Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1 Pengenalan
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun terkadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah Sebagai media pendidikan, dalam penggunaannya boneka dimainkan dalam bentuk sandiwara boneka. y Penggunaan boneka dalam pendidikan telah popular
misalnya wayang golek (di Jawa Barat) digunakan untuk memainkan ceriteraM ahabarata dan Ramayana.
2.0 KONSEP, TUJUAN DAN JENIS BONEKA Menurut ., boneka merujuk kepada sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005) pula mendefiniskan boneka sebagai anak patung atau anakkan. B oneka yang merupakan salah satu model perbandingan adalah benda tiruan dari bentuk manusia atau binatang. Boneka adalah hasil ciptaan yang berbentuk haiwan,manusia dan lain-lain yang digunakan untuk
menyampaikan masej sesuatu pembelajaran. Kebiasaannya bonika digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat merasakan dan menghargai sifat-sifat yang terdapat pada boneka itu. Pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak dengan menggunakan apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan sebagai boneka. Watak boneka tersebut dimainkan menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain sendiri atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog. Konsep boneka yang menarik perhatian dan kreatif juga sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan boneka amat membantu guru untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Hal ini kerana tidak semua ilmu yang
disampaikan dapat difahami oleh murid-murid. Kadang-kala penggunaan bahanbahan maujud dan demonstrasi yang ditunjukkan lebih mendatangkan gerak balas yang positif dalam membantu murid-murid mengukuhkan kefahaman mereka. Selain itu, sifat istimewa boneka yang digunakan sebagai alat komunikasi dalam P&P juga dilihat mampu membantu guru dalam dalam menyampaikan mesej dan nasihat kepada murid-murid. Misalnya guru boleh menerapkan unsurunsur nilai murni dengan memberi peluang kepada murid untuk melakonkan watak boneka berkenaan. Malah, penglibatan diri murid-murid secara tidak
langsung dalam aktiviti permainan boneka juga dapat membantu mereka untuk lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan penuh minat dan khusyuk.
Pengaplikasian permainan boneka juga akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengembangkan kemampuan berbahasa mereka. Lakonan boneka sememangnya mampu menguji kecekapan bertutur murid-murid. Lakonan boneka juga dapat menambah kemahiran dan kefasihan berbahasa murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, permainan boneka juga dapat meningkatkan keyakinan dan rasa percaya diri dalam diri murid-murid. Seperti yang kita tahu, hanya segelintir manusia sahaja yang mempunyai keberanian untuk tampil ke hadapan, bercakap di khalayak ramai dan melahirkan buah fikiran mereka. Hal ini tidak menjadi sukar bagi mereka yang sememangnya sukakan cabaran. Begitu juga halnya apabila murid-murid diminta untuk melakonkan aksi boneka. Hal ini kerana melalui lakonan mereka dirangsang untuk menzahirkan segala idea dengan yakin dan penuh Permainan boneka yang dijalankan tentu sahaja memerlukan murid untuk menuturkan dialog dengan menggunakan pelbagai intonasi suara, nada, kosa kata, bahasa dan loghat yang berbeza-beza. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dan memperluaskan
perbendaharaan kata mereka. dalam persekitaran yang relaks semulajadi dan seronok. Penggunaan pelbagai gaya bahasa ini juga akan merangsang mereka untuk melahirkan idea kreatif dan daya imaginasi mereka dalam penciptaan cerita. Kadang-kala, terdapat juga permainan boneka yang memerlukan pemain menghidupkan watak melalui aksi boneka dan tanpa sebaran dialog. Hal ini juga akan mendedahkan mereka kepada penggunaan kata-kata simbolik. Murid-murid dirangsang agar menjadi lebih kreatif dalam menzahirkan
pergerakan tanpa dialog yang mampu ditafsir dan difahami oleh penonton.
