Anda di halaman 1dari 48

TUGASAN

: 1)
2)

PEMBENTANGAN
PENULISAN ILMIAH

TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

1)

CHRISTOPHER ANAK BARAT

2)

NOVIE ADILAH SONDIG

3)

TAI CHEN HIUNG

4)

NORHAFIZAH BT MANAN

5)

HISHAM JAIMIE

SENI DAN MUZIK

FAKULTI
JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TEMPAT

DEWAN TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN

ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL


( AT 31 )
Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(SHV 4193)
Kumpulan 4
Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT
AWAL KANAK-KANAK
Tugasan berkumpulan
Disediakan oleh:

Nama

Christopher anak barat


Novie adilah sondig
Tai chen hiung
Norhafizah bt Manan
Hisham Jaimie
Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA/SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI SAINS AWAL

3.0

DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL

4.0

KURIKULUM PERMATA

12

4.1

Bidang Pembelajaran Perkembangan


Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia
Persekitaran Peringkat perkembangan
Kanak-kanak (Pra-Sains)

5.0

12

4.2

Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.

12

4.3

Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan

16

4.4

Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun

21

4.5

Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun

25

4.6

Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun

29

KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN


SAINS AWAL KANAK-KANAK.

6.0

34

KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN


SAINS AWAL KANAK-KANAK.

7.0 KESIMPULAN

38
45

RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN
Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah
dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran
kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains
seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan
dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan
bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan
memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran.
Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi
Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata.
Kurikulum

permata

dirancang

dengan

mangambil

kira

semua

aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus


kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan
Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat
belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan
sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan
yang membuat binaan asas tidak stabil.
Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan
keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di
muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita
menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan

oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami


fenomena yang terdapat di sekeliling mereka.
Sebagai

bidang

ilmu,

sains

membekalkan

rangka

konsep

bagi

membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains


ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta
dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia
ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.
Pendedahan

awal

kanak-kanak

ke

atas

sains

adalah

penting

bagi

perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

2.0 DEFINISI SAINS AWAL


Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang
dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif,
konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang
melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat
berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang
diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanakkanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal
dalam

sains

penting

bagi

membolehkan

kanak-kanak

membina

rasa

tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif
yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam
pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.
Merujuk

kepada

pendidikan

sains

awal,

ia

menfokuskan

dengan

perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang


pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah
subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap
hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat
ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang
lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan
persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanakkanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu


atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali
ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung
sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya
berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini,
kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung
dengan fonomena yang dialami.
Proses

Pendidikan

Sains

awal

kanak-kanak

pada

peringkat

awal

menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang


dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanakkanak secara aktif

melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.

Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada


pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina
kefahaman saintifik.
Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat
memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi
ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan
bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains
adalah :

Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanakkanak.

Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan


akibat

Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif,


kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.

Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

3.0

DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAKKANAK


Menurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihat

dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan
dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam
persekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu
kepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada
setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal
kanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan
memahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat
ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa
bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanakkanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka
menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003).
Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena
alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di
persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen
yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka
akan timbul beberapa soalan seperti Apa ini?, Bagaimana ia berfungsi?,
Kenapa?. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman

ini

akan

menggalakkan

kanak-kanak

supaya

mahir

berfikir,

menyoal,

menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang


berasaskan pengalaman saintifik.
Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di
sekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalah
pekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains
adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu
proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan
kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh
menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani
Menon & Rohani Abdullah, 2003).
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu
pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan
fakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal,
memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanak
terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara
tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat
maklumat secara saintifik.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanakkanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan
kemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan
kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan
kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar

10

mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak


dengan

berterusan.

Pemerhatian

beliau

terhadap

kanak-kanak

secara

berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka


beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang
mendasari pemikiran kanak-kanak.
Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem
logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan,
sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang
tersendiri.

Piaget

percaya

fungsi

kecerdasan

adalah

untuk

membantu

menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang


dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap
persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanakkanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza
(Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur, 2008).

