Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kegiatan Kokurikulum PKBP Pada 3 April 2013, jam 1 hingga 3 petang, penulis telah terlibat dengan kegiatan

kokurikulum bagi murid PK. Seramai 23 orang murid terlibat dan daripada jumlah ini, sesi aktiviti dijalankan secara berkumpulan (2 kumpulan). Kumpulan ini dibahagikan atas faktor kelebihan dan kekurangan murid-murid. Kumpulan A terdiri daripada muridmurid yang sederhana masalah pembelajarannya sementara kumpulan B pula bagi murid-murid yang sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran yang diajar ekoran daripada masalah yang dihadapi. Permainan pada petang ini adalah futsal dengan fokus utama dalam kemahiran menendang bola. Setelah melalui sesi pengendalian aktiviti kokurikulum, penulis dapat melihat bagaimana seseorang guru dapat mengawal kelas mereka dengan murid yang sukar dikawal ini. Daripada pemerhatian yang dijalankan, penulis dapati pada peringkat awal aktiviti, kawalan kelas agak merosot kerana sesetengah murid tidak dapat memahami arahan yang diberikan guru dengan baik. Hal ini menyebabkan mereka bergerak tanpa hala tuju semasa aktiviti peringkat awal dijalankan. Namun demikian, pada peringkat perkembangan, kawalan kelas semakin memuaskan mungkin disebabkan oleh aktiviti yang dirancang guru agak baik. Daripada aktiviti ini, penulis dapat belajar bagaimana hendak mengawal kelas dengan baik tanpa sebarang masalah. Pertamanya, aktiviti hendaklah kreatif dan menarik bagi menarik dan mengekalkan daya tumpuan murid terhadap sesi pembelajaran. Keduanya ialah bagaimana hendak mengawal tingkah laku murid yang sering menimbulkan masalah semasa berlangsungnya proses pembelajaran mereka iaitu dengan menyesuaikan aktiviti dengan kelaziman tingkah laku yang ditunjukkan. Dengan cara ini, murid akan melakukan tingkah laku rutin mereka tetapi secara tidak langsung mereka turut belajar seperti mana yang telah dirancang oleh guru. Pembelajaran dengan cara ini dilihat lebih praktikal sekiranya hendak dibandingkan dengan cara memaksa murid untuk belajar kerana perkara ini mungkin akan memberikan masalah kepada guru dan jug a murid sepanjang P&P berlangsung.

Penulis berharap agar dapat menambah dengan lebih banyak kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum dalam tempoh 3 minggu akan datang bagi membolehkan penulis meningkatkan kemahiran keguruan dalam pendidikan murid PK.

Anda mungkin juga menyukai