Anda di halaman 1dari 26

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2013

QGJ - 3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NOOR AZMILI BIN MOHD PITTLI

NO. MATRIK D20102040971

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 07 (A 122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: Yusop bin Ahmad

Isi Kandungan

Halaman

1. Pengenalan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 2. Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 3. Konsep Sukan Rekreasi 4. Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5. Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5.1 Psikomotor 5.2 Kognitif 5.3 Afektif 6. Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Sekolah Jenis Sukan dan Rekreasi 6.1 Perkhemahan 6.2 Kajian Empirikal 6.3 Jungle Tracking 6.4 Orientering 7. Kajian dan Tinjauan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Luar Negara 8. Contoh Brosur ( Perkhemahan ) 9. Bibliografi

3 4 5 6

7 7 8

9 10 12 12 13

15 17 18

1. Pengenalan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Istilah rekreasi berasal dari bahasa Latin iaitu, re-creare yang bermaksud membuat ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain pekerjaan. Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur

dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi : Webster (1990) Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan. Ford (1981) Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mohd Salleh Aman (2004) Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).

Knapp ( 1981 ) Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Douglas (1970) Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak dibatasi.

Meyer, Brightbill dan Sessom

rekreasi merupakan kegiatan bentuknya beraneka ragam rekreasi ditentukan oleh motivasi rekreasi dilakukan secara rutin rekreasi sukarela rekreasi dilakukan secara universal dan penting rekreasi adalah serius dan berguna rekreasi itu fleksibel rekreasi merupakan hasil sampingan

2. Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan.

3. Konsep Sukan Rekreasi Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakanrakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri

individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Sukan dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air; berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua-dua aktiviti. Ini akan menyebabkan mereka memahami antara satu sama lain. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga mampu membentuk seseorang individu itu kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personaliti, pembangunan insan, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.

4. Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembanganpengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masasenggang. Manakala, Hammerman et.al (1985) pula mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp (1981), mendefinisikan sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

5. Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan.

Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.

Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong 5.1 Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam melaksanakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi, aspek ini perlu diberi keutamaan. Sukan sepanjang haya dan rekrasi berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses yang dialami sendiri oleh pelajar atau murid. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Oleh yang demikian sukan sepanjang hayat dan rekreasi bolehlah ditakrifkan mampu memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. 5.2 Kongnitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,

pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi

seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. 5.3 Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Aktiviti ini mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti. Aktiviti sukan dan rekreasi amat menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri

6. Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Sekolah Jenis sukan dan rekreasi Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi Aktif Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu,kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama, aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada modal insane kelas pertama kepada Negara. Rekreasi pasif Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

Walaupun rekreasi ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk window shopping , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenagkan diri di tempat kerja mahupun di rumah. Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif Aktif Aktiviti aktif melibatkan tenaga Seorang individu boleh menghiburkan diri dalam bentuk menggembirakan emosi dan psikologi. Contoh : 1. Berenang 2. Mendaki bukit Pasif Aktiviti pasif kurang menggunakan fizikal dan bersifat relaksasi Seorang individu bersosial dengan baik dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama Contoh : 1. Melawat muzium 2. Membeli belah

6.1 Perkhemahan Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati diri dipupuk dalam diri seseorang individu. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Jenis-jenis Khemah Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

10

Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.

Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis dome.

11

6.2 Kajian empirikal Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi dengan lebih dekat. Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi. 6.3 Jungle trekking Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan

dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.

12

6.4 Orienteering Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan teknikteknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Terminologi Dan Alatan Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini. Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut: Titik kawalan (Control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik ini. Penanda kawalan (Control marker) Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad kawalan (Control card) Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. Peta utama (Master map) Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. Keterangan kawalan (Control description)

13

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. Landasan (Course) Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah seperti berikut :- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. - Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. Kompas (Compass) Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja. Peta Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topografi. 6.5 Kemahiran tali

Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying fox. Terdapat beberapa jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi iaitu, seperti yang dihuraikan di bawah :-

6.5.1Simpulan (knotting)

Lazimnya simpulan dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Tali ini digunakan pada bendabenda kecil dan sederhana. Contoh simpulan adalah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

6.5.2 Ikatan (lashing)

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan adalah seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak .

6.5.3Sambat (splicing)

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat adalah seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

6.5.4 Mematikan hujung tali (whipping)

Tali tidak boleh digunakan sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan adalah seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.

14

6.6 Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup di dalam hutan amat luas. Bagi memahiri ilmu ini, seseorang itu memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.

