Anda di halaman 1dari 7

Kursus Pengurusan Majlis dan Protokol 2009

7 & 8 Julai 2009, Hotel Armada, Petaling Jaya, 9 a.m - 5 p.m

Yuran Pendaftaran RM 980 setiap peserta ( yuran termasuk minum pagi , petang
dan makan tengahari selama 2 hari, nota kursus dan Sijill Kehadiran Kursus )

Sesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak
dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi atau tidak rasmi,
diperingkat dalaman, organisasi, negeri, malahan diperingkat kebangsaan atau
antarabangsa.

Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat
mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa,
kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi
dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.

Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan dan
perlaksanaan majlis mengikut protokol. Selain dari memberi pengetahuan dan
kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas protokol majlis,
kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan
majlis dengan cekap dan sempurna. Majlis yang berjalan dengan kemas, lancar dan
menepati protokol akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi atau
penganjurnya di mata masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF

Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol
majlis;
Mengenalpasti perkara-perkara utama dalam pengurusan majlis;
Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etika serta
etikat, dan komunikasi;
Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di
peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa; dan,
Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan
majlis.

Siapa Yang Patut Hadir

• Pegawai dan Kakitangan Kerajaan peringkat Professional dan Sokongan,


• Pegawai dan Kakitangan Swasta,
• Badan Berkanun, Pertubuhan, Persatuan, Badan-Badan Sukarela
• Sesiapa yang terlibat atau berminat untuk mengendali serta ingin menambah
pengetahuan mengenai pengurusan majlis dan protokol.
Terma dan Syarat

(Sila Hubungi Puan Yazmin Yahaya sebelum mendaftar)

1. Lengkapkan borang pendaftaran, hantarkan melalui email atau faks atau pos
bersama cek/salinan payment slip/ guarantee letter sekurang-kurangnya satu
minggu sebelum kursus bermula.

2. Semua pembayaran hendaklah melalui PERSADA RAY ENTERPRISE (


Maybank Account 512343533024 )

3. Sebarang pembatalan penyertaan seminggu sebelum kursus bermula tidak


akan dipulangkan yuran, tetapi pihak Persada RAY menerima peserta gantian.

4. Penyertaan rasmi peserta akan dikira apabila cek/local order diterima dan
dilangsaikan.

5. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah masa, tarikh dan tempat jika
berlaku perkara yang tidak dapat di elakkan. Jika ini berlaku, peserta akan
diberitahu terlebih dahulu mengenai perubahan tersebut.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:-

Yazmin Yahaya
Email:-yazmin.persadaray@gmail.com

H/P :- 019-207 6883


Ofiice :- 03– 8064 4264

Nota:-
- Sila faks borang penyertaan ke
03- 8064 4254
-Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang menghadiri penuh kursus ini.
- Kursus in-house juga boleh disediakan di atas permintaan

Dato’ Habibah Zon berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dari Universiti
Malaya dan mendapat Diploma dalam Pentadbiran Arkib, dari National Archives of India.
Beliau juga telah menerima Commonwealth Fellowship untuk Promote Commonwealth
Understanding di London. Beliau merupakan seorang Pegawai Arkib sejak tahun 1972
dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dari tahun 1995- 2003.
Selepas bersara beliau telah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
dari 2003-2008.

Mempunyai pengalaman yang luas didalam pengurusan majlis dan protokol untuk
Jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau terlibat dalam perancangan dan
pengurusan majlis-majlis peringkat Kebangsaan seperti Pembukaan Memorial Tun
Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,
Galeria Tun Mahathir, Pustaka Peringatan P.Ramlee, Pameran/ Perarakan Warisan
Warkah Melayu, Pengisytiharaan Dokumen Memory of the World, Majlis Polemik
Sejarah Malaysia, Persidangan Sejarah Lisan dan banyak majlis-majlis yang lain lagi.

Untuk peringkat Antarabangsa, terlibat sebagai laison officer untuk Perdana Menteri
Negara Saint Kitts and Nevis semasa Persidangan CHOGM, ahli Jawatankuasa
Kebangsaan Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa; menganjurkan International
Video Conference on Good Governance and Electronic Records, Unesco Memory of the
World Conference, Southeast Asia Regional Branch of the International Council of
Archives Round Table Conference, International Audio Visual Archives Conference dan
lain-lain lagi.