11

4.0

KURIKULUM PERMATA

4.1

Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman


Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (PraSains)
Dalam isi kandungan Kurikulum Permata, bidang sains awal terdapat

dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan


pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran
peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun.
Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut
serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang ini.

4.2

Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.


Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman

bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak
dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corakcorak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa
berubah.

Walaubagaimanapun,

bayi

dapat

menyesuaikannya

kepada

pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2

12

bulan sudah mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar


bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap
putting susu ibunya atau menghisap jari. Melalui cara ini, proses perkembangan
kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapanpenghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana
Jaafar, 1996).
Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila
ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah
boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi
sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain
dengannya. Pada usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala
dan bahagian dada ketika meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih
matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang
pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan mula menunjukkan rasa
terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila
diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi.
Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan
motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima
deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek
iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada
peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari
satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan
terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Melalui uji kaji-uji kaji ini

13

bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity
yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristikkarakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain
(Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan


Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga
6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya
kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di
persekitarannya melalui pancaindera. Intervensi yang dijalankan adalah untuk
memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif
yang berbeza. Selain itu juga, ingin memupuk kemahiran menghubungkan
sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Disamping itu ingin meningkatkan deria
lihat dan menanam perasaan ingin tahu. (Aminah Ayob et al. 2008).
Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka
pada peringkat kanak-kanak. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu,
merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas
sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di
dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai apabila jatuh dan sebagainya.
Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah), mereka akan membina
pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang
akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya.

14

Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba


dan mengeksperimenkan. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu
di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Ini
adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains
dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani
Abdullah, 2003).
Kurikulum Pendidikan Sains Awal
Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan.
Objektif Pembelajaran
1. Kebolehan melihat
persekitaran dan
pergerakan dengan
perspektif yang berbeza.

Kaedah
a. Meletakkan bayi pada
posisi yang berbeza-beza.
b. Menayangkan kepada bayi
mainan pelbagai bentuk
dan warna yang menarik.

Cadangan Aktiviti
Baringkan bayi di atas katil bayi,
baring dengan sokongan bantal,
letak di kerusi atau kerusi bayi
dalam kereta.
Menggantung permainan di atas
katil bayi untuk meransang daya
tumpuan.
Menggunakan gim kanak-kanak
untuk bayi bermain sendirian.
Bermain dengan bayi dengan

2. Membezakan warna dan


objek.

memanggilnya dari lokasi yang


berbeza.
Permainan yang menggunakkan
pertembungan mata.
Berkomunikasi dengan bayi
semasa menakapnya.

3.Memupuk kemahiran
menghubungkan sesuatu
objek dengan aktiviti

a. Mengagah bayi dari

Membawa bayi bersinar-sinar

pelbagai posisi.

melihat persekitaran sambil


bercakap-cakap dengannya dan

15

tertentu.

4.Meningkatkan deria lihat

b. Menggunakan barang

memperkenalkan beberapa jenis

mainan yang mempunyai

benda hidup seperti daun pokok,

pelbagai fungsi.

bunga, serangga.

a. Mendukung bayi dalam

dan menanam perasaan

keadaan vertikal,

ingin tahu.

menghadap ke depan atau


ke belakang.

4.3

Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan


Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai

masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di


antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi
sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat
sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu
alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008).
Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan
mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil
daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat
perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan
bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus
wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004).
Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri
dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan
peristiwa secara lebih berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti

16

mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci,
suka menyusun, membina dan memecah dan membina semula. Mereka juga
mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang
sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua
deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh
semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan


Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga
12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya
kanak-kanak

dapat

melihat

dan

menyesuaikan

diri,

mengenali

objek,

membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Intervensi
yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai
bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. Selain itu, membezakan warna
dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan
meningkatkan kepekaan deria bau. Akhir sekali, dapat mengenali dan
menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. (Aminah Ayob
et al. 2008).
Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi
mula memahami ciri kekalan pada objek yang terdapat di sekitarnya. Misalnya,
mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada
di depannya ketika itu. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman
cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah

17

kain ataupun di belakang penjaga. Pada peringkat ini, bayi hanya terikat kepada
tempat yang tersorok. Contohnya, seorang bayi berusia 9 bulan, beliau sudah
pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Akan tetapi, apabila
abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain, bayi tersebut tetap mencari
bola di belakang abangnya.
Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang
bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Mereka akan mencarinya pada
tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Dia sudah dapat
memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Bayi sudah
berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan
mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Peningkatan
kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan
bayi membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam
permainan cikucak.
Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat
menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan, misalnya ibunya akan wujud
setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi, apabila mereka ingin
mendapat perhatian ibu, mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun
menangis. Pada hujung peringkat kecil ini, bayi berkebolehan mengawal bahasa
dengan menggunakan dua perkataan seperti papa ataupun mama.
Panggilan ini mengembirakan ibu bapa, yang akan terus memberi galakkan
kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. (Rohani Abdullah,
2004).

18

Kurikulum Pendidikan Sains Awal


Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Kebolehan
membezakan pelbagai
dan meningkatkan
kepekaan deria
pendengaran.

KAEDAH
a. Bercakap dengan bayi
b. Memperkenalkan pelbagai
bunyi dari sumber yang
berlainan.

CADANGAN AKTIVITI
Memanggil nama bayi
dengan intonasi yang
berbeza.
Mainkan rentak muzik
atau alunan nasyid yang
berlaian setiap hari.
Mengetuk objek berbeza
yang akan menghasilkan
bunyi yang berbeza di
hadapan.
Mencari bunyi: contoh
dapatkan alat muzik atau
kotak muzik, bunyikan
dan sembunyikan. Tanya
bayi bunyi apa tu? Dari
mana datangnya bunyi
tu? mula mencari bunyi
tersebut bersama bayi
dengan cara merangkak
bersama-sama. Ucap
tahniah pada bayi apabila
menjumpai mainan
tersebut.

2. Membezakan warna

a. Menggalakkan bayi

Bermain dengan objek

dan objek yang

bermain dengan objek

yang berbeza bentuk dan

berlainan.

yang berlaian bentuk dan

warna (alat mainan

warna yang berlainan.

mobil).
Bermain barang mainan

19

b. Memperkenalkan

yang lembut atau boneka

kepelbagai bauan yang

yang berwarna terang dan

berbeza.

berbeza.
Menggunakan boneka
dalam bercerita atau
memoerdengarkan lagu
incy wincy.
Spider menggunakan
labah-labah.
Letakkan bauan yang

3.Membezakan bauan yang


pelbagai dan

berbeza dalam helaian

meningkatkan

kain/tisu, bungkuskan

kepekaan deria bau.

dengan pembalut yang


berbeza warna dan hayun
dan tayangkan di depan
bayi.

3. Mengenali dan

a. Membacakan buku dengan

Menujukkan buku

menamankan anggota

meletakkan bayi di atas

bergambar berwarna

badan, membezakan

pangkuan bayi.

(tanpa tulisan) dan

sesuatu objek.

membaca bersama-sama.
Tunjukkan buku cerita
yang hanya ada gambar
atau lukisan, dan reka
cerita sendiri. Cari
peluang untuk bunyikan
bunyi yang biasa pada
pendengaran kanakkanak.

4.4

Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun

20

Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18


bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi
seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan
mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta
menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan
cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga
cuba

mencantumkan

dan

mengkoordinasikan

pelbagai

skema

bagi

menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya.


Bukan itu saja, kanak-kanak ini
semakin

meningkat

dan

juga memahaman terhadap kekekalan objek

tumpuan

kepada

penguasaan

bahasa

juga

mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk


menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada.
Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di
mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi
pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu,
kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak
semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al.
2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan
kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan
ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan
memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya.

21

Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan


menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan
kemahiran kognitifnya. Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk
menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa
bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu,
kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami
sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini
untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang
sama(Aminah Ayob et al. 2008).
Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa
pemerhatian yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih
banyak perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum
menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi,
namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau
objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak
pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan
pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka.
Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran
penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan
warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan
buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba
(Rohani Abdullah, 2004).

