Anda di halaman 1dari 30

2.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI sistem

Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang

perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang kekepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawatnegara China dan diikuti oleh paderi-paderi franciscandan pedagangpedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini( Tate,1971:42). Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M ,kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawahpimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso DAlbuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota Melaka. Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka, ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang kekepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima buah kapal dari Seville padatahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat

catatan pelayaran.Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasaPetagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378). 2.1 Zaman Permulaan Perkembangan Tulisan Rumi (1511-1900)

Permulaan perkembangan tulisan rumi ini adalah bermula pada abad ke 16 dengan merujuk kepada tulisan asing seperti huruf Latin, Itali dan Belanda. 2.1.1 Permulaan Tulisan Bahasa Melayu dengan Huruf Latin (Abad Ke-16 dan Ke-17 Ketika pedagang-pedagang Cina dan orang-orang Eropah mula menempuh kepulauan Melayu Melaka, mereka menemukan bahasa lingua franca digunakan sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa rasmi, bahasa kesusasteraan, bahasa dagang dan bahasa penyebar agama Islam. Kebenaran ini diakui sendiri oleh pedagang-pedagang, sarjana-sarjana atau paderi-paderi yang pernah mengharungi lautan Nusantara yang datang dengan pelbagai tujuan tertentu seperti orang-orang Cina ialah perdagangan, orang-orang prtugis dengan tujuan perdagangan dan penyebaran agama Kristian Katolik, manakala orang-orang Belanda dan Ingngeris turut datang untuk berdagang dan berlatarbelakangkan gagasan agama Kristian Protestan (W. Linehan, 1949:14). Langkah pertama bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut dengan melengkapkan diri mereka dengan penguasaan bahasa Melayu secukupcukupnya supaya dapat mengadakan hubungan dengan orang-orang dan kerajaan-kerajaan Melayu Nusantara dalam perkara-perkara perdagangan dan politik. Oleh yang demikian, lahirlah dalam kalangan orang-orang Eropah yang berminat dan berusaha untuk mempelajari dan memahami bahasa Melayu yang terpaksa dikuasai. Kesanya, mereka telah membuahkan beberapa karya leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu-Asing, atau Asing-Melayu, dalam abad ke-16, dan pada awal abad ke-17.

Kesemua bangsa Eropah yang menjelajahi dunia Timur dalam abad-abad awal itu telah memiliki bahasa standard masing-masing yang ditulis dalam huruf Latin. Berlakunya pertembungan dengan bahasa Melayu. Situasi ini melahirkan penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan aksara Latin menurut sistem ejaan dalam bahasa mereka. Akibatnya, wujudlah tulisan Rumi, iaitu sistem aksara Latin bagi menuliskan bunyi bahasa Melayu, menurut sistem ejaan bahasa Itali, Belanda, Latin, Inggeris, Portugis, Jerman dan Sepanyol. Kesemua catatan atau tulisan dalam tempoh abad ini, bermula dengan perbendaharaan kata Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1522 hingga kepada buku kamus-tatabahasa oleh Wiltens-Danckaerts pada tahun 1623. Beberapa buah buku tatabahasa sehingga akhir abad ke-17, ialah bukti yang nyata tentang wujudnya kaedah penulisan bahasa Melayu dengan huruf Latin menurut sisem ejaan bahasa-bahasa Eropah. Penilitian ke atas dokumen atau penerbitan awal buku-buku ini bukan sahaja dapat menunjukkan cara orang Eropah merakamkan bunyi bahasa Melayu malah dapat menggambarkan fonologi bahasa Melayu pada abad ke-16 dan tahun-tahun awal abad ke-17. 2.1.2 Tulisan Rumi yang Pertama : Ejaan Rumi Kaedah Itali (1522) Penulisan perbendaharaan kata Melayu-Itali oleh Pigafetta pada tahun 1522 ialah bukti konkrit tentang bahasa Melayu menggunakan aksara Latin. Glosari yang berjudul Vocboli de questi Popoli Mori (Perbendaharaan Kata Orang orang Moorish) ialah sebahagian daripada leksikon yang disusun oleh Pigafetta semasa kapal Sepanyol Victoria yang dinaiki oleh beliau singgah di Pulau Tidore, salah sebuah Kepulauan Maluku pada tahun 1521 dalam rangka ekspedisi mengelilingi dunia. Buku hasil penulisan Pigafetta itu telah diterbitkan semula sebanyak 16 kali dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Itali, Perancis, Sepanyol dan Inggeris. Tetapi .malangnya, disebabkan penyutingan buku Pigafetta itu, tidak berminat dalam masalah-masalah linguistik atau filologi bahasa Melayu dan

