Anda di halaman 1dari 34

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa : Kepelbagaian Budaya

Malaysia terdiri dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik Melayu, Cina dan India & lain2.

Setiap etnik membawa sosio-budaya yg berbeza yg diwarisi dari nenek moyang terdahulu.

Takrifan Budaya
Kamus Dewan Edisi ke 3 (2010): Tamadun / peradaban Kemajuan fikiran/akal budi(cara berfikir & kelakuan). Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib( 2003) : amalan gaya hidup dan peradaban bg sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan & kecenderungan diri masyarakat berkenaaan dalam pelbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan & merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Dalam konteks pendidikan, Papalia(2001) : individu manusia berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi.
Slavin (1997): kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina dan minat.

Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turuntemurun. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et al.

Oleh itu, kepelbagaian budaya merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai budaya masingmasing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai.

ORANG MELAYU Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu

ORANG CINA Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

ORANG INDIA
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Kepercayaan melayu
Meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana di dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucu dan warisan akan datang. Tujuan : 1. mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan. 2. memperkayakan adat dalam masyarakat

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Larangan untuk bergendang di dalam rumah ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.. Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Apabila si ibu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga. Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu..

Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak di dapur dikatakan akan mendapat suami tua. Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Kalau makan kicap atau minum kopi masa mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.

Tidak boleh tunjuk pelangi nanti dikuatiri jari menjadi kudung.

Gatal tapak tangan kanan maknanya akan mendapat duit atau rezeki.

Kepercayaan hindu
Dikaitkan dengan dewa-dewi,unsur alam, unsur jahat. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif. Kepercayaan mereka berdasarkan hukum karma dan pembahagian kasta. Hukum karma ialah tindakan2 utk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan2 dan berbakti semasa hidup. Pembahagian kasta pula berdasarkan hierarki seperti Brahmin, Kesateria, Vaisya, Sudra dan Harijan.

Sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, ibubapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.

Perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah

Percaya sesiapa yang makan di tempat gelap akan berkongsi makanan dengan hantu, roh atau penunggu.

Lembu sebagai binatang kesucian :


Tidak bunuh dan makan daging lembu Dilarang melanggar lembu sewaktu memandu di atas jalan raya Dilarang membawa bahan diperbuat drp lembu(jam tangan, kasut, baju dll)ke kuil Dilarang mengambil gambar lembu

Kedudukan kepala manusia tinggi dan suci : Dilarang menyentuh kepala kanak-kanak dan orang tua

Kepercayaan cina
Masyarakat cina percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatanya luar biasa. Fahaman konfucianisme ialah suatu fahaman yg menekankan perasaan perikemanusiaan dan harga diri seperti mengamalkan 5 kebaikan di dunia budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin dan baik hati.

Percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian

Feng-shui dikatakan dapat memberi tuah dalam kehidupan

Percaya angka 8 boleh membawa keuntungan dalam kehidupan mereka

Kepercayaan terhadap semangat yg berada dan hidup di dlm fenomena alam spt langit,matahari dan lainlain. Fenomena ini diklasifikasi kpd yang dan ying.

Kepercayaan suku kaum di sabah


Mengamalkan kefahaman animisme. Percaya bahawa roh nenek moyang mereka sentiasa mengawasi dan mengawal segala tindak tanduk yg dilakukan mereka. Percaya roh-roh memainkan peranan dalam menentukan hidup mereka pd masa hadapan.

PERBEZAAN TAHAP PENDIDIKAN DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG


DAHULU

Pendidikan berorientasikan negara asal dan lebih cenderung kepada keagamaan

SEKARANG

Pendidikan berteraskan kurikulum standard, prasekolah, KSSR, Vokasional , Teknik, Swasta

AKAN DATANG

Pendidikan secara pembelajaran bestari dan berfokus terus kepada Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)

USAHA / IDEA PENDIDKAN KE ARAH KEPELBAGAIAN BUDAYA


Penubuhan Sekolah Wawasan
Gabungan 3 jenis sekolah dalam satu kawasan Gnakan kemudahan secara bersama

BM wajib untuk semua Subjek yang wajib dipelajari sekolah SK dan SJK IPG swasta berciri pelbagai kaum PROGRA RIMUP ANUGERAH BIASISWA
Sediakan insentif dan dermasiswa tambahan kepada pelajar bumiputera Antara SMK/SMKA/SJK Berdasarkan merit untuk menyambung pengajian di universiti terkemuka

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA


Memastikan setiap pelajar yang berkelayak an mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayak an dankelulusan Majlis Senat.

Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA


Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman

Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA


Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar)

Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran

CABARAN dalam aspek KEPELBAGAIAN BUDAYA


Di sekolah kebangsaan pelajar berbilang bangsa atau etnik. Mempunyai pemikiran, kepercayaan dan agama yang berbeza. Cabaran kepada guru mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. Perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.

Konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malaysia. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat pelbagai budaya adalah membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Pemahaman konsep kepelbagaian budaya melalui : - penghayatan prinsip rukun negara. - pendedahan aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral dan bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. - pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah dan Sejarah di sekolah menengah.

CONTOH SITUASI GURU MENANGANI CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


Guru memahami budaya pelajarnya. Guru menerima jemputan menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya beri peluang teroka dan alami cara hidup, tabiat dan cara sapaan pelajar berlainan budaya untuk tangani isu budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat tentang aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar perbincangan dan perkongsian ilmu dalam mata pelajaran yang sesuai. Guru menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara positif dan pelajaran akan menyeronokkan. Dalam topik Pakaian Tradisional, guru tunjuk gambar atau bawa pakaian tradisional pelbagai kaum pelajar dapat teliti serta kuasai pengetahuan tentang ciri unik setiap pakaian.

Di sekolah yang pelajarnya homogen dari segi budaya, guru wujudkan peluang untuk memahami latar belakang budaya lain. Wujudkan pakatan dalam program sekolah anak angkat di mana pelajar berbilang kaum boleh berkomunikasi melalui email, bertukar berita, foto dan projek yang boleh dilaksanakan di Sekolah Wawasan.

KESIMPULAN
Perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat. Peranan guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain, toleransi dalam kalangan pelajar.

Rujukan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/bud aya/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html http://khidmatmasyarakat09.blogspot.com/2009/04/kepelbagaianbudaya-di-malaysia-cina.html http://khidmatmasyarakat09.blogspot.com/2009/04/kepelbagaianbudaya-di-malaysia-india.html

Anda mungkin juga menyukai