Anda di halaman 1dari 3

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran. Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan dating

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA (THE RHYTHM OF CHANGE IN SCHOOL)
Proses pendidikan sentiasa sinonim dengan aktiviti perubahan. Teori behaviorism misalnya menekankan perubahan tingkah laku sebagai ukuran keberkesanan pencapaian objektif pembelajaran. Pendirian berkenaan juga disokong oleh sarjana perancangan kurikulum seperti Ornstien yang melihat reka bentuk kurikulum sebagai memenuhi keperluan perubahan. Di Malaysia, dinamika perubahan dalam dunia pendidikan diberikan pelbagai nama seperti inovasi, reformasi dan transformasi. Hakikatnya, tanpa slogan yang mulukmuluk pun, pendidikan tetap tidak boleh lari daripada momentum perubahan. Namun, manusia memang tertarik dengan susunan kata yang indah seperti cogan kata dan tema tertentu. Sambutan hari guru kali ini membawa tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Inovasi atau pembaharuan sudah menjadi antara tugas asasi guru, terutama dari segi amalan terbaik pendidikan. Guru wajib mencari jalan untuk menolong murid masing-masing menuju puncak jaya, selaras dengan semangat pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid. Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status quo. Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru inovatif. Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan ikrar keguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan. Bijak pandai mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkan manusia terus bergerak. Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagian murid yang berasa rendah diri justeru latar belekang sosioekonomi dan pengalaman hidup mereka yang tidak setara dengan rakan sebaya yang lebih bernasib baik. Dorongan dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif yang peka terhadap potensi dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-daun yang hampir layu. Guru bukan lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam kehidupan insan. Kini, kaum guru telah menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran sebagai balasan kepada perkhidmatan yang diberikan. Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kerjaya ikhtisas yang lain, kaum guru telah diberi penghargaan yang cukup tinggi. Sekadar senarai, ciri guru inovatif termasuk: 1 sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah 2 sentiasa peka akan tema keperluan murid dan memberikan tindak balas yang sesuai

3 cenderung kepada saranan ikhtisas: dapatan kajian tindakan sendiri / orang lain 4 membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang 5 menghormati buah fikiran dan pendapat rakan sekerja 6 memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan sekolah 7 memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid 8 mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah 9 menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran 10 menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid dalam persekitaran bilik darjah Proses transformasi pendidikan tidak lagi berlaku dalam skala yang kecil. Murid harus disediakan untuk berhadapan dengan cabaran global yang tidak menentu. Walaupun daya saing diutamakan, jati diri mesti kekal sebagai modal sosial masyarakat. Negara maju berpendapatan tinggi bergantung kepada modal insan minda kelas pertama yang datang dari dunia pendidikan. Aplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap dibimbing oleh tujuan yang suci. Peranan guru inovatif tidak akan pernah berhenti...

Guru sebagai tulang belakang dalam bidang pendidikan perlu memperkasakan Falsafah Pendidikan Negara dengan membangunkan kesemua aspek JERI dalam diri pelajar. Dengan rencam dunia hari ini, guru perlu lebih berinovatif dalam menyampaikan ilmu dengan lebih efisyen supaya para pelajar yang dididik bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut kaya dengan adab selain mandiri. Menurut Ahmad dan Eka Setyaningsih (2012) dalam jurnal Sosiahumanika Volum 5 (1) berjudul Teacher Professionalisme: A Study Teachers Professional and Pedagogic Competence at Junior, Senior and Vocational High Schools in Banyumas Regency, Central Java, Indonesia menyatakan empat (4) asas pendidikan yang perlu ada dalam diri semua tenaga akademik terutama guru sepertimana digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangasa Bersatu dalam Pendidikan, Sainstifik dan Organisasi Kebudayaan (UNESCO).