Anda di halaman 1dari 2

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL MELALUI KAEDAH SOCIAL STORIES MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penumpuan dan kemahiran sosial murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran melalui kaedah Social Stories. Responden dalam kajian ini terdiri daripada seorang murid Pendidikan Khas yang berumur 10 tahun. Data dikumpulkan melalui senarai semak, Rekod Anekdot, Perekodan Interval, Perekodan Masa dan Pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa responden menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif setelah 3 minggu menjalani intervensi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Social Stories sangat berkesan dalam membantu murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran sosial. 1.0 REFLEKSI P&P Setelah beberapa kali sesi pengajaran, pengkaji mendapati bahawa terdapat seorang murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang menghadapi masalah tingkah laku yang negatif seperti pasif, tidak suka berinteraksi dengan orang sekeliling dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini dikenal pasti apabila pengkaji membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan cepat menjadi malu apabila ditanya dan tidak yakin untuk menjawab soalan. Murid ini sering kali berasa rendah diri apabila melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Murid ini juga kurang berkomunikasi dan malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas. Selain itu, murid ini juga mengalami masalah yang ketara dalam komunikasi lisan mahupun bukan lisan. Antara masalah yang dikesan ialah tidak memberikan respon yang baik ketika guru bertanya, sukar membuat kontak mata apabila bercakap dengan guru serta komunikasi yang tidak jelas seperti suara perlahan dan hanya boleh berkomunikasi secara tanpa lisan sahaja. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada masalah kemahiran sosial murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Untuk meningkatkan kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Social Stories.

4.0 PERSOALAN KAJIAN i. Bagaimanakah kaedah Social Stories dapat meningkatkan kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid lelaki Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berumur 10 tahun di sebuah Sekolah Kebangsaan di sekitar daerah Lenggeng. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN Dalam tinjauan masalah, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden iaitu masalah kemahiran sosial ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta di luar waktu kelas. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah senarai semak, pemerhatian, rekod anekdot dan perekodan interval. Antara alat-alat pengumpulan data yang digunakan ialah borang senarai semak, borang pemerhatian, laporan rekod anekdot dan lembaran data perekodan interval. 6.1 Senarai semak Pengkaji telah membina senarai semak ke atas responden kajian bagi mengenalpasti tingkah laku yang ditonjolkan sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas responden. 6.2 Borang Pemerhatian Pengkaji telah membuat pemerhatian dan mencatat kekerapan tingkah laku yang tidak diingi telah ditunjukkan oleh responden mengikut selang masa yang telah ditetapkan oleh pengkaji. 6.3 Rekod Anekdot Rekod Anekdot membolehkan pengkaji melihat sendiri tingkah laku di dalam persekitaran semulajadi. Ia digunapakai bagi tujuan mengesahkan bahawa tingkah laku benar-benar berlaku, menerangkan sebab tingkah laku tersebut, menjelaskan aktiviti yang menjadi punca tingkah laku tersebut dan mengenalpasti tingkah laku positif sebagai ganti kepada tingkah laku yang kurang wajar tersebut. 6.4 Perekodan interval Kaedah perekodan interval digunakan bagi mengukur sama ada tingkah laku diperhati dalam masa setiap siri sela masa yang sama. Lembaran data perekodan interval digunakan sebagai alat untuk mengumpul data. Pengiraan kekerapan adalah bertujuan merekod tingkah laku yang mempunyai permulaan dan penamat yang jelas sepanjang tempoh yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Anda mungkin juga menyukai