22

Fokus Modul Umur 1-2 Tahun


Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi
meningkatkan
persekitaran

lagi
melalui

kebolehan
penggunaan

kanak-kanak
deria

menyesuaikan

serta

meningkatkan

diri

dengan

kemahiran

penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan


adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut :
1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh.
2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa.
3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria

23

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Meningkatkan deria melihat
dan menyentuh

a.

KAEDAH
Membacakan buku

CADANGAN AKTIVITI
Gunakan buku cerita bergambar

bergambar sambil memangku

yang besar dan berwarna warni

anak tatih di atas riba

serta mempunyai tekstur yang


berbeza dan biarkan kanakkanak membolak-balik muka
surat.

2. Meningkatkan kemahiran

a.

Bermain dengan

Hide and seek biarkan kanak-

penumpuan dan kemahiran

permainan berfungsi ada dan

kanak melihat pengasuh

bahasa

hilang.

bersembunyi dahulu sehingga


mereka memahami permainan.

3. Menggalakkan

a.

Menyeidakan pelbagai

Sediakan buah-buahan seperti

perkembangan kelima-lima

bahan yang membolehkan

oren, jambu merah dan hijau,

deria

kanak-kanak melihat,

dan anggur.

menyentuh,
mendengar,menghidu, dan
merasa.

Galakkan mereka melihat,


menyentuh tekstur kulit,
menghidu dan meras buahan

b.

Memperdengarkan

tersebut.

pelbagai bunyi dari


persekitaran

Bawa mereka keluar dan


biarkan mereka mendengar
pelbagai bunyi yang berlainan
yang mempunyai maksud dalam
kehidupan mereka contoh
dengan bunyi burung, siren
ambulans, tangisan kanakkanak lain dan sebagainya.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal


Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun.

4.5

Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun

24

Pada tempoh usia ini, Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak


melalui arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan
pemahaman bahasa anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat
awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna
tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanakkanak

ini

akan

menghabiskan

sebahagian

besar

masanya

dengan

mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa


disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam
menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu bapa
sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah
dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif
dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya.
Menurut

teori

Piaget

menyatakan

bahawa

kanak-kanak

berlaku

perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh


menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk
perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
mudah. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka.
contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu
sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih
menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek
dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau
perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali

25

peristiwa yang lalu. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan


information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula
informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan
memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan
perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar
dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat
awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart
dan Craik, 1990).

Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun


Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi
meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat
penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir
kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada
penggunaan teknologi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk
mencapai perkara-perkara berikut :
1.

Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria.

Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan


perkembangan bahasa.

26

Merasai

perbezaan

melalui

sentuhan

dan

merangsang

perkembangan afektif dan emosi.


2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.
3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual.
4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam
kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan
menguatkan otot-otot tangan.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal


Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

KAEDAH

CADANGAN AKTIVITI

1. Peningkatan kemahiran

a.Menydiakan

aktiviti

meneliti sesuatu benda

merangsang

penggunaan

mengguanakan deria

deria

ii. Meningkatkan deria


sentuhan, dengar dan bau
serta mematapkan
perkembangan bahasa.
iii. Merasai perbezaaan melalui
sentuhan dan merangsang
perkembangan afektif dan
emosi.

untuk

sesuatu benda.

mengenali

Letakkan objek yang


berkainan di dalam kotak
suruh mereka mencari objek
yang dikehendaki tanpa
melihat ke dalam kotak.
Menutup mata kanak-kanak
dan biarkan mereka merasa
dan menamakan objek
dengan mata yang tertutup.
Pelbagai jenis objek yang
digunakan yang boleh
dikenali berdasarkan bunyi,

27

bau, bentuk dan tekstur.


Sediakan permulaan objek
yang berbeza teksturseperti
kasar, licin, lembut dan lainlain sambil
memeperkenalkan
perkataana-perkataan baru
tersebut.
Berjalan di atas permukaan
yang berbeza seperti rata
dan tidak rata.
1. Menguasai bahasa dan

a.Mendedahkan kanak-kanak

menggalakkan penguasaan

kepada pelbagai cara untuk

ilmu.

menguasai bahasa dan


menambahkan ilmu

Bercerita bersama kanakkanak.


