Anda di halaman 1dari 11

BAGAIMANA SEORANG GURU MEMANFAATKAN MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER DAN MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peribahasa Melayu ada mengatakan rambut sama hitam, hati lainlain. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), tafsiran daripada peribahasa tersebut ialah manusia normal mempunyai sifat fizikal yang serupa, iaitu mempunyai sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki, sepasang tangan, satu hidung, satu mulut, tetapi mempunyai hati yang mendorong perlakuan dan tingkah laku yang berbeza. Oleh sebab itu, amat penting bagi seorang guru memahami perbezaan tingkah laku murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan berkesan. Hal ini adalah kerana memahami tingkah laku murid di dalam bilik darjah merupakan salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Tingkah laku negatif murid yang pelbagai akan mengundang kepada masalah disiplin di dalam bilik darjah. Hal ini menyebabkan seorang guru perlu menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Masalah disiplin di dalam bilik darjah boleh diatasi dengan cara guru tersebut memanfaatkan model pengurusan disiplin seperti model Canter dan model Kounin dengan sebaik mungkin. Walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua model ini adalah berbeza, namun kedua-duanya memberikan garis panduan tentang

pengurusan disiplin dan tingkah laku yang berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Setiap orang guru mengimpikan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan manakala murid-murid pula mengidamkan suasana pembelajaran yang selamat dan tenang. Guru sering mengalami masalah dalam mengawal tingkah laku murid. Masalah ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan objektif pengajaran sukar dicapai. Oleh itu, melalui cara menetapkan peraturan tingkah laku seperti yang dikemukakan dalam model Carten adalah relevan dilaksanakan

di dalam bilik darjah. Apabila peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa perasaan pilih kasih sebaliknya dilaksanakan secara konsisten dan adil. Melaksanakannya secara konsisten dan adil disini membawa maksud guru tersebut hendaklah memberi ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh murid. Ini bermakna guru tidak boleh mengguna pakai peraturan yang ditetapkan dengan sesuka hati. Peraturan tingkah laku yang jelas dapat membantu guru untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Dalam usaha

merealisasikan persekitaran yang kondusif ini, guru hendaklah menetapkan peneguhan positif atau peneguhan negatif yang akan diberikan sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang diingini atau sebaliknya. Peneguhan positif seperti memberi penghargaan dan pujian akan diberikan sekiranya murid tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peneguhan yang diberikan ini akan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya. Maka, kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi sekaligus dapat mengurangkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Manakala, peneguhan negatif seperti memberi teguran akan dikenakan sekiranya murid melanggar peraturan tersebut. Ini menyebabkan murid sedaya upaya mengelak daripada menerima akibatnya. Oleh sebab itu, murid akan sedaya upaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Setiap guru mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan cara tersendiri dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun begitu, seorang guru yang baik akan sedaya upaya mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan membina hubungan yang baik dengan murid. Di sekolah, dapat diperhatikan murid akan lebih mudah mendekati dan menghormati seorang guru yang mesra, bertimbang rasa dan mengetahui keinginan murid berbanding dengan guru yang garang, kasar, tidak mesra dan tidak bertimbang rasa. Model Canter telah menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang

asertif. Seorang guru yang asertif lebih mudah mengendalikan disiplin di dalam bilik darjah berbanding dengan guru yang tidak asertif dan agresif. Menyedari keperluan menjadi seorang guru yang asertif, maka ciri-ciri seperti mampu membina hubungan saling mempercayai dengan murid, jelas, yakin dan tegas menyatakan arahan, sentiasa membimbing murid serta tahu apa yang diingini oleh murid perlu diterapkan ke dalam diri seorang guru. Apabila guru mempunyai ciri-ciri sedemikian, murid-murid akan berasa lebih selesa dan seterusnya lebih mudah untuk guru membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Di dalam bilik darjah, guru akan menghadapi pelbagai masalah tingkah laku yang mendorong kepada kegagalan proses pengajaran dan

pembelajaran. Perbuatan seperti membuat bising, bermain dan berbual sewaktu guru sedang mengajar sering dilakukan oleh murid di dalam bilik darjah. Tingkah laku ini bukan sahaja mengganggu kelancaran proses pengajaran yang disampaikan oleh guru bahkan mengganggu proses pembelajaran murid yang lain. Oleh sebab itu, guru perlu tegas dan berusaha untuk menyedarkan murid terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Guru boleh mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid yang