Beliau juga telah mengikuti kursus asas dan lengkap mengenai protokol anjuran
Kerajaan Malaysia dan swasta. Oleh kerana beliau sering keluar negara untuk
menghadiri mesyuarat, persidangan, membentangkan kertas kerja dan memegang
jawatan diperingkat antarabangsa dsbnya, beliau telah didedahkan dengan pelbagai
suasana protokol. Beliau juga telah diberi latehan protokol semasa menghadap Queen
Elizabeth di Buckingham Palace dan menghadiri pembentangan kes Pulau Sipadan dan
Ligitan di Mahkamah Agung Dunia di Den Hague, Holland. Pengalaman dan
pengetahuan beliau dalam protokol banyak membantu beliau dalam menguruskan
majlis.

Protokol dan Etiket dalam Pengurusan Majlis Rasmi

Kursus protokol dan etiket dalam pengurusan majlis rasmi adalah perlu untuk setiap
pegawai atau kakitangan awam , khususnya yang terlibat dalam pengendalian majlis
atau semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. Prinsip dan amalan protokol perlu
difahami kerana sebarang ketidakcekapan akan memberi gambaran negatif terhadap
organisasi atau individu yang terlibat. Justeru, individu yang terlibat perlu melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan, di samping mempunyai rasa
tanggungjawab bagi memastikan setiap majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar
dan sempurna.

Objektif kursus :

• Mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam


mengendali atau menghadiri sesuatu majlis rasmi
• Berbincang bagaimana mengendalikan sesuatu majlis rasmi
• Mengenal pasti kesilapan- kesilapan yang sering berlaku semasa mengendali
atau menghadiri sesuatu majlis rasmi

Kandungan Kursus :

• Pengenalan kepada protokol dan etiket


• Kaedah penyusunan tempat duduk mengikut amalan protokol
• Susunan bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri
• Pengacaraan majlis formal
• Tanggungjawab dan peranan penyambut tetamu
• Cita rasa berpakaian dan pengayaan diri
• Etiket dalam perbualan sosial
• Kaedah penyusunan tempat duduk bagi majlis jamuan makan mengikut protokol
• Kesopanan dan ketertiban ketika di meja makan

YAYASAN AMANAH LATIHAN BERKANUN


(Persatuan Badan Berkanun Malaysia)
KURSUS PROTOKOL DAN KETERAMPILAN DIRI

OBJEKTIF

• Mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup


protokol dalam konteks majlis rasmi;
• Menjadi lebih yakin dan mahir untuk mengatur, mengelola dan mengendalikan
sebarang jenis majlis;
• Dapat menghayati akan perlu dan pentingnya protokol dalam memelihara imej
majlis dan maruah organisasi sebagai penganjur majlis.
• Dapat memperkukuhkan daya yakin untuk memperagakan diri melalui seni dan
gaya penampilan yang menarik lagi terpuji.

KANDUNGAN

• Pengenalan kepada Pengurusan Majlis Rasmi


- maksud dan rasional menganjurkan majlis
- hubungkait majlis dalam konteks reputasi organisasi
- kategori ucapan majlis
- Definisi, latarbelakang dan dimensi protokol dalam konteks majlis
• Formaliti Protokol Majlis Rasmi
- susunan keutamaan tetamu undangan
- prinsip dan format susunan tempat duduk di pelbagai majlis
- kibaran dan susunan bendera
- ketibaan dan kepulangan tetamu undangan
- penghormatan protokol dan panggilan hormat
- pegawai perhubungan
- tertib berpakaian
- format sajian hidangan dan tertib di meja jamuan
• Seni Penampilan Diri
- konsep dan makna penampilan diri
- ciri-ciri keterampilan diri
- keterampilan diri dalam konteks kerjaya
• Tertib di Meja Jamuan
- format jamuan
- mengenali susunatur peralatan jamuan
- tertib menjamu hidangan

PESERTATerbuka

Tanpa Berpenginapan Berpenginapan


.
Penginapan Dua Sebilik (Twin) Perseorangan (Single)
AHLI RM520.00 RM770.00 RM870.00
B/AHLI RM670.00 RM920.00 RM1020.00

YURAN UNTUK SEORANG PESERTA :


Yuran kursus termasuk jamuan ringan pagi/petang dan
* Tanpa Penginapan :
makan tengahari sahaja
Yuran kursus termasuk sarapan, jamuan ringan
* Berpenginapan :
pagi/petang, makan tengahari dan makan malam
'check in' pada 10/8/2009 (selepas jam 1.00 ptg.)
'check out' pada 13/8/2009(12.00 tgh.)

KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL, IMEJ & KETRAMPILAN DIRI

1.0 RASIONAL

1.1 Pengurusan majlis dan protokol, kemahiran etiket sosial yang betul, serta
imej dan ketrampilan diri yang positif akan mencerminkan kewibawaan
dan tahap profesionalisme sesebuah organisasi;
1.2 Hal ini bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan peralatan, dekorasi
pejabat, pakaian dan teknologi yang digunakan, tetapi yang lebih penting
ialah sumber manusia atau modal insan sesebuah organisasi atau
jabatan itu;
1.3 Integriti dan tahap profesionalisme ini sangat penting apabila sesebuah
organisasi atau jabatan itu berurusan dengan pelanggan yang terdiri
daripada orang luar atau orang ramai;
1.4 Oleh itu, Kursus Protokol, Etiket Sosial, Imej dan Ketrampilan Diri
dicadangkan kepada kakitangan organisasi atau jabatan kerajaan bagi
meningkatkan imej di mata masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

1.1 Memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan


protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis;
2.2 Memberikan panduan dan bimbingan tentang kaedah dan halacara
mengurus pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol
sejagat dan tradisi tempatan;
2.3 Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial bagi meningkatkan lagi
keyakinan diri apabila terlibat dalam pelbagai bentuk majlis;
2.4 Meningkatkan kemahiran etiket sosial bagi meningkatkan adab dan
kesopanan dalam majlis;
2.5 Mengukuhkan kefahaman dan penghayatan tentang pembentukan imej
dan ketrampilan diri yang positif dalam majlis dan urusan rasmi;

3.0 KANDUNGAN KURSUS

3.1 Perancangan Mengendalikan Majlis


3.2 Pengendalian Majlis
3.3 Susunan Tempat Duduk Di Pelbagai Majlis
3.4 Pengibaran Bendera
3.5 Susunan Keutamaan Persekutuan
3.6 Peranan Pegawai Protokol
3.7 Peranan Pengacara Majlis
3.8 Peranan Pembantu Majlis
3.9 Kesesuaian Pakaian Lelaki dan Wanita
3.10 Disiplin Kehadiran
3.11 Prinsip Perkenalan Sosial
3.12 Tatacara Perbualan dan Komunikasi Sosial
3.13 Kaedah Berjabat Tangan
3.14 Kesopanan dan Tertib Di Meja Makan
3.15 Adab Meninggalkan Majlis

3.16 Mesyuarat Post-Mortem

4.0 METODOLOGI

4.1 Ceramah Interaktif dan Dialog


4.2 Simulasi
4.3 Latihan Praktikal
4.4 Nota

5.0 KUMPULAN SASAR DAN JUMLAH PESERTA

5.1 Kumpulan sasar ialah kakitangan pengurusan dan sokongan;


5.2 Jumlah yang dicadangkan ialah antara 40 � 50 orang bagi setiap sesi.

6.0 TEMPOH KURSUS

6.1 2 Hari Bekerja (Siang)


6.2 Masa: 8.30 Pagi � 4.30 Petang

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Rasional

Pengetua dan Guru Besar merupakan pengurus pendidikan yang memainkan peranan
penting dalam menaikkan imej sekolah. Mereka sering dijadikan 'role model' dalam
masyarakat dan sentiasa bergaul serta menghadiri majlis-majlis formal atau tidak formal.
Oleh itu, mereka perlu menunjukkan penampilan diri serta mempunyai pengetahuan
tentang protokol dan etiket sosial dalam kehidupan harian mereka.

Objektif

Pada akhir kursus ini, peserta dapat:

• pendedahan secara umum dan kesedaran mengenai amalan prokol dan etiket
• menyakinkan diri dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai majlis
• meningkatkan imej diri dan organisasi
• membimbing dan memberi panduan cara pengurusan majlis mengikut amalan
protokol semasa

Kandungan Kursus

Kursus ini mengandungi:

• Pengamal Protokol dan Etiket Sosial


• Cita Rasa dan Kesesuaian Berpakaian
• Penggayaan Diri dan Penampilan Diri
• Tertib Menghadiri Majlis Jamuan
• Kesopanan di Meja Makan
• Susunan Keutamaan Persekitaran dan Panggilan Kehormat
• Kesopanan Dalam Pertemuan dan Perkenalan
• Perbualan Sosial
• Susunan Tempat Duduk dan Protokol dalam Pengacaraan Majlis Formal
• Penyediaan Senarai Jemputan dan Kad Jemputan
• Kesopanan Penyambut Tetamu

Kumpulan Sasaran

Pengetua/Guru Besar

Pensijilan

Sijil Kehadiran

Anda mungkin juga menyukai