Menyanyi.
Berlakon.
Memperkenalkan kepada

2. Meningkatkan kemahiran

a. Gunakan peluang yang

berfikir dan kemahiran

ada untuk melibatkan

anak tatih pelbagai benda

intelektual.

kanak-kanak dalam aktiviti

dan makanan serta

berfikir.

fungsinya.
Memerhati benda-benda
hidup di sekitar. Sebagai
contoh : mengenai pokok
tomato kita ni berbuah
sangat lebah dan pokoknya
juga tinggi. Agaknya apa
yang boleh kita lakukan
untuk mengekalkan
kelebatan buah pokok ini ?

3. Menyedari dan mula

4. Mendedahkan kepada

Sediakan gunting kanak-

memahami tentang

anak tatih barangan

kanak dan suruh mereka

kegunaan teknpologi dalam

berteknologi yang

mengunting bentuk dan

kehidupan seharian

digunakan dalam

objek yang berlainan tetapi

disamping meningkatkan

kehidupan seharian

mesti dengan pengawasan

28

daya kreativiti dan

seperti gunting, peti ais

orang dewasa. Biar mereka

menguatkan otot-otot

basikal dan sebagainya.

guntung bentuk yang

tangan.

diingini oleh mereka.


Membuka peti ais,
mengenalkan barangan di
dalamnya sambil
menerangkan fungsinya
menyejukkan beri peluang
anak tatih bermain dengan
basikal atau trisikal sambil
pengasuh menerangkan
fungsi kayuh

4.6

Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun


Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya

menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai


persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa
berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan
dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini
mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini, tetapi
sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan
kehendak

dan

rancangan

aktivitinya

oleh

ibubapa,

maka

ia

akan

memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut


dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile
Suzana Jaafar,2002).

29

Pada

umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan

mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian.


Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat
sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa
bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur
ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka.
Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu
yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana mereka bimbang dan malu
apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang
lain (Aminah Ayob et al. 2008).
Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk
menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin
meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan
masa hadapan. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan,
empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini
boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut
urutan dan nama anggota badan.

Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun


Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi
kebolehan

kanak-kanak

untuk

memberi

tumpuan,

membuat

penelitian,

meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan


kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada

30

penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk


mencapai perkara-perkara berikut :
1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza
bentuk dan menamakannya.
2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian objek yang
berbeza bentuk dan menamakannya.
3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa, bentuk dan
warna.
4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata.
5. Meningkatkan

kemahiran

mengimbangkan

tangan

dan

jari

dan

meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna.


6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat
pengamatan dan analisis.
7. Memahami kemahiran penggunaan, mahir dan kaitan objek/situasi
dengan rutin harian.
Kurikulum Pendidikan Sains Awal
Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Meningkatkan deria rasa,

KAEDAH

a. Memperdengar dan

CADANGAN AKTIVITI

Letakkan di dalam karung kecil

sentuhan, bau dari sentuhan,

memperkenalkan pelbagai

objek-objek yang berbeza rupa,

bau dari pelbagai objek yang

objek yang berbeza untuk

dan bentuk seperti kunci, sikat,

berbeza bentuk dan

bunyi yang berbeza

tin dan lain-lain.

menamakannya

Minta kanak-kanak

31

memasukkan tangan ke dalam


karung tersebut meneka dan
menamakan objek berdasarkan
tekstur, bentuk, bau tanpa
melihatnya.
Ajak kanak-kanak meneroka

2. Mempertingkatkan

a. Memberikan peluang kanak-

kemahiran deria,

kanak menerokai melalui

dan mendengar setiap bunyi

menumpukan perhatian dan

pengalaman langsung.

yang dihasilkan. Agar lebih

pengamatan.

menarik, dalam keadaan mata


tertutup teka bunyi apa yang
dihasilkan atau bunyi yang tidak
terdengar.
Meneka bunyi objek yang hilang
boleh mempertingkatkan daya
kemahiran deria dan mefokus.