Indonesia, mereka sering kali menerbitkan semula tanpa kristis kesalahankesalahan penyalinan.. (Alessandro Bausani, 1960:220). Hanya pada tahun 1890, Hugo Schuchardt menulis tentang saling pengaruh bahasa Melayu dengan bahasa Portugis yang dituturkan di Jakarta dan Tugu memberikan perhatian terhadap masalah-masalah bahasa dalam glosari itu. Selain itu, sarjana-sarjana dalam abad ke-20 seperti Le Roux (1929), C.O Blagden (1931), dan J. Gonda (1938) turut mengemukan interpretasi yang langsung daripada naskah asal Ambrosiana. Teks asal Ambrosiana yang diterbitkan oleh Bausani mengandungi 426 entri yang bernombor 1-426, dikikuti oleh lajur bahasa Vicentine (bahasa Pigafetta), diikutti oleh bahasa Inggeris Bausani, disusuli lajur bahasa Melayu Pigafetta, dan diakhiri dengan lajur padanan bahasa Indonesia Moden. Antara penyelesaian yang dilakukan oleh Bausani termasuklah pembetulan terhadap bacaan yang salah tentang huruf-huruf <n>, <u>, <m> dan <i> yang sukar dibezakan dalam naskah tulisan oleh Pigafetta dengan ejaan Rumi menurut sistem ejaan Itali. Ejaan Rumi yang digunakan oleh Pigafetta adalah berdasarkan ejaan bahasa Itali yang tidak tetap pada zaman itu (Bausani, 230). Oleh itu, sesuatu fonem Melayu dirakamkan dalam pelbagai grafem yang melambangkan pelbagai fonem, yang difikirkan sesuai dengan kemudahan melafazkannya menurut sebutan bahasa Vicentine. Penerangan lebih jelas, berikut dipaparkan perlakuan ejaan Pigafetta terhadap fonem-fonem Melayu berdasarkan sebutan standard bahasa Melayu moden sebagaimana yang dihuraikan oleh Yunus Maris (1980). (a) Pelambangan Vokal

Kesemua huruf <a>, <e>, <i>, <o> dan <u> digunakan dengan lebih daripada satu fungsi, disamping huruf <y> untuk /i/. i. Fonem /a/ dilambangkan dengan <a>.

Dengan <a> : 11. bapa (bapa)

Penyimpangan dengan grafem-grafem vokal lain. 66. geri (jari)

ii.

Vokal /i/ dilambangkan dengan huruf <i>, beberapa dengan huruf <y>, dan <e>. Dengan <i> : 38. pipi (pipi)

Dengan variasi <y> ; 121. ytam (hitam)

Dengan <e> ; 97. bebere (bibir)

(b)

Pelambangan Diftong

Diftong /ai/, dan /au/ juga wujud dalam glosari pigafetta. i. Diftong /ai/, termasuk yang terdapat dalam ungkapan bahasa Arab, dirakamkan dengan grafem <ai>, atau <i> atau <ay>. Dengan <ai> : 37. missai (misai)

Dengan <i> : 136. sabi (cabai)

Dengan <ay> : 162. saytan (syaitan)

ii.

Diftong /au/ dilambangkan dengan grafem <au> atau <ao> : 7. maulana (maulana)

Dengan <ao> : 123. igao (c) (hijau)

Pelambangan Konsonan

Kebanyakkan kesemua bunyi konsonan yang wujud dalam kata-kata Melayu mempunyai persamaan dengan yang ada dalam bahasa Melayu moden. Namun terdapat grafem-grafem yang digunakan untuk melambangkan bunyi konsonan tersebut berlandaskan bahasa Vicentine. Misalnya : i. Fonem /t/ dilambangkan dengan /t/, /th/ atau /tt/ Dengan /t/ : 74. tubu (tebu)

Dengan /th/ : 18. minthua (mentua)

Dengan /tt/ : 25. matta (mata)

ii.

