Anda di halaman 1dari 17

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

ISI KANDUNGAN
No 1 2 Pengenalan Pergerakan asas - Matlamat - Objektif - Konsep Pergerakan Asas - Pergerkaan lokomotor - Pergerakan bukan lokomotor -Manipulasi alatan -Kepentingan pergerakan asas 3 4 5 6 7 8 9 Panduan Perlaksanaan Demonstrasi Prosedur Perlaksanaan Pelan Lantai Rumusan Rujukan Kolaborasi Refleksi 8-12 8-12 13 14 15 16 17 Perkara Muka surat 2 2-7

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

TAJUK Menyediakan perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan.

1.0 PENGENALAN Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel-1986). Gallahue (1996), menegaskan bahawa pendidikan jasmani meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan. Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai dengan :

Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul. Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.

Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran pergerakan asas dibahagi kepada dua iaitu :

Kemahiran Lokomotor dan Kemahiran Bukan Lokomotor.

2.Matlamat Matlamat pergerakan asas ini adalah untuk mendedahkan aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Selain daripada itu ia bertujuan untuk mempraktikan kepada semua guru prasekolah
Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

supaya dapat mengajar anak murid yang berumur 4-6 tahun tentang pergerakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu ia dapat membantu guru dan murid meningkatkan keyakinan diri, kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

3. Objektif Pergerakan Lokomotor Objektif pergerakan asas ini adalah bertujuan supaya kita dapat membuat pergerakan dengan betul. Di samping itu juga dapat menguatkan otot untuk kegiatan lebih cergas. Selain daripada itu kita juga mendapat kesedaran tentang ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri. Objektif ini penting bagi melakukan pergerakan asas kemahiran sukan dan permainan mana mana peringkat. Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :

Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

4. Lokomotor Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Lokomotor Beritma Sekata

Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

Skip Melongsor Galop

5. Pergerakan Bukan Lokomotor

Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang.

Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok
Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.

Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong.

Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.

Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi . Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki Menghayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap

Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Hayun dengan bergayut pada palang Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

Merebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangkit Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. sehingga

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh,

pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas:

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Merangkak-membongkok + berjalan. Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong. Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

6. Kemahiran Manipulatif

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:

Memberi tenaga kepada objek. (melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul) Menguasai objek (menangkap dan menyambut) Mengawal objek. (menggelecek dan memantul bola)

7.0 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Sungai Serai

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan
Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.

8.1 Senarai pergerakan lokomotor yang dilakukan

1. Skipping 2. Lompat zig-zag bervariasi 3. Skip 4. Berjalan 5. Mencongklang ( gallop )

Senarai pergerakan bukan lokomotor yang dilaksanakan

1. Memusing 2. Menendang 3. Meleding sambil melambung dan menyambut bola 4. Membongkok 5. Menghayun 8.2 Jenis jenis pergerakkan

Pergerakan 1 (Bukan Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan - Memusing ke kiri dan kanan sambil memegang gelung Memusing Lakuan dilakukan secara Gambar

melutut

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Pergerakan 2 (Bukan Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan -Menendang bola secara statik Menendang ke hadapan Gambar

Pergerakan 3 (Bukan Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

-Berdiri meleding dengan tangan membengkukkan Meleding ke belakang

sambil memegang bola - Lakuan diulangi sebanyak 3 kali.

Pergerakan 4 (Bukan Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan - Membongkok mengambil bola membawa ke atas - Lakuan dilakukan sebanyak 3 kali Membongkok Gambar

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Pergerakan 5 (Bukan Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan - Menghayunkan gelung ke kiri dan ke kanan sambil melutut Menghayun - hayunan sebanyak 3 kali. . Gambar

Senarai pergerakan lokomotor yang dilaksanakan 1. Melompat 2. Berjalan 3. Berlari 4. Mencongklang 5. Skip

Pergerakan 1 (Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

-Melompat Melompat. tali skiping

sambil menggunakan di tempat yang statik

sebanyak 5 kali.

Pergerakan 2 (Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

-Berjalan sambil bounce bola di kawasan yang rata Berjalan

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

Pergerakan 3 (Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

- Berlari ke kiri dan kanan sambil Berlari membawa bola .

Pergerakan 4 (Lokomotor) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

Mencongklang ( Galop )

- Bergalop sambil menghayunkan gelung

Pergerakan 5 ( Lokomotor ) Jenis Pergerakan Prosedur Perlaksanaan Gambar

- Berlari sambil berskip di padang menggunakan tali Skip

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

9. Pelan Kedudukan ujian amali pergerakan asas Litar Rangkaian Pergerakan Lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan Pergerakan 2 Bukan lokomotor Pergerakan 3 Lokomotor Pergerakan 4 Bukan Lokomotor TAMAT

Pergerakan 5 Lokomotor 6 m e t e r

Pergerakan 1 Lokomotor

Pergerakan 5 Bukan lokomotor

Pergerakan 4 Lokomotor

MULA Pergerakan 1 Bukan lokomotor skital 5 meter Pergerakan 2 Lokomotor Pergerakan 3 Bukan lokomotor

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

RUMUSAN

Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempersiapkan diri sebelum ujian amali pergerakan bermula. Sememangnya penting kertas kerja ini dibuat kerana banyak maklumat dan pengetahuan baru yang saya perolehi ketika menyediakannya. Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

11.0 RUJUKAN

Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for all children. New Orleans: Human Kinetics

Helen Ten. H.B (1992). Pengajian Pendidikan Jasmani Kanak-kanak. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Wee E.H (1994), Pengajian Pendidikan Jasmani. Selangor .Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-Pergerakan-Asas dilayari pada 23 September 2010 jam 9.30 malam

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS PJM 3102 NAMA PELAJAR UNIT TARIKH : NORHASHMAH BT MAJUHOR : PJK PERKARA DIBINCANGKAN -Penerangan proforma dariapada En Nazri - Amali pergerakan asas 28.7.2012 Sesi Perbincangan bersama rakan sekuliah 1.8.2012 Mencari bahan sebagai rujukan di internet dan buku pendidikan kesihatan TANDATANGAN

3.8.2012

Mula membuat draf rancangan kertas kerja dan pelan 4.8.2012

Mengambil gambar di padang sekolah untuk pelan pergerakan asas 6.8.2012

7.8.2012

-Mula menjalankan tugasan -Membuat perbinangan terakhir bersama rakan

8.8.2012

Mengemaskini tugasan

10.8.2012 -menghantar email kepada encik nazri

- Menghantar tugasan ke pensyarah 1.9.2012

Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Pergerakan Asas (PJM 3102 )

REFLEKSI
Alhamdulillah syukur kepada hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun saya menghadapi kekanggan masa. Ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Encik Mohammad Nazri b Omar yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pada 26.7.2012 Encik Nazri telah menerangkan tugasan mengikut proforma yang diberi. Bagi memenuhi proforma PJM 3102 tugasan dijalankan secara individu Encik Nazri meminta semua pelajar menggunakan alat untuk pergerakkan asas. Pergerakkan asas yang dilakukan perlu dirakam gambar bagi membuktikan hasil tugasan dapat dilakukan. Saya memilih gelung, bola dan juga tali skipping bagi memudahkan saya melakukan pergerakan semasa amali nanti. Setelah melakukan pergerakan asas yang telah dipilih saya dapat memahami bahawa pergerakan ini memerlukan teknik yang betul misalnya meledingkan badan. Sekiranya perlakuan meleding dilakukan dengan salah ia dapat menyebabkan struktur anggota badan akan berasa sakit. Ini adalah pengalaman saya semasa melakukannnya. Setelah saya belajar dan mempraktikkannya baharulah saya tahu pergerakkan asas wajar di ajar dan ditunjukkan dengan betul kepada murid terutamanya murid Prasekolah. Secara keseluruhannya saya berasa gembira dengan hasil saya sendiri dan secara tidak langsung saya dapat belajar tentang pergerakkan asas yang betul. Saya berharap tugasan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan insan dan guru yang seimbang dari aspek JERIS. Disediakan oleh,

Norhashmah bt Majuhor 811114-13-5026 No Angka Giliran : 2011202360277


Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

Anda mungkin juga menyukai