Anda di halaman 1dari 2

TERAPI SENI UNTUK MURID TERAPI BERCERITA TERAPI BERMAIN UNTU HIPERAKTIF TERAPI MUSIK UNTUK SLOW LEARNER

(LEMBAM) Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikelartikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakarpakar terapi muzik. Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly. Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan. Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. 4 Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan

yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanakkanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut. 5