Fonem /k/ dilambangkan dengan <c> atau <ch> : Dengan <c> : 27. cenin (kening)

Dengan dwilambang <ch> : 42. balachan (belakang) 2.1.3 Ejaan Rumi Kaedah Belanda : Glosari Belanda-Melayu (1959) Ejaan rumi kaedah Belanda yang dimaksukan ialah pengejaan kata-kata Melayu dengan huruf Latin menggunakan kaedah bahasa Belanda. Ejaan seperti ini ditemui dalam glosari bahasa Belanda-Melayu yang diterbitkan oleh Barent

Langenes pada tahun 1598. Glosari ini merupakan hujungan kepada jurnal tentang pelayaran Cornelis de Houtman ke Negara-negara Timur pada tahun 1595. Penelitian dan perumusan didasarkan kepada teks yang diterbitkan oleh A.W Hamilton (1947) dan ulasan W. Ph. Coolhans (1951). Glosari Cornelis de Houtman mengandungi sejumlah 156 yang disenaraikan dibawah Malay Vocabulary. Kata-kata Melayu dalam glosari tersebut ditulis berdasarkan sebutannya dalam bahasa Melayu dan dieja menurut lafaz dan sebutan ejaan orang Belanda. Berikut dibentangkan inti sari perlakuan ejaan Rumi dalam glosari tersebut. (a) Pelambangan Vokal

Fonem-fonem vokal dilambangkan dengan pelbagai grafem yang berupa huruf vokal, gabungan huruf vokal, di samping <y> dan <w>. i. Fonem vokal /a/ dilambangkan dengan <a> : bapa bapa

Penyimpangan dengan grafem yang lain : <e> <ae> <y> esteedat basaer bygimana isitiadat besar bagaimana

ii.

Fonem /i/ dilambangkan dengan huruf <y>, <e>, <ii> atau <ij> : Dengan <y> : maty mati

Dengan <i> : ican ikan

Dengan variasi <e> : engat ingat

Dengan variasi <ii> : balmariis (b) Pelambangan Diftong kelmarin

Hanya terdapat satu diftong sahaja iaitu /ai/ dengan grafem <i>, pada kata bygimana (bagaimana). (c) Pelambangan Konsonan

Fonem kata Melayu dilambangkan dengan pelbagai grafem yang berbeza mengikut kesesuaian grafem bahasa Belanda. Contohnya dapat diringkaskan dalam jadual di bawah : Fonem Grafem Utama /p/ /b/ /t/ /k/ k p bh l Grafem Variasi Grafem Penyimpangan Contoh Ejaan perot (perut) bhyber (bibir) aly (hati) koko (kuku)

2.1.4 Ejaan Rumi Kaedah Belanda-Latin : Kamus Melayu-Latin-Melayu (1631) Ejaan Rumi kaedah Belanda-Latin ini ditemui dalam kamus-tatabahasa Dictionarium Malaico-Latinum et Latino-Malicum yang diterjemahkan oleh Davidis Haex daripada bahasa Belanda dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631. Penilitian terhadap kata-kata Melayu dalam kamus Haex yang

menyenaraikan lebih daripada 1795 kata bahasa Melayu memperlihatkan ejaan

Ruminya daripada aspek grafem vokal, grafem diftong, penggunaan tanda sempang dan penulisan imbuhan. (a) Pelambangan Vokal

Huruf <a>, <e>, <i>, <o>, <u>, <y>, <j> dan <w> digunakan sebagai unsur grafem untuk melambangkan keenam-enam vokal Melayu. Contohnya dapat diringkaskan dalam jadual di bawah : Fonem Grafem Utama /a/ /i/ a e Grafem Variasi Grafem Penyimpangan pada (pada) mosselehat (muslihat /e/ /o/ ie ou cassie (kasih) outac (otak) Contoh Ejaan

(b)

Pelambangan Diftong

Diftong /ai/, dan /au/ juga wujud dalam kamus Haex. Contohnya dapat diringkaskan dalam jadual di bawah : Fonem Grafem Utama /ai/ e Grafem Variasi Grafem Penyimpangan pande (pandai) /au/ ou ongco (engkau) Contoh Ejaan

(c)

Pelambangan Konsonan

Kamus Haex menyenaraikan perlambangan bagi semua fonem konsonan primer dan fonem sekunder Melayu. Contohnya dapat diringkaskan dalam jadual di bawah :

Fonem

Grafem Utama

Grafem Variasi

Grafem Penyimpangan

Contoh Ejaan papan (papan)

/p/

/b/ /t/ /k/

bb tt cc

nabbi (nabi) pitti (peti) maccan (makan)

2.2

Perkembangan Ejaan Rumi di Tanah Melayu (1900-1959)