mengganggu hak-hak murid lain untuk belajar dengan selesa seperti tindakan secara fizikal dan psikologi. Guru perlu ingat bahawa tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk mendera tetapi merupakan langkah untuk menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif kepada murid dan ini akan sukar dicapai sekiranya guru gagal mengambil tindakan ke atas tingkah laku tersebut. Kejayaan guru mendidik bukan hanya terletak pada kejayaan akademik semata-mata tetapi turut disandarkan pada kejayaan guru membentuk sahsiah dan tingkah laku yang baik dalam kalangan murid. Oleh sebab itu, memberi perhatian yang khusus adalah sangat penting dalam usaha membentuk tingkah laku yang diingini dalam kalangan murid. Namun begitu, situasi yang berlaku pada hari ini adalah guru hanya memberi fokus dalam bidang akademik sahaja. Hal ini menyebabkan murid-murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini hanya untuk mendapatkan perhatian daripada

guru. Oleh itu, perhatian yang khusus perlu diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini supaya murid berasa diri mereka dihargai. Murid-murid tidak memerlukan pengiktirafan dalam bentuk wang tetapi cukup sekadar menerima galakan, tingkah laku mereka dihargai dan menerima komen positif daripada guru sudah sukup memadai. Melalui pengiktirafan ini, murid dapat meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri seterusnya mengulangi tingkah laku tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik. Ramai guru beranggapan bahawa adalah normal bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini sewaktu berada di dalam bilik darjah. Guru yang mempunyai perspektif sedemikian merupakan boleh dianggap sebagai seorang guru yang tidak mengambil berat terhadap keselesaan murid dalam mengikuti proses pembelajaran. Sebagai seorang guru, proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa dapat dikaitkan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Antara elemen seterusnya yang boleh dimanfaatkan menerusi model Canter adalah guru boleh mengawal disiplin murid-murid dengan membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan besertakan tindakan pembetulan yang akan dikenakan ke atas tingkah laku tersebut. Jika guru tegas dan konsisten dalam

melaksanakannya, tingkah laku yang tidak diingini dapat diatasi dengan tenang dan pantas. Dalam hierarki disiplin ini, tindakan pembetulan yang dikenakan ke atas murid akan menjadi serius daripada sebelumnya. Oleh sebab itu, murid akan lebih berhati-hati supaya mereka tidak mengulangi tingkah laku yang tidak diingini oleh guru berulang kali. Menurut Naffi Mat (2006), main peranan adalah melakonkan situasi, masalah ataupun peristiwa yang dianggap penting. Teknik main peranan membolehkan murid mendapat gambaran ataupun pengalaman secara spontan tanpa perlu membuat latihan. Teknik main peranan bukan sahaja membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, malah teknik main peranan juga dapat membantu guru mengajar dan membimbing murid-murid mengenai pelan pengurusan disiplin yang

dibentuk. Teknik ini sangat penting dalam usaha memberi penerangan kepada murid berkaitan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Hal ini adalah kerana pelan pengurusan bilik darjah yang dibentuk tidak akan berkesan sekiranya guru hanya membaca peraturan tersebut kepada murid atau hanya memaparkan sahaja pada papan kenyataan. Ini membuktikan bahawa teknik pengajaran yang sesuai sangat penting dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, model Canter turut memperkenalkan kepada guru-guru prosedur tindakan pembetulan tingkah laku yang sistematik dan mudah diaplikasikan. menimbulkan Walaupun rasa tindakan selesa pembetulan murid, tingkah laku boleh guru

kurang

namun

sekiranya

memanfaatkan prosedur yang dicadangkan oleh Canter murid-murid akan menerima akibat daripada tingkah laku yang mereka tunjukkan. Dalam usaha mengenakan tindakan pembetulan kepada murid, guru perlu bertindak dengan tenang dan konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama ditunjukkan oleh mana-mana murid. Maka, guru tidak boleh mempunyai perasaan pilih kasih kepada mana-mana murid dan adil dalam melaksanakannya. Seterusnya, apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini guru perlu memberi peneguhan supaya murid akan mengulangi tingkah laku yang diingini. Di dalam bilik darjah, kebanyakan guru tidak memberi peluang kepada murid menjelaskan sebab-sebab mereka menunjukkan tingkah laku tidak diingini. Hal ini menyebabkan guru gagal mengubah tingkah laku tersebut. Oleh itu, berikan peluang untuk murid meluahkan perasaan mereka dengan cara guru mendekati murid dan cuba mendapatkan kepercayaan mereka terhadap guru. Dengan cara ini, guru dapat mengenal pasti faktor-faktor luar atau tekanan yang mendorong murid menunjukkan tingkah laku tersebut seterusnya merancang strategi

