Anda di halaman 1dari 26

PANITIA BAHASA MELAYU SMK AGAMAIGAN

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI TINGKATAN 2: DI SEBALIK WAJAH TINGKATAN 3: CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
1. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan tema novel tersebut. Jawapan: Tema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalamtentang sejarah setempat.Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendirikewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk. 2. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan persoalan novel tersebut. Jawapan: Berdasarkan novel Istana menanti yang saya kaji, pengarang mengemukakan persoalan kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air. Persolan ini dikenal pasti melalui peristiwa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara Persoalan lain yang dikemukakan oleh pengarang ialah semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa. Persoalan ini dijelaskan melalui masyarakat di Kampung Ulu Seperi ,Rembau yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidupbersatu-padu dan saling membantu.Khususnya ketika mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk. Persoalan seterusnya ialah kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Persoalan ini digambarkan melalui kebijaksanaan pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu yang membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris.

3. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan perwatakan watak utama novel tersebut. Jawapan: Watak utama dalam novel istana menanti ialah .Fadhi. Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia berusia 15 tahun Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah. Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh. Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan. Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk. Fadhil juga seorang yang
PANITIA BM SMKAI 2

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
menghormati orang tua. Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-duaorang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.

4. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan perwatakan watak sampingan novel tersebut. Jawapan: Watak sampingan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel Istana Menanti yang saya kaji ialah Ah Seng . Ah Seng ialah kawan baik Fadhil. Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong danPuan Lily. Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari. Suka makan,dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik,dia tetap berselera untuk makan. Watak sampingan lain ialah Ramasamy. Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng. Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu. Dia merupakan anak Encik Shanti danPuan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dankawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itutetapi dihalang oleh Khairil Anuar. Tuk Ngah juga merupakan watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita ini. Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau. Usianya hampir 80 tahun.Beliau sukaberkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara. Beliau banyak pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zamandarurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis. Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng danRamasamy. Khairil Anuar juga merupakan watak sampingan. Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun. Tubuhnya gempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama itu. Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dariterowong. Khairil Anuar bercitacita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau. Dia prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng danRamasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka. Dolah juga merupakan watak sampingan dalam novel Istana Menanti. Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil. Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketua pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM). Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada
PANITIA BM SMKAI 3

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
sekitartahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

5. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Jawapan: Berdasarkan novel Istana Menanti yang saya kaji, pengarang mengemukakan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Latar ini ditonjolkan melalui penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. Misalnya, Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merupakan remaja yang berbilang bangsa. Latar masyarakat lain ialah masyarakat pelajar. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy merupakan pelajar minat subjek sejarah. Latar masyarakat lain ialah masyarakat yang bertanggungjawab Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng bertanggungjawab untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk. Latar masyarakat laian ialah masyarakat yang melakukan kezaliman.Golongan ini diwakili oleh Dolah dan penjenayah yang lain telah menawan Fadhil, Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar serta mengerah mereka menggali tanah untuk mencari harta karun. Latar masyarakat seterusnya ialah golongan pelajar yang minat mengkaji sejarah negara. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang Istana Menanti

6. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam penceritaannya. Jawapan: Dalam novel Istana Menanti yang saya kaji, pengarangnya telah menggunakan beberapa teknik. Antaranya ialah teknik Pemerian atau penceritaan. Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan suasana waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap. Selain itu, teknik ini juga digunakan oleh pengarang untuk menyatakan tentang bilik peraduan raja. Pengarang menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu Teknik lain yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Misalnya, Tuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tentang tiga oranag kegagalan tiga orang pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk
PANITIA BM SMKAI 4

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
Pengarang juga menggunakan teknik dialog. Misalnya, perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di dalam istana. Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil sebenarnya. Teknik saspen juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Misalnya, pembaca tertanyatanaya adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Tuk Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung datuk dan menemui Istana menanti. Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik peraduan raja. Pembaca juga tertanya-tanya siapa sebenarnya Khairil. Adakah benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain. Pengarang juga menggunakan teknik monolog dalaman. Misalnya, Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya apabila ditawan. Dia bersa cemas apabila melihat beberap orang mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali kubur untuknya Pilih tiga isi sahaja!!! 7. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan tiga nilai beserta contoh peristiwa berkaitan dalam novel tersebut. Jawapan: Berdasarkan novel Istana menanti yang saya kaji, terdapat beberapa nilai yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah nilai bertanggungjawab. Misalnya,Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang Selain itu terdapat juga nilai kasih sayang. Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka. Nilai lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai ketabahan. Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan. Nilai seterusnya ialah,nilai Baik Hati. Dolah menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan. Nilai Keberanian juga dapat dikesan dalam novel tersebut. Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ. Nilai lain ialah nilai setia kawan yang saling bantu membantu. Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
PANITIA BM SMKAI 5

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
Pilih 3 isi sahaja!!!

8. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 1, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel. Jawapan: Berdasarkan novel Istana Menanti yang saya kaji,terdapat beberapa pengajaran yanag dapat dikenalpasti. Antaranya ialah, kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan. Misalnya, Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang Pengajaran lain ialah kita haruslah hormat dan taat kepada ibu bapa. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan ibu bapa mereka untuk pergi ke Istana Menenti Pengajaran seterusnya ialah, kita perlulah membantu golongan yang memerlukan. Misalnya, penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk . Pengajaran yang dapat dikenalpasti ialah kita mestilah menyayangi sesama insan. Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.

Kita juga perlulah bersikap setia kawan. Misalnya, Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup. Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang atau masalah sosial. Misalnya, Dolah sanggup bersekongkol dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

PANITIA BM SMKAI

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
Kita juga mestilah berani menegakkan kebenaran. Tamsilnya, Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

PANITIA BM SMKAI

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
1. Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga peristiwa yang menggunakan teknik penceritaan dalam bentuk perbualan antara dua pihak atau dialog.

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Banyak teknik dialog ditemukan dalam novel ini.

Antaranya ialah perbualan antara Doktor Fikri dengan Josy pada hari pertama Doktor Fikri belajar di kelas Tingkatan 2 Mawar. Mereka berbual-bual dengannya tentang sebab dia tidak ke kantin dan tentang jumlah wang yang disimpan oleh Doktor Fikri di bank.

Selain itu, terdapat juga dialog antara Dayang Mahani. Suriani, Aziz, dan Sanin pada hari sukan sekolah. Mereka mengumpat dan mengutuk Doktor Fikri. Doktor Fikri digelar Doktor Panjang Tangan dan dianggap telah memalukan kelas mereka.

Dialog juga digunakan ketika Doktor Fikri berada di Taman Negara sama ibu dan ayahnya. Puan Halipah menggesa anak dan suaminya segera mereka hanya mencuci muka. Ketiga-tiga mereka akhirnya tergelak apabila mengambil keputusan untuk tidak mandi kerana

Kinabalu bersamamandi pagi namun Puan Halipah juga terlalu sejuk.

PANITIA BM SMKAI

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
2. Huraikan tiga persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji.

Banyak persoalan yang terkandung dalam novel yang saya kaji, iaitu Di Sebalik Wajah. Persoalan pertama ialah kelebihan insan istimewa. Walaupun Doktor Fikri cacat, dia mempunyai banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh insan yang sempurna tubuh badannya. Dalam usia yang muda, dia mempunyai pelbagai kemahiran seperti menanam dan menjaga sayur-sayuran, berniaga sayursayuran, dan membela ayam. Dia juga kreatif. Dia berjaya mendapat hadiah utama dalam pertandingan reka cipta semasa belajar di Jepun. Selain itu, terdapat juga persoalan tentang penglibatan murid sekolah dalam kegiatan jenayah. Narius, Jais, dan Jamadi bukan sahaja nakal di sekolah, malahan turut terlibat dalam kegiatan jenayah di luar sekolah. Mereka telah ditangkap oleh seorang lelaki Cina ketika mengopak cermin sebuah kereta di tempat letak kereta. Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. Persoalan lain ialah tanggungjawab sebagai ibu bapa. Walaupun dikurniai bayi yang cacat, iaitu balar, Cikgu Saiful dan Puan Halipah menerima kehadiran bayi tersebut dalam hidup mereka dengan penuh kesyukuran. Selepas dilahirkan, Cikgu Saiful membisikkan azan dan iqamat di telinga bayinya dan menamai bayi itu Doktor Fikri. Bayi itu juga dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

3. Berdasarkan novel yang anda pelajari,kemukakan dua peristiwa yang dapat dijadikan contoh dan satu peristiwa lain yang harus dielakkan. Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Wajah. Banyak peristiwa baik yang terpapar dalam novel tersebut yang dapat dijadikan teladan, begitu juga sebaliknya. Antara peristiwa yang wajar dijadikan contoh ialah peristiwa Josy berusaha untuk menghiburkan hati Doktor Fikri yang sedih dan tertekan setelah dituduh mencuri buku, dompet, dan pen dakwat yang mahal. Peristiwa ini wajar diteladani kerana kawan sejati sewajarnyalah bersama-sama ketika senang mahupun susah. Selain itu, peristiwa Narius, Jais, dan Jamadi menjadi murid yang baik dan berkawan dengan Doktor Fikri setelah ditangkap oleh polis juga wajar dijadikan teladan. Hal ini demikian kerana setiap manusia tidak akan lepas daripada berbuat salah. Yang penting ialah mereka perlu ke pangkal jalan. Walau bagaimanapun, peristiwa Doktor Fikri disindir dengan tajam dan kejam oleh kawankawannya sendiri wajar dieJakkan. Sebagai kawan, mereka tidak sepatutnya menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman kepada Doktor Fikri sebelum Doktor Fikri disabitkan atas kesalahan mencuri oleh pihak sekolah.