Keperluan terhadap sistem ejaan Rumi menjadi penting pada abad ke-20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagimereka yang tidak dapat memahaminya. Sejak dari zaman permulaan penulisan bahasa Melayu dengan huruf Latin oleh pengembara, pedagang, pentadbir dan orientalis Eropah,usaha-usaha telah dilakukan untuk menuliskan kata-kata Melayu dalam huruf Rumi, atau mentranliterasikan tulisan Jawi kepada Rumi, tanpa mengetahui sistem bunyi bahasaMelayu yang sebenar. Akibatnya timbullah pelbagai aturan perumian bahasa Melayu yang

dihasilkandaripada pengetahuan dan pemahaman yang berbeza-beza tentang sistem bunyi bahasa Melayu yang dihasilkan daripada pengetahuan dan pemahaman yang berbeza-beza tentang sistem bunyi bahasa Melayu dalam kalangan mereka yang terlibat.Pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan.

Huruf-huruf yang berbagai-bagaiyang digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi-bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi, dalam tulisan-tulisan oleh orangorang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya kekacauan ini. Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun1904 dan disempunakan pada tahun 1972. Antara sistem ejaan rumi yang pernah wuju dketika itu ialah: i. ii. iii. iv. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)- ejaan sekolah Melayu di Malaya. Sistem Ejaan Zaba (1949)- ejaan sekolah hingga 1972 Sistem Ejaan Fajar Asia- ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954) Sistem Ejaan Rumi Kongress 1956 ejaan Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50) v. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya)ejaan Majalah Bahasa. 2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904) Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan) mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenali dengan nama Ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan dan senarai perkataan yang dieja menurut kaedah yang diperakukan oleh jawatankuasa tersebut. Ejaan ini digunakan di semua sekolah umum. Sistem ejaan ini adalah sama dan seragam dengan yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu, pertama

perumian secara harfiah menurut ejaan dan kedua perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Kaedah harfiah (atau transliterasi) yang dimaksukan ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Manakala, kedah fonetik melambangkan huruf-huruf secara sebutan atau lafaz. Kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya. Kebaikannya kerana dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud dapat mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis dan kerana kelemahannya kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu serta huruf-huruf yang tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi (fonetik) yang sebenar. (a) Pelambangan Vokal dan Diftong

Fonem-fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf alif, ya dan wau dalam Jawi yang dikenal pasti oleh Walkinson ada empat iaitu tiga vokal biasa dan dan satu vokal tengah, yang kerap digunakan secara kerap dalam bahasa Melayu. Perbezaan antara vokal pendek dan panjang seperti yang terdapat dalam bahasa Arab tidak ditandai kerana dikatakan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Tetapi dalam kata serapan daripada bahasa Arab dan Parsi, Wilkinson menggunakan sirkumfleks <^> di atas grafem vokal yang disepadankan dengan alif, ya ( )dan wau ( )sebagai sebagai tanda vokal panjang dalam bahasa Arab.Beliau juga menggunakan tanda koma di atas kiri () sebagai padanan bagi ain ( )untuk mewujudkan huruf vokal nasal. Menurut Wikinson, hanya terdapat dua diftong dalam bahasa Melayu, iaitu yang dilambangkan dengan <ai> dan dilambangkan dengan <au>. Diftong /ai/ dilafazkan seperti bunyi grafem <i> dalam kata Inggeris seperti flight. Diftong /au/ pula sering dikelirukan dengan bunyi <ow> dalam kata Inggers seperti know.

Berikut dipaparkan beberapa contoh yang memperlihatkan penggunaan grafem-grafem vokal dan diftong dalam ejaan Rumi Wilkinson. Jawi alif ya wau dammah alif-wau Grafem <a> <i> <u> <au> <u> Fonem /a/ /i/ /u/ /au/ /u/ Contoh Rumi arang bilek tuju saudara ulam

(b)

Pelambangan Konsonan

Bagi konsonan yang sama konsonan Inggeris, grafem yang sama digunakan dalam bahasa Inggeris. Bagi konsonan dalam bahasa Arab yang tiada persamaan dengan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, Wilkinson menentukan grafem Rumi dengan dua cara. Pertama, menggunakan digraf seperti <dz> bagi dzal (), <th> bagi tha (), <dl> bagi dlad (), <kh> bagi kha (), dan <gh> bagi ghain(). Selain itu, terdapat juga huruf konsonan yang lain dipadakan dengan huruf jawi. Contohnya : Jawi nga () wau () dzal () Ta () Wilkinson nganga wa-lau udzur batang

(c)

Pelambangan Keselarasan Vokal

Wilkinson memperlihatkan ciri keserasian antara lambang vokalnya dan mengaitkannya dengan jenis-jenis konsonan yang menutup kata serta kesepadanannya dengan ejaan Jawi. Contohnya :

Pola /a-a/ /o-a/

Grafem a-a o-a

Contoh abang,bakal olah,oleh

2.2.2. Sistem Ejaan Rumi Zaba (1941) Usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat yang dipelopori oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa yang ditubuhkan pada 1888 di Johor telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi-institusi ini menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu standard yang kemudiannya diperkembangkan pula oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjong Malim sejak 1922.Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi turut berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu semasa zaman penjajahan. Beberapa buah buku bahasadalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC; antaranya : i. ii. buku Mithal Huruf Rumi bagi Darjah 1 (1920), Kitab Loghat Melayu susunan R.O Winstedt dan Ibrahim DatoMuda Linggi (1921), iii. Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan iv. Kitab Kumpulan Nama Melayususunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924) Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum sistem ejaan baru 1972 ialah Sistem Ejaan Zaba yang disusun dan diperkemaskan dalam beberapa tahu n dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC, terutamanya dalam buku yang dikarang oleh Zaba, iaitu :

i. ii. iii.

Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita BahasaMelayu Penggal 1 (1941), dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949), dengan judul Petua-Petua Ejaan Rumi Sistem EjaanZaba digunakan sebagai ejaan sekolah yang sebenar dan

sebagai ejaan rasmi kerajaan sehingga diganti dengan sistem ejaan yang baru. Petua-petua Ejaan Rumi mengandungi huraian tentang aturan penggunaan grafem vokal (huruf saksi), grafem konsonan (huruf benar), huruf diftong (ejaan bunyi berkai trapat) dan vokal rangkap (bunyi berkait renggang), sistem keselarasan vokal (saksi halusatau kasar di hujung), pemilihan grafem yang tepat (ejaan bunyi yang keliru), ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab, ejaan kata turunan atau terbitan, penggunaan tanda sempang, dan penggunaan huruf besar. (a) Pelambangan Vokal

Zaba membahagikan fonem vokal kepada enam bunyi huruf vokal. Beliau juga memadan huruf dari sudut transliterasi Jawi-Rumi. Contohnya : Jawi alif ya () ya () Rumi a i e Contoh padang lidi perak

(b)

Pelambangan Keselarasan Vokal

Zaba mengadakan pelbagai aturan bagi menentukan penggunaan keserasian vokal. Terdapat 18 pola keharmonian vokal yang berakhir dengan suku kata tertutup yang dikutip daripada Pelita Bahasa Melayu 1. Contohnya : Pola /a-a/ Grafem <a-a> Contoh anak, ambang

/a-e/ /o-a/

<a-eh> <o-a>

aleh,pateh olah, chokmar

(c)

Pelambangan Diftong

Zaba mengistilahkan diftong sebagai bunyi berkait rapat seperti /ai/, /au/ dan /oi/ dan wujud dalam suku kata terbuka. Conothnya : Fonem /ai/ /au/ /oi/ Grafem <ai> <au> <oi> Contoh tapai kachau amboi

(d)

Pelambangan Konsonan

Konsonan menurut tafsiran Zaba merupakan huruf yang tidak boleh keluar bunyi dengan sempurna jika tiada huruf saksi. Berikut merupakan contoh pembahagian huruf menurut padanan dengan huruf Jawi. Kumpulan Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi Digraf yang sepadan dengan huruf Jawi tunggal Grafem Rumi tunggal yang sepadan dengan huruf Jawi Jawi , Rumi <s> <ng> <b>

(e)

Penulisan Kata Pinjaman

Zaba menetapkan bahawa ejaan bagi kata pinjaman hendaklah bersesuai mengikut sebutan orang Melayu. Berikut diberikan contoh dan aturan menulis kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Kata Pinjaman Bahasa Inggeris

Aturan Disesuaikan

Contoh dengan saman, repot

sebutan melayu bagi kata yang terserap. Bahasa Arab Kata yang sudah menjadi Muhammad, Umar kata Melayu tetapi ditulis menurut bunyi asal sudah lama

bahasa Arab.

(f)

Penulisan Kata Turunan

Zaba member takrifan bahawa kata turunan merupakan kata tambahan yang kini lebih dikenali sebagai kata imbuhan. Aturan penulisan imbuhan menurut Zaba dimanifestasikan menurut hokum morfofonemik bahasa Melayu. Contohnya imbuhan peN- diwujudkan dalam bentuk alomorf seperti <p >, <pm> atau < png>. Pmalas merupakan antara contoh kepada kata turunan ini. (h) Penggunaan Tanda Sempang

Zaba mengariskan tiga panduan untuk menggunakan tanda semapang (-) dalam penulisan, iaitu : Cara Menggunakan Merangkaikan awalan tanda sempang di- dan sa- (se) dengan kata dasar Merangkaikan kata depan di- dan ka(ke) dengan kata dasar Merangkaikan kata ganti ku dan kau dengan kata mengikutinya ku-lihat, anak-ku di-darat, ka-Mlaka Contoh di-bri, sa-orang

(j)

Penggunaan Huruf Besar

Sistem ejaan Zaba, merupakan sistem ejaan bahasa Melayu yang mula -mula memperkenalkan peraturan penggunaan huruf besar. Antara peraturan tersebut ialah penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan huruf pertama dalam menulis nama orang mestilah ditulis dengan huruf besar. 2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943) Sistem Ejaan Rumi Zaba yang terakam dalam dua buah buku utama, iaitu Daftar Ejaan Mlayu (jawi-Rumi) 1949, dan Plita Bahasa Mlayu Pnggal 1 (Prmulaan Nahu Mlayu) 1953, daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Sudah dijelaskan kekacauan dalam penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang digunakan dalam pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistemsistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Antara tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia. Sistem ini merupakan sistem ejaan yang dipakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai Ketua Pengarang. Sistem Ejaan Fajar Asia dikatakan sebagai percubaan pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia.

(a)

Pelambangan Vokal

Kesemua lima Huruf Vokal digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal Melayu, iaitu dengan <e> sebagai grafem sebagai grafem bagi taling dan pepet tanpa memakai tanda aksen. Fonem /a/ /e/ / / /i/ /o/ /u/ Grafem <a> <e> <e> <i> <o> <u> Contoh Kata bawah leher seberapa ini orang hulu

(b)

Pelambangan Diftong

Grafem yang sama digunakan seperti dalam ejaan Wilkinson atau Zaba bagi perlambangan diftong untuk sistem ejaan Fajar Asia. <ai> bagi /ai/, <au> bagi /au/ dan <oi> bagi /oi/. Misalnya : pantai, pulau, sepoi. (c) Pelambangan Konsonan

Terdapat kekeliruan dalam penggunaan lambang dalam menggunakan sistem ejaan ini antaranya ialah penggunaan tanda (saat) dan tanda (malum). Namun, kebanyakkan konsonan yang lain adalah lebih mudah digunakan berbanding dengan sistem ejaan Zaba. Contohnya : Fonem /p/ /b/ /t/ /k/ Grafem <p> <b> <t> <k> Contoh Kata pulau, tepat bola, sebab tutup, tertib hendak, ombak

(d)

Pelambangan Sistem Keharmonian Vokal

Kata-kata dalam Fajar Asia dieja dengan grafem <i> dan <u> pada suku kata akhir tertutup yang didapati menyimpang daripada kebiasaan sistem Zaba. Terdapat 12 pola keharmonian vokal dalam sistem ini. Berikut merupakan antara contoh : Pola /a-e/ /e-e/ /u-o/ Grafem <a-e> <e-e> <u-o> Contoh Kata chantek, balek pendek, leher bunoh, gunong

(e)

Penulisan Kata Ulang

Kata Ulang dalam Fajar Asia ditulis dengan dua cara iaitu dengan menggunakan tanda sempang pada unsur yang diulang ( tunggu-tunggu) dan dengan menggunakan angka 2 (bermacham2). (f) Penulisan Kata Depan

Kata depan <di> dan <ke> dalam sistem ini ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya (dibawah) berbeza dengan Zaba yang menggunakan tanda sempang. Contoh, kerumah, dibeli. (g) Penulisan Kata Turunan

