Anda di halaman 1dari 5

BAB 5

PERANCANGAN TINDAKAN

5.1

Pelan Perancangan Tindakan

MEREFLEK

Membuat refleksi diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan PdP diri sendiri Terdapat murid yang mempunyai masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Pengumpulan awal data bagi mengesahkan isu atau masalah sebenar Mengenal pasti fokus masalah yang menjadi keprihatinan

TINJAUAN AWAL

MERANCANG

Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan

BERTINDAK

Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan

MEMERHATI

Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.

Rajah 5.1 Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model kajian Kemmis dan McTaggart

Tindakan yang dijalankan adalah tindakan intervesi yang dilaksanakan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah atau isu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran iaitu masalah murid dalam membina rekaan bingkai gambar. Tindakan intervensi ini

dirancang secara terperinsi dengan mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan masalah isu yang dihadapi. Bahagian ini juga menerangkan prosedur tindakan intervensi yang dijalankan keatas kumpulan atau individu sasaran dengan tujuan untuk mengatasi masalah atau isu yang dihadapi.

Berdasarkan gambar rajah 5.1 pengkaji merancang untuk menggunakan Model Kajian Kemmis dan McTaggart untuk menjalankan pelan tindakan kepada intervensi yang diperkenalkan. Terdapat lima peringkat dalam prosedur pelan tindakan ini iaitu membuat refleksi, membuat tinjauan awal, membuat perancangan, melaksanakan tindakan dan membuat pemerhatian.

Langkah pertama prosedur tindakan adalah pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah samada murid faham atau tidak tentang apa yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam membina rekaan bingkai gambar bidang mencorak dan membuat rekaan. Kemudian, pengkaji mengenal pasti murid yang betul-betul bermasalah dengan mendapat maklumat dari guru Sekolah Pusat Chabang Tiga.

Langkah kedua yang dibuat adalah merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan sampel yang dikenalpasti. Pengkaji memilih menggunakan pemidang tetingkap untuk menyelesaikan masalah untuk membina rekaan bingkai gambar ini.

Pengkaji

telah

mengikut

langkah-langkah

pelaksanaan

tindkan

dalam

melaksanakan Pemidang Tetingkap sebagai acuan untuk membina bingkai gambar. Sebagai persediaan untuk membuat bingkai gambar tersebut, pengkaji telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dirancang. Antara alat dan bahan yang diperlukan untuk membina bingkai gambar adalah Pemidang

Tetingkap, straw board, gunting, pensel dan pembaris.

Langkah ketiga dalam prosedur kajian ini adalah melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji adalah memberikan setiap kepingan Pemidang Tetingkap tersebut kepada murid yang kurang mencapai tahap untuk membina rekaan bingkai gambar. Pemidang Tetingkap merujuk kepada ini

alat intervensi yang dijalankan dan diperkenalkan oleh pengkaji

sendiri. Untuk memudahkan murid memahami cara membina bingkai gambar yang tepat atau tidak, pengkaji menunjukkan proses pelaksanaan penggunaan Pemidang Tetingkap kepada murid dengan teknik demonstrasi dan turut serta. Antara proses dalam

menggunakan Pemidang Tetingkap ini adalah dengan menekap pemidang keatas straw board. Seterusnya, murid perlu melakar setiap bahagian tepi dan bahagian tengah pemidang tersebut. Kemudian, murid akan mendapati terdapat beberapa garisan yang tertera pada straw board yang menyerupai segi empat sama, murid- murid perlu menggunting garisan luar dan bahagian tengah.

Pengkaji berharap bahawa Pemidang Tetingkap ini dapat memberikan kefahaman kepada murid mengenai proses membina bingkai gambar segi empat sama yang betul dan tepat ukurannya. Langkah keempat dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang dijalankan telah kesimpulan. direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan

Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temubual yang dijalankan selepas Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Temubual dijalankan terhadap enam orang murid yang dipilih. Selain dari itu, pengkaji juga menggunakan analisis dokumen dalam menentukan peningkatan yang dialami oleh setiap murid. Beberapa item telah ditetapkan semasa menilai setiap hasil kerja yang dibuat oleh murid. Setiap instrumen untuk mendapatkan data digunakan dengan baik dan ia dirumuskan dalam bab seterusnya.