Anda di halaman 1dari 15

10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM)

1. Perenggan jenis definisi 2. Perenggan jenis pendapat tokoh 3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran 4. Pendahuluan jenis persoalan 5. Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan kata 6. Pendahuluan jenis latar belakang sejarah 7. Pendahuluan jenis fakta 8. Pendahuluan jenis tajuk berita 9. Pendahuluan jenis puisi 10.Pendahuluan jenis gabungan 1)Perenggan jenis Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan. Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.

2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asakasak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.

Tajuk : Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian dirisendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, generasi muda pelapis dan peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan, generasi muda wawasan bangsa, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah satu matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.

Formula Menulis Pendahuluan Karangan

Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta


Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini: Soalan: Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan. Kerangka pendahuluan B - Masalah sosial -> semakin membimbangkan -> mencatatkan peningkatan yang mendadak. T - Gejala gengsterisme -> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah -> bermaharajalela di sekolah S -> banyak faktor Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan di bawah: Pendahuluan Kualiti PMR Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat. Pendahuluan Kualiti SPM Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster

ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Pendahuluan Karangan STPM dan SPM


Pendahuluan Karangan SPM dan STPM Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK Cikgu mendapati bahawa masih banyak anak murid cikgu yang kurang faham dan menghadapai masalah untuk menulis perenggan pendahuluan yang mantap. Jadi, kali ini cikgu akan membincangkan cara atau panduan untuk menulis pendahuluan karangan. Hal ini perlu diberi perhatian kerana terdapat juga murid yang tidak mementingkan aspek pendahuluan dalam karangan. Buktinya, ada murid yang menulis dua ayat sahaja dalam pendahuluan karangannya. Selain itu, ada juga murid yang menulis dua ayat tanya dalam perenggan pendahuluannya. Jadi, siapakah yang akan menjawab soalan tersebut? Jika perkara ini berlaku sudah pastilah markah pendahuluan akan kurang dan markah keseluruhan karangan akan terjejas terutamanya dalam peperiksaan STPM. Karangan yang baik seharusnya mempunyai pendahuluan yang diolah dengan baik dan seimbang dengan perenggan-perenggan yang lain. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menulis pendahuluan karangan seperti yang terdapat dalam buku-buku panduan menulis karangan di pasaran. Ada penulis yang menyarankan pelbagai cara seperti pendahuluan jenis definisi, sejarah, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh, dan sebagainya. Jadi, dalam paparan kali ini saya mencadangkan satu cara lagi untuk memudahkan murid berfikir dan menulis pendahuluan karangan tersebut dengan menggunakan teknik FACLK. Diharapkan teknik ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid untuk menulis pendahuluan karangan, selain teknik yang biasa digunakan oleh murid-murid sebelum ini. Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya) Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi

dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)

Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K) Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi markah pengolahan (P).

Perenggan Penutup Karangan STPM dan SPM


Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, pada bulan Mei lalu, cikgu mendapati masih terdapat kelemahan dalam penulisan perenggan penutup atau kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis perenggan penutup atau kesimpulan yang pendek iaitu satu atau dua ayat sahaja. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan peribahasa atau ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan cara atau teknik untuk menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk memantapkannya. i. KHPK (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2 Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)

ii. KHH (Kesimpulan, Hurai, Harapan) Perenggan Penutup Contoh 3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)

Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau calon-calon STPM dan SPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup atau kesimpulan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan.

SEJARAH:

Anda perlu mengemukakan sebanyak mana yang boleh pendapat dan idea anda untuk soalan KBKK sebab skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah. Jadi jawapan anda munasabah, dapatlah markah.. 1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?

Menaiktaraf institusi pengajian tinggi Mengadakan program berkembar dengan negara luar Membawa masuk tenaga pengajar luar Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar (mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?

Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif (mana-mana jawapan munasabah)

3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?

Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas Mengharumkan nama Malaysia Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan Mengadakan kempen kesedaran Mempromosikan keindahan Malaysia (mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara?

Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?

Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara Menwujudkan masyarakat bersatupadu

Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral Bangga menjadi rakyat Malaysia mana-mana jawapan munasabah)

6. Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, apakah bentuk bandar yang anda impikan?

Bandar berbentuk moden Bandar yang bersih Sistem perhubungan moden, pantas Sistem perumahan eletronik Selamat dan aman Seni bina yang unik mana-mana jawapan munasabah

7. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan kecemerlangan diri?

Strategi menangani musuh Taktik dalam urusan perniagaan Menjadi seorang yg tabah dan tegas Membentuk disiplin diri Memupuk semangat juang Memupuk daya saing mana-mana jawapan munasabah

8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?

Menjaga keamanan negara Mengekalkan kemerdekaan negara Menegakkan keadilan Mewujudkan perpaduan Mengukuhkan kedudukan raja Membendung tindakan liar Menjamin kemakmuran negara mana-mana jawapan munasabah

9. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?