Penulisan kata turunan atau kata berimbuhan dalam Fajar Asia adalah seragam seperti kata berimbuhan yang ditulis pada masa kini. Contohnya, <peN> : pemerintah, penduduk. 2.2.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956) Sistem ejaan ini merupakan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang Ketiga pada tahun 1956

dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi (Memoranda, 1962:261-262), iaitu seperti berikut: a. Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah di samakan atau disatukan. b. Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistim fonoloji diterima sebagai sistim yang lebih baik daripada sistim fonetik, dan satu fonem hendaklahdigambarkan dengan hanya satu tanda (hurup) saja. c. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaidah yang satu dan semacham. d. Kata dari bahasa asing hendaklah disesuaikan pengejaannya dengan hukum sistim fonologi Melayu. Sistem Ejaan Rumi Kongres yang mendapat sambutan ramai dapat dikatakan usaha yang kedua dilakukan untuk menuju kepada penyatuan ejaan bahasa Melayudengan bahasa Indonesia, iaitu sebagai lanjutan daripada usaha melalui Fajar Asia. Persamaan penting antara Ejaan Kongres dengan Ejaan Fajar Asia ialah pelambangan sistem keharmonian vokal penulisan bentukbentuk terikat tanpa menggunakan tanda sempang yang bukan sahaja lebih mudah dan seragam berbanding Ejaan Sekolah tetapi juga selaras dengan sistem ejaan Soewandi yang sedang dalam penggunaan di Indonesia. (a) Abjad

Ejaan Kongres ini bukanlah senarai yang mengandungi 26 huruf kovensional tetapi mempunyi 30 huruf dan grafem baru yang melambangkan fonem-fonem baharu. Contohnya : Huruf a-A d-D f-F - Nama Lama e di ef I Nama Baru a da fa

(b)

Pelambangan Vokal

Kongres menetapkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. Contohnya adalah seperti berikut : Fonem /a/ /e/ // /i/ /o/ /u/ Grafem <a> <> <e> <i> <o> <u> Contoh Kata ada blot belut titi dosa urut

(c)

Pelambangan Konsonan

Terdapat 20 konsonan yang diterima sebagai fonem konsonan Melayu dalam rumusan Kongres. Kesemua 20 fonem tersebut dilambangkan dengan grafem konsonan yang sepadan antara morfem dengan grafem. Contohnya : Fonem /p/ Grafem <p> Padanan pa () fa () /b/ /d/ <b> <d> ba () dal () dad () Contoh Kata papan pikir bibir Dada daip

(d)

Perlambangan Sistem Keselarasan Vokal

Sistem ejaan Kongres telah menetapkan bahawa terdapat 12 pola keharmonian vokal. Kesemua pola tersebut berakhir dengan suku kata yang tertutup. Contohnya :

Pola /a-e/ /a-o/ /e-e/

Grafem <a-i> <a-u> <->

Contoh Kata alih basuh llh

(e)

Penulisan Kata Pinjaman

Pedoman bagi menulis kata pinjaman mengikut ejaan Kongres ialah kata pinjaman tersebut hendaklah disesuaikan dengan hukum fonologi bahasa Melayu. Contohnya, dalam bahasa Inggeris dieja pension tetapi apabila dieja dalam bahasa Melayu menjadi pncn. (g) Pengejaan Kata-kata Tertentu

Menurut Kongres terdapat beberapa perkataan yang dieja tidak mengikut sebutannya. Maka perkataan yang terlibat telah diubah ejaannya mengikut kelaziman ejaan di Indonesia. Contohnya, karena : kerana. (h) Penulisan Kata Depan

Penulisan kata depan ke dan di mengikut Ejaan Kongres menetapkan dua peraturan. Pertama, kata depan dipisahkan daripada kata yang mengikutinya bagi semua jenis kata (ke sekolah, di sekolah). Kedua, kata depan hendaklah disatukan dengan kata yang mengikutinya itu adalah kata arah (keatas, kebawah) (i) Penulisan Kata Turunan

Sistem Ejaan Kongres menetapkan semua bentuk imbuhan hendaklah ditulis serangkai tanpa tanpa sengkang. Contohnya, dimakan dan dijalankan.

(j)

Penulisan Partikel

Semua partikel dalam bahasa Melayu dalam ejaan Kongres hendaklah ditulis serangkai kecuali partikel <pun> yang perlu dijarakkan daripada kata yang mendahuluinya. Contohnya, baiklah dan walau pun. (k) Kata Ganti Singkat

Kata ganti singkat seperti <ku> dan <kau> disatukan dengan kata yang mengikutinya. Misalnya, kekasihku dan kuambil. (m) Penggunaan Tanda Sempang