PANITIA BM SMKAI

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
4. Watak utama dalam novel yang anda kaji digambarkan sebagai berdikari, taat akan perintah Tuhan, dan berani. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat membuktikan perwatakan tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Watak utama, iaitu Doktor Fikri digambarkan berdikari, taat akan perintah Tuhan, dan berani. Sikapnya yang berdikari dapat dilihat ketika kawan-kawannya, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Aziz, dan Sanin datang ke rumahnya. Ketika itu, dia menahan ibunya yang mahu ke dapur bagi menyediakan minuman kerana dia sendiri mahu menyediakan minuman dan makanan untuk kawan-kawannya itu Doktor Fikri juga taat akan perintah Tuhan. Dia dan keluarganya sering solat berjemaah bersama-sama. Doktor Fikri berani berhadapan dengan Narius, Jais, dan Jamadi. Ketika dia mahu pulang ke rumah setelah menjalani latihan sukan, dia ditahan oleh Narius dan rakan-rakannya. Mereka mengugutnya dan meminta yuran keselamatan namun Doktor Fikri berani bersoal jawab dengan mereka sehingga mereka naik darah.

5. Jelaskan tiga gaya bahasa yang digunakan dalam novel yang anda kaji

Simile ialah unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan umpama, bagai, seperti, bak, macam, dan laksana sebagai perbandingan Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan membawa maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah.

Jawapan: Terdapat banyak gaya bahasa yang menarik yang digunakan dalam novel yang saya kaji, iaitu Di Sebalik Wajah. Antaranya ialah simile, bahasa asing, dan peribahasa.

PANITIA BM SMKAI

10

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
Simile digunakan ketika Doktor Fikri ditanya oleh Sanin sama ada dia bosan membaca atau tidak. Doktor Fikri mengatakan bahawa dia tidak bosan. Baginya, membaca itu ibarat nasi. Maknanya, jikalau nasi mengenyangkan perut, membaca pula akan mengenyangkan mental. Bahasa asing, iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris juga kerap kali digunakan. Antaranya ialah "nurse", "reporter", "insya-Allah", "alhamdulillah", dan "subhanallah". Perkataan "subhanallah" contohnya dilafazkan oleh Cikgu Saiful ketika dia diberitahu bahawa isterinya perlu dibedah. Peribahasa "air yang tenang jangan disangka tiada buaya" juga digunakan dalam novel ini. Ketika kawan-kawan Doktor Fikri mengejek dan menyindirnya, Suriani mengingatkan kawankawannya agar menjaga harta benda masing-masing kerana katanya, "air yang tenang jangan disangka tiada buaya".

6. Huraikan tiga keistimewaan yang terdapat pada watak utama dalam novel yang anda kaji. Jawapan Doktor Fikri yang merupakan watak utama dalam novel yang saya kaji, iaitu Di Sebalik Wajah mempunyai banyak keistimewaan. Walaupun baru berusia 14 tahun, dia memiliki pelbagai kemahiran. Dia tahu menanam sayursayuran, menjual sayur-sayuran di tamu, dan menternak ayam. Doktor Fikri juga suka akan cabaran. Walaupun dia tahu bahawa keadaan fizikalnya tidak memungkinkan dia berpanas, Doktor Fikri masih mahu menyertai acara larian. Oleh itu, semasa temasya hari sukan sekolah, dia mewakili rumah Tun Ismail bagi acara 1500 meter lelaki B. Selain itu, Doktor Fikri juga istimewa kerana dia tahu tentang tujuan sebenar belajar, iaitu untuk menjadikan diri bertambah baik. bukannya untuk menghafal fakta dan menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, dia mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupannya. Setelah belajar tentang arus elektrik, dia mencipta kereta mainan kawalan jauh yang dapat mengesan halangan7. Pelbagai latar masyarakat digambarkan dalam sesebuah novel. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Terdapat pelbagai latar masyarakat dalam novel tersebut. Antaranya ialah masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Ketika kawankawan Doktor Fikri, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz datang ke rumah Doktor Fikri, kedatangan mereka tidak disedari oleh Doktor Fikri dan ibunya. Walau bagaimanapun, seorang wanita tua berbangsa Cina yang merupakan jiran Doktor Fikri telah memanggil ibu Doktor Fikri. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Semasa berada di bilik menunggu hospital, seorang pak cik mendapat tahu bahawa anak perempuannya
PANITIA BM SMKAI 11

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
meninggal dunia kerana tumpah darah. Pak cik itu tidak dapat menahan perasaan lalu menangis tersedu-sedu mengenangkan nasibnya dan cucu-cucunya. Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang menyusahkan orang lain. Ketika berniaga di Tamu Menggatal, Doktor Fikri merantai basikalnya pada sebatang pokok mangga. Setelah selesai berniaga, dia mendapati basikalnya sudah tiada di situ kerana telah dicuri orang. Akibatnya, dia terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

8. Jelaskan tiga latar tempat bagi novel yang anda kaji Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Peristiwa dalam novel ini berlaku di beberapa buah tempat. Antaranya ialah Tamu Menggatal, kelas 2 Mawar, dan bilik kaunseling. Di Tamu Menggatal, Doktor Fikri dan kawan-kavvannya menjual sayur-ran. Mereka hanya berjaya menjual sebungkus sayur sawi, kerana langit tiba-riba mendung dan tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. Banyak juga peristiwa yang berlaku di kelas 2 Mawar. Pada suatu hari, kelas 2 Mawar dikunjungi oleh Narius, Jais, dan Jamadi. Narius menjelaskan bahawa dia datang kerana mahu menyerahkan surat daripada Doktor Fikri kepada murid-murid 2 Mawar. Narius dan kawankawannya juga meminta maaf kepada murid-murid kelas 2 Mawar kerana menyusahkan mereka. Selain itu, terdapat juga peristiwa yang berlaku di bilik kaunseling. Setelah tarang-barang curi ditemukan di dalam beg Doktor Fikri, dia dipanggil oleh Cikgu Wahab dan Cikgu Shukri ke bilik kaunseling. Di situ, Doktor Fikri disoal sasat oleh mereka berdua.

9. Berdasarkan novel yang anda golongan masyarakat yang prihatin.

kaji, kemukakan tiga

peristiwa yang melibatkan

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang prihatin. Semasa Cikgu Saiful bertemu dengan Doktor Fikri di bilik sembahyang, mereka berbual-bual tentang sebab Cikgu Saiful berada di hospital itu. Setelah mengetahui komplikasi yang dihadapi, Doktor Fikri meminta Cikgu Saiful bersabar dan mendoakan keselamatan bayi yang dikandung oleh isteri Cikgu Saiful.

Murid-murid kelas 2 Mawar prihatin terhadap Doktor Fikri. Setelah mendapat tahu bahawa Doktor Fikri dibuli oleh Narius, Jais, dan Jamadi, mereka mengelilingi Doktor Fikri. Mereka mendesaknya melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin agar kejadian itu tidak berulang.

PANITIA BM SMKAI

12

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
Selain itu, ketika ahli kelas 2 Mawar sibuk bercakap tentang latihan sukan, Sanin membawa Doktor Fikri berjumpa dengan Cikgu Jasmi. Oleh sebab Doktor Fikri masih belum mempunyai rumah sukan dia membantu fikri mendaftar diri sebagai ahli Rumah Tun Ismail.

10. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai bertanggungjawab. Jawapan; Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Terdapat beberapa contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai bertanggungjawab dalam novel ini. Cikgu Saiful ialah ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Ketika sedang menunggu isterinya bersalin, pak cik yang turut menunggu bersama-samanya mendapat khabar bahawa anaknya telah meninggal dunia semasa bersalin. Cikgu Saiful telah mengenangkan keadaan isterinya, dia sempat juga menenangkan pak cik tersebut dan mendoakan agar roh arwah anaknya diberkati. Ibu Doktor Fikri, iaitu Puan Halipah juga bertanggungjawab. Dia menyediakan makanan untuk dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah pada setiap hari. Dia juga menyambut Doktor Fikri yang baru pulang dari sekolah. Narius, Jais, dan Jamadi juga bertanggungjawab. Ketika diminta oleh Doktor Fikri menyerahkan surat kepada murid-murid 2 Mawar, mereka menunaikannya walaupun tahu bahawa mereka tidak disukai oleh muraid-murid kelas itu.

11. Huraikan tiga nilai murni yang menjadi amalan watak utama dalam novel yang anda kaji Jawapan Watak utama dalam novel yang saya kaji, iaitu Di Sebalik Wajah, mengamalkan nilai-nilai murni. Antaranya ialah nilai kegigihan. Doktor Fikri tahu bahawa dia lemah dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, dia selalu membuat latihan matematik di rumahnya dengan dibantu oleh ibu atau ayahnya. Selain itu, dia juga berhati mulia. Doktor Fikri kasihan melihat keadaan Narius yang bersedih di dalam lokap dan ayah Narius yang kecewa akan perbuatan anaknya. Oleh itu, Doktor Fikri memujuk ayahnya agar menjamin Narius dan memberinya peluang kedua. Doktor Fikri juga mengamalkan nilai jimat cermat. Dia tidak membelanjakan wang yang diberikan oleh ibunya di kantin, sebaliknya membawa bekal ke sekolah. Duit yang diberi oleh ibunya itu disimpan di dalam bank.

PANITIA BM SMKAI

13

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
12. Jelaskan nilai-nilai murni dalam novel yang anda kaji Nilai murni ialah tingkah laku atau perhuatan baik dan disenangi yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Antara contoh nilai murni ialah baik hati, kejujuran, bijaksana, yakin dan keberanian, dan bertanggungjawab. Jawapan: Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Antara nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama, berhemah tinggi, dan pemurah. Nilai kerjasama terpancar melalui watak Doktor Fikri dengan rakan-rakannya, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Aziz, dan Sanin. Mereka menimbang dan memasukkan sayur-sayuran yang dipetik ke dalam plastik. Nilai berhemah tinggi juga jelas terdapat dalam novel ini. Ketika kawan-kawan Doktor Fikri datang ke rumahnya, dia menyambut mereka dengan mesra. Doktor Fikri sendiri menyediakan minuman dan makanan untuk kawan-kawannya. Selain itu, nilai pemurah juga jelas dilihat melalui watak Doktor Fikri. Ketika kawan kawannya berkunjung ke rumahnya, dia membungkus sayur-sayuran yang ditanam, iaitu tomato dan cili untuk diberikan kepada mereka.

13. Jelaskan tiga pengajaran yang diperoleh daripada novel yang anda kaji. Pengajaran ialah amanat, mesej, pedoman, atau peringatan yang ingin disampaikan secara tidak langsung oleh pengarang dalam novelnya. Jawapan: Banyak pengajaran diperoleh daripada novel yang saya kaji, iaitu Di Sebalik Wajah. Antaranya ialah kita hendaklah reda akan apa-apa yang berlaku kepada diri kita. Doktor Fikri pada mulanya begitu marah terhadap ayahnya kerana memberinya nama sedemikian namun setelah diberitahu bahawa di sebalik nama itu tersirat penghargaan ayahnya kepada dirinya, Doktor Fikri menerimanya dengan reda. Selain itu, kita perlulah bekerjasama supaya kerja yang susah menjadi mudah. Doktor Fikri dan kawan-kawannya bekerjasama menjinjit sayur-sayuran ke Tamu Menggatal. Setelah tikar dibentangkan oleh Doktor Fikri, Dayang Mahani, Suriani, dan Josy menyusun sayur-sayuran mengikut jenisnya. Kita juga janganlah mudah menghukum seseorang tanpa usul periksa. Jangan jadi seperti rakan-rakan sekelas Doktor Fikri yang menggelarnya Doktor Panjang Tangan setelah buku perpustakaan, dompet, dan pen dakwat basah ditemukan di dalam begnya. Setelah mengetahui
PANITIA BM SMKAI 14

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN : NOVEL TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI
bahawa Doktor Fikri tidak bersalah, mereka menyesal malah ada yang menangis kerana berasa bersalah.

14. Tulis permulaan cerita bagi novel yang anda kaji secara ringkas. Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Pada permulaan cerita, penulis memperkenalkan watak sampingan, iaitu Cikgu Saiful. Cikgu Saiful begitu resah kerana lama menunggu isterinya yang mahu bersalin. Ketika itu, bermacam-macam kenangan tentang kerenah isterinya yang mengandung datang dalam ingatannya. Setelah lama menunggu, akhirnya doktor yang merawat isterinya memaklumkan bahawanya isterinya perlu dibedah. Setelah isterinya dibawa ke dewan bedah, Cikgu Saiful pergi ke bilik sembahyang pada pukul satu pagi. Semasa di bilik sembahyang itu, dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Fikri lalu mereka menunaikan solat Isyak berjemaah. Doktor Fikri juga mendoakan keselamatan anak Cikgu Saiful. Cikgu Saiful begitu kagum kerana ada doktor Melayu yang berjaya dan beriman. Di dalam hatinya, dia berdoa agar akan ada lebih banyak doktor Melayu yang kuat beribadat.

PANITIA BM SMKAI

15

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Setelah beberapa ketika kembali ke bilik menunggu, dia dimaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak lelaki. Ketika hendak mengazankan bayinya, dia menjadi bingung dan hilang kawalan diri. Dia terkejut melihat bayi yang ditunjukkan kepadanya itu tidak seperti bayi lain. Dia tidak percaya bahawa bayi yang balar itu ialah anaknya namun akhirnya dia reda akan kurniaan Tuhan, begitu juga dengan isterinya, Halipah. Kerana mengagumi Doktor Fikri yang ditemuinya, dia menamai bayinya itu Doktor FikrI.

15. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan persoalan tentang kehidupan masyarakat yang setia kawan. Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Terdapat persoalan tentang kehidupan masyarakat yang setia kawan dalam novel ini. Dalam cerita ini, semangat setia kawan dilihat dengan jelas apabila Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz membantu Doktor Fikri berniaga di Tamu Menggatal. Mereka membantu Doktor Fikri menimbang sayur-sayuran yang telah dipetik dan memasukkannya ke dalam plastik. Setelah siap semuanya, mereka mengayuh basikal beramairamai ke Tamu Menggatal untuk menjual sayur-sayuran tersebut. Semangat setia kawan juga terpancar melalui sokongan yang diberikan oleh Josy kepada Doktor Fikri. Setelah dituduh mencuri, semua kawan Doktor Fikri kecuali Josy memulaukannya. Josy percaya bahawa Doktor Fikri tidak bersalah lalu memberikan sokongan moral kepadanya. Di samping itu, semangat setia kawan juga terpancar daripada keikhlasan Doktor Fikri berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. Walaupun mereka pernah menghina dan memulaukannya, Doktor Fikri tidak berdendam malahan membawa buah tangan dari Jepun untuk mereka.

16. Berdasarkan novel yang anda kaji, namakan tiga teknik plot yang digunakan dan berikan contoh peristiwa bagi setiap teknik. Banyak teknik plot digunakan dalam novel Di Sebalik Wajah. Antara teknik plot itu ialah dialog, monolog, dan monolog dalaman. Dialog digunakan pada hari pertama Doktor Fikri mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Bapanya, iaitu Cikgu Saiful berjumpa dengan pengetua sekolah itu, iaitu Puan Hamidah lalu mereka berbual-bual tentang latar belakang keluarga Cikgu Saiful dan sebab Cikgu Saiful hendak mendaftarkan Doktor Fikri di sekolah itu. Satu daripada monolog yang digunakan dalam novel ini adalah semasa Puan Hamidah bercakap dalam perhimpunan di sekolah pada waktu tengah hari. Beliau menyatakan rasa
PANITIA BM SMKAI 16

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


kesalnya atas perbuatan Narius, Jais, dan Jamadi yang memalukan sekolah kerana meminta wang yuran keselamatan. Ketika Puan Hamidah berucap, semua guru dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan Enam hanya diam dan mendengar ucapannya. Teknik monolog dalaman pula digunakan dalam banyak keadaan, contohnya ketika Doktor Fikri mencari basikalnya apabila mahu pulang ke rumah. Ketika tidak menjumpai basikalnya, dia berkira-kira di dalam hatinya tentang tempat dia meletakkan basikalnya.

17. Tulis sinopsis novel yang anda kaji (a)Soalan ini memerlukan murid meringkaskan cerita daripada novel tersebut. Oleh itu jawapan murid haruslah ringkas dan padat. (b)Sinopsis cerita mestilah dihuraikan mengikut urutan berdasarkan plot cerita tersebut yang meliputi permulaan, pertengahan. dan pengakhiran cerita. Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Novel ini berkisar tentang kisah seorang insan yang dilahirkan cacat. Doktor Fikri ialah anak tunggal pasangan Cikgu Saiful dengan Puan Halipah. Puan Halipah menghadapi komplikasi ketika bersalin lalu dibedah. Semasa menunggu isterinya dibedah, Cikgu Saiful ke surau untuk menunaikan solat. Di situ, dia bertemu dengan Doktor Fikri yang kuat agamanya dan sangat prihatin. Doktor Fikri mendoakan keselamatan isteri dan anak Cikgu Saiful. Oleh sebab terharu dan berbangga kerana ada doktor Melayu yang sebegitu, Cikgu Saiful menamai bayinya yang balar atau albino itu Doktor Fikri. 14 tahun kemudian, Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Di sekolah baharunya. Doktor Fikri berkawan dengan Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz. Walau bagaimanapun, seperti di sekolah lamanya, Doktor Fikri dibuli. Kali ini, dia dibuli oleh tiga orang murid nakal daripada Tingkatan Empat iaitu Narius, Jais, dan Jamadi. Mereka meminta yuran keselamatan daripada Doktor Fikri. Mereka juga menganiaya Doktor Fikri. Tidak cukup dengan itu, mereka mencuri basikal Doktor Fikri namun tertangkap lalu dimasukkan ke dalam lokap. Walau bagaimanapun, Narius dijamin oleh Cikgu Saiful atas permintaan Doktor Fikri. Sejak itu, Narius, Jais, dan Jamadi berkawan baik dengan Doktor Fikri. Pada suatu hari, rakan-rakan sekelas Doktor Fikri tertanya-tanya tentang sebab Doktor Fikri tidak hadir dua hari berturut-turut. Mereka yang masih bersangka buruk beranggapan bahawa Doktor Fikri sudah pandai ponteng sekolah setelah terpengaruh oleh perangai buruk Narius, Jais, dan Jamadi. Tiba-tiba, Narius, Jais, dan Jemadi masuk ke kelas mereka lalu menyerahkan sepucuk surat daripada Doktor Fikri kepada rakan-rakan sekelasnya. Dia memaklumkan bahawa dia terpaksa mengikut bapanya berpindah ke Jepun selama lima tahun.

PANITIA BM SMKAI

17

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Setahun kemudian, Doktor Fikri pulang ke tanah air. Kepulangannya disambut oleh rakan-rakannya. Sebagai mengisi masa cuti mereka selama sebulan, Doktor Fikri menyatakan hasratnya untuk mendaki Gunung Kinabalu supaya dia dapat bercerita tentangnya apabila ditanya oleh rakan-rakannya di Jepun. Walaupun terkejut dengan permintaan anaknya, Cikgu Saiful tidak menghampakannya, apalagi permintaan itu disokong oleh isterinya.

18. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. "Bang, maafkan saya bang." Suara isterinya masih berdengung di telinganya. Itulah yang paling menyayat hatinya ketika dia menghantar isterinya he bilik bersalin. (a) Namakan teknik plot yang digunakan dalam petikan. (b) Berikan dua contoh peristiwa lain yang menggunakan teknik plot yang sama. Jawapan; Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Berdasarkan petikan daripada novel tersebut, teknik plot yang digunakan ialah imbas kembali. Teknik ini juga digunakan ketika Cikgu Saiful teringat akan suatu kisah di sebuah klinik swasta. Ketika di klinik itu, dia dan isterinya ternampak seorang ibu sedang menyusukan bayi sambil mengucup dahi bayinya itu dengan perasaan kasih sayang. Selain itu, teknik imbas kembali juga digunakan semasa Doktor Fikri bercerita tentang pengalamannya belajar di Jepun kepada rakan-rakannya, iaitu Dayang Mahani, Suriani, Aziz, dan Sanin. Dia mengatakan bahawa dari segi kepandaian, anak-anak Jepun sama sahaja seperti mereka.

19. Pelbagai teknik plot digunakan oleh penulis dalam penulisan novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan contoh peristiwa bag! teknik imbas kembali, imbas muka, dan pemerian yang digunakan. Jawapan Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Antara teknik plot yang digunakan dalam novel ini ialah imbas kembali, imbas muka, dan pemerian.