3. Mempertingkatkan

a. Bermain pasir/ air

Sediakan bekas diisi dengan air

kemahiran deria rasa dari

atau pasir yang berlainan.

pelbagai tekstur dan suhu

Warna/ tekstur.

yang berlainan.
Biarkan kanak-kanak bermain
dengan selesa mengikut
kehendak mereka. Boleh
sediakan bekas yang berbagai
bentuk untuk memberikan
peluang kepada kanak-kanak
menerokainya.
4. Mengawal neurologi jari dan

a. Menjahit.

Sediakan tali sederhana halus

daya fokus koordinasi

dan objek yang berlubang

tangan dan mata.

ditengahnya untuk dimasukkan


tali ditengahnya.
Ajar kanak-kanak memasukkan
tali ke dalam lubang objek
dengan perlahan, jelas dan
berulang-ulang.

5. Meningkatkan kemahiran

a. Mendedahkan kanak-kanak

1.

Memasak dan merasa :

32

mengimbangi tangan dan jari

dengan pengalaman

dan meningkatkan

langsung.

kemahiran gabungan

a.

Ajar dan ajak kanak-

kanak memasak dan

pelbagai rasa, bentuk dan

menyediakan masakan ringkas

warna.

atau minuman yang pelbagai


rasa.
b.

Ajak mereka merasa

makanan/ minuman yang


mereka sediakan.
c.

Berbual dengan kanak-

kanak tentang perbezaan rasa,


tekstur bentuk dan warna bahan
masakan/ minuman.
6. Meningkatkan kemahiran

a. Menyediakan persekitarann

Sediakan replika/ permainan

berfikir secara analogi dan

yang menggalakkan

binatang yang menarik

secara analogi dan deduktif,

pemikiran analogi, deduktif,

dihadapan kanak-kanak (Mini

membuat pengalaman dan

dan membuat pengalaman

World Play Materials ).

analisis.

dan analisis sifat bahan.


Lebih menarik jika disediakan
b. Mengasingkan replika
binatang/ benda mengikut

papan imaginasi bertemakan


safari.

kumpulan.
Minta kanak-kanak asingkan
c. Belajar menggunakan bahan

antara replika binatang-binatang

yang ada untuk

itu di atas papan imasginasi

menyelesaikan masalah dan

safari contohnya, binatang buas

belajar mencuba dengan

(dalam hutan), ikan (dalam

menggunakan strategi yang

sungai/laut), burung (atas

sedia ada.

pokok).

d. Bermain lego, tanah liat dan


puzzle.
e. Bereksperimen dengan air.

Berbual dengan kanak-kanak


untuk menggalakkan
penggunaan bahasa dan
perkataan yang sesuai semasa
pengasingan dibuat.
Ajar kanak-kanak menggunakan

33

alat permainan.
Tunjuk contoh hasil kerja diikuti
dengan galakkan dan pujian
yang selari dengan pencapaian
hasil kerja.
Galakkan pembinaan daya
kreatif dengan memberi satu
permasaalahan.
Galaka pembinaan daya kreatif
dengan memberi satu
permasaalahan.
Sediakan permainan pelbagai
jenis tekstur dan material yang
boleh direndamkan dalam
bekas yang berisi air. Anak
patung, ikan, span, tali, bekas
plastik dan lain-lain.
7. Memahami kemahiran

a. Melabel objek/situasi

Ajak kanak-kanak membantu

pengunaan, makna dan

melabekan objek atau situasi

kaitan objek/ situasi dengan

tertentu di dalam kelas atau

rutin harian.

sekitar sekolah. Contohnya


tinggi, rendah, besar, kecil meja,
kerusi, bunga, bulat, panjang
dan lain-lain.
Sambil melabel, ajak mereka
berbual tentang objek atau
situasi tersebut, reka cerita
fantasi untuk lebih menarik.

5.0

KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAKKANAK

34

Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam Sikap &
keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal , terdapat enam
komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara
bersepadu. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Komponen
perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan
untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap
sains.
Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan
kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains,
memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula,
dapat

memperkembangkan

kemahiran

menyelesaikan

masalah

dalam

kehidupan seharian. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep


ruang, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta
memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat permerhatian atau
pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains.
Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat
inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan
kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak
dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahanbahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar
atau menonton cerita kanak-kanak.

35

Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada


pendidik yang berada di dalam kelas. Para pendidik diharapkan faham,
menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan.
Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap
yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. Dapatan-dapatan kajian
menunjukkan konsepsi, sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering
mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains
awal kanak-kanak.
Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran
(mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Sikap
dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan
tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan. Dapatan-dapatan kajian
menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan
menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kajian turut menunjukkan sikap
guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi
ikutan murid-murid(Gabel & Rubba,1997). Selain sikap, kepercayaan serta nilai
yang dihayati guru turut mempengaruhi corak
Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan
keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Kepercayaan berkait rapat
dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Bandura
(1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama
yang memandu tingkah-laku. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan
hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan hasil kerja. Umumnya,

36

individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya
akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang
sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi keuntungan kepadanya.
Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan
seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Efikasikendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku

yang perlu dibuat, usaha dan

ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi.
Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah
laku

tersebut.

Menurut

Bandura

(1986),

kita

membina

jangkaan-

jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan


berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang
keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan.
Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam Perisian pengajaran
berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal
haiwan, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan
yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang lebih tinggi. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk
membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat
ini, minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Dengan ini, perkembangan kognitif pelajar
dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah.
Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal
kanak-kanak

kerana

keupayaan

kognitif

mempengaruhi

semua

aktiviti

37

pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains.


Tambahan pula sejak kebelakangan ini, matapelajaran Sains adalah begitu
penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah
kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun
2020.
Menurut Lumpe & Staver (1995), pelajar hilang minat terhadap sesuatu
pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah
bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik,
persekitaran

pembelajaran

yang

kurang

memuaskan

dan

pendekatan

pengajaran yang statik. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran


pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Seterusnya, proses
pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan
guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanakkanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami
tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Dr .
Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu
Malaysia berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti sains harian iaitu
perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Sains di peringkat prasekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak

38

langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan


pengalaman harian mereka.
5.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam
melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara
umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.
Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan
insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang
serentak

dengan

perkembangan

individu

seorang

kanak-kanak

yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau
kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang
pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang.
Dalam menjana pendidikan, pembelajaran awal adalah sangat penting
untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu, pembelajaran sains awal banyak
dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak
individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan
pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting.

39

Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran


sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan
Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan Dialogue on Early Childhood
Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science,
Mathematics and Technology yang menyebut; in active science programs,
children make choices, voice opinions, and perform various investigations. In
such settings, children might demonstrate their interests, understandings, and
emerging skills through their conversations; their questions; their actions; and the
work they produce, such as constructions, drawings, or writings(Bredekamp dan
Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ).
Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan
membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti
membuat andaian pilihan, dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui
perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. Setelah itu, kanakkanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang
tersendiri. Dalam pada itu, adalah sangat penting menjana pemikiran kanakkanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka
berkomunikasi, memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka
kepada sesuatu yang aneh iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka.
Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal
kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. M Quillan et. al. (2007)
didalam A Guide to Early Childhood Program Development. Kajian ini turut

40

mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga


peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak, iaitu:
-

Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal

Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang


menarik, dan;

Menerokai idea baru.

Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut, kanak-kanak harus


dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar
dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat
menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka
dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi
pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. His contributions can be
witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience
with materials and peers, and encouraging the pursuit of individual interests and
questions. (Mark K. M Quillan et. al. 2007). Kanak-kanak adalah sangat aktif
dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru, maka melalui
pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri,
pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut.
Kajian-kajian

lain

yang

dapat

diperhatikan

didalam

mengaitkan

pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe
Trundle (2009) dalam jurnalnya Teaching Science During the Early Childhood
Years. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran
sains diperingkat awal kanak-kanak. Menurut French (2004) di dalam Kathy

41

Cabe Trundle (2009) Young children are motivated to explore the world around
them, and early science experiences can capitalize on this inclination.
Sehubungan dengan itu, pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak
adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada
sesuatu bidang yang yang digemarinya. Kanak-kanak akan lebih cenderung
untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah
kepadanya didalam menganjak kedewasaan. Maka dengan itu, kecenderungan
kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak
atau keinginan ibu bapanya sahaja, tetapi melihat kepada bidang yang diminati
oleh kanak-kanak tersebut. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak
memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang
arahnya,

yang

membawa

kepada

kesan

negatif

seperti

tekanan

dan

kemurungan. Supporting children as they develop scientific thinking during the


early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to
other academic domains which may support their academic achievement and
their sense of self-efficacy Kuhn & Pearsall (2000); Kuhn & Schauble, & GarciaMilla (1992), di dalam Kathy Cabe Trundle. 2009). Merujuk kepada kenyataan
tersebut, memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang
saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan
akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. Kanakkanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih
berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. Young children need quality science
experiences during their early childhood years. Science and Literacy provides a

42

systematic instructional framework, a standards-based curriculum, and high


quality teacher resources. This program also effectively integrates text,
illustrations, and diagrams into inquiry-based instruction (Kathy Cabe Trundle.
2009)
The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing
process that begins before birth and continues into adulthood (Jack P. Shonkoff
et. al. 2007). Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran
sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. al. (2007) melalui jurnal
mereka yang bertajuk The Science of Early Childhood Development. Kajian ini
mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal
(sebelum lahir) sehingga dewasa, menurut mereka pembelajaran ini adalah
berterusan

dan

berhubung

rapat

dengan

pembentukan

perkembangan

keupayaan minda kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini banyak


memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru
(pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius, ini
berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh
kanak-kanak. Menurut Jack P. Shonkoff et. al. (2007), Toxic stress in early
childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress
hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to
lifelong problems in learning, behavior, and both physical and mental health.
Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan
memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri,
ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran

43

tersebut. Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously


damaging. (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah
berdasarkan kecenderungannya dari usia awal, ini lebih efektif daripada
membentuknya di usia dewasa, kerana diusia awal, kanak-kanak lebih terdedah
dengan sensitive periods yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus
dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka
tertarik secara semula jadi. Merujuk kepada sensitive periods, ianya mula
diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap
perkembangan awal kanak-kanak. Menurutnya sensitive periods merupakan
satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Dalam pada itu, setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu
merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya
sendiri.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan
tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, fokus
mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanakkanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu
bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu
melihat hala tuju mereka. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan
teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam
bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. Getting things right the first
time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later
(Jack P. Shonkoff et. al. 2007).

44

7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan
menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa
hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang
dan

persekitaran

yang

membolehkan

kanak-kanak

berinteraksi

dan

meneroka alat fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahanbahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka.
semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar,
melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan
keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan
bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang
dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan-

45

bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanakkanak dalam aspek ini.
Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanakkanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan
menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanakkanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen
ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu
berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat
penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan
penyiasatan itu.

Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan

membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai


konsep-konsep.
RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI
Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani
Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak 0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-Kanak Negara .
Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.).
Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive
theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for
memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 :
671-684.
Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.

46

Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood


Science,
Mathematics, and Technology Education/First Experiences in
Science, Mathematics and Technology. American Association for the
Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari
http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early
Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010.
Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan
komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan,
5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD
AAP010074D2006TTP.pdf
Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to
the curriculum studied during workshop participation and their role as
model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16,
19-24.
Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has
1st ed. 607 88
Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood
years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill
Curriculum 507 375
Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open
University Press. CURRICULUM 507 437
Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development.
National Scientific Council on the Developing Child, Center on the
Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari
http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari 2010.
Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang,
Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years.
The Ohio State University. Diperolehi dari
www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26
Februari 2010.
Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development.
Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.

47

Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective


commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of
Psychology, 44, 87-112.
Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program
Development. State Board of Education. Diperolehi dari
http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide.
pdf. pada 26 Februari 2010.
Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak
Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor
Sdn.Bhd.
Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008.
Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.
Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia.
FISHER CURRICULUM 372.3044 1
Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guruguru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains
Malaysia.

48