Menghormati kedaulatan negara lain Melanggar hak asasi manusia Mematuhi piagam PBB Mengelakkan kematian Mengelakkan kemusnahan alam Mengelakkan keamanan sejagat mana-mana jawapan munasabah

10. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?

Menguasai ilmu pengetahuan Mengamalkan amalan kreatif Mempunyai sifat inovatif Menggunakan teknologi terkini mana-mana jawapan munasabah

11. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?

Mempunyai kreativiti Berfikiran terbuka Mementingkan pendidikan Bersifat daya saing Bersemangat patriotik Hidup bersatupadu mana-mana jawapan munasabah

12. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.

Malas kepada rajin Nakal kepada baik Berfikiran negatif kepada positif mana-mana jawapan munasabah

13. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?

Menjamin keharmonian hidup Menjadi panduan mentadbir Perjalanan masyarakat tersusun Menentukan hukuman kesalahan Menjadi panduan pentadbiran mana-mana jawapan munasabah

14. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?

Lambang jati diri bangsa Bukti ketinggian tamadun Sumber pekerjaan Warisan bangsa Mengelakkan kepupusan mana-mana jawapan munasabah

15. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?

Menyerapkan nilai moral Merapatkan hubungan kekeluargaan Mewarisi tradisi keluarga

Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat mana-mana jawapan munasabah

16. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?

Perubahan dalam pemikiran Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik Melahirkan keyakinan diri Menggunakan keupayaan minda Sifat inkuiri Berani meneroka bidang baharu Bersikap kreatif bersikap inovatif mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme moden?

Memajukan pendidikan Membangunkan teknologi Menjadi negara maju Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran Menyemai sikap patriotik kepada rakyat mana-mana jawapan munasabah

18. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?

Semangat kental Pengorbanan tinggi Perpaduan rakyat Kebijaksanaan pemimpin Sifat kepimpinan berwibawa Berilmu pengetahuan Penggunaan pelbagai strategi mana-mana jawapan munasabah

19. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?

Politik stabil Rakyat bersatu Kebebasan bersuara Negara aman Ekonomi maju Mampu menghantar angkasawan Pencapaian sukan bertaraf dunia Mempunyai kereta nasional

mana-mana jawapan munasabah

20. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?

Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan Perlu adanya perpaduan Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat Berhati-hati dengan tindakan orang asing Pentingnya pemimpin berwibawa mana-mana jawapan munasabah

21. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?

Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan Rundingan antara kaum Pakatan murni Mengambil kira isu sebagai panduan Memelihara kepentingan semua kaum

22. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?

pemimpin berwibawa Tanpa pertumpahan darah Sikap bekerjasama antara kaum Mengutamakan perundingan Musyawarah Melalui pakatan murni Melalui pilihanraya Mengamalkan tolakansur Melalui perjanjian mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?

Keluasan negara bertambah Bilangan penduduk bertambah Pertahanan negara lebih kukuh Komunis dapat dibanteras Penjajahan asing ditamatkan Merapatkan hubungan antara kaum Memperkayakan budaya negara Meluasakan pasaran mana-mana jawapan munasabah

24. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?

Lambang rasmi negara Identiti sesebuah negara Kebanggaan warga negara Lambang perpaduan Lambang kedaulatan negara Pemangkin semangat patriotik rakyat mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?

Mengamalkan agama dan kepercayaan Setia kepada raja dan negara Tidak menderhaka kepada raja dan negara Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan Menghormati undang-undang Bersopan dan Bertatasusila Mengamalkan nilai-nilai murni Saling menyayangi mana-mana jawapan munasabah

26. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?

Bahasa yang sama Sukatan pelajaran yang sama identiti kebangsaan perasaan kekitaan sikap tolak ansur budaya yang sama Mempertingkatkan kualiti kehidupan Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan semangat patriotik Aktiviti sukan mana-mana jawapan munasabah

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?

Menyahut sembilan cabaran Terlibat dalam pengisian wawasan Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara Mengekalkan kemajuan negara Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi Menguasai kemahiran IT Berinovasi dan kreatif Berdisiplin baik mana-mana jawapan munasabah

28. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan sektor pendidikan?

mencapai perpaduan menghasilkan sumber tenaga manusia melahirkan tenaga kerja mahir mengatasi buta huruf mendisiplinkan pelajar menjadikan Malaysia negara maju mana-mana jawapan munasabah

29. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?

menjamin keselamatan/keamanan Mengekalkan kedaulatan negara Menggalakkan pembangunan ekonomi Mengekalkan keamanan sejagat Mengukuhkan pertahanan Membina rangkaian perdagangan Menggalakkan pelaburan asing Menghapuskan ancaman komunis mana-mana jawapan munasabah

30. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC

kepemimpinan yang berwibawa mengukuhkan sumber kewangan bertindak dalam satu suara/satu pasukan tegas menghadapi masalah kerjsasama antara pemimpin mana-mana jawapan munasabah

Anda mungkin juga menyukai