sosio emosi murid-murid. Dari aspek sosial, penggunaan boneka ini dapat mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar memberi, menerima dan berinteraksi dengan orang lain secara positif. Bermain dengan orang lain juga akan membantu mereka untuk mengembangkan hubungan sosial dengan mengenal rakan baru. Pada usia kanak-kanak, mereka juga mempunyai perasaan egosentrik sendiri seperti gemar menunjuk, menyayangi barang sendiri dan enggan berkongsi dengan orang lain. Justeru, apabila murid-murid dibiasakan untuk bermain dalam sekumpulan, secara perlahan-lahan mereka akan belajar untuk keluar daripada pola egosentrik tersebut, belajar untuk berkongsi, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Di samping itu, peluang ini juga dapat membantu kanak-kanak dalam mengembangkan ekspresi emosi dan perasaan mereka. Sebagai guru, kita juga dapat mengetahui ekspresi emosi pelajar apabila kita memberikan mereka peluang untuk melakonkan watak dalam sesuatu boneka. Hal ini kerana melalui persembahan lakonan, emosi mereka akan lebih jelas terpapar dan diperhatikan oleh guru. Misalnya jika kita dapat mengenalpasti emosi sedih dan murung seorang murid apabila dia berkelakuan pasif dan tidak dapat membawakan watak boneka yang diberi dengan baik. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan mendekati murid berkenaan dan cuba memotivasi dan membantu menyelesaikan masalah kemurungan murid tersebut Tidak ketinggalan, permainan boneka juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman murid-murid. Ketika bermain, muridmurid akan melakukan eksplorasi dan manipulasi terhadap segala sesuatu yang ada di lingkungan persekitarannya. Mereka akan menggunakan segala ilmu dan pengalaman yang ada di sekeliling mereka dalam mengatur dan menguji kemampuan dalam menjalankan aktiviti boneka tersebut.
meyelesaikan masalah dan mencerminkan gaya hidup muridy mengembangkan imaginasi dan aktivit para
dapat
pelajar dalam suasana gembira. memberikan keseronokan dalam pembelajaran kepada pelajar.
P erkembangan Intelektual
Pada saat bermain pula pelajar akan melatih diri untuk memecahkan masalah. Pelajar juga akan menggunakan daya fikir dan imaginasinya semaksimal mungkin. y B ermain Sebagai Terapi
Dengan melakukan boneka, pelajar akan terlepas dari ketegangan dan stress yang dialaminya kerana dengan melakukan boneka pelajar akan dapat mengalihkan rasa sakitnya pada permainannya (distraksi) dan relaksasi melalui kesenangannya melakukan boneka. Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan. - Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.
Jenis-jenis Boneka
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Boneka lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut. Wayang Kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Boneka Bertali Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan -bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.
5.2 AKTIVITI BONEKA Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan.
Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. . Teknik bercerita
Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui soalan-soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.
Teknik
perbualan
Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang
guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu
Teknik
penyampaian
Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.
Aktiviti
susulan
Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan:
Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanakkanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak
tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat
melatih
sebutan,
intonasi,
dan
kelancaran
pertuturan
kanak-kanak
di
samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah
b) Membina boneka
Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara antara guru dan boneka
Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran pembelajaran
Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan semasa lakonan antara boneka dengan boneka Jika guru menggunakan pupet wayang kulit, guru boleh menggunakan overhead projector dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan pupet wayang kulit di atas cermin overhead. Bayang pupet wayang kulit yang digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin. Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan, manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan sesuatu aksi L angkah-langkah Kegiatan: 1 . Guru meyediakan dua buah boneka yang diperlukan 2. Guru menyediakan teks dialog 3. Guru memberikan pendahuluan dengan memperkenalkan nama kedua boneka itu kepada pelajar, dan menyebutkan judul cerita yang akan dibawakan 4.Guru memegang dua buah boneka untuk membawa watak yang ngn dilakonkan. 5.M elaksanakan dialog antara kedua-dua boneka yang dilakukan oleh guru dengan bersahut-sahutan. Cara pengucapan kata-kata hendaknya diatur sedemikian rupa dengan nada suara yang berlainan pada waktu melakukan dialog, sehingga pelajar dapat membezakan pendahuluan dan penutupan. 5. Guru memberi tugas pada anak untuk menceritakan kembali isi
cerita secara sederhana 6 .Bagi murid yang memberi respon yang baik, guru boleh memberi pujian dan untuk murid yang masih lemah, dorongan dan motivasi perlu diberikan
S trategi Pengajaran Dengan Menggunakan B oneka: y y y merumuskan tujuan pengajaran secara jelas, didahului dengan pembuatan naskahnya, lebih banyak mementingkan gerak ketimbang
verbal,
y y y y y
dimainkan sekitar 10-15 minit, diselingi dengan nyanyian, cerita disesuaikan dengan umur para pelajar, diikuti dengan tanya jawab, Para pelajar diberi peluang memainkannya