Ejaan Kongres menetapkan dua cara penggunaan tanda sempang (-) dalam penulisan. Pertama, tanda sempang digunakan apabila menulis perkataan berulang (mencari-cari). Kedua, tanda sempang digunakan untuk

menghubungkan kata majmuk yang dianggap utuh ikatannya. (jawatan-kuasa). 2.2.5 Sistem Ejaan Rumi PBMUM (1959) Selepas Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga tahun 1956, terdapatsejenis kaedah ejaan yang digunakan di kalangan akademik , iaitu Ejaan Rumi PBMUM.Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) bermula tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah satu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan satu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi. Penyatuan ejaan Rumi antara Bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya

serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Malaysia mengenali sistem ini dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. (a) Pelambangan Fonem

Berbeza dengan sistem ejaan Zaba, grafem bagi vokal /e/ dan // disamakan grafemnya iaitu <e>. Manakala, grafem yang lain adalah sama dengan ejaan Zaba. (b) Pelambangan Diftong

Diftong Melayu dirakamkan dengan grafem <ay>. Contohnya, sebagay, sampay dan sepoy. (c) Sistem Keharmonian Vokal

Bagi sistem keharmonian vokal pula adalah sama dengan sistem yang diguna pakai oleh sistem ejaan Fajar Asia. Grafem <i> dan <u> digunakan pada suku kata akhir tertutup apabila vokal /a/, /i/, dan /u/ digunakan pada suku kata praakhir. Manakala grafem /e/ dan /o/ juga terdapat pada suku kata praakhir. Contohnya dalam perkataan kasih, tarik, pelik, dan bentuk. (d) Penulisan Kata Turunan dan Ulangan

Semua awalan dan akhiran mengikut sistem ejaan ini hendaklah dirangkaikan dengan kata dasar kecuali apabila kata dasar diulangkan dengan angka dua dan memakai sempang. Contohnya, berlari, cara2, dan di-cita2kan. (e) Penulisan Partikel dan Kata Ganti Nama Singkat

Semua partikel serta kata ganti nama singkat dirangkaikan dengan kata yang mendahuluinya. Contohya, kekasihmu, telahpun dan sebaliknya.

(f)

Penulisan Kata Depan

Kata depan <ke> dipisahkan daripada kata yang mengikutinya, sedangkan <di> dirangkaikan dengan kata yang mengikutinya. Contoh : ke semasa, ke arah, disini, dibelakang.

3.0

RUMUSAN : SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang, penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada ketika itu bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin. Mereka telah tertarik dengan tatabahasa yang terdapat dalam sistem ejaan ini. Bermula pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan penjelajah terus menggunakan tulisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan oleh kerajaan tanah melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan sebuah

jawatankuasa ejaan yang telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Hal ini telah menghasilkan sistem ejaan Wilkinson yang telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu iaitu Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903). Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan keadaan sekeliling ketika itu. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 adalah bagi meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan Rumi yang memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun, digubal dan diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di maktab perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan seperti Kitab Loghat Melayu, Kitab Kumpulan Nama Melayu (Ibrahim Dato Muda Linggi) dan Kitab Pelita Mengarang (rumi). Perkembangan sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan Sistem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi sistem ejaan Rumi di Tanah

Melayu yang wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC). Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah diadakan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam

memperjuangkan sistem ejaan pada ketika itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga sebuah Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Hasil dari perjanjian tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres.

Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara dasar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.

4.0

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa Ejaan Rumi Baharu (ERB) merupakan suatu sistem ejaan Rumi yang paling hampir kepada sistem fonemik daripada sudut perlambangan fonem, penggunaan huruf, serta penggunaan tanda baca. ERB adalah standard kerana berteraskan prinsip-prinsip linguistik yang sesuai diaplikasikan oleh pengguna bahasa di Malaysia dan Indonesia. Terhasilnya sistem ejaan ini adalah memlalui penelitian dan mempertimbangkan kebaikan dan kekurangan yang terdapat dalam sistem-sistem ejaan sebelumnya. ERB juga dilihat mampu menjadi wadah utama dalam standardasi sebutan baku pada peringkat supranasional. Namun, bagi menjayakan hasrat ini perlaksanaannya menitikberatkan strategi bersepadu melalui kurikulum

pendidikan guru, amalan melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. Akhirnya bersesuaian dengan program perancangan bahasa sebagai satu proses pelaksanaan dan pembudayaan bahasa, dan penilaian terhadap masalah bahasa yang berulang-ulang, maka penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dari semasma ke semasa untuk mewujudkan standard dalam aspek ejaan supaya sesuai dengan dengan keperluan dan perkembangan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai