Anda di halaman 1dari 2

Instrumen kedua adalah instrumen soal selidik.

Borang soal selidik yang digunakan akan mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Sebelum soal selidik diedarkan, setiap sampel diberikan penerangan ringkas.

Instrumen ketiga yang digunakan adalah temubual. Temubual dijalankan terhadap keduadua sampel selepas demonstrasi model hidup untuk aktiviti kolaj diadakan.

Instrumen keempat yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua- dua sampel sebelum kaedah acuan digunakan dan selepas kaedah acuan ini diperkenalkan semasa menghasilkan bingkai gambar teknik kolaj. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek kekemasan, ukuran, ketepatan potongan serta cara kolaj dihasilkan sama ada dengan cara yang betul mahupun tidak dan susun atur kolaj. Dari segi kekemasan, pengkaji melihat dari segi cara menghasilkan bingkai yang kemas tidak kotor dan berbulu serta berkedut. Walaupun menggunakan kaedah acuan murid masih lagi perlu menggunakan ukuran yang betul. Jika tekapan kaedah acuan pada mounting board mereka betul, murid- murid akan dapat menghasilkan bingkai gambar yang elok dan tidak senget saiznya. Ketepatan potongan pula dinilai berdasarkan kepandaian murid- murid mengaplikasikan pisau NT. Aspek ketiga adalah cara kolaj dihasilkan betul atau tidak. Cara kolaj dihasilkan dengan betul adalah apabila ia dicubit dan bukan sekadar melekatkannya dengan gam. Manakala susun atur kolaj akan dilihat dari segi adakah bahan- bahan yang digunakan menutup setiap permukaan kertas lukisan sebagaimana contoh semasa guru melakukan demonstrasi.