Anda di halaman 1dari 6

ADAB GHAST Ini merupakan adab-adab atau tertib yang ulama-ulama kita telah gariskan supaya para daie

dapat diterapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan karkun-karkun diperhatikan. Bila sedikit kesalahan dilakukan terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yang maksum, tiada dosa

Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing, adab-adab usul ni perlu diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari-hari buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya. Nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata-semata kerana Allah

Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena :

BANYAKKAN 4 PERKARA KURANGKAN 4 PERKARA TINGGALKAN 4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA Apa yang perlu dibanyakkan, kurangkan, tinggalkan, dan jangan sentuh itu?

4 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN :

1) Banyakkan DAKWAH :

DAKWAH pula terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

DAKWAH UMUMI DAKWAH KHUSUSI DAKWAH INFRADI DAKWAH IJTIMAI DAKWAH UMUMI - Dakwah dibuat semasa buat ziarah/ghast/Jaulah. - Dimulakan dengan Bayan Kepentingan Dakwah (biasanya lepas Asar), lepas tu Adab-adab Ghast.

- Kemuadian jemaah dibahagikan kepada dua bahagian kecil, satu dalam masjid dan satu lagi luar masjid.

DAKWAH KHUSUSI - Jemaah kecil biasanya berdua-dua dibentuk untuk jumpa dengan orang-orang yang khusus/tertentu sahaja. misalnya, sampai di satu tempat ada jemaah-jemaah dibentuk untuk berjumpa dengan Ketua Kampung, Pengerusi Masjid dan Imam Masjid. - Ada juga yang ditugaskan untuk berjumpa dengan ulama, orang khawas, pegawai-pegawai, orang kaya/miskin dan sebagainya.

DAKWAH INFRADI - Dibuat dikalangan ahli jemaah sendiri atau orang kampung yang dijumpai sama ada secara rawak ataupun yang berada di masjid.

DAKWAH IJTIMAI - Dakwah dibuat secara beramai-ramai, iaitu seorang berkata yang lain mendengar. Biasanya dibuat lepas ghast/ziarah yang biasa orang sebut BAYAN atau MAJLIS FIKIR IMAN AMAL.

2) Banyakkan TALIM WATTALUM

TALIM WATTALUM (AJAR DAN MENGAJAR) pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

1. TALIM KITABI

- Kitab yang biasa digunakan ialah Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadis. - Biasanya dibaca 21/2 jam. Paling afdhal 4 jam. Dengar lagi dan lagi hadis-hadis Nabi untuk timbulkan keghairahan untuk beramal dan yakin dgn janji Allah (ihtisab) dan lembutkan hati untuk beramal. - Paling afdhal ustaz/ulama yang baca dengan mantan hadis sekali.

2. HALQAH TAJWID

- Selepas baca Fadhilat quran dalam Talim kitabi, dibahagikan kepada jemaah kecil untuk Halqah tajwid. Biasanya dari Kalimah Syahadah, Al-Fatihah dan sepuluh surah terakhir (al-fiil hingga an-

nas)..lebih baik dan lebih afdhal kalau ada ustaz/ulama yang lakukan. Sebab tu penting ustaz/ulama pun kena keluar jalan allah untuk ajar dan perbetulkan makhraj dan sebutan, lebih-lebih lagi AlFatihah untuk orang-orang yang baru belajar.

3. MUZAKARAH ADAB2

- Muzakarah adab-adab seharian atau doa-doa masnun. - Biasanya Adab MAKAN, MASUK KELUAR TANDAS, MUSAFIR, TIDUR DAN ADAB MASJID. - Kalau ada ustaz/ulama, merekalah yang mengawal halqah ni, kalau tiada di kalangan jemaah

4. MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT

- Bergilir-gilir cakap sifat-sifat sahabat iaitu HAKIKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULLULAH, SOLAT KHUSU DAN KHUDU, ILMU DAN ZIKIR, IKRAM MUSLIMAIN, IKHLAS NIAT DAN DAKWAH DAN TABLIGH. -Cakap lagi dan lagi supaya sifat-sifat sahabat ini kita dapat amalkan, bukan setakat menghafal.

3) Banyakkan IBADAT :

IBADAT terbahagi kepada 4 perkara :

i) BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT (SOLAT FARDHU SUDAH SEMESTINYA) ii) BANYAKKAN BACA QURAN- Sekurangnya 2 lembar sehari iii) BANYAKKAN ZIKIR -300 pagi dan 300 petang iv) BANYAKKAN DOA- belajar dan amal doa-doa masnun

3) Banyakkan KHIDMAT :

KHIDMAT terbahagi kepada 4 :

i) KHIDMAT DIRI SENDIRI- Kalau di rumah kita jadi BIG BOSS, masa keluar ini lah belajar-belajar buat sendiri seperti cuci kain, masak dan sebagainya.

ii) KHIDMAT JEMAAH- Bantu ahli-ahli dalam jemaah atau bukan ahli jemaah (orang kampung)

iii) KHIDMAT AMIR(KETUA)- Mudahkan amir buat keputusan dan taat kepada Amir

iv) KHIDMAT MASJID- Pastikan masjid sentiasa bersih dan kemas sebelum, semasa dan selepas digunakan.

4 PERKARA YANG PERLU DIKURANGKAN :

Sekiranya 4 perkara di atas diperbanyakkan, secara automatik, 4 perkara ni perlu dikurangkan iaitu :

i) KURANGKAN CAKAP SIA-SIA - Bila banyak buat dakwah, percakapan yang sia-sia pun perlu dikurangkan.

ii) KURANGKAN MASA MAKAN DAN MINUM -Bukan tak boleh makan dan minum. Masa makan dan minum yang perlu dikurangkan. Kadangkala lepas habis makan sambung pula bercerita, kalau bercakap hal-hal dakwah takpe la.

iii) KURANGKAN MASA REHAT DAN TIDUR - Bila banyak buat dakwah, khususi, khidmat, baca quran, berzikir, sekaligus masa untuk rehat dan tidur dapat dikurangkan.

iv) KURANGKAN BERADA DI LUAR MASJID - Masjid adalah tempat yang Allah paling suka, jadi banyakkan masa dalam masjid kerana ada suasana Malaikat. Apabila seseorang yang buat usaha agama keluar saja dari masjid maka syaitan akan hurung dia seperti mana lalat hurung bangkai. Melainkan ada hal-hal tertentu seperti beli barang, khususi, ghast tu lain.

4 PERKARA YANG PERLU DITINGGALKAN :

JANGAN MENGHARAP PADA MAKHLUK DENGAN HATI JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK DENGAN LISAN JANGAN MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN

JANGAN MEMBAZIR MENGHARAP PADA MAKHLUK DENGAN HATI @ MEMINTA DENGAN LISAN - Masa keluar ini lah kita nak belajar minta dengan Allah. Apa-apa sahaja perkara nak diselesaikan melalui SOLAT DUA RAKAAT dahulu selepas itu barulah berusaha. Memang sukar kadang-kadang sudah ditarbiah dari kecil lagi untuk mengharap mahupun meminta dengan makhluk. Allah berfirman dalam quran (lebih kurang maksud) selesaikan masalah dengan sabar dan solah

MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN - Perkara ni Nampak remeh, tapi sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan jemaah mahupun penduduk setempat kalau tidak dijaga. Misalnya, kita nak ke tandas lepas itu main redah je guna selipar orang. Sekali tuan punya selipar pun nak ke tandas time emergency plak tu, haakan dah kena sumpah seranah. Sebaiknya tuan punya selipar tu boleh iklan pada ahli jemaah saya wakaf selipar ini untuk digunakan, ataupun minta izin dengan tuan punya harta, syaitan ini akan buat apa sahaja untuk pecah belahkan jemaah. Bila sudah caci-mencaci antara satu sama lain maka terlepaslah dari pandangan rahmat Allah. Bagaimana nak satukan ummat kalau jemaah sendiri berpecah..?

MEMBAZIR - Membazir saudara syaitan. Elakkan mengguna air untuk berwudhu atau memasak berlebihan. begitu juga dengan elektrik. Nanti kalau bil air dan api melambung, jemaah juga yang dipersalahkan.

4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI :

PERKARA-PERKARA INI JANGAN DI SENTUH SAMA SEKALI, LEBIH-LEBIH LAGI MASA BAYAN/MAJLIS FIKIR IMAN AMAL

i) JANGAN SENTUH MAZHAB KHILAFIAH

- Jangan sentuh pasal mazhab-mazhab. Lebih-lebih lagi kalau dalam jemaah ada rakan-rakan usaha yang berlainan mazhab. Takut nanti berhujah untuk mempertahankan mazhab masing-masing, akhirnya bergaduh. KECUALI dalam jemaah tu ada USTAZ atau ULAMA, bolehlah kita Tanya kalau tidak jangan cari penyakit

ii) JANGAN SENTUH POLITIK DAN ISU SEMASA

- JANGAN sentuh langsung bab-bab politik. Kita nak satukan ummat dalam agama atas kalimah Laaillaha illallah,muhammadarrasulullah. Bukan atas dasar politik. Elakkan pakai baju yang ada

unsur-unsur politikUNDILAH DOT, DOT, nanti jadi fitnah. Cth ooooooo org tabligh ni sokong parti dot, dotakhirnya orang tak datang ke masjid sebab FIKIR kita bawa fahaman politik yang tak sama dengan mereka.

iii) JANGAN SENTUH PANGKAT DARJAT KETURUNAN

- Jangan sentuh pasal perkara ni. Kalau tempat kita keluar berdakwah itu rata-rata orang sederhana/miskin, ceritakan kelebihan orang miskin yang masuk syurga 500 tahun lebih awal. Kalau kebanyaakan orang kaya @ orang berada ceritakan kelebihan kalau mereka guna harta mereka kepada agama Allah. Allah tidak akan pandang harta kita banyak mana atau keturunan kita, tapi allah pandang iman taqwa kita. Kita semua sama pada pandangan Allah.

iv) JANGAN DERMA MENDERMA

- Ehkenapa pula tak boleh menderma? Kan baik kalau menderma? Hmmyelah, bukan tak boleh tetapi TAK SESUAI kalau masa keluar. KENAPA? Boleh mengundang FITNAH, macamana pula? Ada kes benar, satu jemaah masuk dalam kampung, pasti jemaah ini bagilah derma kepada tabung masjid niat untuk ikram imam atau pengerusi masjid. Mereka pun sukalah bagusnya jemaah ni... Lain kali pula, datang jemaah yang serba kekurangan dan tidak mampu untuk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,APALAH JEMAAH NIKEDEKUT, BAGUS LAGI JEMAAH YANG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA. Kalau nak derma boleh, dengan syarat orang lain tak tahu, derma sembunyi-sembunyi tak perlu nak heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), selepas itu balik semula kat masjid itu dan bagi derma.