PANITIA BM SMKAI

18

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Teknik imbas kembali digunakan semasa pak cik yang bersama-sama Cikgu Saiful di bilik menunggu bercerita tentang kisah keluarganya. Suami anaknya yang hendak bersalin itu baru meninggal dunia di kem pembalakan Tawau beberapa bulan sebelum itu. Teknik imbas muka pula digunakan ketika Doktor Fikri memujuk ayahnya agar bersetuju untuk membawanya mendaki Gunung Kinabalu. Dia mengatakan bahawa jika dia telah mendakinya, akan mudahlah baginya untuk bercerita tentang Gunung Kinabalu kepada rakan-rakannya di Jepun. Teknik pemerian pula digunakan untuk menggambarkan keadaan di Taman Negara Kinabalu. Suasananya tenang sekali dan suhunya begitu sejuk, bagaikan berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Hutan yang menghijau dan bunga-bungaan yang ditanam kelihatan begitu indah.

20. Huraikan tema bagi novel yang anda pelajari dengan memberikan tiga contoh peristiwa bagi menyokong jawapan anda. Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Tema novel ini ialah ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Banyak peristiwa yang menyokong tema ini. Antaranya ialah peristiwa Doktor Fikri dibuli oleh Narius, Jais, dan Jamadi. Pada hari pertama di sekolah, bekalan makanan dan minuman yang dibawa oleh Doktor Fikri dihabiskan oleh Narius dan kawan-kawannya. Kemudian, mereka meminta yuran keselamatan sebanyak RM10 daripada Doktor Fikri namun Doktor Fikri tidak melawan ataupun memberi mereka wang. Selain itu, Doktor Fikri juga pernah diejek dengan pelbagai nama julukan liar ketika di sekolah lamanya. Ketika Tingkatan 1, dia digelar sebagai Anak Balar, Albino Sesat, Mat Saleh Celup, dan Doktor Balar. Walaupun dia hampir lari dari sekolah, berbekalkan ketabahan hati, segala hinaan dan dugaan dilaluinya. Paling menyedihkan, Doktor Fikri turut dihina dan dipulau oleh kawan-kawannya sendiri. Semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal, dia berkawan dengan Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz. Walau bagaimanapun, setelah dia dituduh mencuri akibat dianiaya oleh Narius dan rakan-rakannya, kawan-kawannya itu bukan sahaja menjauhkan diri malah memerlinya.

21. Pilih satu daripada watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Huraikan perwatakan watak tersebut secara ringkas.

PANITIA BM SMKAI

19

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Jawapan Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Selain watak utama, terdapat banyak watak sampingan ditemukan dalam novel ini. Antaranya ialah Narius. Narius anak orang miskin. Ayahnya tidak bekerja kerana telah tua. Oleh itu, dia dan keluarganya ditanggung oleh abangnya yang telah pun berkeluarga dan mempunyai banyak anak. Narius juga murid yang nakal. Dia menggunakan saiz tubuhnya yang besar itu untuk mengganggu dan mengugut murid yang lemah. Dia mengugut Doktor Fikri agar membayar wang yuran keselamatan sebanyak RM10. Walau bagaimanapun, Narius menyesal dan insaf akan perbuatannya setelah ditangkap oleh polis dan dipenjarakan. Selepas dijamin oleh Cikgu Saiful, dia bertekad bahawa itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki di balai polis itu.

22. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak utama dan huraikan perwatakan watak utama secara ringkas Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Wajah. Watak utama novel ini ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri murid yang aktif. Ada-ada sahaja aktiviti yang dilakukannya. Untuk mengaplikasi ilmu yang diperoleh dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, dia mengisi masa lapangnya dengan menanam sayur-sayuran. Dia juga kreatif. Semasa belajar di Jepun, dia memenangi anugerah utama pertandingan reka cipta. Dia telah mencipta kereta mainan yang menggunakan alat kawalan jauh yang ditambah alat pengesan yang dapat mengesan sesuatu di hadapan , di belakang, dan di sisinya. Doktor Fikri juga suka membaca. Dia sering mengunjungi perpustakaan dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku.

PANITIA BM SMKAI

20

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


1. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, berikan tiga persoalan beserta contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan tersebut. Jawapan 1: Berdasarkan novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji, pengarang

mengemukakan persoalan kasih sayang antara ahli keluarga. Persoalan ini dapat dilihat melalui sikap Encik Hasrul dan Pn Sarah yang menyayangi anak mereka Hartini dan sentiasa mengambil berat perkembangannya di sekolah. Persoalan lain ialah menghargai persahabatan. Hartini tetap mengingati Satiah yang telah meninggal dunia akibat penyakitnya dengan menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda persahabatan. Persoalan seterusnya ialah prihatin terhadap kesusahan orang lain. Persoalan ini dapat dilihat melalui sikap Encik Hasrul yang amat prihatin terhadap kesihatan satiah dan mendesak Pak morit membenarkannya menghantar Satiah ke hospital kerana penyakit Satiah amat serius dan tidak boleh diubati dengan cara perubatan tradisional.