6.6.1 Ketakutan

Antara kebanyakkan kesukaran yang akan dihadapi jika tersesat dalam sesuatu tempat rekreasi seperti hutan, gunung dan bukit, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perasaan takut. Ketakutan yang paling penting adalah seperti takut terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui, takut disebabkan ketidakselesaan dan takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

6.6.2 Perhubungan Dengan Orang Asli

Apabila bertembung dengan orang asli, seseorang itu harus berhati-hati. Sekiranya individu tersebut boleh berhubung dengan

mereka, maka peluang untuk terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, seseorang itu perlu berhati-hati kerana adat orang asli berbeza dengan adat kita. Bagi orang asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

6.6.3 Makanan

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Lazimnya, dalam hutan di Malaysia terdapat sumber makanan yang banyak tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika hendak berikhtiar hidup,

seseorang itu harus tidak boleh mengikut selera makan tetapi harus terima sahaja makan dari pelbagai sumber seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan.

7. Kajian dan Tinjauan Sukan dan Rekreasi di Luar Negara Sukan dan rekreasi telah lama popular dan diamalkan di kebanyakkan negara maju seperti Australia, Jepun, dan sebagainya. Bagi kajian dan tinjauan sukan dan rekreasi di luar negara, saya lebih tertarik kepada sukan dan rekreasi yang terdapat di Australia. Di luar negara, sukan dan rekreasi kini bukan lagi satu bentuk hiburan ataupun bertujuan mengisi masa lapang, malahan telah dijadikan satu pertandingan terbuka.

Canada The Canadian Sport Policy, published in 2002 by Sport Canada, recognises the social benefits of sport, particularly for marginalised and under- represented groups. Its emphasis in this regard is therefore more on reducing barriers to participation than on broader contributions to community building (as is evidenced in England and

Scotland). The policy in particular emphasises the value of sporting participation and adherence in promoting national and community harmony (see below for information on Canadas Policy on Aboriginal Peoples Participation in Sport.)

Victoria In 2004, the Department for Victorian Communities published Ministerial Statement: a focus on community sport and recreation. The statement gives priority to the development of community-based sporting programs and providing sporting opportunities for all Victorians. SportEngland supports the web-based Value of Sport Monitor, with abstracts of research material, including a category on social capacity and cohesion. The following is a summary of a selection of abstracts from this category, with full references provided in the bibliography at the end of this paper.

` 15

England The potential for sport to contribute significantly to community building and community cohesion is strongly recognised in England, and reflected in a range of Government strategies: Community building; Neighbourhood renewal - focusing on reducing the gap in relation to the most deprived areas; and Addressing crime and anti-social behaviour as an integral aspect of all communitybased and location-based planning. The literature on government (central and local) strategy in England is particularly informative. Sport Playing Its Part The contribution of sport to building safe, strong and sustainable communities is jointly published by the Home Office, the Local Government Association and Sport England (the central government agency responsible for sport administration and promotion). The brochure sets out how sport has helped

improve community cohesion, reduce crime and anti- social behaviour, improve the quality of the built and natural environment and create a sense of place, and encourage sustainable travel.

16

8. Contoh Brosur

TARIKH : 15- 17 MAC 2013 TEMPAT : SK. DATO YAHYA SUBBAN

Rasional Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar yang sangat popular dan menarik. Ianya boleh dilaksanakan sama ada di tepi pantai, sungai, gua, hutan ataupun sebagainya. Perkhemahan akan mendedahkan para peserta kepada keindahan dan keharmonian kehidupan flora dan fauna. Diharapkan perkhemahan ini akan dapat memberikan keinsafan tentang keunikan, keseimbangan dan kesejahteraan kehidupan yang ada di dalamnya. Matlamat Perkhemahan ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berdisiplin, berpengetahuan, berkemahiran dan dapat menghadapi cabaran dengan gigih, tabah dan bertanggungjawab serta mencintai alam sekitar. Objektif Melalui aktiviti perkhemahan ini, adalah diharapkan para peserta akan : 1.1 dapat memupuk semangat bekerjasama, kesepaduan dan kekitaan dalam kehidupan 1.2 menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi cabaran hidup 1.3 meningkatkan lagi tahap kesihatatan fizikal, mental dan social di kalangan peserta 1.4 dapat menanam rasa cinta akan alam semula jadi pada diri setiap peserta 1.5 meningkatkan rasa keinsafan dan ketaqwaan kepada Tuhan

9. Bibliografi 1. Wee Eng Hoe, GERAK KERJA KOKURIKULUM ( 1996 ), Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Modul QGJ3033:Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi ( PJJ ) Universiti Pendidikan Sultan Idris 3. Dr.Tam Yeow Kwai:Pengurusan Kokurikulum ( 2010 ):Kumpulan Budiman Sdn.Bhd;Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai