar dari Allah swt. dan bukanlah menurut kemahuan dan kehendak
manusia mana pun. Allah swt. pelindung kami satu-satunya, dan kepada Dialah kami
bertawakal dan berserah diri. Dengan demikian kami tidak pernah merasa putus asa di kala
ditimpa sesuatu yang tidak menggembirakan dan tidak merasa sombong dan angkuh di kala
memperoleh nikmat dan hal-hal yang menjadi cita-cita dan idaman."(Tafsir asbabul nuzul
Miracle The Reference .Sygma publishing.2010)
Dalil 4.
% `= N9# {# =9# ) !# $ ' $& W7`
65. Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang
ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan
dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad saw, supaya menerangkan,
bahwa tidak ada seorangpun yang mengetahui perkara yang gaib baik di langit maupun di
bumi melainkan Allah Taala sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada
sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal).
Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu
maupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
8

Islam tidak membatasi dosa hanya kepada tukang tenung dan pendusta saja, tetapi seluruh
orang yang datang dan bertanya serta membenarkan ramalan dan kesesatan mereka itu akan
bersekutu dalam dosa.
Kalau seorang muslim telah mengetahui persoalan ini dari al-Quran yang telah menyatakan
begitu jelas, kemudian dia percaya, bahwa sementara manusia ada yang dapat menyingkap
tabir qadar, dan mengetahui seluruh rahasia yang tersembunyi, maka berarti telah kufur
terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.( Halal dan Haram dalam
Islam oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy Penerbit:
PT. Bina Ilmu, 1993)
Dalil 5
Firman Allah SWT
& %. %` }# ` %`/ g:# # $)
6. `Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan
jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan
jahat. (Al-Jin 72: 6)
Dalam ayat ini Allah menyatakan pengakuan jin bahawa banyak manusia berlindung dari
kemiskinan kepada jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan derhaka serta
dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat
kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin karana takut kepadanya
dan tidak berlindung kepada Allah, jin menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan
meningkatkan penganiayaan terhadap mereka. ."(Tafsir asbabul nuzul Miracle The Reference
.Sygma publishing.2010)
Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi
yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang
ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Setiap rezeki itu adalah pemberian Allah, oleh
yang demikian hendaklah kita berusaha. Banyak atau sedikit yang kita perolehi, maka itu
ketentuan Allah.
Menangani Masalah Khurafat
Aqidah murni menjadi sendi dalam masyarakat, tauhid menjadi paksi dan rohnya. Oleh itu,
agenda memperkukuh akidah merupakan tugas setiap individu. Ilmu agama yang cetek perlu
9

didalami kerana ia merupakan benteng paling berkesan dari terjebak ke lembah khurafat dan
syirik.
Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan
masyarakat hari ini usaha-usaha dakwah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam
perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah
mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan
mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat
pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat. Menangani
masalah khurafat dalam masyarakat merupakan satu cabaran yang besar kerana amalan-
amalan tersebut telah menjadi sebati dalam jiwa masyarakat tersebut. Lebih rumit lagi amalan
khurafat telah meresap atau dicampur aduk dalam ajaran islam yang sebenar.Malah amalan
khurafat tersebut diamal sendiri oleh guru-guru agama masyarakat setempat yang menjadi
tempat rujukan dalam ajaran islam.
Peranan guru pendidikan Islam juga penting dalam menangani khurafat dalam masyarakat
selain dari agensi -agensi kerajaan bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan
masalah ini. Antara cadangan -cadangan untuk menangani masalah tersebut adalah seperti
berikut:-
Penerangan
Penerangan merupakan satu kegiatan dakwah yang secara langsung dapat menyampaikan
pesanan-pesanan kepada masyarakat.Penerangan secara formal atau tidak formal dapat
disampaikan didalam kegiatan sosial atau aktiviti masyarakat seperti menjadikan isu dalam
topik perbualan seharian.Diskusi tentang amalan khurafat dalam ajaran agama yang
diamalkan oleh masyarakat selama ini samaada ia telah menyimpang dari ajaran agama yang
sebenar.
Allah berfirman yang maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu
pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi
mereka, antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
fasik. (ali Imran: 110)

Setiap umat Islam adalah sebaik-baik umat yang diciptakan oleh Allah untuk melakukan
kebajikan dan mencegah kemungkaran. Melakukan kebaikan mestilah secara berterusan
walaupun sedikit. Kemudiannya akhir dilakukan secara tetap dan lebih banyak.
Tokoh ilmuwan Islam, Al-Khazin menjelaskan bahawa pendakwah itu terbahagi kepada
empat. Pertama, golongan para Nabi dan Anbiya' (nabi-nabi) yang berdakwah dengan
pengantaraan mukjizat, hujah-hujah penerangan dan penjelasan.
10

Kedua, golongan alim ulama yang diiktiraf sebagai para Nabi. Ketiga, golongan mujahidin
yakni orang-orang yang berperang kerana Allah SWT.
Keempat, para muazin yang melaungkan azan mengajak manusia mendirikan solat, juga
dianggap sebagai pendakwah.
Konsep atau peranan pendakwah mestilah lebih luas. Dari segi konsepnya, mengajak orang
lain mengerjakan kebajikan adalah berdakwah, mengajak orang lain solat dan mendekati
masjid adalah dakwah. Malahan menegur kawan-kawan daripada melakukan perbuatan yang
tidak baik juga adalah dakwah.( http://www.utusan.com.my/utusan/ Bicara_Agama).
Selain itu mengedarkan risalah-risalah tentang amalan khurafat dalam masyarakat islam.
Para saujana komunikasi Barat seperti Schremm, Laswell, Lerner telah mengemukakan
pelbagai peranan yang dapat di mainkan oleh media massa dalam masyarakat.
Dalam konteks komunikasi islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang
media, telah menetapkan bahawa peranan media islam mestilah selari dan searus dengan
peranan agama islam sendiri.Antara peranan media islam ialah
-menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
- mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
- menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses
komunikasi yang berkesan.

Sentiasa Memahami Dan Berusaha Untuk Mendalami Ilmu Agama
Sebagai daie yang bertanggungjawab memperkasakan ajaran islam yang sebenar guru
pendidikan islam mestilah memahami dan berusaha untuk mendalami Ilmu agama,kerana
cabaran untuk mengubah persepsi masyarakat dalam amalan khurafat adalah amat sukar.
Allah telah memerintahkan kepada kita untuk melakukan amalan dengan mengetahui ilmunya
terlebih dahulu. jika ingin melaksanakan solat, berpuasa, dan mengamalkan aqidah yang
menepati ajaran islam haruslah mempunyai ilmu.
Beramal tanpa ilmu membawa akibat amalan tersebut jauh dari tuntunan Rasulullah saw,
akhirnya amalan itu menjadi sia-sia dan tertolak.sabda Baginda

Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut
tertolak. (HR. Muslim no. 1718) Riyadh-KSA, 14 Rabiuts Tsani 1432 H (19/03/2011)
11

Seterusnya dengan mendalami ilmu yang berkaitan guru pendidikan islam tersebut dapat
menjawab persoalan serta berhujah tentang amalan khurafat dalam masyarakat dengan
berkesan.
Selain itu dalam menyedarkan masyarakat meninggalkan amalan -amalan khurafat guru
berkenaan haruslah menjadi icon kepada mereka ketika menjalani ajaran islam yang sebenar.
Dialog
Sesi dialog bersama pengamal-pengamal perubatan tradisional atau bomoh dalam amalan
perubatan mereka.Sesi dialaog ini bagi menjawab persoalan samada dalam amalan perubatan
mereka mengandungi amalan khurafat atau tidak.Amalan perubatan yang mengandungi
mentera serta pujaan jin,atau syaitan membolehkan sesorang pengamal menjadi syirik kepada
Allah. Allah berfirman :
& %. %` }# ` %`/ g:# # $)
6. `Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan
jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan
jahat.
Di antara perbuatan-perbuatan khurafat yang bertentangan dengan tauhid ialah mengucapkan
kata-kata mentera yang tidak diketahui maknanya. Namun diyakini bahawa mentera itu
berpengaruh menolak kejahatan atau boleh mendapatkan pertolongan khadam jin ataupun
malaikat. Nama-nama dan kata-kata asing yang tidak pasti ertinya dikhuatiri mengandungi
nama-nama jin dan jika diulang-ulang, tentunya akan disambut seruan itu oleh jin-jin
tersebut.
Nasihat-Menasihati
Khutbah, secara bahasa, adalah perkataan yang disampaikan di atas mimbar.Amat
bersesuai dalam ajaran islam dalam mennyampaikan nasihat. Dengan demikian, khutbah
harus disampaikan secara lisan di hadapan orang ramai dan harus meyakinkan dengan
argumen-argumen yang kuat serta memberikan pengaruh kepada pendengar, baik itu berupa
motivasi atau peringatan. Selain itu Khutbah adalah nasihat dan tuntunan keagamaan meliputi
keimanan, ibadah, pendidikan, kehidupan sosial, dan lain-lain.
Ketegasan penyampaian dalam berkhutbah menepati kehendak rukun khutbah itu sendiri bagi
mencapai matlamat atau tujuan ajaran islam dan untuk memperteguh keimanan serta
meningkatkan kualiti ketaqwaan hadirin kepada Allah SWT.
perihal khurafat dalam masyarakat islam.contoh khutbah jumaat
SAUDARA JEMAAH YANG SAYA MULIAKAN!
Kita sudah pun berada di bulan kedua dalam takwim hijriah, iaitu bulan Safar. Meskipun
umat Islam sering diperingatkan bahawa tiada sial pad
segelintir umat Islam yang terus mengaitkan perkara buruk dengan Safar. Maka tidak
menghairankan masih ada yang mengadakan upacara yang dianggap mereka boleh menolak
bala. Mereka menulis wafak yang ditulis pada kertas atau
dalam air sama ada di pantai, sungai, kolam, perigi dan sebagainya terutama sekali pada hari
Rabu minggu terakhir Safar yang pada tanggapan mereka sebagai hari yang mempunyai bala
menimpa manusia. Kemudian mereka minum atau
diletakkan surat wafak itu dengan harapan mendapat perlindungan daripada bala yang
kononnya turun pada hari itu.
Malah pada bulan Safar ini juga ada yang melarang ahli keluarga mereka daripada
melangsungkan majlis perkahwina
ditimpa bencana pada kemudian hari seperti jodoh tidak berkekalan dan tidak memperolehi
zuriat.
Hakikatnya, kepercayaan serta amalan sedemikian adalah khurafat dan bidaah sesat yang
diwarisi dari zaman jahiliah. Dan khurafat merujuk kepada semua cerita, sama ada rekaan
atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan
yang menyimpang daripada ajaran Islam. Ini bererti, wajib bagi umat Islam menjauhi
khurafat serta apa jua amalan yang boleh merosakkan akidah kerana sesuatu kejadian yang
berlaku itu merupakan ketentuan takdir Ilahi, dan bukannya disebabkan oleh hari atau bulan
atau tempat tertentu. Perihal ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad):
sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakal.
12
ketaqwaan hadirin kepada Allah SWT. Tajuk khutbah mes
perihal khurafat dalam masyarakat islam.contoh khutbah jumaat :-
SAUDARA JEMAAH YANG SAYA MULIAKAN!
Kita sudah pun berada di bulan kedua dalam takwim hijriah, iaitu bulan Safar. Meskipun
umat Islam sering diperingatkan bahawa tiada sial pada bulan Safar, namun masih ada
segelintir umat Islam yang terus mengaitkan perkara buruk dengan Safar. Maka tidak
menghairankan masih ada yang mengadakan upacara yang dianggap mereka boleh menolak
bala. Mereka menulis wafak yang ditulis pada kertas atau papan atau daun kayu diletakkan
dalam air sama ada di pantai, sungai, kolam, perigi dan sebagainya terutama sekali pada hari
Rabu minggu terakhir Safar yang pada tanggapan mereka sebagai hari yang mempunyai bala
menimpa manusia. Kemudian mereka minum atau mandi di kolam atau sungai yang
diletakkan surat wafak itu dengan harapan mendapat perlindungan daripada bala yang
Malah pada bulan Safar ini juga ada yang melarang ahli keluarga mereka daripada
melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang bulan ini kerana kononnya untuk mengelak
ditimpa bencana pada kemudian hari seperti jodoh tidak berkekalan dan tidak memperolehi
Hakikatnya, kepercayaan serta amalan sedemikian adalah khurafat dan bidaah sesat yang
jahiliah. Dan khurafat merujuk kepada semua cerita, sama ada rekaan
atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan
yang menyimpang daripada ajaran Islam. Ini bererti, wajib bagi umat Islam menjauhi
apa jua amalan yang boleh merosakkan akidah kerana sesuatu kejadian yang
berlaku itu merupakan ketentuan takdir Ilahi, dan bukannya disebabkan oleh hari atau bulan
atau tempat tertentu. Perihal ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami
sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
ang yang beriman bertawakal. (S. At-Taubah: 51).
Tajuk khutbah mestilah meliputi
Kita sudah pun berada di bulan kedua dalam takwim hijriah, iaitu bulan Safar. Meskipun
a bulan Safar, namun masih ada
segelintir umat Islam yang terus mengaitkan perkara buruk dengan Safar. Maka tidak
menghairankan masih ada yang mengadakan upacara yang dianggap mereka boleh menolak
papan atau daun kayu diletakkan
dalam air sama ada di pantai, sungai, kolam, perigi dan sebagainya terutama sekali pada hari
Rabu minggu terakhir Safar yang pada tanggapan mereka sebagai hari yang mempunyai bala
mandi di kolam atau sungai yang
diletakkan surat wafak itu dengan harapan mendapat perlindungan daripada bala yang
Malah pada bulan Safar ini juga ada yang melarang ahli keluarga mereka daripada
n sepanjang bulan ini kerana kononnya untuk mengelak
ditimpa bencana pada kemudian hari seperti jodoh tidak berkekalan dan tidak memperolehi
Hakikatnya, kepercayaan serta amalan sedemikian adalah khurafat dan bidaah sesat yang
jahiliah. Dan khurafat merujuk kepada semua cerita, sama ada rekaan
atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan
yang menyimpang daripada ajaran Islam. Ini bererti, wajib bagi umat Islam menjauhi
apa jua amalan yang boleh merosakkan akidah kerana sesuatu kejadian yang
berlaku itu merupakan ketentuan takdir Ilahi, dan bukannya disebabkan oleh hari atau bulan
Nya:-

kali akan menimpa kami
sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
13

Oleh sebab itu, menyandarkan sesuatu punca musibah kepada waktu atau masa tertentu, atau
gerakan binatang, kedudukan bintang,bulan dan sebagainya adalah perbuatan yang tercela
kerana segala sesuatu itu adalah ketetapan Allah menurut peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan oleh-Nya. Maknanya, sesiapa yang percaya kepada khurafat dan tahyul
dikhuatiri akan terjebak ke lembah kesyirikan kerana sesungguhnya nahas dan malang itu
hanya ditetapkan di sisi Allah.
(Diterbitkan oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)
Kerjasama diantara Pihak Pentadbiran Masjid dan Jabatan Agama Islam Negeri memainkan
peranan penting dalam menyedarkan amalan khurafat dalam masyarakat islam.
Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah khurafat
ini.Pendidikan boleh dilakukan di peringkat awal sekolah rendah lagi.Kementerian Pelajaran
menyedari didalam hal ini dan langkah yang diambil dengan memertabatkan pendidikan
islam dalam silibus mata pelajaran itu sendiri.sebagai contoh dalam mata pelajaran
pendidikan islam tahun 6 ada mengandungi tajuk Syirik pada bahagian Ulum
Syariah(aqidah).
Sabda Nabi SAW Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (semulajadi, bersih dan suci
dari dosa), kemudian para ibubapalah yang mencorakkannya sama ada akan menjadi
(beragama) Majusi, Yahudi, Nasrani (ataupun beriman kepada Allah). Riwayat Ahmad,
Bukhari, Tarmidzi.
Menjadi tanggungjawab guru dan ibubapa dalam pendidikan awal anak-anak dalam mengenal
Allah SWT. Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan Hadis untuk membentuk
peribadi yang mulia. Perkara pertama yang perlu ditanam ke dalam diri dan jiwa orang Islam
semasa kanak-kanak ialah mengisbatkan kewujudan Allah dan mengesakannya. Diikuti
dengan kasihkan Allah dan mensyukuri segala kurniaanNya kepada manusia. Kanak-kanak
mesti dididik untuk memahami dan mempraktikkan kepercayaan bahawa Allah s.w.t.
sahajalah yang berkuasa menjadikan segala yang ada di alam ini dan Dialah juga yang
berkuasa terhadap persoalan-persoalan hisab dan balasan terhadap segala amalan yang telah
dilakukan oleh makhluknya. Secara khusus, pendidikan akidah di Malaysia juga adalah
berdasarkan aliran akidah menurut fahaman ahli Sunnah wa al-Jamaah (Mudasir Rosder
1998) dan aliran akidah ini menjadi teras kepada pendidikan Islam di peringkat KBSR dan
KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988, 1997). Objektif pengajaran dan
pembelajaran akidah di kedua-dua peringkat ini secara umumnya adalah untuk memantapkan
keyakinan pegangan akidah Islamiah di kalangan pelajar serta menghidupkan konsep tauhid
14

secara sedar dalam keseluruhan amalan pelajar dan mewujudkan benteng keagamaan kepada
diri pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia 1997).
Kesimpulan
Khurafat merupakan satu unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.Ia secara jelas
bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam serta bertentangan pula dengan logik akal
dan realiti ,dan kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi
unsur kebenaran.
Khurafat telah bermula pada zaman jahilliyah. Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
bangsa Arab, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empayar maarib sehingga zaman
kedatangan Islam ( 610 M).Pelbagai amalan khurafat yang dilakukan pada zaman jahilliyah
dan masih dilakukan pada zaman moden ini.Amalan -amalan khurafat zaman jahilliyah
seperti menilik nasib, kepercayaan tangkal azimat, Roh orang mati menjadi burung, Percaya
kepada ahli nujum, Percaya kepada ahli sihir, Percaya kepada binatang yang melintas di
tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan
membawa kebaikan, Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Menjadi Tanggungjawab guru pendidikan islam sebagai daie untuk menangani masalah
khurafat dalam masyarakat setempat dengan mengambil jalan penyelesaian seperti-:
penerangan, sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama,dialog,khutbah
dan pendidikan.
Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian
akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang
menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang
Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan
kesejahteraan hidup dunia akhirat.









15

Rujukan.
1.Menjana Masyarakat Beraqidah Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat
Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana
Mentiri, NBD.
2. http://www.jais.gov.my/
3. Tafsir asbabul nuzul Miracle The Reference .Sygma publishing.2010)
4. Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
5. Halal dan Haram dalam Islam oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi Alih bahasa: H.
Mu'ammal Hamidy Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993.
6. Adil Akhyar Khurafat Alam Melayu.Pustaka Azhar.2009.
7.www. Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Anda mungkin juga menyukai