menyelesaikannya. Selain daripada itu, seorang guru perlulah lebih sensitif dengan keperluan murid yang berbeza selaras dengan peningkatan usia mereka. Cara guru memberi teguran kepada murid memainkan peranan penting kerana teguran tersebut mungkin akan memberi kesan positif ataupun kesan

negatif. Oleh sebab itu, guru perlu bijak merancang strategi walaupun pada pendapat guru memberi teguran itu merupakan suatu perkara yang mudah namun guru harus sedar tindakan yang salah bakal mengundang kepada masalah yang lebih besar. Memberi teguran kepada murid-murid peringkat rendah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan murid-murid yang lebih dewasa. Hal ini adalah disebabkan oleh murid yang lebih dewasa lebih sensitif, mudah hilang keyakinan diri, memberontak dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap guru sekiranya guru menggunakan cara yang salah dalam menegur. Oleh sebab itu, Canter telah menegaskan bahawa teguran dilakukan secara langsung kepada murid-murid yang masih di peringkat kanak-kanak. Sebaliknya, kepada murid-murid yang lebih dewasa guru perlu menegur secara individu. Sebagai contoh, guru boleh memanggil murid tersebut keluar dari bilik darjah dan guru mengingatkan tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat yang akan diterima. Ini akan dapat

mengurangkan perasaan malu dan rendah diri murid tersebut di hadapan rakan-rakan yang lain. Dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin, Kounin memberi penekanan kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Dalam Model Kounin, terdapat dua entiti utama yang diberi penekanan iaitu disiplin dan pengajaran. Disiplin dan pengajaran perlu dititikberatkan oleh guru dalam membentuk pengurusan bilik darjah yang berkesan. Model Kounin memberi pelbagai manfaat kepada guru dalam merangka satu bentuk pengurusan bilik darjah yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing-masing. Kesan gelombang yang diperkenalkan dalam Model Kounin sangat membantu guru di dalam bilik darjah. Apabila guru memberi teguran terhadap seorang murid yang melakukan salah laku, murid-murid lain akan mengambil iktibar daripada tindakan guru tersebut dan berusaha tidak melakukan salah laku yang sama. Apabila murid-murid lain turut menerima kesan daripada tindakan guru, maka guru dikatakan berjaya dalam menguruskan disiplin bilik darjah secara berkesan. Sewaktu memberi teguran kepada murid, tingkah laku yang hendak diperbetulkan perlulah dinyatakan secara spesifik.

Contohnya, Diana, berhenti berbual dengan Amanda, pandang hadapan dan selesaikan semua soalan Matematik ini. Teguran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru menyatakan akibat kepada salah laku yang ditunjukkan murid. Contohnya, Adam berhenti bercakap dengan Johan atau saya suruh awak mengajar rakan-rakan awak lain di hadapan. Sekiranya murid masih melakukan salah laku tersebut, akibat yang telah dinyatakan perlu dilaksanakan supaya memberi teladan kepada murid bahawa guru serius dalam mendisiplinkan murid. Aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk membentuk pengurusan disiplin yang berkesan di dalam bilik darjah. Guru perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Antara aktiviti yang berpusatkan murid adalah seperti melakukan demostrasi, memberikan maklum balas, bercerita dan memberikan

penerangan. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan guru mengekalkan perhatian murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru yang masih menjalankan aktiviti berpusatkan guru di mana guru mengajar manakala murid akan menjadi pendengar yang pasif. Cara guru ini menimbulkan rasa bosan kepada murid dan memburukkan lagi keadaan apabila murid memikirkan bagaimana untuk menghilangkan rasa bosan tersebut. Ini mencetus kepada masalah tingkah laku seperti murid berbual, bermain, membuat bising dan tidak lagi menghormati guru yang sedang mengajar. Oleh itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dirancang secara kreatif dan berpusatkan murid supaya murid sentiasa bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seorang guru yang baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru. Oleh sebab itu, setiap guru perlu memahami bagaimana untuk menguruskan bilik darjah secara berkesan. Sesuatu pengajaran perlulah dirancang dengan mengambil kira beberapa aspek penting. Aspek-aspek seperti tahap kebolehan murid, minat murid, aktiviti yang mencabar murid dan aktiviti yang memotivasikan murid perlu diambil

kira dalam membuat perancangan awal mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Sekiranya guru mengambil kira aspek-aspek ini dalam pemilihan aktiviti, pengajaran yang menyeronokkan dapat dijalankan. Tambahan lagi, murid-murid juga dapat memotivasikan diri mereka menerusi aktiviti-aktiviti yang mencabar. Contohnya, dalam aktiviti kuiz secara berkumpulan, murid dapat membina keyakinan diri dengan menjawab soalan yang mencabar minda bagi menyumbang markah kepada kumpulan yang disertai. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat mengekalkan perjalanan aktiviti bilik darjah yang lancar kerana penglibatan murid-murid secara aktif dalam aktiviti tersebut. Menerusi model Kounin, kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah setiap masa merupakan cara untuk menguruskan tingkah laku secara berkesan di dalam bilik darjah. Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa ini dikenali sebagai withitness. Kebolehan ini boleh dicapai menerusi beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh guru. Antara tindakan yang perlu dilakukan adalah guru perlu peka terhadap bunyi di dalam bilik darjah. Contohnya, bunyi tapak kaki menunjukkan terdapat murid sedang berjalan di dalam bilik darjah. Susunan kerusi dan meja juga perlu diatur dengan baik supaya tiada murid yang boleh berselindung daripada penglihatan guru. Selain itu, sewaktu memberi bimbingan peribadi secara individu atau berkumpulan, guru perlu memastikan dirinya tidak

membelakangkan murid yang lain. Ini merupakan langkah untuk mengelak daripada berlakunya salah laku murid di belakang guru. Seterusnya, apabila guru mengesan terdapat salah laku yang timbul dalam kalangan murid, guru perlu memaklumkan kepada murid supaya guru dapat mengawal salah laku tersebut sebelum menjadi bertambah buruk. Selain itu, pengurusan disiplin bilik darjah juga bergantung kepada kebolehan guru untuk menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak. Tingkah laku murid yang pelbagai di dalam bilik darjah memerlukan guru mempunyai kemahiran untuk menanganinya. Contohnya, Maria, teruskan membaca pendahuluan karangan awak, saya dengar. Marissa

berhenti daripada menulis dan dengar pendahuluan yang dibacakan Maria. Menerusi dialog ini, dapat diperhatikan guru mampu mengawal salah laku yang dilakukan murid dan pada masa yang sama guru sedang menumpukan perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting. Di dalam bilik darjah, murid sering berasa diri mereka selamat untuk melakukan salah laku apabila duduk di barisan belakang. Oleh sebab itu, guru hendaklah memerhatikan gerak-geri murid yang duduk di barisan belakang walaupun pada masa yang sama guru sedang menumpukan perhatian kepada murid yang lain. Guru yang mampu menangani dua situasi dalam satu masa ini merupakan guru yang berkebolehan mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik. Seterusnya, cara pelaksanaan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan

pengurusan bilik darjah yang berkesan. Sebagai seorang guru, kelancaran pelaksanaan aktiviti perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, kelancaran pelaksanaan aktiviti memainkan peranan penting untuk mengawal salah laku murid. Oleh sebab itu, guru perlu memberi sepenuh komitmen sepanjang pelaksanaan aktiviti.

Oleh itu, guru perlu memberi sepenuh komitmen sepanjang pelaksanaan aktiviti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah lancar, arahan yang diberikan juga perlu jelas dan aktiviti yang dijalankan juga perlu menarik perhatian murid. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang menjalankan aktiviti tanpa sebarang pengisian yang berguna kepada murid hanya untuk memebri keseronokan. Ini boleh diibaratkan seperti perbuatan melepaskan batuk di tangga. Sikap guru yang sedemikian menyebabkan murid mencari alternatif lain untuk melakukan perkara di luar aktiviti yang telah ditetapkan. Masalah salah laku di dalam bilik darjah sudah tentu dapat diatasi apabila guru menyediakan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan. Perbuatan guru ini boleh diibaratkan seperti melepaskan batu di tangga.

Guru peka dengan keadaandalam bilik darjah dan memerhatimasalah yang berlaku di kalanganmurid. o Keupayaan guru tangani masalahdi dalam dan luar bilik darjah yangganggu sesi PnP semasa. o Guru mesti buat persediaansupaya proses PnP lancar. o Guru tidak ganggu muridsemasa laku aktiviti tetapi bantusecara individu yang bermasalah. o Terangkan masalah jika pelajartidak faham tanpa perasaan marahdan menyakitkan hati dan teruskembali pengajaran dengan cepat. o Meninjau hasil kerja murid.Minta murid bagi respons terhadapsesatu perkara.

Pelajar dilihat sebagaiberpotensi bknya perosak.

Guru yakinkan pelajarbagi tambah kualiti hidup. 10

Guru sediakan suasanabelajar yangmenyeronokkan.

Guru wujudkanhubungan baik denganpelajar bantu merekabertanggungjawab terhadapdiri mereka sendiri.

11