Jawapan lain yang boleh diguna : Berdasarkan tinggal di asrama Selain itu,ditimbulkan juga persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup. Tamsilnya, Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji, pengarang

mengemukakan persoalan berdikari. Misalnya, Hartini dan Satiah hidup berdikari semasa

2. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, huraikan tema novel tersebut. Jawapan: Tema novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji ialah persahabatan yang akrab dan ikhlas antara dua orang remaja tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Tema ini dikukuhkan melalui gambaran hubungan Hartini dan Satiah yang bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Selain itu, Hartini tetap mengunjungi
PANITIA BM SMKAI 21

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Satiah meskipun hubungan keluarga mereka renggang. Hartini dan Satiah juga sering berutus surat walaupun tinggal berjauhan semasa di asrama.

3. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan perwatakan watak utama bagi novel tersebut. Jawapan:

Hartini merupakan watak utama dalam novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji. Hartini merupakan seorang yang tabah. Hartini menerima berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi. Selain itu Hartini merupakan seorang yang penyayang. Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga Satiah sewaktu dia sakit. Hartini juga seorang yang berani. Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah. Dia memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital

Jawapan yang juga boleh diguna: Hartini juga seorang yang rajin. Disebabkan kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1B. Dia juga seorang yang pandai berdikari. Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

4. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, nyatakan tiga nilai dan contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai bagi novel tersebut. Jawapan : Berdasarkan novel Cempaka Putih yang saya kaji, pengarang telah mengemukakan beberapa nilai. Nilai pertama ialah bertanggungjawab. Nilai ini dapat dikenal pasti melalui peristiwa Hartini dan ayahnya yang bersikap bertanggungjawab dengan membawa Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah Satiah tiba-tiba pengsan dan mulutnya berdarah.

PANITIA BM SMKAI

22

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Nilai seterusnya ialah ketabahan. Contohnya Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang terhadapnya. Nilai lain ialah baik hati . Ketika tinggal di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja rumah. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh.

Nilai lain yang boleh diberikan : Nilai keberanian. Tamsilnya, Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.

Nilai setia kawan. Contohnya persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit

5. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, berikan tiga pengajaran beserta contoh peristiwa yang yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan 1; Berdasarkan novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar. Antaranya ialah, kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan. Pengajaran ini boleh dilihat melalui sikap Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah. Pengajaran lain ialah kita haruslah menghormati dan mentaati ibu bapa. Perkara ini boleh dikesan melalui sikap Hartini yang hormat kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya.

PANITIA BM SMKAI

23

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Seterusnya ialah, kita perlulah membantu golongan yang memerlukan.Misalnya, Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada orang lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup menanggung kos perubatan Satiah.

Jawapan 2: Berdasarkan novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar. Antaranya ialah kita mestilah menyayangi sesama insan. Tamsilnya, Encik Hasrul dan Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital Pengajaran seterusnya ialah, kita perlulah bersikap setia kawan. Persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit. Pengajaran lain ialah kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup. Tamsilnya, Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari

6. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, huraikan tiga perwatakan watak sampingan yang turut memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita novel tersebut

Jawapan: Berdasarkan novel Cempaka Putih yang saya kaji, pengarang telah mengemukakan Satiah sebagai watak sampingan yang memainkan peranan menghidupkan jalan cerita. Satiah seorang yang penyayang. Satiah amat menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia menangis apabila mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup datang ke lokap untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini. Selain itu, Satiah juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Satiah menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.

PANITIA BM SMKAI

24

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Satiah juga seorang yang baik hati. Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh

7. Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, huraikan watak sampingan beserta perwatakan mereka. Jawapan: Berdasarkan novel Cempaka Putih yang saya kaji, pengarang juga telah mengemukakan Pak Morit sebagai watak sampingan yang turut berperanan dalam novel ini. Pak Morit seorang yang ego dan keras kepala. Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital. Selain itu, Pak Morit Insaf atas kesalahan yang lalu. Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya meninggal dunia. Pak Morit juga seorang yang baik hati. Dia membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan Satiah semakin tenat

8. Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 3, huraikan tiga latar masyarakat berserta dengan contoh peristiwa dalam novel. Jawapan:

Berdasarkan novel Cempaka Putih Untukmu yang saya kaji, pengarang telah mengemukakan beberapa latar masyarakat. Antaranya ialah masyarakat orang asli. Latar masyarakat ini dijelaskan melalui masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu yang bergotong-royong mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan Pegawai Pertanian iaitu Encik Hasrul. Selain itu, pengarang juga menonjolkan masyarakat pelajar. Golongan ini diwakili oleh Hartini dan Satiah yang merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah Menengah Kuala Batu . Matar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Latar masyarakat ini digambarkan melalui wataki Encik Hasrul yang sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.
PANITIA BM SMKAI 25

MODUL GERAK GEMPUR KOMSAS PMR SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL


Jawapan lain yang boleh digunakan:

Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang melakukan kezaliman. Golongan ini diwakili oleh Junainah yang berdendam dengan Hartini yang telah menamparnya. Junainah telah membuat rancangan menuduh Hartini memiliki pil ecstacy sehingga Hartini di tahan di dalam lokap. Selain itu, pengarang juga mengemukakan masyarakat yang ego. Tamsilnya, Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital. Latar masyarakat yang lain ialah, golongan pelajar yang minat belajar. Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama

SELAMAT MAJU JAYA

PANITIA BM SMKAI

26